Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A Tugasan 1 SOALAN 1B a.

Nyatakan kriteria kenaikan pangkat seperti yang terdapat dalam perintah Am Bab A untuk memperakukan kenaikan pangkat guru tersebut. Urusan kenaikan pangkat adalah berasaskan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A) 176/2005], Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam, 2010 [P.U.(A) 75/2010] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran, 2010 [P.U.(A) 24/2010].

Pertimbangan kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit. Kriteria kenaikan pangkat seperti yang terdapat dalam perintah Am adalah berdasarkan kebolehan, kecekapan, keutuhan, kelulusan dan pengalaman guru tersebut. Kecekapan dan prestasi kerja pegawai ini diambil kira bagi melihat potensi yang dapat dikekalkan sehingga tahap seterusnya. Selain itu, kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai diberi perhatian. Pegawai yang mempunyai pengalaman yang lebih akan mendapat keistimewaan kerana pengalaman yang dimiliki adalah pengetahuan yang diperoleh sepanjang perkhidmatan. Sifat-sifat peribadi termasuklah personaliti, dan tingkah laku yang baik serta kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat yang disandang serta potensi diri pegawai terhadap gaya kepemimpinannya. Kriteria kenaikan pangkat juga diambil kira berdasarkan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan negara. Kriteria penilaian khas berkaitan dengan bidang kecemerlangan atau penyelidikan juga diberikan perhatian dalam proses kenaikan pangkat.

SOALAN 1B b. Bincangkan tindakan dari aspek tanggungjawab dan larangan yang perlu dipatuhi oleh Guru K semasa menduduki rumah biasa kerajaan. Terdapat beberapa tanggungjawab dan larangan yang perlu dipatuhi oleh Guru K semasa menduduki rumah biasa kerajaan. Larangan yang perlu dipatuhi ialah Guru K tidak boleh menjadikan rumah yang didiami sebagai premis perniagaan. Guru ini tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti kedai runcit atau apa-apa jenis perniagaan lain. Selain itu, guru ini juga dilarang untuk meminda rumah tanpa kebenaran pengarah JKR negeri. Guru ini dilarang untuk membuat sebarang pengubahsuaian dalam atau luar rumah yang didiami. Hal ini adalah kerana rumah yang didiami adalah hak milik kerajaan. Guru K juga dilarang untuk menyewa mana-mana bahagian rumah kepada pihak lain. Contohnya, guru ini memberikan sewa bilik kepada penghuni lain dalam rumah kerajaan yang didiami dan mendapat keuntungan daripada aktiviti tersebut. Disamping itu, Guru K tidak dibenarkan untuk memelihara binatangbinatang ternakan. Binatang ternakan seperti kambing, lembu dan lain-lain adalah dilarang. Sebagai penghuni rumah kerajaan, Guru K bertanggungjawab untuk membuat laporan kerosakan pada setiap bahagian rumah. Laporan kerosakan ini perlu dilaporkan agar pihak JKR dapat mengambil tindakan kerana rumah kerajaan adalah dibawah tanggungjawab kerajaan. Guru K juga perlu melaporkan kemasukan beliau dalam rumah tersebut. Hal ini akan memudahkan rekod dicatatkan bagi urusan keluar masuk kakitangan kerajaan dalam rumah tersebut. Selain itu, Guru K perlu menjelaskan semua bil air san elektrik sepanjang beliau mendiami rumah tersebut. Hal ini adalah tanggungjawab yang utama sebagai penghuni rumah kerajaan. Jika Guru K meninggalkan atau telah berpindah, Guru K perlu melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perpindahannya. Hal ini akan memudahkan urusan pihak lain bagi menggantikan penghuni rumah tersebut kepada guru lain. Sepanjang menduduki rumah tersebut, Guru K haruslah membersihkan kawasan sekeliling rumah. Guru K

harus menjaga kawasan rumah tersebut dengan memotong rumput, menyapu sampah dan sebagainya. Kawasan dalam dan luar rumah adalah menjadi tanggungjawab Guru K sepanjang beliau berada dalam rumah tersebut. Selepas Guru K berpindah daripada rumah tersebut, Guru K haruslah menyerahkan kunci serta sijil keluar daripada rumah tersebut. Guru K juga harus membayar setiap kerosakan yang disengajakan kepada pihak berkenaan. Hal ini adalah tanggungjawab guru tersebut yang mendiami rumah kerajaan. Beliau perlu menjaga rumah tersebut kerana rumah yang didiami adalah harta dan hak milik kerajaan.

SOALAN 2B Tugasan 2 Berdasarkan laporan yang di atas, jelaskan elemen-elemen Tonggak Dua Belas yang boleh diaplikasikan oleh Guru Besar untuk memperbaiki amalan negatif tersebut. Maklumat yang dinyatakan adalah maklumat yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas dalam elemen Nikmat Mencipta. Dalam Nikmat Mencipta (The Joy of Originating), kepuasan ialah tujuan dan puncak segala usaha manusia. Kepuasan yang amat ketara dan mendalam ialah nikmat yang terhasil daripada mencipta sesuatu, lebih-lebih lagi jika perkara atau bahan yang dicipta itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara. Kepuasan mencipta peralatan baru atau teknik baru akan menerbitkan kepuasan yang mendalam yakni rasa pencapaian, rasa penaklukan dan rasa bangga kerana ia memanfaatkan orang ramai. Apatah lagi jikalau bahan ciptaan itu dihasilkan secara baik dan indah, bukan sahaja elok dipakai bahkan indah dipandang. Dalam memperbaiki amalan negatif elemen nikmat mencipta, beberapa amalan positif harus diterapkan agar dapat meningkatkan kepuasan diri. Guru besar harus memperbaiki amalan negatif tersebut bagi meningkatkan kualiti guru-guru di sekolahnya. Antara perkara yang dapat diterapkan ialah setiap guru perlu merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Hal ini akan dapat meningkatkan motivasi guru-guru untuk lebih berusaha bagi mendapatkan amalan yang terbaik dalam kehidupan sebagai seorang pendidik. Selain itu, guru juga perlu sentiasa berada dalam cabaran intelektual. Guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan serta menambah ilmu pengetahuan mengikut arus kemodenan. Hal ini adalah selaras dengan perkembangan dunia moden yang serba canggih pada masa kini. Guru juga perlu sentiasa mencari kaedah baharu dan idea dalam menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, guru perlu menggunakan pendekatan dan teknik yang bersesuaian mengikut peredaran masa. Seorang guru juga perlu

mempunyai sikap over-zealous dengan pekerjaannya. Hal ini akan dapat menjadikan keadaan menjadi lebih positif apabila guru dapat memberikan suntikan dalam diri mereka. Guru juga perlu gembira dengan kewujudan idea baharu yang diciptakan sendiri atau daripada guru-guru atau pihak yang lain. Idea yang diterima dapat dikongsikan bersama guru yang agar ilmu yang diperoleh dapat dikembangkan kepada guru-guru lain. Disamping itu, dalam bidang pendidikan ini, seorang guru juga perlu senang bermain dengan idea dan berani mencuba sesuatu perkara yang baharu. Dalam organisasi di sekolah, guru besar dapat meningkatkan amalan negatif kepada positif dengan mewujudkan pengiktirafan kepada usaha yang telah dijalankan oleh seseorang guru. Guru besar dapat menerima idea yang dikemukan oleh guru tersebut tetapi tidak meremehkan jika idea tersebut tidak bersesuaian. Guru tersebut pasti akan berbangga jika idea yang dikemukan dapat diguna pakai dan hal ini seterusnya akan dapat meningkatkan motivasi guru untuk sentiasa mencari idea baharu. Selain itu, guru besar juga perlu menggalakkan guru-guru yang berbakat untuk mengetengahkan bakat masingmasing dalam sebarang bidang. Contohnya, guru dapat menggunakan bakat yang ada untuk membuat inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui inovasi ini, guru dapat menjalankan kajian tindakan bagi melihat perubahan atau peningkatan terhadap pengajaran dan pembelajaran menggunakan inovasi yang dicipta. Guru besar juga dapat memberikan penghargaan serta hadiah kepada guru-guru yang telah melahirkan idea yang kreatif kepada organisasi. Penghargaan ini dapat diberikan di majlis perhimpunan kepada guru-guru yan telah menunjukkan bakat. Oleh hal yang demikian, guru-guru ini akan sentiasa menjaga prestasi dan menjadikan motivasi kepada guru yang lain untuk mendapatkan penghargaan seperti rakan sejawat yang lain. Hal ini akan memberikan persaingan yang sihat dalam kalangan guru. Seterusnya akan dapat meningkatkan amalan positif dalam organisasi pendidikan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai