Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN
Program Bina Insan Guru (BIG)merupakan program yang wajib dijalankan pada
setiap semester sepanjang pengajian di institut perguruan. Program ini adalah
dirancang bagi memenuhi keperluan dalam latihan yang dijalankan. Sepanjang program
BIG ini, terdapat pelbgai aktiviti yang telah dirancangkan berdasarkan jadual BIG bagi
setiap semester. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kesedaran bahawa profesion
perguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri
dan suri tauladan kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, guru harus mampu
menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mempu menangani cabaran era
globalisasi pada masa kini. Cabaran sebagai seorang guru merupakan aspek tugas
yang sangat berat dan perlu dipikul oleh semua bakal guru. Setiap cabaran ini haruslah
dihadapi dengan kesabaran dan ketabahan agar dapat mendidik anak-anak bangsa
dengan sebaiknya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru, ciri-ciri seorang guru itu harus
ada dan harus dipratikkan agar dapat dijadikan panduan dan sebati dalam diri setiap
guru pelatih.













2.0 LAPORAN REFLEKTIF
Program Bina Insan Guru (BIG) yang dijalankan pada semester 5 ini adalah
Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking. Lawatan ini telah diadakan di Sekolah
Kebangsaan Presint 9 (2), Putrajaya. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai
program pendidikan khas berserta kelengkapan yang bersesuaian dengan keperluan
khas murid-murid di sana.
Matlamat program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada
guru pelatih mengenai Bilik Terapi Snozelen yang bernilai RM250,000.00. Bilik ini
merupakan bilik terapi pendidikan khas yang terbaik di Malaysia setakat ini.
Perjalanan program ini dijadualkan bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam
4 petang. Namun begitu, program terpaksa ditunda pada jam 11pagi kerana kekangan-
kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Semua guru pelatih bertolak pada jam 10 pagi kerana bas yang dijanjikan pada jam
8 pagi tidak dapat hadir lebih awal. Oleh hal yang demikian, semua guru pelatih
terpaksa menunggu selama 2 jam sehingga bas tersebut sampai. Perjalanan ke
sekolah tersebut mengambil masa selama satu jam dan bersyukur ke hadratNya kerana
kami dapat sampai dengan selamat di sekolah.
Kehadiran kami telah disambut oleh semua guru-guru pendidikan khas di sekolah
tersebut, Pn. Norhanizah Abdul Halim, En. Ahmad Azli Dakir dan Pn. Zurena Mohd
Jadi. Kami di bawa ke bilik pentadbiran pendidikan khas dan diberikan taklimat oleh Pn.
Norhanizah dan EN. Azli yang berkaitan dengan program pendidikan khas di sekolah
tersebut.
Program Pendidikan Khas di sekolah ini telah mula di buka pada 3 Januari 2011.
Manakala progra Pra Sekolah Pendidikan Khas pula dibuka pada 1Januari 2011.
Pengurusan bagi program ini sedang ditingkatkan ke tahap yang lebih cemerlang bagi
memastikan murid-murid lebih berjaya pada masa hadapan.
Misi : menyediakan kemudahan dan kelengkapan luaran dan dalaman yang selesa,
selamat dan berkualiti serta memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak keperluan
khas.
Visi : Sebagai sebuah program conoth dan rujukan penyediaan Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran yang terbaik dan terkini berlandaskan Sekolah Bestari
dan ke arah pendidikan yang berkualiti dan memenuhi keperluan-keperluan hidup
bermasyarakat.
Falsafah : Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk
melahirkan insan berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
merancang, dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi sendiri sebagai
individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.
Terdapat 8 buah kelas pendidikan khas yang terdapat di sekolah ini iaitu
Kronogold, Kanner, Keller, Kadzin, Kirk, Kaplan, Kurtz, Khamisah dan Prasekolah.
Setiap kelas mempunyai murid-murid daripada pelbagai masalah. Murid-murid ini tidak
dapat diletakkan dalam kelas yang sama mengikut masalah kerana guru-guru tidak
dapat mengawal murid-murid dalam jumlah yang ramai. Oleh hal yang demikian, murid-
murid diberikan secara sama rata dan setiap kelas mempunyai guru kelas masing-
masing. Guru-guru akan masuk ke dalam kelas mengikut jadual yang telah ditetapkan.






Dalam program ini, pelbagai program-program terapi yang dijalankan bagi
membantu murid-murid ini secara lebih terperinci. Terapi yang dijalankan adalah :
Terapi berenang.
Terapi Bowling.
Terapi Berkuda.
Terapi Memanah.
Terapi Snoezelen.
Terapi Sensori Integrasi.
Minggu Pendidikan Khas.
Lawatan Sambil Belajar.
Program P&P Komputer.
Program Adik Angkat.
Program Pertuturan.
Semua aktiviti tersebut telah dijalankan dan dirancang pada setiap tahun. Terapi-
terapi juga dijalankan pada setiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap
aktiviti yang dijalankan adalah di bawah bimbingan pembimbing yang pakar dalam
bidang.
Kanak-kanak yang ditempatkan di sekolah ini terdiri daripada pelbagai masalah
antaranya ialah sindrom down, disleksia, autisma, epilepsi, hyperaktif, lewat
perkembangan dan banyak lagi.
Setiap masalah akan diberikan terapi yang bersesuaian mengikut kelemahan murid-
murid. Dalam sekolah ini terdapat bilik-bilik terapi yang dikhaskan kepada murid-murid
ini, antaranya ialah bilik basuhan, bilik snoezelen, dan bilik sensori integrasi. Dalam
setiap bilik ini dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan yang dapat diberikan
kepada murid-murid. Terapi berbasikal pula dijalankan di sekitar kawasan sekolah
dengan basikal yang ditaja oleh Tenaga Nasional Berhad. Manakala terapi berenang
pula dijalankan di kolam renang di Putrajaya.
Kami telah dibawa untuk melawat sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik terapi yang
terlibat. Sekolah ini memberikan keperluan kepada murid dengan mencari seberapa
banyak penaja yang dapat menaja setiap keperluan mereka. murid-murid dapat
menjalankan aktiviti yang pelbagai melalui perancangan dan kemudahan yang ada.
Guru-guru juga diberikan pelbagai latihan bagi memenuhi keperluan murid. Selain
itu, guru-guru juga perlu sentiasa bersabar ketika menjalankan pengajaran dan
pembelajaran kepada murid-murid ini. Oleh hal yang demikian, kekuatan fizikal dan
mental juga haruslah diberi penekanan agar guru-guru tidak tertekan dengan murid-
murid yang mempunyai pelbagai ragam. Melalui perbualan bersama guru-guru di
sekolah tersebut, murid-murid ini memerlukan perhatian dan fokus yang lebih kepada
mereka. oleh itu guru harus bijak memberikan masa dan seterusnya menjalankan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Lawatan kami adalah bermula daripada kelas-kelas pendidikan khas yang terdapat
di sekolah tersebut. Kemudian, kami dibawa ke bilik snoezelen, bilik disleksia, bilik
pemulihan dan bilik integrasi sosial. Dalam lawatan ini terdapat banyak perkara baharu
yang dapat dikumpulkan dan dijadikan panduan apabila menjadi seorang guru kelak.
Selesai melawat sekitar kawasan sekolah, majlis penutup pula dilaksanakan di
dalam bilik taklimat yang terlibat. Kami bertukar-tukar pengalaman dan bertanyakan
beberapa soalan selepas sesi lawatan yang telah dijalankan. Akhir sekali, dijalankan
majlis penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah atas kesudian pihak sekolah
menerima kunjungan kami dalam kelompok yang besar. Semoga setiap ilmu yang
diberikan dapat dijadikan panduan sebagai seorang guru pemulihan kelak.






3.0 ANALISIS SWORT


lawatan ini memberikan banyak ilmu pengetahuan mengenai program
pendidikan khas kepada guru pelatih.
pendedahan yang diberikan memberikan impak yang sangat mendalam
terhadap guru pelatih.
guru pelatih dapat melihat sendiri sistem pengurusan yang dijalankan dalam
program pendidikan khas.
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan akan dapat dijadikan
contoh kepada guru pelatih.
latihan dan terapi yang dijalankan dapat dijadikan idea kepada guru pelatih
apabila berada di sekolah kelak.
masalah yang dianjurkan dalam sesi perbincangan dapat dijadikan panduan
kepada guru pelatih ketika menjadi guru pemulihan kelak.
komunikasi yang berlangsung antara guru pelatih dan murid-murid
pendidikan khas di sekolah tersebut dapat memberikan pengalaman baharu
kepada guru pelatih untuk mengendalikan murid-murid pemulihan khas
yang mempunyai masalah serupa
KEKUATAN









Pengurusan bas yang tidak
menepati masa.
Pengurusan masa yang tidak
mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Perjalanan aktiviti tidak dapat
dijalankan mengikut
perancangan yang tepat.
Tiada perancangan lain
apabila masalah timbul.
Majlis penutupan tidak
dirancang dengan baik
dan mengalami sedikit
kecelaruan.
KELEMAHAN






Dapat berkenalan dan mengenali
murid-murid berkeperluan khas
yang lahir daripada pelbagai
masalah.
Pertemuan dengan guru
pendidikan khas yang dapat
memberikan banyak ilmu baharu.
Lawatan ke bilik-bilik terapi dapat
memberikan idea yang banyak
dalam pengurusan kelas
pemulihan kelak.
Komunikasi bersama murid
pendidikan khas dapat
meningkatkan semangat serta
tanggungjawab sebagai seorang
Perasaan belas kasihan terhadap
murid-murid pendidikan khas
dapat diwujudkan dan seterusnya
dapat membina kekuatan dan
semangat dalam diri untuk
membantu murid pemulihan
lebih daripada biasa.
Murid-murid ini memerlukan
lebih banyak sokongan dan
dorongan, oleh itu, guru harus
memberikan lebih banyak
suntikan sokongan dalam diri
murid.
PELUANG
4.0 REFLEKSI
Program BIG pada kali ini adalah program lawatan ke Program Pendidikan Khas
yang bertempat di Sekolah Presint 9(2), Putrajaya. Lawatan ini merupakan lawatan
penanda aras bagi semua guru pelatih semester 5. Lawatan ini dijalankan di sekolah
pendidikan khas bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru pelatih
mengenai pengurusan dan latihan atau terapi yang dijalankan kepada murid-murid
berkeperluan khas ini. Hal ini adalah berkaitan dengan bidang Pemulihan Khas yang
diceburi oleh semua guru pelatih yang menyertai lawatan ini.
Perjalanan program tidak dapat menepati masa kerana terdapat kekangan-
kekangan yang tidak dapat dielakkan. Saya dan rakan yang alin terpaksa menunggu
bas dari jam 8 pagi hingga 10 pagi kerana bas yang dijanjikan pada jam 8 pagi tidak
dapat hadir mengikut masa yang ditetapkan. Kami tidak dapat menjalankan aktiviti yang
dirancangkan lebih awal dengan masalah yang dihadapi. Namun begitu, kami dapat
juga tiba di sekolah pada jam 11 pagi dalam keadaan yang selamat dan bersemangat.
Ketibaan kami di sambut oleh mentor kami yang telah tiba lebih awal iaitu En. Rosle.
Kami di bawa ke bilik taklimat bagi menjalankan sesi pengenalan mengenai program
yang ada di sekolah tersebut. Banyak ilmu pengetahuan yang dikongsi bersama
sepanjang taklimat dijalankan. Saya dapat memberikan tumpuan yang baik kerana
melalui ucapan yang disampaikan terdapat banyak ilmu yang dapat diperoleh secara
langsung dan tidak langsung. Saya seronok mendengar semua pengetahuan yang
dikongsikan kerana dapat dijadikan panduan kepada saya ketika mengendalikan kelas
pemulihan kelak. Selain itu, melalui taklimat ini saya juga dapat mengenali program
pendidikan khas yang dijalankan kepada murid-murid berkeperluan khas. Walaupun
saya menceburi bidang pemulihan khas tetapi ilmu yang perlu dipelajari adalah serupa
kerana terdapat juga murid-murid berkeperluan khas yang tidak kritikal berada di kelas
pemulihan.


Setiap ilmu yang disampaikan dapat dijadikan panduan lebih-lebih lagi mengenai
terapi-terapi yang dijalankan kepada murid-murid ini. Terapi ini juga dapat digunakan
dalam kelas pemulihan kerana terapi yang dijalankan adalah terapi yang dapat
merangsang otot-otot dan deria rasa murid-murid. Kelemahan murid-murid seperti
menulis, memberikan tumpuan dan banyak lagi dapat dirangsang dengan menjalankan
terapi-terapi ini. Murid-murid perlu diberikan aktiviti yang dapat merangsang dan
menggerakkan otot mereka agar mereka dapat menumpukan perhatian terhadap
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan masalah mereka. Saya dapat melihat
bahawa setiap keperluan murid ini perlu diberikan perhatian yang lebih oleh guru. Guru
juga perlu peka terhadap emosi dan perkembangan kognitif murid. Guru tidak perlu
memaksa murid untuk melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya tetapi cukup
sekadar murid tersebut melakukan mengikut kebolehan mereka. murid-murid juga perlu
diberikan peluang untuk mencuba sesuatu aktiviti sehingga berjaya.
Semua aktiviti atau terapi yang dijalankan mempunyai kepentingan dan keperluan
sendiri. Sebagai contoh terapi berbasikal dapat melatih murid untuk menyeimbangkan
koordinasi badan dan seterusnya murid dapat memberikan keseimbangan kepada otak
mereka. Hal ini akan dapat membantu murid dalam menyelesaikan perkara-perkara
atau rutin mudah seperti memasang butang baju atau memakai kasut.
Melalui pemerhatian saya, murid-murid di sekolah ini mempunyai masalah yang
berbeza-beza dan mempunyai perkembangan emosi yang berbeza. Sempat juga saya
bercerita bersama seorang guru pendidikan khas di sekolah ini mengenai masalah
emosi murid ini. Terdapat murid-murid yang kurang kasih sayang dan perhatian
daripada mereka. Hal ini adalah kerana ibu bapa mereka terlalu sibuk mengendalikan
urusan kerja. Saya dimaklumkan bahawa, murid-murid di sekolah ini berasal daripada
keluarga yang berpelajaran tinggi. Kebanyakkan ibu bapa murid ini bekerja sebagai
eksekutif, pegawai polis, jurutera dan banyak lagi. Oleh hal yang demikian, dapat saya
simpulkan bahawa murid-murid ini bukan sahaja mengelami kecacatan sedia ada tetapi
mempunyai masalah emosi secara tidak terkawal.

Pada pendapat saya, murid-murid istimewa ini haruslah diberikan perhatian yang
lebih oleh banyak pihak. Jika di sekolah, guru bertanggungjawab untuk mengendalikan
pengurusan mereka, jika pulang ke rumah keluarga terutama sekali ibu bapa haruslah
sentiasa mengambil berat dan memberikan perhatian kepada mereka. Murid-murid ini
mempunyai kepekaan emosi yang lebih tinggi daripada murid normal biasa. Mereka
seharusnya diberikan peluang untuk belajar dan dapat menjalankan kehidupan seperti
murid-murid lain. Terdapat banyak peruntukan dan latihan yang dapat memberikan
bantuan kepada murid- murid seperti ini. Namun begitu terdapat juga ibu bapa yang
tidak mahu memberikan semua keperluan pendidikan ini kepada anak mereka kerana
beranggapan bahawa anak mereka ini tidak memerlukan pendidikan di sekolah. Apabila
terdapat sebilangan besar kanak-kanak istimewa yang mempunyai ibu bapa sebegini
maka tidak hairanlah jika mereka sudah tiada di dunia, anak-anak mereka ini menjadi
anak terbiar. Banyak pihak telah menyediakan keperluan-keperluan khas yang patut
diberikan kepada kanak-kanak istimewa ini, maka masyarakat harus sedar bahawa
kanak-kanak ini harus diberikan pendidikan yang sewajarnya agar mereka dapat
menjadi manusia yang berguna kelak.
Banyak ilmu yang dapat saya kumpulkan sepanjang menjalankan lawatan ini.
Saya juga dapat meningkatkan semangat dan motivasi diri terhadap tanggungjawab
saya untuk mendidik anak bangsa yang lemah dalam pembelajaran. Murid-murid
pemulihan saya adalah kejayaan bagi saya. Jika mereka dapat belajar dengan baik dan
mengatasi kelemahan mereka, maka saya adalah manusia yang paling bangga kerana
kejayaan mereka adalah kejayaan saya. Setiap kelemahan mereka adalah cabaran
bagi saya.





LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai