Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran menulis sangat perlu bagi pelajar untuk memenuhi keperluan
pembelajaran dan kehidupan seharian. Menyedari pentingnya kemahiran ini, setiap
pelajar didedahkan dengan kemahiran ini di peringkat sekolah rendah lagi sehinggalah
ke sekolah menengah meskipun dalam tahap yang berbeza-beza. Menurut Henry
Guntur Tarigan (1982) dalam Mohd. Kamal Che Om (1992:5), menulis merupakan
tatatingkat yang tertinggi dalam penulisan bahasa selain lisan, mendengar, dan
membaca. Oleh itu untuk menguasai kemahiran menulis bukanlah mudah bagi semua
pelajar.

Ketidakmahiran pelajar terhadap bahasa Melayu menyebabkan masalah dalam
menghasilkan penulisan yang baik. Setiap tahun, apabila keputusan peperiksaan
bahasa Melayu diumumkan didapati pencapaian pelajar tidak mencapai tahap yang
diharapkan. Keseriusan masalah ini diakui oleh Awang Sariyan (1991). Menurut beliau,
.. maka banyaklah karangan yang dihadapkan kepada kita yang masih jauh
daripada konsep binaan wacana yang utuh. Yang baik memang ada; tetapi persoalan
yang kita hadapi ialah tahap keseriusan yang tampaknya tidak banyak berubah dari
tahun ke tahun.

Kelemahan ini telah menimbulkan perbincangan di kalangan masyarakat
khususnya yang terlibat dalam bidang pendidikan. Berbagai alasan dan sebab
dikemukakan. Kelemahan ditujukan kepada pelajar, guru, persekitaran sekolah dan
masyarakat. Walau bagaimanapun sebagai seorang yang terlibat secara langsung
dalam sistem pendidikan, pengkaji melihat kelemahan adalah dari segi teknik
pengajaran di dalam bilik darjah. Guru lebih menumpukan tentang isi atau fakta dalam
kegiatan menulis atau mengarang tetapi kurang pada aspek-aspek penggunaan bahasa
yang baik serta teknik mengarang yang berkesan dan tidak kepada kombinasi
pembentukan pemerengganan yang berkesan.


Menurut Abdullah Hassan (1987 : 152), penilaian adalah satu proses sistematis
bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan. Bagi Khadijah Abdul Hamid (1978 :
101) pula, penilaian adalah sebagai satu proses untuk mengukur atau mentafsir
kemahiran. Dapat dirumuskan bahawa penilaian merupakan satu proses untuk
mendapatkan maklumat tentang hasil pengajaran dan pembelajaran supaya dapat pula
diperbaiki, diulangkaji atau diberi tumpuan supaya dapat dikemukakan beberapa
cadangan yang membina bagi mengatasi kelemahan-kelemahan pelajar-pelajar dan
juga guru.























2.0 DEFINISI STRATEGI PEMERENGGANAN
Perkataan pemerengganan berasal daripada kata dasar perenggan. Raminah Hj.
Sabran (1989) menyatakan bahawa perenggan merupakan unit karangan yang
mengandungi beberapa ayat yang antara satu dengan yang lain mempunyai hubungan
dari segi tatabahasa.

Chaplen (1970:1) pula mendefinisikan perenggan sebagai satu unit penyatuan
maklumat yang dikawal oleh satu idea. Manakala Awang Sariyan (1991:718)
menyimpulkan perenggan sebagai unit wacana yang kecil di dalam penulisan.
Berasaskan konsep perenggan sebagai satu unit wacana, maka perenggan hendaklah
ditumpu seumpama satu binaan yang berstruktur. Ayat judul dan ayat pengembangan
merupakan komponen yang penting dalam pembinaan perenggan.

Menurut Rubey et al. (1978:261) perenggan merupakan kumpulan ayat-ayat tentang
satu idea atau topik. Pada kebiasaanya perenggan mudah untuk dilihat pada penulisan
karangan. Ini kerana, perkataan pertama adalah ditentukan pada ruang tepi sebelah kiri
yang agak ke tengah sedikit.

Pemerengganan dalam konteks kajian ini merupakan kemahiran membentuk satu
wacana di dalam karangan yang mengandungi beberapa ayat, yang antara satu
dengan lainnya mempunyai ayat topik yang dikembangkan dalam ayat-ayat, yang
menggunakan penanda-penanda wacana yang sesuai, dan memperlihatkan unsur
koherens dan kohesi.

Koh Boh Boon (1982:1) menyatakan bahawa karangan merupakan hasil kerja
mengarang iaitu satu proses melahirkan idea atau rangkaian idea dalam bnetuk
penulisan secara tersusun dan lojik. Karangan berdasarkan pendapat Ishak Haron
(1979) pula, karangan sebagai kemahiran merumuskan idea, fakta, dan sebagainya
yang terdapat dalam pemikiran pengarang atau penulis melalui alat komunikasi iaitu
bahasa. Karangan juga bukan sekadar hasil-hasil kepandaian atau kemahiran
mengubah atau menyusun perkataan, frasa, dan ayat semata-mata.

Penulisan yang terawal tentang cara-cara mengarang dalam bahasa Melayu telah
dilakukan oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). Dalam buku Ilmu Karang Mengarang
Zaba (1965) telah menyatakan bahawa mengarang itu umpama membuat rumah, iaitu
perlu ada pelan dan terpaksa menyediakan kelengkapan barulah boleh membuat kerja.
Begitu juga apabila hendak mengarang, beliau telah mengemukakan beberapa langkah
untuk mengarang karangan, seperti menyediakan isi karangan terlebih dahulu,
kemudian disusun isi karangan tersebut mengikut kepentingannya, beberapa banyak
satu-satu bahagian isi yang hendak ditulis dan langkah-langkah terakhir adalah
bagaimanakah hendak menyusun atau menghidangkan isi karangan agar sedap dibaca
oleh pembaca.

Binaan perenggan sebagai satu wacana. Binaan perenggan sebagai satu unit
wacana mesti dilihat sebagai suatu binaan yang berstruktur. Perenggan bukan hanya
terdiri daripada sehimpunan ayat semata-mata. Perenggan mempunyai komponennya
sendiri. Menurut Awang Sariyan (1991) perenggan terdiri daripada ayat judul atau topik
dan pengembangan. Pengkaji memilihnya kerana teknik pemerengganan merupakan
salah satu daripada teknik mengarang yang perlu dikuasai oleh pelajar. Penguasaan
teknik ini akan memastikan faktor dihuraikan dengan matang dan mantap di samping
sokongan penguasaan bahasa.

Roselan Baki (1994) menjelaskan perenggan pengenalan mengandungi ayat
rangsangan, huraian sokongan dan ayat arah. Perenggan isi mengandungi ayat topik
dan huraian sokongan. Menurut beliau lagi, perenggan akhir atau penutup memerlukan
suatu kenyataan penulis tentang keseluruhan penulisan dengan tujuan untuk
mengingatkan pembaca akan idea utama karangan dan sebagai tanda pengakhiran.
a) Ayat Rangsangan
Ayat rangsangan ialah ayat pertama di dalam pengenalan. Menurut Roselan Baki
(1994) bahawa ayat rangsangan ini berfungsi untuk merangsangkan pembaca.
Diharapkan apabila pembaca didedahkan dengan ayat rangsangan ini akan timbul rasa
ingin tahu, rasa kurang percaya, rasa bimbang, rasa marah, rasa terkejut, rasa hairan
dan lain-lain. Oleh itu penulis perlu memilih perkataan yang tepat untuk
menimbulkannya. Tambah Roselan Baki lagi, aspek yang dapat merangsangkan
pembaca pada dasarnya adalah perkataan-perkataan daripada kategori yang
menghuraikan perasaan, penilaian, keadaan dan suasana. Misalnya:
Perasaan Penilaian Keadaan Suasana
seronok
semangat
keliru
bosan
jemu
berjaya
gagal
baik
memuaskan
mengecewakan
mengagumkan
ngeri
sedih
tenat
parah
tenang
muram
hangat
sepi
bising
hiruk-pikuk
tenang
kelam-kabut


Contoh ayat:
1. Pengetahuan sungguh berharga.
2. Memandu laju sangat berbahaya.
3. Kasih ibu bapa merupakan kasih yang istimewa.
4. Maklumat yang ingin disampaikan kepada para pelajar hendaklah tidak
mengelirukan.


b) Ayat Topik/ Judul
Ayat topik memaparkan idea utama atau isi bagi perenggan tertentu. Apabila
pembaca membaca ayat topik, pembaca akan dapat menjangka sebahagian daripada
huraian yang perlu dipaparkan sekiranya seseorang pembaca mempunyai sedikit
pengetahuan tentang isu yang dibaca. Keadaan ini akan melancarkan proses
pembacaan. Pembaca akan merasa selesa dan seronok untuk meneruskan
pembacaan.

Pernyataan tersebut selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Smalley dan
Ruetten (1982) bahawa ayat topik atau judul sebenarnya dalam perenggan pada
asasnya adalah merujuk kepada kandungan perenggan. Tambah Smalley dan Reutten
lagi, penulis seharusnya mengehadkan topik dengan menyempitkan apa yang hendak
disampaikan itu kepada yang khusus. Oleh itu ayat topik hanya terhad kepada
memperkenalkan topik sebenar dalam perenggan. Jadi dalam pembentukannya, ayat
topik tersebut hendaklah menyatakan idea penegasan tentang keseluruhan topik.

Umumnya, sebuah perenggan tidak cukup dengan sebuah ayat sahaja, tetapi
haruslah mengandungi tiga perkara yang penting; ayat topik, ayat sokongan, dan ayat
penutup (Mohammad Fadzeli Jaafar, 2001:10). Ayat topik bukan sahaja
memperkenalkan topik atau judul dalam perenggan, tetapi juga mengehadkan bilangan
topik sama ada satu atau dua perkara/idea yang akan disentuh atau dibincang dalam
sebuah perenggan.




c) Ayat Arah/Ayat Tema
Ayat arah ialah ayat akhir dalam perenggan pengenalan. Ayat ini akan menunjukkan
arah karangan, persoalan, perkara aspek atau bidang yang akan dihurai secara khusus
di dalam sesebuah tajuk karangan. Adanya ayat arah ini akan menjuruskan penulis
menulis perkara yang dipersoalkan sahaja. Dalam erti kata lain skop karangan akan
dapat dibataskan, iaitu karangan akan mengarah kepada satu aspek tertentu. Ayat arah
ini seperti yang dijelaskan oleh Roselan Baki berfungsi untuk memandu penulis
menggelakkan penyelewengan, memudahkan penyemakan, memberitahu pembaca
tentang kandungan sesebuah karangan dan memudahkan pembacaan. Ayat arah
bergantung penuh kepada persoalan yang dikemukakan oleh tajuk.

d) Ayat Huraian dan Sokongan
Ayat huraian dan ayat sokongan tidak kurang pentingnya bagi melengkapkan
karangan sebagai penguat kepala ayat topik atau ayat rangsangan yang dibina.
Kematangan penulis dapat dilihat berdasarkan kemampuannya dalam menghuraikan
fakta dan menyokong fakta yang diutarakan. Ayat-ayat tersebut boleh dilakukan dalam
beberapa cara. Antaranya ialah menggunakan:
i. Keterangan
ii. Contoh-contoh
iii. Definisi
iv. Perbandingan
v. Analisis sebab-akibat
vi. Anekdot (cerita)


Cara-cara di atas boleh digunakan secara bersendirian atau gabungan beberapa
cara. Kesannya bergantung kepada kesesuaian dan kehendak penulis. Cara menghurai
di perenggan pengenalan, isi dan penutup adalah sama.
Perkara pokok yang harus difahami tentang perenggan ialah definisi atau konsep
perenggan. Menurut Raminah Hj. Sabran (1989) mengatakan dalam sesebuah
penulisan, perenggan merupakan unit karangan yang mengandungi beberapa ayat,
yang di antara satu dengan lainnya mempunyai hubungan dari segi makna dan
tatabahasa. Setiap perenggan lazimnya berbeza dari segi kepanjangan, iaitu
bergantung kepada tujuan dan fungsinya, ditinjau dalam konteks keseluruhan penulisan
itu. Setiap perenggan yang baik mestilah mempunyai pertalian di antara satu sama lain,
iaitu berkesinambungan, untuk membentuk satu kesatuan yang jitu sebagai sebuah
penulisan. Oleh demikian, isi yang dibentangkan dalam setiap perenggan itu mestilah
mempunyai pertalian yang erat dengan judul yang menjadi fokus perbincangan, di
samping juga mempunyai kesatuan dalaman, dengan erti kata bahawa unit-unit dalam
perenggan itu sendiri mesti dipertalikan dengan idea utama supaya dapat memberikan
sumbangan untuk menjelaskan atau menghuraikan judul.
Menurut Sulaiman Masri (1988:55) menyatakan dalam pembinaan perenggan,
kesatuan ayat-ayat sangat penting. Kesempurnaan susunan dan urutan ayat demi ayat
menjadi tanda lengkapnya sesuatu perenggan.
Dalam usaha hendak menghasilkan penulisan karangan Ishak Haron (1979) telah
mengutarakan tiga unsur penulisan karangan, iaitu terdiri daripada penulis, karangan,
dan pembaca. Dalam penghasilan karangan itu ada empat proses penciptaan iaitu
mempunyai isi, memilih dan menyusun isi, memilih bentuk karangan yang sesuai, dan
menulis karangan. Selain itu, terdapat dua komponen kemahiran menggunakan bentuk-
bentuk tertentu, iaitu bahasa dan tanda baca. Kedua-dua komponen ini perlu dalam
proses penulisan untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan melalui
pemerengganan.

Secara ringkasnya, perenggan dapatlah ditakrifkan sebagai unit asas dalam sebuah
karangan yang terbentuk oleh beberapa ayat yang berhubungan untuk menyampaikan
sesuatu idea. Takrif ini menjelaskan bahawa sebuah perenggan haruslah berkaitan
antara satu sama lain dan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dan idea dengan
baik dan berkesan.
Dalam penulisan karangan di sekolah, aspek pemerengganan amat dititikberatkan
bagi memudahkan murid-murid mengolah dan mengeluarkan idea secara tersusun dan
berkait.

















3.0 ANALISIS KARANGAN
Dalam tugasan ini, penulis telah menjalankan kajian ke atas 5 skrip karangan murid-
murid. Murid-murid yang dipilih adalah daripada sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor.
Karangan yang telah dibina adalah karangan berbentuk peristiwa. Karangan bertajuk
Cara-cara mengelakkan kemalangan jalan raya, telah dijalankan ke atas 5 orang
murid. Terdapat tiga tahap jawapan yang diterima iaitu cemerlang, sederhana dan
lemah. Dalam penandaan, penulis telah menggunakan kaedah penskoran secara
holistik.
Secara holistik, murid-murid dinilai mengikut gred penskoran seperti berikut :
PENSKORAN KRITERIA
CEMERLANG
(24-30)
Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik.
Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai jenis ayat
yang gramatis bertepatan dengan tema. Penggunaan pelbagai kosa
kata serta tanda baca yang betul berdasarkan jenis karangan.
BAIK
(18-23)
Penyampaian atau persembahan yang boleh dibaca. Pengolahan
idea yang sederhana menggunakan pelbagai jenis ayat yang betul
bertepatan dengan tema. Penggunaan pelbagai kosa kata serta
tanda baca yang sederhana berdasarkan jenis karangan.
MEMUASKAN
(12-17)
Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas.
Pengolahan idea menggunakan ayat dasar. Penggunaan kosa kata
yang terhad.
LEMAH
(0-11)
Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema.
Idea tidak tepat atau sukar difahami. Tidak mahir menggunkan tanda
baca.



Pemeriksaan skrip jawapan murid adalah proses mengukur dan menilai yang
memerlukan kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan dalam pemarkahan jawapan esei
berkait rapat dengan tujuan dan tugasan soalan.

Penandaan secara holistik atau global adalah bermaksud menyeluruh.
Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian pelajar
dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa keseluruhan lebih penting
daripada bahagian-bahagian sesuatu jawapan esei. Kaedah ini menekankan aspek
yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu kaedah ini sesuai
digunakan untuk memeriksa karangan bahasa dan mudah dilaksanakan kerana skema
pemarkahan yang terperinci tidak disediakan. Cara ini amat subjektif, memerlukan
pemeriksa yang cukup mahir dan berkebolehan membaca secara kritikal. Amat subjektif
bermakna kebolehpercayaan pemarkahan amat rendah. Bagaimanapun,
kebolehpercayaan pemarkahan pemeriksa itu dapat ditinggikan sedikit melalui
penyelarasan antara para pemeriksa dan penyediaan model jawapan untuk rujukan
bersama.
Pemarkahan juga boleh melalui perbandingan. Dengan teknik ini pemeriksa
membaca karangan berkenaan sekali lalu dan menyusunnya mengikut kualiti.
Karangan terbaik diletakkan di atas dan yang paling lemah diletakkan di bawah sekali.
Kesemua karangan itu dibaca sekali lagi untuk memastikan kedudukannya. Kemudian
ditentukan peratus A, B, C dan seterusnya. Teknik bandingan ini sesuai untuk
memarkah esei panjang seperti kerja projek. Teknik ini juga sesuai untuk memilih esei,
cerpen, sajak, novel dan lain-lain bagi sesuatu peraduan, terutamanya pada peringkat
saringan.



Berikut merupakan analisis jumlah perenggan yang telah dibina oleh murid
dalam penulisan esei ini :
MURID PENDAHULUAN ISI PENUTUP
1 1 4 1
2 1 4 1
3 1 4 1
4 1 4 1
5 1 4 1

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, dapat dilihat semua murid menyediakan
pendahuluan dalam satu perenggan, empat isi dan satu penutup.
Namun begitu, terdapat banyak perbezaan markah antara mereka. Berikut
merupakan markah yang diperoleh oleh lima orang murid tersebut :
MURID MARKAH
1 28
2 22
3 21
4 16
5 13

Murid 1 mendapat 28 markah manakala murid 2 mendapat 22 markah.
Perbezaan markah mereka adalah 6 markah. Manakala murid 3 mendapat 21 markah,
berbeza 1markah dengan murid pertama. Murid ke 4 mendapat 16 markah dan murid
ke 5 mandapat 13 markah. Ke semua murid mendapat markah yang berbeza tetapi
tidak mempunyai perbezaan markah yang banyak. Murid-murid ini dapat dikategorikan
dalam kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah.

Analisis terhadap kaedah pemerengganan yang digunakan oleh murid :
Murid 1 :

Murid menggunakan ayat rangsangan pada perenggan bagi memberi gambaran
kepada pembaca mengenai karangan yang dibina. Contohnya, murid meletakkan
kenyataan peningkatan kemalangan jalan raya pada setiap tahun. Melalui gambaran
ini, pembaca dapat mengetahui isi kandungan karangan yang dibaca dan dapat
meningkatkan semangat pembaca untuk membaca.

Murid ini dapat menyatakan ayat utama atau kandungan isi dalam perenggan
pendahuluan dengan baik. Pembaca yang membaca dapat mengetahui arah tujuan
karangan yang dibaca. Selain itu, pembaca juga dapat memberikan respon permulaan
terhadap kandungan isi dalam perenggan.


Contoh ayat yang digunakan dalam setiap perenggan :

PENDAHULUAN :





ISI :






























PENUTUP :


Keseluruhan perenggan yang dibina menunjukkan ayat topik atau ayat utama dalam
karangan. Seterusnya huraian yang dinyatakan menunjukkan huraian yang bertepatan
dengan ayat topik. Murid juga dapat memberikan contoh dalam setiap perenggan yang
dibina.





Murid 2 :

Murid tidak menyatakan ayat rangsangan dalam pembinaan pendahuluan.
Pendahuluan yang dibina terus ke arah kandungan karangan.

Dalam perenggan isi, murid ini menyatakan terus ayat topik. Murid ini hanya
meletakkan satu keterangan dalam setiap ayat topik yang ditulis.

Penggunaan penanda wacana dapat membezakan setiap isi perengan dan pertautan
antara isi dapat dilihat.

Contoh ayat yang digunakan dalam setiap perenggan :

PENDAHULUAN :


ISI :





PENUTUP :


Keseluruhan karangan adalah sederhana. Murid dapat mengeluarkan idea utama tetapi
tidak dapat mengolah idea menjadi satu karangan yang lebih bermakna.


Murid 3 :

Murid menggunakan ayat rangsangan pada perenggan bagi memberi gambaran
kepada pembaca mengenai karangan yang dibina. Namun masih lemah dalam
pengolahan ayat.

Dalam perenggan isi, murid ini menyatakan terus ayat topik. Murid ini hanya
meletakkan satu keterangan dalam setiap ayat topik yang ditulis.

Penggunaan penanda wacana dapat membezakan setiap isi perengan dan pertautan
antara isi dapat dilihat.








Contoh ayat yang digunakan dalam setiap perenggan :

PENDAHULUAN :



ISI :




PENUTUP :



Keseluruhan karangan adalah sederhana. Murid dapat mengeluarkan idea utama tetapi
tidak dapat mengolah idea menjadi satu karangan yang lebih bermakna.



Murid 4 :

Murid menggunakan ayat topik yang kurang ilmiah. Murid menyatakan sebab dan
akibat daripada isi karangan pada perenggan pendahuluan. Hal ini menunjukkan
ketidaksesuaian dalam pembacaan. Karangan yang dibina juga menunjukkan beberapa
kelemahan.

Murid menulis sebuah ayat topik beserta satu huraian dalam satu ayat. Murid tidak
dapat memperkembangkan idea dengan baik. Hal ini mungkin disebabkan kekurangan
kosa kata juga idea untuk pengolahan wacana.






Contoh ayat yang digunakan dalam setiap perenggan :

PENDAHULUAN :.


ISI :



PENUTUP :


Keseluruhan perenggan menunjukkan kelemahan murid dalam mengolah ayat dan
mengeluarkan idea yang bersifat ilmiah. Oleh hal yang demikian, murid tidak mendapat
markah yang baik dalam karangan ini.


Murid 5 :

Murid menggunakan ayat topik yang kurang ilmiah. Murid menyatakan sebab dan
akibat daripada isi karangan pada perenggan pendahuluan. Hal ini menunjukkan
ketidaksesuaian dalam pembacaan. Karangan yang dibina juga menunjukkan beberapa
kelemahan.

Murid menulis karangan menggunakan struktur ayat yang salah. Murid juga melakukan
kesalahan ejaan. Setiap isi yang dihuraikan tidak memberikan pertautan antara isi.







Contoh ayat yang digunakan dalam setiap perenggan :

PENDAHULUAN :


ISI :


PENUTUP :


Keseluruhan perenggan menunjukkan kelemahan murid dalam mengolah ayat dan
mengeluarkan idea yang bersifat ilmiah. Oleh hal yang demikian, murid tidak mendapat
markah yang baik dalam karangan ini.


Berdasarkan analisis yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa, kaedah
pemerengganan dapat membantu murid membina idea. Setiap perenggan mempunyai
idea dan huraian yang tersendiri. Contoh-contoh juga dapat dihuraikan dengan baik.
Walaupun penlisan murid masih lemah, namun murid masih lagi mampu mencari
idea dan memperoleh markah bagi ayat topic yang dinyatakan. Hal ini memudahkan
murid untuk mencari idea yang lain dalam penulisan.







4.0 KESIMPULAN

Pemerengganan karangan mungkin kelihatan sebagai suatu perkara yang mudah
tetapi perkara ini tidak harus dipandang ringan. Semua orang tahu bahawa
pendahuluan, setiap isi dan penutup harus ditempatkan di perenggan-perenggan yang
berbeza. Walau bagaimanapun pemerengganan karangan meliputi kemahiran yang
lebih daripada itu. Pelajar harus bijak dalam menyusun isi-isi mengikut urutan
kepentingan dan logiknya. Pemerengganan isi harus bergerak daripada yang paling
penting kepada yang kurang penting. Pemerengganan menjadi lebih kompleks dalam
karangan-karangan tertentu. Sebagai contoh sebuah surat kiriman mempunyai
perenggan pembuka surat, pengenalan, jambatan, pendahuluan, isi-isi, penutup isi dan
penutup surat. Kekompleksan yang sama juga dapat diperhatikan dalam karangan
ulasan dan rencana. Para pelajar perlu memahami peranan dan kandungan yang perlu
dimuatkan di dalam setiap perenggan tersebut.

Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa penulisan karangan merupakan satu
tugasan yang memerlukan pelbagai kemahiran. Pendek kata tidak ada satu kemahiran
atau aspek khusus yang boleh menjamin kecemerlangan sesebuah karangan.
Sebaliknya kecemerlangan karangan bergantung kepada perancangan yang teliti serta
pengabungjalinan pelbagai kebolehan dan kemahiran.








5.0 RUJUKAN
Abdul Aziz Talib (1989). Pengajaran dan pengujian bahasa. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Azizul Abd. Rahman (2000). Pembinaan Perenggan Yang Terakhir dlm. Dewan Siswa
21: 6, hal. 52.
Azman Wan Cik (1989). Isu-isu dalam pengukuran dan penilaian bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khatijah Abdul Hamid (1987). Menilai penulisan bahasa malaysia. isu-isu dalam
pengukuran dan penilaian bahasa malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Penguasaan kemahiran
menulis. Subang Jaya : Kumpulan Budiman.

http://ramylangang.blogspot.com/2010/10/pemerengganan-dan-menstruktur-idea.html
http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009_10_01_archive.html
http://razita1990.blogspot.com/2010/10/pemerengganan.html
http://cikgurazak.blogspot.com/2010/07/peraturan-pemarkahan.html

Anda mungkin juga menyukai