Anda di halaman 1dari 8

PSIKOLINGUISTIK LANJUTAN

(BBM 5204)
(PROF. DR. ROHAIDAH BT KAMARUDDIN)

TAJUK:
BAHASA SEBAGAI SISTEM KOMUNIKASI
(Sifat Semulajadi bahasa: Tatabahasa sejagat)

Disediakan oleh:
HAFIZAH BINTI ABD JAMIL
(GS 39684)
Bahasa Sebagai Sistem Komunikasi

Menurut Kamus Dewan (2002), mendefinisikan bahasa sebagai lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Abdullah
(1974), pula mengungkapkan bahasa sebagai alat perhubungan timbul secara arbitiari dalam
sesebuah masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa bahasa juga merupakan satu ciri sosial
yang amat penting kerana tanpa bahasa ahli sesebuah masyarakat tidak dapat berkomunikasi
antara mereka. Sesuatu bahasa bertambah dan berkembang mengikut perubahan zaman
penuturnya. Perkembangan bahasa itu merupakan proses yang berterusan sehingga
penuturnya sendiri kadang-kadang tidak memahaminya. Oleh itu dengan adanya golongan tua
dan muda dalam masyarakat maka perkembangan bahasa akan berlaku daripada zaman
generasi tua kepada zaman generasi muda. Perkembangan bahasa yang berlaku pada zaman
muda yang moden ini membawa kepada beberapa fenomena kepada bahasa itu sendiri.
Fenomena tersebut adalah fenomena pertukaran kod. Kamus Linguistik mendefinisikan
penukaran kod sebagai penggunaan kelainan bahasa atau bahasa-bahasa lain semasa
berkomunikasi. Ini bergantung kepada siapa seseorang itu bercakap. Bahasa juga adalah
penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan
sintaksis untuk membentuk perkataan yang bermakna. Bahasa juga boleh didefinisikan
sebagai satu sistem makna untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan. Selain itu,
bahasa merupakan satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan. Bahasa
mempunyai perkaitan dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi
kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut
sebagai linguistik atau pakar bahasa.

Menurut pandangan Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir
serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali
sebagai bahasa lain khususnya Jerman. Menurut Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana
Jerman, mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi. Ferdinand de Saussure seorang sarjana
linguistik Swiss pada awal abad ke- 20 pula menyatakan bahasa sebagai sistem isyarat. Selain
itu, Charles F. Hockett memperkatakan bahasa dari sudut psikologi behaviorisme, iaitu sistem
tabiat-tabiat yang sangat rumit. John B. Carol juga meninjau bahasa dari sudut linguistik yang
merupakan sistem bunyi vokal berstruktur dan urutan-urutan bunyi. Bloch dan Trager
mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan
anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan
fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain. Ia merupakan
proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua perbuatan
menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar maksud supaya dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi boleh mengambil bentuk secara lisan mahupun bukan lisan,
misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan. Menurut
Shannon dan Weaver komunikasi adalah proses pemindahan makna dari sumber pesan
(source) kepada penerima pesan (receiver).

Asmah Hj.Omar (1986), menekankan betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi atau
perhubungan antara manusia dalam kehidupan harian. Menurut beliau, bahasa yang digunakan
merupakan sistem lambang yang mengaitkan maksud atau fikiran manusia dengan sesuatu
benda yang konkirit ataupun abstrak agar pengguna bahasa dapat memahami sesuatu benda
yang dituturkan itu. Muhamad Md. Yusof (1993), dalam artikelnya menyatakan bahawa
penggunaan bahasa dalam proses komunikasi merupakan satu aspek yang sangat penting.
Menurut beliau terdapat beberapa ketetapan yang menentukan proses penyampaian dan
penerimaan mesej berlaku dengan berkesan. Oleh yang demikian, bahasa berfungsi sebagai
penghubung yang baik antara manusia. Bahasa yang tepat merupakan inti komunikasi yang
berkesan. Kewibawaan seseorang tertakluk pada bahasa yang digunakannya di mana ia
dengan sendirinya akan meningkatkan imej seseorang itu. Komunikasi bukan sahaja
berperanan sebagai pembawa imej tetapi juga sebagai alat untuk menyampaikan makna yang
ingin dikemukakan sama ada melalui bunyi mahupun secara bertulis.

Oleh sebab itu, bahasa selalu dinyatakan sebagai alat komunikasi yang paling berkesan. Tidak
hairanlah jika bahasa itu dilihat sebagai satu simbol yang berkait rapat dengan penggunanya.
Bahasa merupakan seni kolektif yang perlu diketahui manusia dan bahasa memegang peranan
sebagai alat perhubungan dan alat sosial. Setiap bahasa di dunia ini melambangkan identiti
dan sikap masyarakatnya yang menuturkan bahasa itu. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
bahasa adalah sebagai sistem komunikasi.
Sifat Semulajadi Bahasa

1. Bahasa adalah Sebuah Sistem


Sistem bererti susunan teratur berpola yang yang membentuk suatu keseluruhan yang
bermakna atau berfungsi. Sistem terbentuk oleh sejumlah unsur yang satu dan yang lain
berhubungan secara fungsional. Bahasa terdiri dari unsur-unsur yang secara teratur
tersusun menurut pola tertentu dan membentuk satu kesatuan. Sebagai sebuah sistem,
bahasa itu bersifat sistematik dan sistemis. Sistematis ialah bahasa itu tersusun menurut
suatu pola. Sistemis pula ialah bahasa itu bukan merupakan sistem tunggal, tetapi terdiri
dari subsistem atau sistem bawahan (dikenal dengan nama tataran linguistik). Tatabahasa
linguistik terdiri dari fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik..

2. Bahasa sebagai Lambang


Bahasa ialah sistem lambang yang mempunyai peraturan tertentu yang berhubung dengan
bunyi, ejaan, dan bentuk ayat. Setiap kata yang dikeluarkan adalah lambang yang
mewakili sesuatu yang lain. Contohnya melalui perkataan women, female, lady, girl,
wanita dan sebagainya, kita dapati bahawa kesemuanya boleh melambangkan perempuan.

3. Bahasa sebagai bunyi


Bunyi adalah kesan pada pusat saraf sebagai akibat dari getaran gendang telinga yang
bereaksi kerana perubahan dalam tekanan udara. Bunyi bahasa adalah bunyi yang
dihasilkan alat suara manusia. Tetapi juga tidak semua bunyi yang dihasilkan oleh alat
suara manusia termasuk bunyi bahasa.

4. Bahasa bersifat arbitiari


Arbitiari bererti berubah-ubah dan tidak tetap. Istilah arbitiari itu adalah tidak adanya
hubungan wajib antara lambang bahasa (yang berwujud bunyi itu) dengan konsep atau
pengertian yang dimaksud oleh lambang tersebut. Ferdinant de Saussure membezakan
apa yang dimaksud signifiant dan signifie. Signifiant (penanda) adalah lambang bunyi itu,
sedangkan signifie (petanda) adalah konsep yang dikandungi signifiant.
5. Bahasa bersifat makna
Salah satu sifat hakiki dari bahasa adalah bahasa sebagai lambing dan bahasa
melambangkan suatu pengertian, suatu konsep, suatu idea, atau suatu fikiran yang ingin
disampaikan dalam kewujudan bunyi. Maka, dapat dikatakan bahwa bahasa itu
mempunyi makna. Kerana bahasa itu bermakna, maka segala ucapan yang tidak
mempunyai makna dapat disebut bukan bahasa. [kuda], [makan], [rumah], [adil], [tenang]
: bermakna = bahasa
[dsljk], [ahgysa], [kjki], [ybewl] : tidak bermakna = bukan bahasa

6. Bahasa bersifat konvensional


Meskipun hubungan antara lambang bunyi dengan yang dilambangkannya bersifat
arbitiari, tetapi penggunaan lambang tersebut untuk suatu konsep tertentu bersifat
konvensional. Semua anggota masyarakat bahasa itu mematuhi bahawa lambang tertentu
itu digunakan untuk mewakili konsep yang diwakilinya. Misalnya, binatang berkaki
empat yang dinaiki dilambangkan dengan bunyi kuda, maka anggota masyarakat bahasa
harus mematuhinya.

7. Bahasa bersifat unik


Bahasa bersifat unik kerana setiap bahasa mempunyai ciri khas tersendiri yang tidak
dimiliki oleh bahasa lain. Ciri khas ini seperti sistem bunyi, sistem pembentukan kata,
sistem pembentukan kalimat dan pelbagai lagi.

8. Bahasa bersifat universal


Selain bersifat unik, bahasa juga bersifat universal. Ini kerana ada ciri-ciri yang sama
dimiliki oleh setiap bahasa yang ada di dunia ini. Misalnya, ciri universal bahasa yang
paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyai bunyi bahasa yang terdiri dari vokal
dan konsonan.

9. Bahasa bersifat produktif


Bahasa bersifat produktif bererti walaupun unsur-unsur bahasa itu terbatas, tetapi dengan
unsur-unsur yang jumlahnya terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang tidak
terbatas, sama ada secara relatif, sesuai dengan sistem yang berlaku dalam bahasa itu.
Misalnya, kita ambil fonem dalam bahasa /a/, /i/, /k/, dan /t/. Dari empat fonem tersebut
dapat kita hasilkan satuan-satuan bahasa seperti ikat, kita, kiat, kait.
10. Bahasa bersifat variasi
Masyarakat sesuatu bahasa terdiri dari pelbagai golongan dan pelbagai status sosial serta
latar belakang budaya yang tidak sama. Ini kerana perbezaan tersebut maka bahasa yang
digunakan menjadi bervariasi. Terdapat tiga istilah dalam variasi bahasa iaitu:

1. Idiolek : Variasi bahasa yang bersifat perseorangan.


2. Dialek : Variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok anggota masyarakat pada
suatu tempat atau suatu waktu.
3. Ragam : Variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu. Misalnya, ragam baku
dan ragam tidak baku.

11. Bahasa bersifat dinamis


Bahasa tidak pernah lepas dari segala kegiatan manusia dalam masyarakat. Kegiatan
manusia itu selalu berubah, maka bahasa menjadi ikut berubah, menjadi tidak tetap dan
menjadi dinamis. Perubahan itu berupa pemunculan kata atau istilah baru, peralihan
makna sebuah kata dan perubahan-perubahan lainnya.

12. Bahasa bersifat manusiawi


Bahasa merupakan alat komunikasi manusia yang berbeza dengan binatang. Alat
komunikasi binatang bersifat tetap dan statik. Manakala alat komunikasi manusia, iaitu
bahasa bersifat produktif dan dinamis. Oleh itu, bahasa bersifat manusiawi dan bahasa itu
hanya milik manusia dan dapat digunakan oleh manusia.
Tatabahasa Sejagat

Hakikat bahasa pada asasnya ialah tatabahasa, dengan pengertian yang lebih dasar dan luas

daripada sekadar subsistem yang terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Tatabahasa yang

saya katakan menjadi asas hakikat bahasa ialah suatu bentuk potensi akliah yang dikurniakan

Tuhan kepada anak-anak Adam iaitu manusia sewaktu mereka masih di alam roh dan sebelum

dilahirkan ke dunia (al-Qur’an, al-A’raf: 172). Menurut Chomsky, potensi yang ternurani atau

innate ini disebut tatabahasa sejagat. Potensi ini bukan sahaja dalam bentuk lahiriah yang

terdiri daripada fonem, morfem, kata, frasa, klausa, ayat, dan wacana dalam bahasa yang

tertentu, tetapi merupakan satu kemampuan akal yang dapat membentuk unsur-unsur bahasa

yang disebut tadi dalam satu sistem semantik.

Potensi yang disebut tatabahasa sejagat inilah yang menjadi asas bagi semua manusia

berbahasa dalam bahasa masing-masing. Dengan memahami asal usul bagaimana kita

berbahasa, jelaslah kepada kita bahawa tatabahasa adalah asas yang memungkinkan kita

berbahasa. Kewujudan tatabahasa sejagat pada manusia inilah yang memungkinkan manusia

menjadi kreatif, iaitu dapat menghasilkan unsur-unsur bahasa yang tidak terbatas jumlahnya

dengan berdasarkan prinsip-prinsip yang terhad. Tatabahasa ini jugalah yang memungkinkan

bahasa manusia teracu dalam sistem, tidak seperti haiwan yang biarpun mungkin dapat
menguasai sejumlah unsur bahasa, misalnya kata-kata melalui latihan intensif tetap tidak

mampu menyusun kata-kata itu dalam pola-pola yang bersistem, kreatif, dan berkonteks.

Melalui tatabahasa sejagat, terbina tatabahasa yang khusus bagi sesuatu bahasa yang tertentu.

Maka itu setiap bahasa ada tatabahasanya yang khusus yang perlu dipelajari apabila orang

ingin menguasai mana-mana bahasa. Jadi, adanya konsep tatabahasa sejagat tidak bererti

hanya ada satu tatabahasa yang sesuai untuk semua bahasa manusia.
Rujukan

1. Prof. Madya Dr Che Ibrahim bin Salleh; Pengantar Linguistik Am-PJJ Universiti Putra
Malaysia
2. http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/definisi-bahasa.html
3. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2011/02/bahasa-melayu-sebagai-bahasa-
komunikasi.html
4. http://mama-diyah.blogspot.com/2013/10/definisi-bahasa.html
5. http://sastra33.blogspot.com/2011/06/linguistik-umum-2.html
6. http://pts.com.my/berita/bagaimanakah-tatabahasa-dapat-diajarkan-secara-menarik
7. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/medc2012/html/prosiding.htm
8. http://ms.wikipedia.org/wiki/Noam_Chomsky

Anda mungkin juga menyukai