Anda di halaman 1dari 16

FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA STUDIES

MC243 – BACHELOR OF COMMUNICATION (Hons)(Broadcasting)

MC243S1C

BBM 422- TRANSLATION

TUGASAN INDIVIDU 2

PREPARED FOR :

NORITA BINTI HARJAMAN

PREPARED BY :

MUHAMAD IZNI BIN ZAINAL

(2017410082)
PENDAHULUAN

Malaysia bertuah memiliki hasil alam yang dapat menyumbang kepada pendapatan

dan ekonomi rakyat tempatan. Bidang hasil rimba seperti bahan daripada kayu, buluh, rotan,

mengkuang, pandan, bemban, tempurung kelapa dan daun serdang gigih diusahakan oleh

usahawan kraf tempatan untuk produk kraftangan. Produk-produk ini mempunyai pasaran

yang luas pada masa kini sama ada untuk pasaran tempatan dan pasaran

antarabangsa. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM), mentakrifkan

kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan

tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja.

Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan.

Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Manakala

keluaran kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan

kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-

mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraftangan juga termasuk semua

barangan seni yang menjadi tarikan masyarakat atau mempunyai tarikan unsur tradisional

yang menunjukkan proses pembentukan.

Hasil kraftangan telah bermula sejak dahulu lagi dan diperturunkan kepada generasi

ke generasi dan menjadi satu kemahiran sesuatu kaum atau bangsa. Kegiatan pengeluaran

barang kraftangan ini dahulu berkaitan dengan kepercayaan agama, tradisi sesuatu puak atau

kaum. Pada kebiasanya, kegiatan-kegiatan seperti ini tidak mementingkan soal ekonomi atau

harga kepada hasil tersebut sebaliknya lebih mementingkan kepuasan kepada penciptanya

dan juga keindahan kepada barangan yang dihasilkan. Bagi mengetahui lebih informasi

tentang kepentingan kraftangan itu sendiri, satu laman web telah diwujudkan di laman

http://www.malaysia.travel/ms-my/my/about-malaysia/culture-n-heritage/handicrafts kepada
yang menggemar untuk mengkaji tentang keunikan seni kraftangan yang berada di negara

Malaysia. Oleh kerana informasi ini semakin berkembang hingga ke pelusuk dunia, aktiviti

penterjemahan terhadap industri-industri kraftangan ini hendaklah dipergiatkan kerana akan

ada masyarakat dari luar akan mengkaji tentang industri kraftangan ini di dalam bahasa

sasaran.

Terjemahan’ berasal daripada perkataan arab ‘Tarjamah’ yang bermaksud

mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Terjemahan

melibatkan dua bahasa, iaitu bahasa sumber dan bahasan sasaran. Menurut Puteri Roslina

Abdul Wahid(2007), perkataan ‘tarjamah’ itu sendiri mempunyai dua pengertian,iaitu

pertama, menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang

mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian yang boleh ditemui dalam

buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemah oleh penterjemah bahasa Arab dan

bahasa lain. Manakala yang kedua bermaksud autobiografi.

Selain itu, Glosari Pengajian Ilmu Penterjemahan dan Interpresi (2006:84)

mendefinisikan penterjemahan sebagai perbuatan memindahkan teks bertulis atau komunikasi

lisan ke dalam bahasa lain. Dengan kata lain penterjemahan membawa maksud penggantian

bahan tekstual sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan padanan bahasa tekstual yang sesuai

dalam bahasa lain(bahasa sasaran). Padanan sama yang lazim digunakan ialah persamaan

makna, silistik dan reaksi sebenar teks atau bahan asal.

Fungsi terjemahan secara umumnya adalah untuk melahirkan satu teks terjemahan ke

bahasa sasaran yang sehampir tepat dengan teks bahasa sumber. Dalam proses penterjemahan

keseluruhan teks itu perlu diganti dan penggantian tidak dilakukan pada bahagian-bahagian

tertentu sahaja. Terjemahan juga tidak dibuat secara terpisah antara satu perkataan dengan
perkataan yang lain atau antara satu ayat dengan satu ayat yang lain kerana penterjemahan

merupakan hubungan antara teks sebagai penggunaan bahasa yang sebenar.

Teks yang dipilih dalam tugasan individu ini dipetik dari laman web Tourism

Malaysia Official yang menerangkan tentang kepelbagaian kraftangan yang berada di

Malaysia.
BAHASA SUMBER

 Kepelbagaian Kraftangan yang Menarik di Malaysia

I. Labu Sayung
Labu Sayung ialah bekas berwarna hitam berbentuk labu, yang diperbuat daripada
tanah liat. Labu Sayung berfungsi sebagai bekas air sekaligus boleh bertindak untuk
menyejukkan air minuman.

II. Belanga
Ditemui dalam kebanyakkan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya bertapak
bulat dan bersisi lebar. Kebiasaannya, digunakan untuk memasak kari, kerana
dipercayai tapak bulat membolehkan haba disebarkan

III. Seni Kayu


Diperbuat daripada sumber kayu-kayan daripada Hutan Hujan Tropika Malaysia.
Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak berukiran
tangan.

IV. Seni Besi


Terkenal sejak zaman dahulu, acu tembaga dan gangsa tradisional masih lagi
diamalkan untuk membuat pelbagai jenis alatan. Dengan penemuan bijih timah di
Malaysia pada abad ke-19, pewter pula menjadi semakin popular. Produk kraf besi
menjadi pilihan masyarakat sebagai barang perhiasan di rumah seperti set tepak sirih,
bekas air mawar dan bilah keris. Pada zaman dahulu, keris digunakan sebagai senjata
oleh pahlawan-pahlawan Melayu semasa bertarung.
 Seni Anyaman Tangan
i. Batik
Warna pada batik tahan lebih lama berbanding fabric yang dicat atau dicetak
kerana fabric batik dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna. Proses tersebut
menggunakan teknik sekatan; menutupi keseluruhan ruang permukaan kain
dengan lilin untuk menyekat warna daripada menyerap
ii. Songket
Pada masa lalu, fabrik tebal dan mewah ini melambangkan status sosial
bangsawan Melayu. Fabrik ini diperbuat daripada benang emas, yang
kemudiannya dimasukkan ke kiri dan kanan di celah-celah benang sutera
mengikut corak yang telah ditetapkan.
iii. Pua Kumbu
Diperbuat daripada benang-benang yang dicelup satu per satu menggunakan
alat penenun tradisional. Motif pada fabrik ini diilhamkan daripada mimpi dan
kepercayaan purba atau animism. Corak-coraknya merupakan gabungan alam
realiti dan mistik
BAHASA SASARAN

 The variety of interesting handicraft in Malaysia

I. “Labu Sayung”
“Labu Sayung” is a black pumpkin shaped container, made of clay. “Labu Sayung” if
function like a water container as well as soothing drinking water.

II. “Belanga”
Found in most village houses in Malaysia, “Belanga” usually rounded and wide-sided.
Usually, used for cooking curry, as it is believed that rounded sites allow heat spread
more widely.

III. Wood Art


Blessed with an abundance of timber in boundless tropical forests, Malaysia is
renowned for an assortment of distinctive wood crafts. Traditionally, whole houses
were built from elaborate hand-carved timber

IV. Iron Art


Popular since the early days, traditional brass casting and bronze working are still
used to make an array of utensils. More recently in the 19th century, with the
discovery of tin in Malaysia, pewter has become increasingly popular. Metal craft
products include modern decorative items, kitchen ware and traditional artifacts like
tepak sireh sets, rose-water instruments and keris blades.

V. Hand Woven Art


I. “Batik”
The color of batik lasts longer than fabrics that are painted or printed because
“Batik” fabric is dyed entirely into colorants. The process uses blocking
techniques; its cover the whole surface of the fabric with wax to prevent color
from absorbing.

II. “Songket”
In the past, this thick and luxurious fabric symbolizes the social status of
Malay nobility. This fabric is made of golden thread, which is then left and
right inserted in the gaps of silk according to the predetermined pattern.

III. “Pua Kumbu”


Made of thread dyed one by one using traditional weavers. Motifs on this
fabric are inspired from dreams and ancient beliefs or animism. Its patterns
are a combination of reality and mysticism
ANALISIS TEKS

1. Prosedur Penterjemahan

Terdapat beberapa prosedur perlu dilakukan dalam aktiviti menterjemah agar


penterjemahan yang dilakukan menepati kehendak soalan. Antara prosedur yang sedia
ada yang boleh digunakan ialah pemindahan, persamaan budaya,
neutralisasi,terjemahan literal dan lain-lain kaedah penterjemahan yang terdapat di
dalam prinsip-prinsip menterjemah.

Antara dua perkara utama yang perlu ada di dalam prosedur penterjemah ialah :

- Bahasa Sumber
- Bahasa Sasaran

Berikut merupakan prosedur terjemahan yang dirujuk dari prosedur terjemahan


Newmark (1988) yang disesuaikan dengan petikan tugasan yang diberikan :

a) Nota Maklumat tambahan dan glos

Nota Maklumat tambahan dan glos berlaku di dalam teks kepelbagaian kraftangan

yang menarik di Malaysia. Nota, maklumat tambahan dan glos berlaku dalam

tambahan teks. Nota ini berada pada bahagian bawah halaman berkenaan untuk

memberikan maksud yang lebih mendalam tentang sesesuatu perkara atau perkataan

itu. Manakala,Nota atau Glosari pula terletak pada bahagian akhir buku atau artikel,

tujuan Nota atau Glosari terletak pada bahagian akhir adalah untuk memberikan

rumusan tentang maklumat yang disampaikan itu.


Contoh kaedah Nota, Maklumat tambahan dan glos dari teks :

Perkataan/ Bahasa Sumber Labu Sayung


Nota, Maklumat tambahan dan glos Labu sayung ialah bekas berwarna
hitam berbentuk labu, yang
diperbuat daripada tanah liat.
Labu sayung berfungsi sebagai
bekas air sekaligus boleh
bertindak untuk menyejukkan air
minuman.

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


Labu Sayung Water Container
Belanga Earthenware Pot

b) Neutralisasi

Kaedah ini merangkumi dua pendekatan lain iaitu ‘persamaan fungsian’ dan

‘persamaan deskriptif’. Persamaan fungsian merujuk kepada proses mengeneralisasi

kata dalam bahasa sumber yang ingin diterjemahkan agar istilah menjadi lebih umum

dan merangkumi keseluruhan makna bagi sesuatu perkara itu.

Contoh kaedah Neutralisasi dari teks :

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


Labu Sayung, Belanga, Seni Kayu, Handicraft
dan Seni Besi
Set Tapak Sirih, bekas air mawar dan Home jewelry items
bilah keris
c) Kaedah Naturalisasi

Kaedah Naturalisasi merupakan proses dalam penterjemahan yang menyerupai


prosedur pemidahan. Perkataan atau frasa yang digunakan masih mengekalkan
perkataan asal yang cuma menukarkan sedikit cara ejaan pada bahasa sasaran tapi
masih mengekalkan gaya bahasa seperti bahasa sumber. Namun pemindahan yang
berlaku melibatkan proses penyesuaian. Perkataan bahasa sumber akan dimodifikasi
mengikut sistem morfologi bahasa sasaran.

Contoh kaedah Naturalisasi dari teks :

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


Fabrik Fabric
Tradisional Traditional
Produk Products

d) Terjemahan Label

Kaedah terjemahan label merupakan bentuk terjemahan yang bersifat

sementara. Prosedur ini kerap kali digunakan untuk menterjemah istilah institusi yang

baru. Kaedah terjemahan ini akan menggunakan tanda petikan “……” . Setelah

beberapa lama digunakan dan dipastikan bahawa perkataan dan istilah tersebut telah

diterima umum, maka tanda petikan boleh dibuang.

Contoh kaedah Terjemahan Label dari teks :

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran


Labu Sayung “Labu Sayung”
Belanga “Belanga”
Batik “Batik”
e) Prosedur Pengembangan

Prosedur pengembangan merupakan kaedah yang membenarkan perkataan


ditambah untuk menjadikan sesuatu ayat betul dari segi tatabahasa dan tidak
membawa sebarang perubahan makna. Penambahan dari segi maklumat juga
dibenarkan seandainya terjemahan yang telah dilakukan tidak mampu memberi atau
menyampaikan maklumat yang terdapat dalam teks bahasa sumber.

Contoh prosedur pengembangan dari teks :

Bahasa Sumber Bahasa Sasaran

Produk kraf besi menjadi pilihan Metal craft products include


masyarakat sebagai barang perhiasan modern decorative items, kitchen
di rumah seperti set tepak sirih, bekas ware and traditional artifacts
air mawar dan bilah keris like tepak sireh sets, rose-water
instruments and keris blades.

Diperbuat daripada sumber kayu- Blessed with an abundance of


kayan daripada Hutan Hujan Tropika timber in boundless tropical
Malaysia forests, Malaysia is renowned for
an assortment of distinctive
wood crafts
CABARAN SEPANJANG PROSES PENTERJEMAHAN

Memang tidak dapat dinafikan proses penterjemahan maklumat atau perkara yang

berkaitan dengan budaya sangat memerlukan seseorang penterjamah yang mampu menguasai

dwibahasa,iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran, beliau juga mestilah menguasai dan

mahir dalam kedua-dua budaya bahasa tersebut. Melalui kedua-dua bahasa yang dikuasai,

penterjemah dapat memahami budaya tempatan dan budaya luar. Maksud budaya biasanya

terkandung dalam tekstur sesebuah bahasa. Salah satu daripada matlamat penterjemah adalah

untuk memancing kepekaan pembaca bahasa sasaran terhadap budaya bahasa sumber.

Seseorang penterjemah yang kreatif berkebolehan mengenal pasti perkara ini dan menyedari

perkara ini sebagai kepentingan utama dalam menghasilkan terjemahan.

Oleh itu, sekiranya aspek pemikiran yang dimiliki oleh bahasa sumber tidak ditangani

dengan baik melalui terjemahan dalam bahasa sasaran, dikhuatiri makna sebenar yang

terungkap dalam budaya bahasa sumber itu tidak dapat disampaikan dalam terjemahan.

Proses penterjemahan boleh dikatakan antara proses yang rumit dan berisiko tinggi sekiranya

terjemahan yang dilakukan itu mempunyai kesalahan yang mampu mengubah maksud bagi

kesuluruhan ayat. Antara cabaran yang dihadapi oleh penterjemah sepanjang proses

menterjemah teks adalah :

 Penterjemah tidak menguasai sepenuhnya bahasa sumber.

Penguasaan dalam dwibahasa begitu penting dalam proses penterjemahan,

sekiranya penterjemah tidak menguasai sepenuhnya bahasa sumber,

terjemahan yang dilakukan akan mengalami kesukaran dan mendorong untuk

melakukan kesilapan dalam proses menterjemah.


 Kekurangan sumber bacaaan

Penterjemah kekurangan sumber bacaan dan rujukan untuk dijadikan analisis

dibahagian analisis teks. Oleh hal yang demikian, medium atas talian terpaksa

digunakan bagi mencari bahan rujukan dan bahan analisis untuk tugasan

ini.Pelbagai kekangan terpaksa dihadapi oleh penterjemah terutamanya dengan

hal-hal yang berkaitan dengan sambungan internet.

 Singkatan dan Akronim

Penggunaan ayat singkatan dan akronim yang cuma difahami oleh budaya

tertentu juga menjadi kekangan dan permasalahan utama kepada penterjemah.

Hal ini kerana, penterjemah kekurangan ilmu pengetahuan tentang sesuatu

budaya asing yang sedang dikaji. Demikian, penggunaan singkatan dan

akronim yang jarang digunapakai telah mengakibatkan penterjemah membuat

keputusan untuk memilih teks yang lain untuk dikaji.

 Cetek pengetahuan tentang ilmu penterjemahan.

Dalam hal ini, penterjemah terpaksa membuat rujukan berulang kali berkaitan

prinsip-prinsip penterjemahan di atas talian dan buku rujukan. Perkara ini

boleh mengakibatkan penterjemah melakukan kesilapan kecil yang mampu

menjejaskan proses penterjemahan dan analisis teks.

 Kesukaran mengekalkan maksud asal 100%

Dalam proses menterjemah, penterjemah terpaksa menghadapi situasi sukar

dalam mengekalkan maksud asal petikan, yang telah mengakibatkan

penterjemah menterjemah teks lebih panjang dari bahasa sumber.


KESIMPULAN

Kesimpulannya, kraftangan di Malaysia mempunyai potensi yang baik jika diteruskan

dan diberi suntikan dari segi dana untuk memasarkannya di luar negara. Kraftangan adalah

satu warisan turun-temurun yang sehingga hari ini masih dilakukan dan mernjadi sumber

pendapatan sesetengah penduduk di Malaysia. Kraftangan dilihat sebagai satu simbol atau

identiti negara Malaysia pada pandangan negara luar kerana memiliki unsur-unsur tradisional

dan keagamaan yang kuat yang mencerminkan rakyat Malaysia sendiri.

Kraftangan di Malaysia pada hari ini masih pada tahap yang rendah kerana sebilangan

pengusaha tidak berani untuk menyahut seruan kerajaan untuk memperkembangkan

perusahaan kecil mereka kepada global kerana takut memperjudikan nasib mereka sendiri

dan lebih gemar mengekalkan dengan mengusahakan secara kecil-kecilan sahaja.

Selain itu, pengusaha kraftangan juga melihat akan faktor-faktor semasa seperti

kebanyakan polisi kerajaan pada masa kini lebih kepada menyelamatkan alam sekitar dan

melarang penebangan pokok secara haram dan ini menyukarkan lagi bagi mereka untuk

mendapatkan hasil hutan untuk menghasilkan barangan kraftangan. Kewujudan masalah-

masalah ini adalah disebabkan mesej kerajaan tidak sampai kepada pengusaha ini sendiri

bahawa kerajaan Malaysia menyokong akan perkembangan hasil kraftangan ini dan memberi

bantuan dari segi kewangan untuk memperkembangkan lagi perusahaan mereka ini.
Kedatangan pelancong dari luar memberi kesan kepada industri kraf di Malaysia

sebagai tempat untuk mendapatkan produk yang bersumberkan hutan Malaysia. Dengan

adanya usaha mengeksploitasikan sumber hutan semula jadi di Malaysia sudah tentu

kraf mampu memberikan pulangan yang tinggi kepada ekonomi masyarakat setempat dan

Malaysia keseluruhannya. Seni kraftangan tradisional merupakan satu sumbangan yang tidak

ternilai yang dilakukan oleh tukang kraf yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan

kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun.

Dari segi penterjemahan pula, yang dilakukan melibatkan fakta yang dikeluarkan oleh

laman sesawang Tourism Malaysia. Penterjemahan terhadap kepelbagaian keunikan

kraftangan di Malaysia serba sedikit dapat meningkatkan pengetahuan orang asing tentang

budaya kesenian kraftangan yang terdapat di Malaysia. Aktiviti penterjemahan banyak

menyumbang kepada perkembangan bahasa kebangsaan. Dalam dunia yang mengalami

perubahan dan transformasi ledakan teknologi ini, aktiviti penterjemahan di Malaysia terus

giat dilaksanakan demi kelangsungan pengembangan bahasa Melayu dan penyebaran ilmu

dalam pelbagai bidang.

Berdasarkan sejarah, aktiviti penterjemahan pada awalnya adalah bertujuan untuk

pendidikan dan juga penyebaran agama. Di Malaysia khususnya, penterjemahan lebih banyak

tertumpu kepada tujuan pendidikan terutama untuk pendidikan orang melayu. Hal ini kerana

kurangnya buku-buku rujukan yang berbahasa Melayu pada ketika itu. Seterusnya

penterjemahan juga penting untuk aktiviti pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Bagi tujuan

agama pula, banyak buku agama yang telah terjemahkan sama ada untuk menyebarkan

agama islam ataupun agama Kristian.


Melalui the malay school series dan the home library series, PKM telah menerbitkan

buku teks untuk para pelajar dan telah memberi sumbangan yang besar dalam penterjemahan

karya pertama di negara Malaysia. Setersunya diikuti dengan penubuhan Dewan Bahasa Dan

Pustaka dan seterusnya diikuti Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) pula ditubuhkan bagi

menghubungkan penterjemah-penterjemah supaya mereka boleh membincangkan masalah

yang berkaitan penterjemahan. Kewujudan penterjemah-penterjemah ini serba sedikit dapat

meningkatkan penghasilan sumber rujukan kepada bahasa sumber.

Selain itu, seseorang yang melakukan terjemahan harus mengetahui bahawa tidak ada

teks terjemahan yang boleh menyamai teks asal sepenuhnya dalam semua aspek. Tujuan

terjemahan bukanlah untuk mencapai persamaan sepenuhnya, tetapi mencapai persamaan

seberapa yang dapat untuk memindahkan ilmu, maklumat dan kebudayaan dari suatu

masyarakat ke suatu masyarakat lain yang tidak memahami sesuatu bahasa sumber itu.

Demikian, ilmu penterjemahan sangat penting untuk dipraktikkan pada zaman kini kerana

interaksi sosial diantara dua pihak sudah mencapai tahap global dan antarabangsa.
RUJUKAN

a. Kraftangan Malaysia - Utama. (n.d.). Retrieved November 17, 2017, from

http://www.kraftangan.gov.my/

b. Ardi, N. (2011). Asas dan kemahiran menterjemah. Puchong, Selangor:

August Pub.

c. Norizah Ardi, Midiyana Mohamad, Rozaimah Rashidin, Zuraidah Jantan.

Asas dan

d. Kemahiran Menterjemah. August Publishing. Juvrianto Chrissunday Jakob,

Graduate Student - English Tutor - ICT/Elearning Interest Follow. (2016,

November 17). Beberapa masalah dalam penerjemahan. Retrieved November

19, 2017, from https://www.slideshare.net/juvrianto/beberapa-masalah-dalam-

penerjemahan

e. Siti Zainon ismail, (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai