Anda di halaman 1dari 34

1

Bincangkan Dan Kemukakan Pandangan Mengenai Definisi Bahasa Melayu Dan


Bahasa Malaysia Di Malaysia Dan Di Negara Serumpun Yang Lain
1.0 PENDAHULUAN
Bahasa adalah wahana komunikasi dalam kehidupan masyarakat di pelbagai
wilayah di dunia.Bahasa tidak diperoleh secara langsung daripada kandungan ibu tetapi
bahasa adalah sesuatu yang perlu di pelajari. Bahasa menjadi suatu aktiviti manusia
dan bukannya makhluk lain. Manusia merupakan satu satunya penghuni bumi yang
boleh berbahasa.Bahasa menjadi penghubung untuk menjalinkan interaksi jelas, luas
dan tanpa sempadan.Ia juga di gunakan sebagai konduktor untuk menzahirkan
interpertasi dan ekspresi bagi meluahkan perasaan secara langsung mahupun secara
tidak langsung.Setiap manusia menggunakan bahasa sebagai kunci komunikasi
mereka.Oleh sebab itu, bahasa boleh juga di gambarkan sebagai sesuatu yang
mempunyai makna. Proses komunikasi memerlukan adanya sesuatu yang ingin di
sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
faktor yang mengubah struktur dan intonasi bahasa. Faktor faktor tersebut ialah
pendengar iaitu orang yang di lawan bercakap, tempat iaitu sesuatu pertuturan yang
digunakan perlu mengambil kira keadaan sekeliling termasuk benda bukan hidup dan
faktor yang terakhir ialah butir pertuturan yang sama ada ianya bersifat peribadi, urusan
rasmi mahupun bersifat umum seperti jenaka dan pertuturan biasa.
Perbalahan mengenai asal usul bahasa sebenarnya telah wujud sejak daripada
zaman Greek lagi.Satu golongan yang dikenali sebagai golongan Analogis
mempercayai bahawa bahasa adalah satu gejala semula jadidan mempunyai logiknya
yang tersendiri.Satiap kata itu dapat di lihat asal usul dan makna dari
bentuknya.Pendapat ini ditentang oleh golongan Anomalis yang berpandangan bahawa
bahasa itu sebenarnya tidak regular dan tidak ada sebarang hubungan dengan alam
semula jadi.Namun begitu, pada hari ini, terdapat beberapa panduan dan kajian yang
terdahulu yang boleh dijadikan rujukan dalam memberikan takrif sebenar
bahasa.Bahasa menurut kamus pelajar edisi ke tiga belas mentakrifkan bahasa sebagai
sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu
kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran.Asmah Haji Omar yang
2

merupakan seorang pengkaji tempatan mengaitkan bahawa bahasa yang digunakan
ialah lambang yang mempunyai kaitan antara maksud dan fikiran manusia dengan
benda yang konkrit.Hal yang demikian penting supaya penutur bahasa dapat
memahami maksud seperti yang ingin disampaikan itu.Menurutnya lagi, bahasa adalah
sesuatu yang dinamik dan fleksibel mengikut situasi dan perkambangan
semasa.Definisi Bahasa menurut Wilhelm Von Humboldt yang merupakan seorang ahli
sarjana Jerman pula, beliau mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi.Menurut
Ferdinand de Saussure seorang sarjana linguistik Swiss pada awal abad ke- 20, beliau
menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat.Jika di tinjau dari perspektif linguistik,
bahasa merupakan sistem bunyi vokal yang berstruktur dan urutan urutan
bunyi.Charles F. Hockettpula memperkatakan bahasa dari sudut psikologi
behaviurisme, iaitu sistem tabiat-tabiat sangat rumit. Menurut pandangan Bloch dan
Trager pula, mereka mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang
arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi.Arbitrari ialah
pertalian sesuatu bentuk atau lambing dalam bahasa dengan makna yang diberikan
secara kebetulan dan di tentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. Namun begitu, ia
tidak semestinya mempunyai hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda
benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat sifat arbitrari inilah maka dapat
dirumuskan bahawa bahasa mempunyai perkataan yang berlainan walaupun untuk
benda yang sama.







3

2.0 CIRI-CIRI BAHASA
a) Bahasa adalah terdiri daripada bunyi bunyi ( melainkan bahasa isyarat).
Ini bermakna bahasa adalah melibatkan manusia dan tidak terdiri
daripada bunyi ketukan, warna,bau dan sebagainya.
b) Bahasa mempunyai sejumlah bunyi yang terhad bilangannya iaitu di
antara sepuluh sehingga tujuh puluh bunyi bunyi yang sama
c) Setiap bahasa akan mempunyai bunyi konsonan dan vokal sekurang-
kurangnya dua. Tidak ada bahasa yang terdiri daripada keseluruhan
konsonan jati.
d) Setiap bahasa mempunyai kaedah untuk membuat bunyi seperti
pertanyaan, perintah, seruan, amarah, seruan dan sebagainya.
e) Setiap bahasa akan mempunyai cara untuk menghasilkan ayat negatif
atau pertentangan.
f) Setiap bahasa adalah terdiri daripada kata nama dan kata kerja dan
mempunyai cara untuk menghubungkan kata nama dan kata kerja.

Bahasa secara amnya adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat
sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain.
Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi
perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.
Setiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan
ayatsetiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan
pendengar.Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara
penutur.Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan adalah satu persatu oleh pergerakan alat
alat artikulasi berkaitan dan sebutan berlaku secara linear.




4

Antara fungsi bahasa ialah
i. Sebagai alat sapaan
ii. Tujuan keagamaan
iii. Sebagai alat bertindak
iv. Untuk menyimpan rekod
v. Untuk menyampaikan perintah
vi. Untuk mempengaruhi orang
vii. Untuk mencurahkan rasa hati dan fikiran
viii. Sebagai alat pelarian
ix. Sebagai pakaian budaya

Bahasa yang diguna pakai di setiap negara di dunia ini adalah berbeza-
beza.Perbezaan ini di katakan berpunca daripada kelainan etnik yang wujud, pandang
fizikalyang pelbagai, cuaca dan kedudukan kawasan daripada paksi bumi.Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa ejen penyebaran bahasa yang menyebabkan
sesuatu bahasa yang di anggap asing dapat diserapkan dan digunakan dalam
kehidupan secara.Antara ejen penyebaran bahasa ialah penjajahan. Sebagai contoh,
penjajahan Portugis di tanah melayu telah menyebabkan bahasa Portugis dapat
menyerap masuk dalam konteks pertuturan masyarakat seperti penggunaan istilah
garpu, baldi, bangku dan lain- lain. Selain itu migrasi penduduk juga menjadi faktor
berlakunya variasi bahasa di sesuatu kawasan.Migrasi antara negara mewujudkan
variasi bahasa seperti penggunaan bahasa Indonesia di Malaysia manakala migrasi
domestik menyebabkan perubahan dari segi variasi dialek.Faktor lain yang
mempengaruhi penyerapan bahasa asing dalam stratamasyarakat ialah perkahwinan
dan penyebaran agama. Sebagai contoh, perkahwinan warga tempatan dengan warga
asing seperti warga eropah menyebabkan penggunaan bahasa yang sesuai perlu
digunakan bagi menjamin keutuhan hubungan yang dibina. Selain itu, perkembangan
ICT dan difusi juga menggalakkan berlakunya variasi bahasa.Penggunaan ICT tanpa
wilayah sempadan sempadan menyebabkan pengguna dapat mempelajari bahasa
asing. Difusi pula mengambil kira peranan media massa dalam menyebarkan bahasa
5

seperti penonton televisyen di Malaysia di sajikan dengan lambakan cerita Korea telah
meletuskan satu fenomena baru iaitu demam Korea. Walau pun wujud berbezaan
struktur ayat dalam pertuturan tetapi keaslian makna tetap terjamin.
Selain daripada bahasa secara pertuturan, terdapat juga bahasa isyarat yang
digunakan sebagai medium pengantara komunikasi manusia.Ia tidak menggunakan
suara untuk berhubung sebaliknya mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh
dan gerak bibir untuk berkomunikasi. Kaum tanarunggu merupakan kolompok yang
menggunakan bahasa ini iaitu biasanya mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi
dan gerak tangan, lengan dan tubuh serta ekspresi wajah untuk menzahirkan apa yang
ingin dikatakan. Di Malaysia, bahasa ini digunakan oleh orang yang mempunyai
kecacatan yakni kecacatan pekak dan bisu. Ia tidak digunakan secara meluas
menyebabkan khidmat juru bahasa isyarat diperlukan sebagai pemudah cara untuk
mereka berkomunikasi.
Kesimpulannya, bahasa merupakan instrumen penting dalam kehidupan
manusia.Ia digunakan untuk berinteraksi dan menjadi platform untuk menzahirkan apa
yang bermain di minda. Bahasa terhasil melalui tindakbalas artikulasi artikulasi seperti
rongga mulut, lidah, gigi dan sebagainya.Bahasa yang terhasil kesan daripada
kombinasi ini adalah pelbagai dan ianya mengikut kesesuaian semasa penutur dan
keadaan sekeliling.Selain itu, variasi bahasa juga telah menyebabkan terhasilnya
dialek, idiolek, dialek kawasan dan dialek sosial.Dialek merupakan variasi bahasa
apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau
masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi.Idiolek pula bermaksud
variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.Ia merupakan kelainan
penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi
sebutan dan lagu sebutan.Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti
kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.Selain itu,
dialek kawasan pula merangkumi variasi variasi bahasa yang berkaitan dengan
pengguna dalam sesuatu kawasan.Ia dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia,
cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16
golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya.Bahasa Melayu
6

termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh,
Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.Umumnya bahasa Melayu merangkumi
Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei
dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa
Melayu.Dialek sosial pula merangkumi variasi bahasa yang wujud untuk membezakan
strata masyarakat seperti bahasa golongan istana dan bahasa masyarakat
bawahan.Selain itu, dialek sosial juga digunakan untuk membezakan pertuturan bagi
majlis formal dan tidak formal.Penduduk di Malaysia pada hari ini menggunakan tiga
bahasa pertuturan utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil.
Bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
Bahasa melayu adalah bahasa Kebangsaan di Malaysia.Hal yang demikian
dapat di buktikan apabila kandungan perlembangaan Malaysia melalui perkara 152
jelas memuktamadkan pernyataan ini. Menurut perkara 152 perlembagaan :
1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa :
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain
bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa
lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam
Persekutuan.

2. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam
Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.
7

3. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
teks sahih
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya
yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh
Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

4. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas
Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,
segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau
Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris: Dengan syarat bahawa,
jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang
diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke
dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.

5. Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan
keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.


6. Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud
sesuatu pihak berkuasa awam.
Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu semakin hilang dan mula
digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. Masyarakat mula dipolemikkan bahawa
istilah bahasa Malaysia adalah lebih releven digunakan bagi menggambarkan ia adalah
bahasa untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira strata masyarakat dan kaum.
Pendekatan ini di ambil untuk menarik minat kaum daripada bangsa lain selain daripada
kaum daripada bangsa melayu untuk bertutur dalam bahasa Malaysia. Pendekatan ini
dilihat begitu komplek kerana ia seakan akan mahu menghapuskan istilah bahasa
8

melayu dalam arus kehidupan masyarakat. Penggantian istilah kepada bahasa
Malaysia dilihat tidak tepat kerana Malaysia merupakan nama khas bagi negara.
Negara Eropah seperti Amerika, Australia, England dan New Zealand contohnya,
menjadikan bahasa Inggeris atau English sebagai bahasa rasmi mereka. Mereka tidak
terkumit untuk menukar Inggeris atau English tersebut kepada bahasa Amerika,bahasa
England dan sebagainya. Oleh yang demikian,penggunaan istilah bahasa melayu perlu
di kekalkan selaras dengan perlembagaan negara.(disesuaikan daripada kertas kerja
yang dibentangkan pada konvokesyen Munsyi Dewan (DBP) Memperkasa bahasa
Melayu di Sektor Swasta : Satu Tinjauan Selepas 50 Tahun Merdeka; 18-21 April 2008
).
Bahasa melayu diabsahkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.Ia tidak
membawa makna sebagai bahasa gantian bahasa Melayu tetapi ia di klasifikasikan
melalui peranan dan fungsi yang perlu diterjemahkan dalam bait bait kehidupan
semasa rakyat. Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan negara
Malaysia merentas sempadan dan kepentingan etnik Bahasa Melayu juga berfungsi
untuk pembangunan.Ia tidak merujuk kepada pembangunan bangsa melayu semata
mata tetapi juga merangkumi semua kaum yang bermastautin di Malaysia. Bahasa
Melayu atau bahasa Malaysia tidak berfungsi sebagai bahasa untuk menyatupadukan
kaum semata- mata tetapi ia bersifat instrumental, pragmatik dan developmental.(
Razaleigh Hamzah,2007:11 )






9

3.0 ASAL USUL MELAYU
Secara dasarnya, sehingga ke hari ini, para sejarawan masih tidak dapat
memberikan gambaran secara jelas dan sahih mengenai asal usul Melayu.Walau
bagaimanpun, mereka telah memberikan beberapa bukti yang dapat menyokong
mengenai asal usul Melayu itu sendiri.Istilah melayu muncul buat pertama kalinya
apabila terdapat dalam catatan pengembaraan China.Ia muncul dalam bahasa Cina
pada sekitar abad ke 644 dan 645 Masihi.Pada tulisan ini, dinyatakan bangsa Mo Lo
Yue telah menghantar utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi
kepada raja China.Namun tulisan ini tidak menyatakansecara jelas kerajaan manakah
yangtelah menghantar utusan tersebut.Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa
kerajaan tersebut ialah kerajaan Jambi di Sumatera.Perkataan Melayu juga di katakan
berasal daripada Himalaya yang bermaksud tempat bersalji. Pandangan lain mengenai
Melayu ialah, menurut kamus Jawa Kuno, perkataan Melayu bermakna pelarian atau
pengembaraan yang merujuk kepada orang Indo Melayu yang bergerak dari Yunan.
Selain itu, terdapat juga pandangan yang merujuk kepada istilah Melayu.Istilah Melayu
di katakan lebih terarah kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan
Melayu.Menurut The Malay Culture Study Project (1972) pula, konsep Melayu merujuk
kepada suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu
di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara amnya dapatlah disimpulkan
bahawapengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang
mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat
lain di Nusantara.
Menurut Von Heine Geldern, beliau berpandangan bahawa Kebudayaan Dong
Son ( kebudayaan orang-orang darat Mon-Khmer ) telah dipertanggungjawabkan
kepada pengembangan bahasa-bahasa kepulauan Melayu. Kebudayaan ini di katakan
telah lahir di daerah daerah Champa, Cochin-Cina dan Kampuchea.Beliau juga
merumuskan bahawa asal kebudayaan Dong Son ini ialah di daerah Yunan, Selatan
China.Kebudayaan ini dinamakan Kebudayaan Dongson kerana mengambil sempena
tempat penemuan yang pertama yang bernama Dong Son di Annam Utara.Bukti
10

kepada teori yang di bawa oleh Von Heine Geldern ialah melalui penemuan kapak
beliung segi panjang (rectangular axe) mengikut arah perjalanan iaitu di lembah Hoang-
Ho, Yangtse, Mekong, Salween, Irrawaddy dan seluruh kepulauan Melayu.Jelasnya
lagi, ini telah menunjukkan arah pergerakan orang-orang kuno tersebut.

Golongan Melayu Proto yang merupakan masyarakat Yunan yang telah hidup
secara berpindah randah sejak 2500 Sebelum Masihi telah mengalami perpecahan dari
segipuak dan kesukuan.Keturunan-keturunan mereka dikenali sebagai Semang, Jakun,
Jahut, Senoi, Negrito dan sebagainya.Golongan Melayu Deutro yang telah melakukan
ekspedisi perpindahan bermula tahun 1500 Sebelum Masihi pula telah melakukan
aktiviti pelayaran dan mula membuka penempatan penempatan barudi seluruh
Kepulauan Nusantara dan luar Nusantara.Golongan ini telah terpisah antara satu sama
lain disebabkan oleh faktor-faktor geografi antara satu sama lain. Kesan langsung
daripada perpisahan puak dan bangsa ini telah menyebabkan bangsa dan berkembang
mengikut perkembangan penuturnya. Perkembangan secara terasing inilah akhirnya
mewujudkan bahasa-bahasa dan dialek-dialek yang berlainan seperti bahasa Iban,
Tagalog, Minangkabau, Jawa, Formosa, Batan, Bisaya dan banyak lagi yang pada
asalnya bahasa-bahasa ini berasal daripadarumpun bahasa yang sama. Bahasa-
bahasa tersebut mempunyai kata-kata dan sistem bunyi yang agak berlainan tetapi jika
dibuat penyelidikan yang mendalam kita akan mendapati banyak persamaan yang
menunjukkan bahawa bahasa-bahasa itu asalnya serumpun. Teori yang mengatakan
asal usul orang Melayu dan bahasa Melayu dari Asia Tengah ( teori yang dinyatakan di
atas ) didokong kuat oleh Geldern H. R. Walau bagaimanapun teori beliau ini didapati
lemah kerana alasan kapak beliung segi tiga tidak kukuh kerana kapak jenis yang sama
juga dijumpai di Amerika dan Eropah.Teori kedua yang lebih tepat dan menolak teori
pertama tadi ialah teori yang dikemukakan oleh Gorys Geraf.Geraf mengatakan
bahawa bangsa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan mereka menuturkan
bahasa keluarga Nusantara.Menurut Geraf negeri asal orang Melayu ialah daerah
Indonesia dan Filipina.
selain itu sarjana tempatan, Asmah Hj. Omar pula mengatakan Kepulauan Melayu atau
Nusantara memang mempunyai penduduk aslinya sendiri. Mereka sudah menetap di
11

Nusantara sejak 8000 SM. Teori lain yang mengisahkan mengenaiasal usul bahasa
melayu ialah teori yang dikemukan oleh Sutan Takdir Alisjahbana. Beliau mengatakan
bahawa bangsa Melayu terdiri daripada bangsa-bangsa yang hidup di Asia Tenggara,
iaitu di negara Thai Selatan, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei dan Filipina
Selatan. Bangsa-bangsa ini mempunyai ciri-ciri tubuh badan yang berlainan daripada
bangsa-bangsa Cina di Asia Utara dan bangsa-bangsa India di Asia Barat.















12

4.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Bahasa melayu adalah keturunan daripada keluarga besar bahasa Proto
Austronesia.Bahasa Melayu juga merupakan salah satu daripada cabang bahasa
Austronesia atau Melayu Polinesia yang paling banyak di ketahui dan paling luas
digunakan.Bahasa ini telah menjadi bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di
beberapa buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei Darul Salam
dan Singapura. Di luar lingkungan empat buah negara ini, masih ada penutur bahasa
melayu seperti di Thailand Selatan, Myammar Selatan, Combodia, Vietnam, Sri Lanka,
Filipina Selatan dan lain lain. daerah induk bahasa melayu sebenarnya terdapat di
satu kawasan yang sempit iaitu di pesisir timur pulau samutera, Semenanjung tanah
Melayu dan pulau-pulau di sekitarnya serta pesisir pantai pulau Kalimantan atau
Borneo. Selain itu terdapat juga penutur bahasa malayu di Jakarta, Bali, Manado,
Ambon, Kupang, Larantuka, Makasar dan Irian Jaya.
Bahasa melayu kuno di katakan telah wujud sejak dari abad ke 4 Masihi lagi.Hal
yang demikian berdasarkan kepada bukti penemuan sebuah prasasti berbahasa
Melayu di Dong Yen Chau, di telu Tourine, Vietnam.Bertitik tolak daripada ini, pelbagai
prasasti baru mula di jumpai dan di tengahkan. Antara prasasti yang banyak di temui
kebanyakkannya menggunakan tulisan tulisan dari India atau tulisan daripada
pengaruh tulisan India seperti tulisan Devanagari, Pallava, Jawa Kuno, Kawi dan lain
lain. prasasti prasasti ini di temui di beberapa tempat di Asia Tenggara terutamanya di
Sumatera dan Jawa. Di Pulau Jawa, prasasti berbahasa melayu yangtertua di temui di
Sajamerta yang bertarikh 7 Masihi dan di katakan tertua di sana.
Di Pulau Samutera,Prasasti berbahasa Melayu yang tertua di temui ialah di
Kedukan Bukit pada yang dipercayai telah wujud sejak tahun 683 Masihi. Selain itu,
terdapat juga prasasti yang di temui di Sumatera Selatan seperti di Talang Tuwo yang
bertarikh 684 Masihi, Telaga Bata bertarikh 685 Masihi, Kota Kapor bertarikh 686
Masihi, Karang Berahi bertarikh 686 Masihi, Palas, Lampung,Pasemah dan lain lain.
Menurut Nik Hassan Suhaimi dalam bukunya Arkeologi, Seni dan Kerajaan Kuno
Sumatera Sebelum Abad ke 14 beliau menyatakan bahawa temoat tempat yang di
13

temui prasasti prasasti ini telah tersebar luasdi prosinpi Lampung, Samutera Selatan,
Jambi, Bengkulu, Riau, Samutera Barat dan Samutera Utara. Bagi kawasan Tanah
Semenanjung pula, prasasti tertua yang di temui ialah di Ligor yang bertarikh 775
Masihi.Zaman bahasa Melayu Kuno telah berakhir pada abad ke 13 Masihi. Bahasa
melayu Kuno dapat dikenalpasti melalui beberapa ciri seperti:
a) Tulisan yang digunakan ialah tulisan yang berasal daripada India seperti
Devanagiri dan Pallava. Terdapat juga tulisan yang berasal daripada pengaruh
tulisan India seperti jawa Kuno dan Kawi.
b) Pada prasasti prasasti ini terdapat banayak kata pinjaman daripada bahasa
Sanskrit terumata sekali kata kata yang berkait rapat dengan kebudayaan India
dan keagamaan Hindu.
c) Bahasa melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh daripada bahasa arab sama
ada dari segi tulisan ataupun kosa kata.

Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tersebar pada zaman terdirinya beberapa
empayar seperti kerajaan Champa dan Funan, Kerajaan Syailendra ( penerus empayar
Funan ) dan empayar Srivijaya yang terdapat di Sumatera, Pualau Jawa dan Tanah
Semenanjung hingga ke Segenting Kera.Antara contoh karya bahasa melayu kuno
ialah batu bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan
Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India
Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi
tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian
susunan dan bentuk) :
Svasti cri
cakavarsatita 605 ekadaci
cuklapaksa vulan vaicakha daputa
hyang nayik di samvau mangalap
siddhayatra
di saptami cuklapaksa
14

vulan jyestha dapunta hyang marlapas
dari minana Tamvar (Kamvar)
mamava yang vala dua laksa
ko dua ratus cara di samvau
dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna
datang di matada (nau) sukhacitta
di pancami cuklapaksa vulan asada
laghu mudita datang
marvuat vanua ... Crivijaya
jaya siddhayatra subhika ...
Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih
kurang seperti yang berikut ini:
Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di perahu
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya
datang di matada dengan suka cita
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Seriwijaya
yang berjaya, yang bahagia, yang makmur.

15

Berakhirnya era bahasa melayu kuno menandakan bermulanya era bahasa melayu
klasik.Bahasa melayu klasik di katakan bermula pada awal abad ke 14 dan berakhir
pada akhir abad ke 18.Zaman permulaan bagi bahasa melayu klasik ialah dengan
penemuan prasasti di Terengganu sebagai bukti.Prasasti Terengganu bertarikh 702 H
bersamaan dengan tahun 1303 M. perbezaan. Perbezaan ketara yang dapat dilihat
antara bahasa melayu kuno dan bahasa melayu klasik ialah adanya tulisan jawi iaitu
merupakan tulisan arab berbanding dengan bahasa melayu kuno yang menggunakan
tulisan India dan tulisan pengaruh India. Pada zaman ini, prasasti prasasti adalah lebih
menggunakan pengaruh tulisan arab dan kata kata berunsur islamik yang mendapat
pengaruh daripada kerajaan islam khususnya kerajaan Parsi. Prasasti prasasti
berbahasa melayu klasik banyak terdapat di Tanah Semenanjung seperti di Pengkalan
Kempas, Pahang, Perak dan Kelantan serta Kedah. Kawasan kawasan yang terdapat
prasasti berbahasa melayu moden ialah Jambi, Riau, Aceh, Sumatera Utara dan
Selatan, Brunei dan lain lain. Tulisan- tulisan berbahasa melayu klasik banyak di
catatkan dalam bentuk bentuk manuskrip.Jumlah manuskrip yang ditulis adalah
melebihi daripada 10 000 naskah dan tersimpan di 14 buah negara utama terutamanya
di Barat.Menurut kajian yang di lakukan oleh Annabel The Gallop dan Bernard pada
tahun 1991, antara manuskrip terawal ialah dalam bentuk surat-surat kiriman yang
dikirim oleh Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh 1521 dan
1522 Masihi. Manuskrip dalam bentuk buku yang paling tua ialah kitab Aqid Al Nasafi
yang bertarikh 1590 Masihi.Zaman bahasa melayu klasik lalui tahap perkembangan
yang pesat berbanding zaman sebelumnya.Perkembangan ini adalah selari dengan
tahap pembangunan ilmu dan pengetahuan yang mengubah corak pemikiran dan
kebudayaan masyarakat.Ini dibuktikan dengan apabila pada akhir abad ke 16 M, telah
terhasil karya karya bersifat intelektual seperti karya tasawwuf dalam bahasa melayu.
Ini dikukuhkan lagi pada akhir abad ke 17, berlaku polemik tentang falsafah, tasawwuf
dan ilmu- ilmu agama yang lain seperti yang berlaku di Aceh. Secara umumnya,
pengkaji melihat perkembangan ini adalah kesan daripada penerimaan masyarakat
kepada ajaran islam kerana pada zaman bahasa melayu kuno yang mendapat
pengaruh daripada agama Hindu, tahap perkembangan ilmu pengetahuan masyarakat
adalah terbatas. Karya karya zaman bahasa melayu kuno lebih cenderung kepada
16

karya- karya epik dan terjemahaan cerita seperti Hikayat Seri Rama berbanding karya
bahasa melayu klasik yang bersifat falsafah dan agama.Ciri-ciri bahasa klasik
antaranya ialah:
ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya,
masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,
hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Contoh karya zaman bahasa melayu klasik ialah Batu Bersurat Terengganu.Ia
memperihalkan tentang undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada
batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-
hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran.Catatan ini dipercayai sebagai
bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303.Batu bersurat ini
disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum dipindahkan ke Arkib Negara pada
tahun 60-an.
Muka pertama
1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
17

9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua
1. Keluarga di Benua jauh kan
2. Datang berikan.keempat orang berpiutang.
3. Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
4. Kelima derma barang orang....(mar)dika.
5. Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
6. Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
7. Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
8. Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
9. Seratus ratun jika merdeka beristeri.
10. Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
11. Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
12. Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga
1. Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
2. Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
3. Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
4. Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
5. Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
6. Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat
18

1. ..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
2. ..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
3. ..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa
keluarga ku atawa anak.
4. ..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat
Dewata Mulia raya.
5. ...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

Kesimpulannya, bahasa melayu pada zaman bahasa melayu klasik telah
menampakkan bahawa bahasa melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia
Tenggara malah dunia arab juga berminat untuk mempelajari bahasa melayu seperti
kerajaan Parsi, Funan, Turki dan Hindi.Hal yang demikian juga telah menyebabkan
mubaligh mubaligh Kristian berusaha untuk mempelajari bahasa melayu klasik untuk
memudahkan mereka menyebarkan agama mereka di alam melayu.Pertambahan
golongan intelektual telah memberikan pengaruh besar kepada sistem penulisan dan
pertuturan bahasa Melayu Klasik.
Perkembangan bahasa melayu seterusnya dapat di lihat pada zaman
peralihan.Zaman peralihan adalah bermula selepas wujudnya aktiviti penjelajahan dan
penerokaan oleh barat terutamanya ke kawasan kawasan di seluruh Asia
Tenggara.Zaman ini di katakan berlaku secara langsung pada sekitar abad ke 19
dengan kebanjiran pendatang luar ke kawasan di Asia Tenggara.Contoh negara barat
yang melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan ialah sepeti yang di lakukan oleh
orang orang Belanda.Imperialis Belanda telah menguasai sebahagian besar
kepulauan Melayu yang kemudian di kenali sebagai Indonesia. Penaklukan barat yang
lain juga dapat dilihat melalui aktiviti yang di lakukan oleh orang Inggeris yang
menguasai negeri negeri Melayu terutamanya di Semenanjung, Borneo Utara, Brunei
dan Sarawak. Sementara itu, imperialis Perancis telah menguasai Indo- China, orang
Portugis di Pulau Timor dan Sepanyol serta Amerika menakluki Filipina.
Aktiviti penjelajahan dan penerokaan ini bukan sahaja telah memberikan impak dari
segi politik di negara negara Asia Tenggara yangterlibat tetapi juga telah
19

mempengaruhi sosio budaya masyarakat tempatan.Imperialis bukan sahaja menguasai
aktiviti perdagangan tetapi mereka sebenarnya telah menakluk negara negara
terbabit dan menjadikan negara yang terlibat sebagai negara naungan mereka.Hasrat
imperialis barat ini untuk menguasai negara- negara di Asia tenggara secara konsisten
di mantapkan lagi apabila mereka berusaha untuk belajar dan menguasai bahasa
melayu.Imperialis Barat telah membina universiti yang khusus untuk mereka mengkaji
dan memperhalusi bahasa melayu seperti yangterdapat di Belanda dan
Inggeris.Mereka telah mengumpulkan manuskrip manuskrip lama untuk di kaji di
negara mereka.Kegigihan iltizam mereka untuk menguasai bahasa melayu jelas
menggambarkan bahawa, bahasa melayu adalah bahasa utama negara negara di
Asia tenggara. Pengenalan beberapa teknologi baru yang di bawa oleh penjajah seperti
mesin pencetak, kapal api, kereta api dan sebagainya telah merancakkan lagi
penyebaran bahasa Melayu. Perkataan pertuturan daripada negara penjajah telah
meresap masuk ke dalam strata masyarakat di Asia Tenggara.Jika pada zaman
sebelumnya, aktiviti pencetakan perkataan terutamanya telah menjejaskan aktiviti
istana kerana pengembangan bahasa melayu mula merakyat dan tidak lagi khusus
kepada strata atasan sahaja.Contoh karya yang Berjaya di cetak dan di edarkan
kepada masyarakat seperti buku Sejarah Melayu, Taj As Satin, Hikayat Abdullah dan
lain lain.
Kesimpulannya, zaman bahasa Melayu Peralihan adalah zaman berlakunya
pertembungan kebudayaan antara budaya barat dan melayu.Revolusi perindustrian
yang berlaku di negara barat telah membantu perkembangan bahasa melayu.Imperialis
barat telah membawa masuk teknologi mereka seperti alat pencetak dan impak besar
yang berlaku ialah bahasa melayu mula terdedah kepada pengaruh barat.Pengiktirafan
oleh Belanda kepada Riau yang mengiktiraf bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Riau
telah menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kegunaan masyarakat pribumi Riau.
Berakhirnya era bahasa melayu peralihan menandakan bermulanya satu revolusi
baru dalam perkembangan bahasa melayu di Malaysia. Zaman bahasa melayu moden
bermula pada abad ke 20. Proses perkembangan bahasa melayu pada masa ini
berjalan dengan lancar apabila negeri- negeri dan kesultanan melayu tetap
20

menggunakan bahasa melayu dalam urusan pentadbiran negeri terutama yang
berkaitan dengan adat istiadat melayu dan agama islam. Sekolah sekolah Melayu
juga tumbuh bagai cendawan selepas hujan sama ada dalam pemerintahan Inggeris
atau negeri negeri yang ditakluki oleh Belanda. Syarikat syarikat percetakan juga
semakin banyak dibina bukan sahaja melibatkan pemilikan oleh orang barat, orang
orang peranakan Cina dan India tetapi orang melayu sendiri mula bertatih dalam
industri percetakan.Melalui perkembangan ini, banyak buku, jurnal dan majalah telah
diterbitkan dan diedarkan kepada orang ramai. Bahasa Melayu bukan sahaja digunakan
bagi anak jajahan yang penting di semenanjung tanah melayu tetapi ia juga mula
menjadi bahasa pengantar di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak, Borneo, Brunei
tetapi perkembangan ini telah sampai dan digunakan secara meluas di Singapura.
Sebagai contoh, masyarakat pribumi Indonesia telah menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa pengantar mereka. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Seluruh
Indonesia telah mengadakan sumpah pemuda iaitu mengiktiraf bahasa melayu ( yang
ditukar bahasa Indonesia) sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa
Indonesia. Selain itu, Brunei telah mengiktiraf bahasa melayu sebagau bahasa rasmi
negeri pada tahun 1957 yang membuktikan bahasa bahasa melayu telah mula
menapak kukuh pada zaman ini.
Antara penerbitan yang popular pada zaman ini ialah Al- Iman (1906), panji
Poestaka, Warta Melaya, Lembaga Melayu,dan Poedjangga Boroe yang di terbitkan
pada tahun 1933. Penulisan pada masa ini adalah lebih bersifat untuk meningkatkan
kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu bagi para pembacanya.
Kesimpulannya, kedudukan bahasa melayu mula menarik perhatian masyarakat
Asia Tenggara dan mula digunakan secara konsisten. Perkembangan bahasa ini juga
sebenarnya turut dipengaruhi oleh daya kreativiti masyarakat pada abad ke 19 yang
telah melakukan asimilasi bagi terutamanya menerapkan bahasa Belanda,Inggeris dan
Arab ke dalam bahasa Melayu. Pengaruh pengaruh yang diperoleh daripada asimilasi
ini telah memantapkan lagi kosa kata dan menjadi punca kepada kemunculan istilah
istilah moden. Jika pada zaman pengarih islam bahasa melayu mampu untuk
membahaskan ilmu ilmu falsafah dan agama yang tinggi tetapi pada zaman bahasa
21

melayu moden, ia mampu untuk membahaskan tentang ilmu ilmu moden terutamanya
ilmu ilmu sains dan teknologi. Implikasi positif yang di dapati daripada perkembangan
langsung bahasa melayu ini telah menyebabkan ia mula digunakan di peringkat institusi
pengajian tinggi terutamanya di Malaysia dan Indonesia.


















22

5.0 PERBEZAANBAHASA MELAYU DAN BAHASA SERUMPUN
Bahasa Indonesia
Bahasa secara dasarnya adalah sistem lambang yang yang arbitrer yang
digunakan oleh suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan
mengidentifikasikan diri.Bahasa melayu telah menjadi bahasa perantara atau bahasa
perhubungan yang jelas di Asia Tenggara.Walaupun begitu bahasa melayu yang
digunakan di Indonesia dilihat lebih terkehadapan berbanding bahasa melayu yang
digunakan di Malaysia. Namun begitu, bahasa melayu di Malaysia masih berpeluang
untuk bergerak seiring dengan bahasa Indonesia tanpa terlepas daripada fenomena
umum yang berlaku ketika proses silang bahasa. Perubahan bahasa yang berlaku
mungkin disebabkan oleh pengaruh daripada proses timbal balik antara bahasa melayu
dan bahasa Indonesia. Sebenarnya, bahasa Indonesia adalah serapan daripada
bahasa melayu nusantara yang telah dikembangkan sebagai bahasa melayu baku
sejak zaman kegemilangan Raja Ali Haji. Secara umumnya, bahasa melayu adalah
bersifat tradisional dan terbatas penggunaannya melalui persempadanan sosio budaya
masyarakat yang menggunakannya. Melalui proses pembakuan bahasa bahasa melayu
telah mampu untuk berdaya saing dan keluar daripada batas persempadanan tradisi
oleh pengamalnya. Bahasa baku inilah yang telah menjadi dan berkembang sebagai
bahasa Indonesia untuk kemajuan bangsa.
Ejaan van Ophuijsen
Struktur ejaan Van Ophuijsen merupakan ejaan bahasa Melayu dengan huruf
Latin. Susunan ejaan ini telah dilakukan pada tahun 1986 oleh Charles Van
Ophuijsen yang dibantu oleh Nawawi Soetan Mamoer danMoehammad Taib Soetan
Ibrahim. Struktur tatabahasa yang kemudian dikenal dengan nama ejaan van
Ophuijsen telah di perakukan secara rasmioleh penjajh pada tahun 1901. Ciri-ciri dari
ejaan ini iaitu:
1. Huruf untuk membezakan antara huruf i sebagai akhiran dan kerananya harus
disuarakan tersendiri dengan diftong sepertimula dengan ramai. Juga
digunakan untuk menulis huruf y seperti dalam Soerabaa.
23

2. Huruf j untuk menuliskan kata-kata jang, pajah, sajang dan sebagainya.
3. Huruf oe untuk menuliskan kata-kata goeroe, itoe, oemoer, dan sebagainya.
4. Tanda diakritik, seperti koma ain dan tanda trema, untuk menuliskan kata-
kata mamoer, akal, ta, pa, dsb.
Ejaan Republik
Ejaan ini telah mula digunakan secara rasmi opada tahun 1947 bagi menggantikan
ejaan sebelumnya. Ejaan ini juga dikenal dengan nama ejaan Soewandi. Ciri-ciri ejaan
ini iaitu:
1. Huruf oe diganti dengan u pada kata-kata guru, itu, umur dan sebagainya
2. Bunyi hamzah dan bunyi sentak ditulis dengan k pada kata-kata tak, pak, rakjat,
dan sebagainya.
3. Kata ulang boleh ditulis dengan angka 2 seperti pada kanak2, ber-jalan2, ke-
barat2-an.
4. Awalan di- dan kata depan di kedua-duanya ditulis serangkai dengan kata yang
mendampinginya.









24

Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan
Ejaan ini mula digunakan secara meluas di Indonesia pada tahun 1972.Ia adalah
berkaitan dengan pengenalan dua bahasa serumpun, iaitu Bahasa Indonesia dan
Bahasa Malaysia dan terdapat beberapa struktur yang semakin dibakukan.
Perubahan:
Indonesia
(pra-1972)
Malaysia
(pra-1972)
Sejak 1972
Tj Ch C
Dj J J
Ch Kh Kh
Nj Ny Ny
Sj Sh Sy
J Y Y
oe* U U
Catatan: Tahun 1947 "oe" sudah digantikan dengan "u".
Bahasa Indonesia adalah bahasa yang bersifat terbuka.Ini dengan jelas membuktikan
bahawa bahasa Indonesia telah mengalami serapan daripada bahasa asing
25

terutamanya serapan daripada bahasa yang digunakan oleh negara penjajah. Hal yang
demikian dapat dilihat seperti berikut :
Asal Bahasa Jumlah Kata
Belanda 3.280 kata
Inggris 1.610 kata
Arab 1.495 kata
Sanskerta-Jawa Kuno 677 kata
Tionghoa 290 kata
Portugis 131 kata
Tamil 83 kata
Parsi 63 kata
Hindi 7 kata


Umumnya jumlah kosa kata yang telah diserap masuk dan digunakan oleh masyarakat
adalah seperti jadual yang berikut.
26

Asal bahasa Jumlah kata
Jawa 1109 kata
Minangkabau 929 kata
Sunda 223 kata
Madura 221 kata
Bali 153 kata
Aceh 112 kata
Banjar 100 kata

Bahasa Indonesia mempunyai 26 fonem yaitu 21 huruf mati dan 5 huruf hidup. Di
samping itu sistem tata bahasanya sederhana, di mana:
Vokal

Depan Madya Belakang
Tertutup i

u
Tengah e O
Hampir Terbuka ()

()
27

Terbuka a


Bahasa Indonesia juga mempunyai diftong /ai/, /au/, dan /oi/. Namun, di dalam suku
kata tertutup seperti air kedua vokal tidak diucapkan sebagai diftong
Konsonan

Bibir Gigi
Langit
2

keras
Langit
2

lunak
Celah
suara
Sengau M n
Letup p b t d c k g
Desis (f) s (z) () (x) h
Getar/Sisi l r
Hampiran W j
Vokal di dalam tanda kurung adalah alofon sedangkan konsonan di dalam tanda
kurung adalah fonem pinjaman dan hanya muncul di dalam kata serapan.
/k/, /p/, dan /t/ tidak diaspirasikan
/t/ dan /d/ adalah konsonan gigi bukan konsonan rongga gigi seperti di dalam
bahasa Inggeris.
/k/ pada akhir suku kata menjadi konsonan letup celah suara
28

Penekanan ditempatkan pada suku kata kedua dari terakhir dari kata akar. Namun
apabila suku kata ini mengandung pepet maka penekanan pindah ke suku kata
terakhir.

Bahasa Melayu di Brunei
Perkembangan pesat dan perubahan sosial yang sedang berlaku di Pulau
Borneo amnya dan Brunei Darul salam khususnya yang disebabkan oleh peralihan
penduduk darikawasanpedalam ke kawasan Bandar serta perkahwinan di antara puak
telah mengubah struktur kajian bidang linguistik. Bahasa Belait yang biasanya di kenali
sebagai bahasa Melayu di Brunei belum mencapai tahap yang memuaskan di
Brunei.Hal yang demikian disebabkan oleh kelainan puak dan dialek sedikit sebanyak
telah mengehadkan kontak bahasa, pemeliharaan dan peralihan bahasa, ketaatan
terhadap bahasa dan kesopan serta keluhuran bahasa.
Menurut Government of Brunei 1961, rakyat jati Brunei terdiri daripada tujuh
puak iaitu puak Brunei, Kedayan, Tutong, Belait, Dusun, Bisaya dan Murut. Walaupun
mereka terdiri daripada rumpun bangsa Melayu, namun mereka mempunyai dialek
mereka yang tersendiri. Di Brunei, bahasa yang digunakan oleh puak jati seringkali
disebut dialek bahasa melayu, Kecenderungan kepelbagaian dialek ini berlaku keranan
puak puak tersebut terdidir daripada rumpun bangsa melayu sepertiyang dinyatakan
dalam perlembagaan Brunei. Jika dilihat daripada sudut sosiolinguistik, bahasa puak
puak jati Brunei ini boleh dianggap bahasa melayu tetapi jika di kaji daripada sudut
linguistik dan peratus kekerabatan, bahasa- bahasa puak tersebut tidak boleh di rujuk
sebagai bahasa melayu.
Vokal
Bahasa Melayu Brunei mempunyai pertukaran bunyi vokal daripada Bahasa Melayu
Baku. Antaranya ialah bunyi // akan ditukar menjadi bunyi /a/. Contoh perkataan di
bawah:
a) Besar=basar
29

b) Keras=karas
c) Beras=baras
Vokal 'o' ditukar menjadi 'u' seperti perkataan di bawah:
Boleh=bulih
Tolong=tulung
Kotak=kutak
Apabila sesuatu perkataan diakhiri dengan huruf vokal, maka huruf vokal itu hendaklah
disebut seperti di bawah:
Kita hendaklah disebut kita'
Lawa hendaklah disebut lawa'
Buku hendaklah disebut buku'
Kari hendaklah disebut kari'.
Penutur bahasa melayu Brunei masih mengekalkan struktur bahasa melayu lama dan
klasik dalam penggunaannya seharian. Antara contoh yang boleh dilihat ialah :
1. Panas angat
2. Ketawa tatawa (tertawa)
3. Dia - Ia
4. Tak payah inda usah (tak usah)
5. Teringat - takanang (terkenang)
6. Jatuh gugur
7. Koyak carik
8. Pokok puhun (pohon)
9. Cuci basuh



30

Kesimpulannya bahasa melayu Indonesia dan Brunei adalah merupakan bahasa
serumpun bahasa melayu yang digunakan di Malaysia. Walaupun begitu, kerana
beberapa faktor seperti perkahwinan, perhijrahan, peranan yang dimainkan oleh
penjajah, bahasa melayu ini melalui proses pengubahsuaian yang sistematik
bersesuaian dengan keadaan persekitaran yang dimainkan oleh penutur.

















31

6.0 KESIMPULAN
Pertumbuhan dan perkembangan bahasa melayu di Malaysia dan negara
serumpun telah melalui liku liku yang panjang.Bahasa melayu yang asalnya
dituturkan oleh satu kelompok yang kecil telah tersebar melalui platform berbentuk
politik, kebudayaan, persuratan, perdagangan dan sebagai wadah penyebaran
agama.Pengaruh asing daripada segi kebudayaan, pemikiran dan bahasa juga
memainkan peranan yang besar dalam menghasilkan tahap- tahap pertumbuhan dan
perkembangan bahasa melayu.Bahasa bahasa asing seperti bahasa Sanskrit, Tamil,
Arab, Parsi, Sepanyol, Belanda, Portugis telah banyak meninggalkan kesan dari sudut
struktur, leksikon dan semantik bahasa melayu.Ini semua juga dapat di kesan daripada
sifat intrinsik dalam bahasa melayu itu sendiri.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa
Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya
berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Pada hari ini, kecenderungan
polemik yang berterusan mengenai bahasa Melayu yang dikatakan hanya untuk orang
Melayu telah menyebabkan berlaku proses penukaran istilah. Istilah Bahasa Melayu di
Malaysia telah ditukarkan dan dikomersilkan dengan istilah baru iaitu bahasa Malaysia.
Penyusunan dan penjenamaan semula ini adalah penting bertujuan untuk menarik
minat kaum lain yang menetap di Malaysia untuk menggunakan bahasa Melayu. Ini
bermakna, Bahasa Melayu telah dijadikan alat penyatuan kaum untuk hidup di bawah
satu payung pentadbiran kerajaan di Malaysia.Ia juga selaras dengan peruntukan
perlembagaan Malaysia yang menetapkan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa
rasmi negara. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kewajipan kepada setiap
warganegara Malaysia terutamanya kaum lain untuk mempelajari dan memahami kosa
kata bahasa Melayu.
Pengaruh agama dan tamadun Hindu Buddha dengan bahasa Sankrit sebagai
bahasa pengantarnya merupakan cetusan pertama yang menggerakkan perkembangan
bahasa melayu.Kesan daripada pengaruh Hindu Buddha dalam ilmu kesusasteraan
yang lebih mementingkan nilai estetika dan romantik, kesusasteraan melayu juga telah
menyerap nilai nilai tersebut dalam penulisan kesusasteraan melayu.Apabila agama
32

islam telah mula menapak di kepulauan melayu, telah berlaku revolusi yang besar
dalam fasa keseluruhan aspek kehidupan manusia. Ciri ciri modenisme seperti
reasionalistik,individualistik dan internasionalistik sememangnya mula dapat dikesan
dalam sistem penulisan kesusasteraan dan persuratan melayu bermula abad ke
14.Contoh karya pada masa ini laha Aqa Id Al Nasafi dan Hujjat Al- Siddiq dengan
jelas menampakkan ciri tersebut. Ciri rasionalistik contohnya ditekankan kerana pada
masa ini, tiada lagi unsur unsur khalayan dan fantasi yang di tulis kerana ia lebih
mementingkan unsur unsur akliah iaitu sesuatu yang dapat diterima oleh akal.
Sementara itu, kedatangan kuasa- kuasa baru yang telah membawa pembaharuan
tamadun kebendaan yang lebih superior berbanding dengan apa yang ada di
Kepulauan Melayu telah membuka dimensi baru kepada sistem pertuturan dan
penulisan kesusasteraan melayu di Kepulauan Melayu. Pada peringkat permulaan
penjajahan dan penyebaran pengaruh Barat, bahasa melayu telah digunakan sebagai
alat perhubungan baik dari segi perundingan, perjanjian, pentadbiran,pemerintahan dan
perniagaan. Ejaan jawi telah digunakan sebagai hak yang teristimewa bahasa
Melayu.Contoh penulisan yang menggunakan pengaruh Barat ialah seperti
yangterdapat dalam tulisan Abdullah Munsyi. Aliran penulisan Barat yang berunsurkan
realisme dan humanisme mula mendapat tempat didalam persuratan melayu dan
seterusnya mula membentuk tulisan seperti laporan perjalanan, autobiografi dan
kemudiannya novel, cerpen, esei, kritik, ulasan bertapak kukuh di Kepulauan Melayu
menjelang abad ke 20.
Jika di nilai dari sudut sejarah, bahasa memainkan peranan yang amat penting
dalam pembangunan bangsa di Malaysia dan negara serumpunnya.Kepelbagaian
variasi bahasa melayu di Malaysia dan sekitarnya melalui kekhasan ciri yang di jalinkan
akultrasi kebudayaan Melayu dan daerah telah berjaya memberikan dampak yang
besar dan menguntungkan bagi pertumbuhan dan pembinaan bahasa Melayu.Bahasa
daerah (dialek) dilihat telah mengubah pengstrukturan bahasa Melayu secara
langsung.Ia dilihat tampak mampu untuk mewujudkan sumbangan bagi memperkaya
bahasa Melayu baik berupa kepelbagaian bahan kebahasaan yang diserap daripada
dialek daerah. Keadaan ini dengan jelas menggambarkan bahawa bahasa Melayu
mempunyai potensi, kemampuan dan kekuatan untuk menduduki tempat sebagai
33

bahasa nasional bahkan mampu untuk menjadi bahasa dunia jika proses
memperkasakan bahasa Melayu ini dijalankan dengan lebih rancak dan sistematik serta
konsisten.



















34

Bibiografi
a) A.B. Ahmad. 1978, Bahasa Kedayan Dalam Satu Penggolongan Dengan
Bahasa Melayu Brunei, Dewan Bahasa Dan Pustaka
b) Azhar M Salim Dan Farid M.Onn,1994, Linguistik Melayu, Jabatan Linguistik,
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,UKM,Bangi.
c) Noor Ein Mohd Noor, 1993, Sejarah Ringkas Linguistik, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
d) Ajib Che Kob, Pengantar Kajian Linguistik, Jabatan Linguistik, UKM,Bangi.
e) Asmah Haji Omar, 1988, Susur Galur Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
f) Nik Hassan Shuhaimi,1991, Arkeologi, Seni Dan Kerajaan Kuno Sumatera
Sebelum Abad Ke 14, Bangi:Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, UKM, Bangi.
g) Mohd Thani Ahmad Dan Zaini,1988, Rekonstruksi Dan Cabang - Cabang
Bahasa Melayu Induk, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
h) Abdul Samad Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu, I,II,III Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
i) Malik A. Perkembangan Bahasa Melayu Masa Kini, Seminar Festival
Senibudaya Melayu, Tanjung Pinang 8 -10 September 1992

Internet
a) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Brunei
b) https://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesia
c) http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf
d) http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Anda mungkin juga menyukai