Anda di halaman 1dari 6

Nama : Hafizah binti Abd Jamil

No. Matrik : GS 39684

Huraikan secara ringkas 5 istilah dan konsep yang berikut (10%)

1. Geografi Dialek
Geografi dialek seperti yang tergambar dalam istilahnya merupakan kajian terhadap bentuk-
bentuk kelainan pertuturan dalam satu bahasa (Lehmann, 1973: 112). Bentuk-bentuk
kelainan dalam pertuturan berdasarkan ruang geografi inilah yang disebut dialek atau
loghat. Istilah yang lebih luas adalah dialektologi, iaitu kajian linguistik yang berkaitan
dengan analisis dan huaian kelainan bahasa dari sudut kawasan, sosial atau waktu yang
menunjukkan perbezaan dari segi sebutan, nahu, perbendaharaan kata dan penyebarannya
dari segi geografi (Hartmann dan Strork, 1973: 66). Bagaimanapun dalam unit ini, yang
dimaksudkan dengan geografi dialek merupakan kajian variasi bahasa berdasarkan ruang
geografi sahaja.

Pada hakikatnya, kajian yang serupa ini tidak berhenti pada takat perbandingan antara satu
dialek dengan dialek yang lain hanya untuk mencari persamaan dan perbezaan yang ada,
tetapi menggunakan hasil-hasil perbandingan secara sinkronik atau semasa untuk mencari
jawapan kepada pertanyaan diakronik, yakni pertanyaan yang berhubung dengan
perkembangan bahasa melalui zaman (Asmah, 1985:109). Penelitian dalam geografi dialek
adalah tentang kelainan bahasa, khususnya kelainan bunyi (fonologi) yang berlaku dalam
dimensi masa tercermin dalam ruang geografi. Perubahan bunyi selalu memberi kesan
kepada yang sekata, kecuali jika dialek mengalami perpecahan dan dalam hal ini perubahan
hanya akan memberi kesan kepada sebahagian daripada masyarakat bahasa itu dan
membiarkan bahagian lain tanpa kesan (Bynon, 1994:181).

Geografi dialek dapat memberi maklumat kepada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa


yang berlaku dalam sejarah bahasa yang berkenaan yang menurunkan dialek-dialeknya atau
perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam masing-masing dialek itu secara
tersendiri atau secara berkaitan dengan dialek-dialek lain. Kejadian atau peristiwa itu
biasanya merupakan apa yang berlaku dalam kehidupan sosiobudaya sesuatu masyarakat

1
bahasa, termasuk sejarah pertempatan di kawasan yang berkenaan. Menurut Asmah Haji
Omar (1985:109-114) terdapat beberapa tanggapan asas dalam menerapkan geografi dialek
sebagai satu kaedah dalam linguistik bandingan sejarawi.

Geografi dialek mempunyai dua matra (dimesi), iaitu matra ruang dan matra waktu. Kedua-
dua matra itu tidak dipisahkan, satu dari yang lain. Ini didasarkan pada kenyataan bahawa
perbezaan kawasan atau ruang geografi sahaja tidak akan menimbulkan perbezaan bahasa
atau dialek jika tidak disertai oleh perbezaan waktu. Walaubagaimanapun tidak dapat
dinafikan bahawa perbezaan-perbezaan yang menimbulkan kepelbagaian dalam dialek-
dialek itu berlaku dengan beredarnya masa. Kita juga hendaklah menerima kenyataan
bahawa kepelbagaian dialek itu boleh disebabkan oleh faktor-faktor demografi, sosiobudaya
dan juga sejarah. Ini merupakan tanggapan asas kedua dalam geografi dialek.

Dari segi demografi, dalam perkembangan bahasa Melayu, perubahan-perubahan lebih


cepat berlaku dalam kawasan-kawasan yang taburan penduduknya lebih padat,
dibandingkan dengan kawasan yang taburan penduduknya kurang padat.

Tanggapan asas menyatakan bahawa arus perubahan ialah dari kawasan pusat ke kawasan
pinggiran dan bukan sebaliknya. Selain itu, sesuatu kawasan bahasa atau dialek itu tidak
mengalami perubahan yang seragam, tetapi berbeza dari satu kawasan atau subkawasan ke
kawasan atau subkawasan yang lain.

Dialek-dialek bahasa itu mempunya persamaan dan perbezaan antara satu sama lain.
Dialek-dialek yang berbeza mempunyai arus perkembangan tersendiri, disamping
menyambung hubungannya dengan dialek-dialek lain untuk memperteguhkan persamaan
yang diwarisinya dan juga mempengaruhi satu sama lain dalam perkembangan masing-
masing.

Penyebaran bahasa tanpa melibatkan perpindahan fizikal penuturnya ialah penyebaran


secara difusi atau resapan. Ini bermakna bahawa sesuatu ciri bahasa itu berpindah dari
mulut ke mulut hingga kawasan penyebaran itu menjadi luas. Dalam zaman berleluasanya
media am, sama ada media cetak seperti surat khabar, majalah dan sebagainya ataupun

2
media am dalam bentuk elektronik seperti televisyen, radio, video dan lain-lain,
perpindahan fizikal para penuturnya. Cara ini juga boleh kita anggap sebagai difusi.

Oleh itu, tanggapan asas yang terakhir ialah bahawa sesuatu bahasa yang hidup itu akan
terus mengalir, meluaskan kawasan penyebarannya, baik secara perpindahan fizikal
mahupun secara resapan.

2. Isoglos
Pemetaan mempunyai teknik-tekniknya sendiri dalam menghubungkan ciri-ciri persamaan
dengan menggunakan garis atau lambang-lambang seperti segitiga, bulatan, titik dan
sebagainya. Garis penghubung ciri-ciri persamaan itu disebut isoglos atau garis ini disebut
juga garis kelemahan dalam penyebaran sesuatu ciri bahasa dalam kawasan geografi,
disebabkan garis itu dilukis pada titik-titik yang makin melemah. Contohnya istilah ekonomi
(atau dialek Kedah!) garis itu menandakan sutnya penyebaran sesuatu ciri itu.

Penggunaan lambang-lambang seperti bulatan, segitiga, titik dan sebagainya itu juga boleh
menunjukkan sutnya penyebaran sesuatu ciri itu, yakni dengan ketiadaan lambang-lambang
itu sendiri atau jarangnya lambang-lambang itu berlaku. Ini disebabkan lambang-lambang
itu apabila digunakan akan ditempatkan pada titik-titik yang menjadi tumpuan penyebaran
nya, lebih besar atau banyaklah lambang-lambang itu.

3. Ikatan Isoglos
Isoglos itu tidak menetapkan sifatnya. Dalam perkataan lain, isoglos akan berubah dari masa
ke masa menurut perubahan demografi dan sosiobudaya. Misalnya, isoglos dialek Kedah
menyebar ke Selatan dengan maranya orang-orang Kedah dalam Perang Kedah – Perak
dalam dekad kedua abad kesembilan belas. Dari sejarah, kita diberitahu bahawa tentera-
tentera Kedah menempati kawasan Perak hingga ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
Peperangan tidak selalunya berakhir dengan permusuhan yang kekal abadi kerana
peperangan juga boleh berakhir dengan ikatan mesra antara pihak-pihak yang terlibat,
seperti, seperti ikatan perkahwinan. Ikatan ini memang berlaku antara askar-askar Kedah
dengan wanita-wanita Perak, dan ikatan perkahwinan seperti ini memainkan peranan yang
penting dalam penyebaran ciri-ciri bahasa.

3
4. Pengunduran isogloss
Juga kira-kira dalam masa yang sama, isogloss dialek Kedah di bahagian utara sudah
bermula menurun ke selatan. Dialek Kedah hingga ke permulaan abad ke-19 menyebar
hingga ke Setol di Thailand. Dalam tahun 1821 terdapat pemecahan Kerajaan Besar Kedah
yang melibatkan penyerahan Setol dan pulau-pulau di bahagian barat Thailand ke Kerajaan
Thailand. Christopher Court dalam tahun 1977 melaporkan bahawa orang-orang Melayu di
Satun (Setol) sudah tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka
sehari-hari (kerana bahasa itu digantikan oleh bahasa Thai), tetapi peninggalan bahasa itu
pada orang tua-tua menunjukkan bahawa bahasa yang berkenaan tidak jauh bezanya dari
dialek yang dituturkan di Kedah dan Perlis. Di sini kita dapat menyaksikan gejala
pengunduran isogloss.

5. Kawasan Peralihan
Pemetaan dialek akan memperlihatkan kepada kita beberapa kenyataan. Pertama, tidak ada
sempadan yang sebenarnya antara bahasa atau dialek atau subdialek. Yang wujud ialah satu
kawasan peralihan. Kawasan peralihan ini sebenarnya merupakan percampuran ciri-ciri
daripada dua kawasan pusat atau tumpuan yang berdekatan antara satu sama lain seperti
yang terdapat di barat New Hempshire, Massachusetts Tengah dan Rhode Island (Lehmann,
1973: 121).

Dalam dialek Melayu, Kuala Kangsar boleh diambil sebagai contoh kawasan peralihan yang
ditandai oleh ciri-ciri dialek Kedah dan dialek Perak. Kita tidak dapat dengan tegasnya
mengatakan di mana berakhirnya dan bermulanya dialek Perak. Apa yang dapat kita
saksikan ialah di Kuala Kangsar tutur-tutur yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kedua-dua
kawasan tersebut, baik dari tutur orang perseorangan mahupun dari tutur-tutur dalam
kumpulan. Hal yang sama terdapat di kawasan Beserah yang memperlihatkan adanya ciri-
ciri Kelantan dan Terengganu.

6. Pemetaan Dialek

4
Pemetaan dialek atau bahasa adalah kaedah yang bertujuan menempatkan dialek-dialek
dari sesuatu bahasa dalam ruang geografinya. Apa yang dihasilkannya ialah peta-peta yang
menunjukkan penyebaran ciri-ciri tertentu dalam dialek-dialek yang ada, dan dengan
demikian bukan sahaja menetapkan kawasan, tetapi juga pembahagian dialek kepada
beberapa subdialek; misalnya kawasan dialek Kedah boleh dibahagikan kepada subkawasan-
subkawasan Lembah Kedah, Pulau Langkawi, Perlis, Pulau Pinang dan seterusnya.

Pemetaan ini bertitik tolak dari perbandingan sistem-sistem bahasa: fonologi, kata,
morfologi, sintaksis dan lesiko-semantik. Pemetaan dialek yang banyak dilakukan ke atas
bahasa tabii hingga sekarang ini merupakan pemetaan fonologi dan kata atau leksiko-
semantik, misalnya perbandingan yang diadakan di Amerika dan Eropah. Pemetaan ulung
yang pernah dilakukan ialah pemetaan di Jerman oleh Wenker dalam abad kesembilan
belas.

Pemetaan fonologi dengan sendirinya membawa kepada pemetaan kata seperti yang
terdapat pada usaha yang dijalankan oleh Teeuw di Lombok, Rama Subbiah di Teluk Anson,
Ajid Che Kob di Kelantan dan Hans Kurath di Amerika Syarikat.

Pemetaan mempunyai teknik-tekniknya sendiri dalam menghubungkan ciri-ciri persamaan


dengan menggunakan garis atau lambang-lambang seperti segitiga, bulatan, titik dan
sebagainya. Pilihannya adalah menurut citarasa penyelidik dan mudah sukarnya kerja-kerja
pencetakannya. Garis penghubung ciri-ciri persamaan itu disebut isogloss.

Pemetaan dialek akan memperlihatkan kepada kita beberapa kenyataan. Tidak ada
sempadan yang sebenarnya antara bahasa atau antara dialek atau subdialek. Apa yang
wujud ialah satu kawasan peralihan yang menunjukkan percampuran dialek-dialek atau
subdialek-subdialek dari kawasan-kawasan yang berbeza-beza.

Pemetaan dialek ini memperteguhkan teori gelombang (Wilhelm Schmidt) yang mengatakan
bahawa pemecahan bahasa dalam ruang geografinya adalah seakan-akan riak gelombang.
Ciri-ciri yang menandai sesuatu sistem bahasa akan bertumpu sepenuhnya pada satu pusat
dan bergerak ke arah luar dari pusat itu dalam gerakan secara berperingkat-peringkat

5
seperti gerakan gelombang – semakin jauh dari pusat semakin kuranglah riak gelombang itu.
Menurut teori ini, masyarakat bahasa induk sudah ditandai oleh kepelbagaian sebelum
berpecah kepada dialek-dialek.

Isoglos-isoglos itu tidak menetapkan sifatnya. Dalam perkataan lain, isoglos akan berubah
dari masa ke masa menurut perubahan demografi dan sosiobudaya. Misalnya, isogloss
dialek Kedah menyebar ke Selatan dengan maranya orang-orang Kedah dalam Perang Kedah
– Perak dalam dekad kedua abad kesembilan belas. Peperangan juga tidak semestinya
berakhir dengan permusuhan ada juga berakhir dengan ikatan abadi seperti perkahwinan.
Ikatan perkahwinan ini memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ciri-ciri bahasa.

Pemetaan kepada subkawasan dan subkawasan menunjukkan bahawa bahasa merupakan


satu kesatuan yang terdiri dari berbagai subsistem dan sub sistem.

Berbangkit dari ciri persambungan pada kawasan dialek, maka dapatlah dikatakan bahawa
jika terdapat sesuatu selaan yang mengganggu persambungan itu, selaan itu boleh
merupakan ciri-ciri topografi seperti gunung, bukit, perairan dan sebagainya, atau juga
boleh merupakan kawasan bahasa atau dialek yang lain. Jika faktor yang terakhir itu berlaku,
maka kita boleh mencari dari sejarah apa yang sebenarnya berlaku, misalnya pertempatan
sesudah peperangan disebabkan satu pihak mengalahkan yang lain, migrasi dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai