Anda di halaman 1dari 12

SKVT2283 TERJEMAHAN BERKOMPUTER

Sem II 2015/2016
Pensyarah: Norwati Md Yusof
TUGASAN 2 (30 markah = 30 %)
Tarikh Serahan:
(Muat naik ke iFolio semua, cetak laporan sahaja)
1.0 Pendahuluan
Terdapat beberapa input yang digunakan dalam membuat tugasan kali ini iaitu tiga artikel
bahasa Ingeris dan 4 jurnal sebagai rujukan. Artikel bahasa Inggeris telah diterjemahkan kepada
bahasa Melayu menggunakan bantuan system terjemahan online iaitu citcat.com. Dari situ,
analisa tentang artikel yang telah siap diterjemahkan dilakukan dengan merujuk kepada jurnal
yang telah dipilih. Tujuan utama tugasan kali ini adalah untuk menganalisa serta memberi
pendapat terhadap teks output dengan merujuk kepada sumber yang sahih seperti jurnal.
Artikel pertama berjudul Tomorrow yang ditulis oleh Soraya. Arikel ini telah diperolehi
daripada laman web http://www.livinglifefully.com/flo/flotomorrow.htm . Soraya adalah seorang
pesakit kanser payudara yang telah meninggal dunia pada usia 37 tahun. Artikel ini ditulis sendiri
olehnya kira-kira setahun sebelum dia meninggal dunia. Kedua, ialah satu berita luar negara
dalam bahasa Inggeris berjudul The Bird that Live on Rubbish yang diambil daripada laman
web http://www.bbc.com/earth/story/20160318-the-birds-that-live-on-rubbish. Artikel terakhir
adalah
Manakala jurnal pertama yang dipilih adalah berjudul Translation ambiguity in and out of
context yang telah ditulis oleh Anat Prior and Shuly Winter. Jurnal ini ditulis pada 29 Januari
2009 dan mengandungi 19 halaman. Secara keseluruhnanya, jurnal ini menerangkan tentang
perbandingan terjemahan daripada perkataan tunggal, yang dibuat oleh orang-dwibahasa yang
berpengalaman. Bilinguals sering berhadapan dengan masalah untuk menterjemahkan dari sattu
bahasa kepada bahasa yang lain. Dalam proses menterjemah ini, sering kali terdapat dua atau
lebih perkataan yang lebih munasabah. Sebagai contoh, apabila menterjemah dari Sepanyol ke
bahasa Inggeris, penterjemah harus memutuskan sama ada perkataan decir beerti katakan atau
sebagai memberitahu. Bila menherjemah dari bahasa Inggeris ke bahasa Sepanyol, penterjemah
perlu memutuskan sama ada kaca bermaksud vidrio (bahan) atau vaso (perkakas itu). Keadaan
yang dipanggil kekaburan (ambiguity) ini sering berlaku hingga kadang kala boleh menyebabkan
kekeliruan antara 5 atau 6 perkataan.
Seterusnya, adalah A Study of Translation Edit Rate with Targeted Human Annotation oleh
Snover, M., Bonnie, D., Schwartz, R., Micciulla, L. and Makhoul, J. (2006). Jurnal tersebut

merupakan sebuah kajian tentang kadar penyuntingan penterjemahan dengan sasaran anotasi
manusia. Ia ini telah diambil daripada jurnal Proceedings of the 7th Conference of the
Association for Machine Translation in the Americas. Jurnal ini telah diambil daripada laman
web http://mt-archive.info/AMTA-2006-Snover.pdf.
Jurnal yang ketiga adalah bertajuk Statistical Machine Translation ataupun
Statistik
Terjemahan
Mesin
di
laman
sesawang
http://www.statmt.org/book/slides/08-evaluation.pdf
yang
mempunyai
sebanyak 42 halaman. Halaman yang telah kami rujuk adalah 13 dan 14.
Pada halaman-halaman ini, kami mendapat lima kriteria iaitu precision and
recall dan word error. Word error mempunyai beberapa pecahan lagi yang
akan diterangkan dengan lebih lanjut di dalam perbincangan. Penulis bagi
artikel tidak dapat dikenal pasti tetapi bab ini adalah bab yang ke lapan.
Jurnal yang terakhir adalah Human Translation Evaluation ataupun
Penilaian Manusia dalam Penterjemahan atau Menterjemah yang boleh
didapati
di
laman
web
http://www.molto
project.eu/sites/default/files/GF_SMT_manualeval.pdf.yang
mempunyai
sebanyak 20 halaman. Jurnal ini ditulis oleh Maarit Koponen dan maklumat
yang kami dapati adalah dimuka surat 12.

2.0 Perbincangan
2.1.0 Ambihiuty
Ambiguity secara ringkasnya bermaksud keadaan yang dikatakan mempunyai kekaburan atau
kekeliruan untuk mencari perkataan terjemaahan yang sesuai.Dimana keadaan ini boleh
menyebabkan penterjemah salah tafsir akan maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh
penulis.Aspek ambiguity ini sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa jenis kumpulan.
Pengenalpastian jenis-jenis kekaburan itu harus dilakukan terlebih dahulu supaya kita dapat
mengenalpasti perkataan yang lebih sesuai dipilih demi menghasilkan hasil kerja terjemahan
yang sempurna. Berikut adalah krateria-krateria yang telah dibincangkan di dalam jurnal:
i)

ii)

iii)

Synonymy : Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama antara bahasa
Inggeris dengan bahasa Melayu. Boleh jadi hanya ada satu terjemahan dalam
bahasa Melayu
Polysemy : Satu perkataan dalam bahasa Inggeris, mempunyai banyak maksud
yang berkaitan di dalam bahasa Melayu dimana setiapnya diterjemahkan ke dalam
perkataan yang berbeza.
Homography : satu perkataan dalam bahasa Inggeris apabila diterjemahkan ke
dalam bahasa Melayu membawa maksud dua perkataan yang tidak berkaitan.

iv)

v)

Morphological : Dalam bahasa yang mempunyai limitasi morphology seperti


bahasa Inggeris, apabila diterjemahkan ke dalam bahasa yang kaya dengan
morphology seperti bahasa Melayu akan membentuk perkataan yang berlainan
tetapi masih membawa maksud yang sama.
Semantic discrepancy : Perkataan di dalam bahasa Inggeris mempunyai
terjemahan yang spesifik di dalam bahasa Melayu.

2.1.1Polysemy
Berdasarkan artikel yang telah diterjemahkan, beberapa contoh yang berkaitan dengan
krateria-krateria di atas telah dipilih untuk memberi pahaman yang lebih jelas. Berikut adalah
berkaitan dengan krateria polysemy.
Contoh 1
Input: An amazingly talented singer and songwriter, she left behind a legacy of hope and
love that few can match, especially at her young age.
Output: Satu penyanyi yang dengan kagum berbakat dan pencipta lagu, dia
meninggalkan satu legasi harapan dan cinta bahawa beberapa dapat menandinginya,
terutamanya di usia mudanya.
Contoh 2
Input: Life and love are gifts for us.
Output: kehidupan dan cinta adalah satu hadiah buat kita
Beberapa perkataan telah dikuningkan tanda perkataan ini membawa maksud yang
berkaitan di dalam bahasa Melayu, tetapi setiapnya dapat diterjemahkan ke dalam perkataan
yang berlainan. Sebagai contoh mudah, an apabila diterjemahkan boleh membawa maksud
satu, sebuah dan seorang di mana citcat.com telah memperterjemahkannya menjadi satu.
Namun, apabila melihat kepada konteks ayat, perkataan yang sesuai dipilih adalah seorang yang
mana sesuai digunakan untuk merujuk kepada manusia.
Begitu juga dengan perkataan few yang memberi maksud sedikit dan beberapa. Keduadua perkataan ini membawa maksud yang hampir sama tetapi pemilihan perkataan yang lebih
sesuai adalah beberapa. Ini kerana, jika perkataan sedikit dipilih, ayat tersebut akan menjadi, dia
meninggalkan satu legasi harapan dan cinta bahawa sedikit yang dapat menandinginya. Ayat ini
tidak dapat membawa maksud yang jelas serta tidak sesuai dengan pemahaman pembaca.
Manakala perkataan gifts bagi contoh kedua turut dapat mengambarkan keadaan
polysemy ini. Gifts dapat diterjemahkan sebagai hadiah atau anugerah, di mana kedua-dua
perkataan ini membawa maksud yang hampir sama di dalam bahasa Melayu.

2.1.2Homography
Kreteria homography merupakan kreteria yang paling banyak dapat dikenalpasti di dalam
artikel ini dimana keadaan ini dapat digambarkan seperti contoh-contoh dibawah.
Contoh 1
Input : I think of the tourists sitting on the beach, looking out at the vast Indian Ocean,
watching their kids play in the sand. Then, in a few short, terrifying moments, all is gone.
Ouput: saya rasa pelancong duduk di pantai itu, melihat keluar di Lautan Hindi luas,
memerhatikan anak-anak mereka main dalam pasir. Kemudian, dalam beberapa detikdetik menakutkan yang pendek, semua pergi.
Terdapat dua perkataan yang sesuai dijadikan contoh disini iaitu pertama ialah think.
Perkataan tersebut dapat diterjemahkan kepada rasa dan fikir di mana kedua-dua perkataan ini
membawa maksud yang berlainan. Rasa merujuk kepada sesuatu yang dapat kita lalui secara
fizikal iaitu rasa masakan seperti rasa manis, tawar masin atau rasa sakit dan rasa sejuk.
Manakala fikir adalah merujuk kepada apa yang bermain di fikiran kita yang tidak dapat
dizahirkan dengan mata kasar. Pemilihan perkataan yang sesuai di sini ialah fikir di mana ayat
hendak menceritakan bahawa situasi di pantai itu bermain-main di fikiran Soraya. Namun,
citcat,com telah mempertejemahkan perkataan ini menjadi rasa dimana pada pandangan saya
ianya tidak sesuai dengan konteks ayat. Pemilihan perkataan itu mungkin akan menyebabkan
pembaca keliru atau salah faham dengan apa yang sebernarnya yang hendak disampaikan oleh
penulis. Pembaca mungkin akan tertanya-tanya akan apa yang dirasakan oleh Soraya
memandangkan ayat tidak menceritakan apa-apa rasa yang secara fizikal dirasai olehnya.
Seterusnya adalah perkataan gone yang boleh membawa maksud yang berbeza seperti
hilang, pergi atau tiada. Hilang dan pergi adalah merujuk kepada situasi yang ada pada mulanya
dan kemudian situasi tersebut telah berlalu. Manakala tiada merujuk kepada situasi yang
sememangnya dari awal sudah tidak wujud. Berdasarkan konteks ayat, perkataan pergi adalah
sesuai untuk dipilih. Ia merujuk kepada dari situasi kanak-kanak sedang bermain pasir, telah
berlalu pergi menjadi satu situasi yang menakutkan dan kanak-kanak tersebut telah tiada.
Contoh 2
Input: Because your body loses water through breathing, sweating, and
digestion
Output: Oleh kerana badan anda kehilangan air melalui bernafas,
berpeluh, dan pencernaan
Loses dapat diterjemahkan kepada bahasa Melayu sebagai kalah atau hilang yang mana
kedua-dua perkataan ini memberi maksud yang berlainan. Kalah adalah lebih sesuai untuk

merujuk apabila tidak memenangi sesuatu pertandingan manakala hilang adalah seperti contoh
yang telah dijelaskan sebelum ini.
Contoh 3
Input: Water can also keep you from getting constipated by softening
your stools and helping move the food you've eaten through your
intestinal tract.
Output: Air juga boleh membuat anda daripada mendapat sembelit
dengan melembutkan najis anda dan membantu menggerakkan
makanan yang anda makan melalui saluran usus anda.
Perkataan keep di dalam bahasa Melayu secara am nya bermaksud menyimpan atau
menjaga. Namun citcat.com telah menterjemahkan perkataan ini kepada membuat. Ini tidak
bermakna citcat.com telah melakukan kesalahan menterjemah sebaliknya ianya adalah
perkataan yang betul dimana bersesuaian dengan keseluruhan konteks ayat. Dalam proses
menterjemah adalah penting untuk seseorang penterjemah itu melihat kepada keseluruhan
konteks ayat berbanding hanya mengambil kira satu-satu perkataan.

2.1.3Morphological
Bahasa Melayu sememangnya diketahui oleh umum adalah satu bahasa yang unik dan
mempunyai banyak bunga-bunga perkataan. Satu perkataan yang ringkas boleh dikembangkan
menjadi ayat panjang yang membawa maksud yang sama. Terdapat juga situasi seperti hiperbola
dan metafora yang digunakan untuk mengambarkan sesuatu. Bagi kerabat diraja, perkataan yang
digunakan oleh mereka juga berbeza bagi melambangkan darjat mereka yang lebih tinggi dan
istimewa berbading rakyat lain. Contoh yang sesuai dapat digambarkan melalui ayat ini:

Input: Like many others that have been through a life-threatening illness, I took this
journey a few years back after my cancer diagnosis.
Output: Seperti ramai orang lain yang telah melalui satu penyakit yang mengancam
nyawa, saya mengambil perjalanan ini beberapa tahun kembali selepas diagnosis kanser
saya.

Perkataan many mengikut fahaman biasa hanya dapat diterjemahkan kepada banyak.
Namun dalam bahasa Melayu ia boleh membawa kepada perkataan lain seperti menimbun dan
membukit yang mana kedua-dua perkataan ini mengambarkan keadaan yang sama. Perkataan
banyak tetap sesuai dipilih untuk ayat ini memandangkan ianya adalah perkataan yang sesuai
mengikut konteks pengetahuan umum.
Manakala, I yang membawa maksud saya turut dapat diterjemahkan kepada banyak
perkataan yang berlainan apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Antaranya ialah aku,
patik, hamba, beta dan tuanku. Perkataan-perkataan tersebut digunakan mengikut kesesuaian
situasi, misalnya untuk bercakap antara kerabat diraja, orang bawahan akan membahasakan diri

mereka sebagai hamba atau patik dan bukannya saya. Ini adalah untuk menunjukkan rasa hormat
mereka kepada kerabat diraja yang mana mempunyai darjat yang lebih tinggi.
2.1.4 Semantic discrepancy
Krateria terakhir yang akan dibincangkan adalah mengenai krateria Semantik
discrepancy. Contoh yang sesuai untuk mengambarkan keadaan ini adalah:

Input:There is no time for a warm hug, a long gaze, or another "I love you."
Output: Tiada masa untuk satu peluk yang mesra, satu renungan yang lama panjang, atau
satu lagi "Saya cintakan awak."

A long gaze di dalam input hendak mengambarkan tentang satu renungan yang lama dan
panjang. Namun apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, renungan sudah memadai
untuk mengambarkan situasi ini. Bahasa Inggeris cenderung untuk menggunakan lebih banyak
perkataan untuk menjelaskan sesuatu situasi serta hendak memberi fahaman yang lebih jelas
kepada para pembaca dimana ia tidak diperlukana apabila diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Ini kerana, sesuatu perkataan itu sudah cukup untuk menjelaskan situasi yang ingin
disampaikan oleh penulis dan member fahaman yang sepatutnya kepada pembaca.
Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai aspek ambiguity ini ialah dimana kami dapati
criteria homography adalah yang paling banyak di dalam ketiga-tiga artikel. Dalam membuat
kerja-kerja menterjemah, kerap kali penterjemah itu mendapat masalah untuk menentukan
perkataan bahasa Melayu mana yang lebih sesuai dipilih agar output yang dihasilkan dapat
memberi pahaman seperti yang dinginkan oleh penulis. Di sinilah pentingnya untuk penterjemah
iu melihat kepada keselurahan konteks ayat untuk memilih perkataan yang lebih sesuai serta
dapat menyampaikan maksud yang jelas.
2.2 Penggantian berasingan
Penggantian perkataan selalunya tidak dititikberatkan asalkan maksud dapat disampaikan
dan difahami pembaca. Sebagai contoh, Saudi Arabia dan the Saudis iaitu dua perkataan
yang berbeza tetapi memberi pengertian yang sama.
2.3 Konteks dan pengetahuan sekitar
Setiap bahasa mempunyai konteks dan pengetahuan yang berbeza mengikut persekitaran
mereka, contohnya, pengetahuan dan sikap seseorang yang menetap di Amerika berbeza
berbanding dengan yang menetap di Malaysia. Perbezaan persekitaran ini membuatkan
seseorang mempunyai persepsi yang berbeza dan menyebabkan sesuatu terjemahan tidak boleh
diterjemah secara lansung dari sesuatu bahasa. Disebabkan bahasa yang berbeza iaitu bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu, maka konteks dan pengetahuan sekitar juga akan berbeza mengikut
pengguna bahasa berikut.
Contoh 1
Perkataan coincided kepada berbetulan. Secara teknikal, perkataan berbetulan
kebiasaanya diguna oleh pengguna bahasa Indonesia. Bagi pengguna bahasa Melayu, perkataan
selaras atau bertepatan lebih kerap diguna. Ini menunjukkan mesin terjemahan telah
bercampur aduk dengan bahasa Indonesia walaupun telah ditetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa sasaran.
Contoh 2
like hamburgers, leftover meat and fish diterjemah kepada seperti hamburger, daging
lebihan dan ikan. Perkataan hamburger wujud di negara barat, manakala di negara Malaysia,
ia lebih dikenali sebagai burger daging. Ini adalah kerana pengguna bahasa Melayu telah
menetapkan pemikiran mereka bahawa ham adalah daging khinzir dan ia akan menimbulkan
isu sensitiviti jika hamburger digunakan. Walhal, di negara Barat, hamburger juga merujuk
kepada burger daging selain daging khinzir.
Contoh 3
There are now thought to be more than 14,000 birds kepada Kini terdapat
pemikiran menjadi lebih daripada 14,000 ekor burung Perkataan thought telah diterjemah
secara terus walhal tidak bersesuaian dengan konteks. Perkataan yang lebih sesuai digunakan
ialah dianggap supaya maksud berjaya disampaikan.
2.4 Penggantian dan penghapusan
Ini bermaksud sesuatu perkataan diterjemah terus kepada bahasa sasaran.
Walaubagaimanapun, sesetengah perkataan kebiasaannya dinilai sebagai sinonim yang memberi
pengulangan perkataan dan maksud kepada sesuatu ayat. Oleh itu, penghapusan digunakan
mengikut kesesuaian untuk membuang sesuatu perkataan yang berulang atau yang tidak
memberi maksud.
Contoh 1
Penggantian bagi Portugals white storks yang diterjemah kepada burung botak putih
Portugal. Walaupun storks dikenali sebagai burung bangau, burung botak telah dipilih
oleh mesin terjemahan sebagai output. Sebetulnya, bangau merupakan spesies yang bertepatan
dengan stork.
Contoh 2
in this way kepada dalam begini. Frasa ini telah diterjemah secara terus dan tidak
memberi maksud dalam bahasa Melayu. Contoh ketiga ialah penggantian dan penghapusan
dalam curious to find out diterjemah kepada ingin tahu untuk mengetahui. Di sini perkataan,
ingin tahu dan mengetahui seakan-akan memberi maksud yang berulang.

2.5 Kolerasi
Output terjemahan harus terlebih dahulu dinilai sama ada mempunyai hubungan atau
kaitan dari segi makna. Ini bagi memastikan output terjemahan tidak lari dari maksud atau
struktur tatabahasa yang tidak betul. Kesimpulannya, teks output iaitu bahasa Melayu yang telah
diterjemah daripada teks suratkhabar bahasa Inggeris mempunyai kriteria dan perbezaan yang
banyak.
Contoh 1
providing the birds with a ready supply of fatty kepada menyediakan unggas dengan
satu bekalan sedia sampah berkhasiat yang berlemak makan. Ayat ini tidak memberi maksud
kerana tiada korelasi terutamanya frasa satu bekalan sedia sampah berkhasiat yang berlemak
makan. Tiada perkataan berkhasiat dari teks bahasa Inggeris tetapi telah dimasukkan
perkataan tersebut apabila diterjemah kepada bahasa Melayu.
Contoh 2
to get their junk food fix yang diterjemah kepada mendapat makanan ringan mereka
menetapkan. Ayat yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu tidak berupaya untuk memberi
maksud kepada pembaca.
2.6 Precision and recall.
Sepanjang melakukan kerja-kerja menterjemah ini, kami telah
menemui beberapa ciri asas terjemahan seperti; persamaan perkataan
dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, terjemahan terus dari bahasa
Inggeris kepada bahasa Melayu, pilihan perkataan tidak sesuai dalam ayat
yang telah diterjemahkan, perkataan tidak perlu ada dalam ayat, konteks
ayat yang tidak sesuai, terjemahan satu kepada banyak dan satu kepada
kosong. Menurut jurnal ketiga yang kami gunakan sebagai rujukan, ciri-ciri di
atas merupakan perkara asas dalam proses menterjemah. Antara ciri-ciri
baru yang kami peroleh adalah precision and recall dan word error rate
ataupun kadar kesalahan perkataan. Precision and recall berfungsi untuk
memberikan terjemahan tepat berdasarkan konteks ayat dan situasi. Berikut
merupakan contoh bagi menerangkan ciri-ciri ini.
Contoh 1:

Input: Did you know that your


approximately 60 percent water?

Output: Adakah anda tahu bahawa berat badan anda


adalah kira-kira 60 peratus air?

Contoh 2:

body

weight

is

Input: and also by drinking a beverage with each of their


meals, according to the Centers for Disease Control and
Prevention.

Output: dan juga dengan meminum minuman dengan


setiap makanan mereka, menurut Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit.

Kami telah menemui banyak ayat yang telah diterjemah dengan tepat
atau precise. Tetapi di sini saya hanya sertakan dua contoh sahaja. Ini telah
membuktikan bahawa laman sesawang CitCat.com adalah bagus kerana
mampu meterjemah beberapa ayat dengan begitu tepat, mengikuti maksud
yang pelbagai,kata nama khas dan penanda wacana ayat tersebut.
2.7 Word error
Dalam kriteria word and error kami dapati empat lagi sub-ciri iaitu (1)
padanan perkataan, (2) penggantian perkataan: menggantikan satu
perkataan lain dengan perkataan lain, (3) sisipan atau penambahan
perkataan dan (4) pembuangan perkataan. Selain daripada itu adalah
kepelbagaian rujukan terjemahan seperti satu perkataan yang boleh
diterjemah kepada banyak dan boleh merujuk kepada banyak perkara.
Dalam jurnal keempat kami juga mendapati perkara yang hampir sama
tetapi berbeza dengan artikel-artikel lain seperti konsep kesalahan perkataan
yang terpecah kepada empat iaitu (1) omitted atau perkataan yang
ditinggalkan/buang, (2) added atau penambahan perkataan, (3)
mistranslated atau kesalahan menterjemah dan (4) untranslated atau
perkataan yang tidak diterjemah. Contoh-contohnya adalah seperti:
1 Padanan perkataan.
Contoh 1:

Input: Keeping your body hydrated helps it retain optimum


levels of moisture in these sensitive areas,

Output: Mengekalkan badan anda terhidrat membantu ia


mengekalkan tahap optimum kelembapan di kawasankawasan sensitif

Optimum merupakan pinjaman perkataan dari bahasa Inggeris ke


dalam bahasa Melayu. Namun, saya juga mendapati ada perkataan sinonim
perkataan optimum dalam bahasa Melayu iaitu paling baik. Pada pendapat

saya, penggunaan perkataan optimum adalah paling sesuai dalam konteks


ayat ini kerana lebih pendek dan ringkas.
2 Sisipan / penambahan perkataan.
Contoh 1:

Input: However, it should be noted that there is no


evidence to prove that increasing your fluid intake will cure
constipation.

Output: Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa


tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa peningkatan
pengambilan cecair anda akan menyembuhkan sembelit
melalui saluran usus anda.

Perkataan bahawa ditambah dalam output untuk melengkapkan ayat. Tiada


perkataan dalam input yang diterjemah akan menjadi bahawa contohnya
that.
3 Pembuangan perkataan.
Contoh 1:

Input: Your doctor may also recommend that you drink


more fluids to help treat other health conditions,

Output: Doktor anda mungkin juga mencadangkan


bahawa anda minum lebih banyak cecair bagi membantu
merawat keadaan kesihatan lain,

Ayat betul: Doktor anda mugkin juga mencadangkan


bahawa anda minum lebih banyak cecair bagi mambantu
merawat kesihatan lain,

Pada pendapat saya, perkataan conditions yang membawa maksud keadaan


dari input kepada output adalah tidak perlu. Ini kerana, perkataan tersebut
tidak sesuai untuk disertakan dalam konteks ayat output dan menyebabkan
pertindihan maksud.
4 Mistranslated
Contoh 1:

Input: However, it should be noted that there is no


evidence to prove that increasing your fluid intake will cure
constipation.

Output: Walau bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa


tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa peningkatan
pengambilan cecair anda akan menyembuhkan sembelit
melalui saluran usus anda.

Ayat betul: Walau bagaimanapun, perlu diambil kira


bahawa tidak ada bukti untuk membuktikan bahawa
peningkatan
pengambilan
cecair
anda
akan
menyembuhkan sembelit melalui saluran usus anda.

Contoh 2:

Input: Your body loses fluids when you engage in vigorous


exercise,

Output: Badan anda kehilangan cecair apabila anda


terlibat dalam sukan berat,

Ayat betul: Badan anda kehilangan cecair apabila anda


terlibat dalam sukan yang mencabar

Beberapa perkataan daripada teks sumber yang diterjemah kepada teks


sasaran tidak menepati konteks ayat yang sepatutnya. Perkataan tertentu
telah diterjemah secara salah. Ini berlaku kerana mesin hanya mengecam
perkataan tersebut dan menterjemahkannya kepada perkataan yang hampir
sama maksud.
5 Untranslated
Contoh 1:

Input: it's important to rehydrate by drinking fluids and


eating foods that contain water

Output: ia adalah penting untuk rehydrate dengan


meminum cecair dan makan makanan yang mengandungi
air

Ayat betul: ia adalah penting untuk kekal hidrat dengan


meminum cecair dan makan makanan yang mengandungi
air.

3.0 Penutup
Berdasarkan analisa yang dijalankan ke atas ouput, input serta artikel yang
dipilih,secara keseluruhannya laman CitCat.com merupakan satu mesin
menterjemah yang tidak begitu baik. Walaupun ianya dapat menterjemah
beberapa ayat secara tepat mengikut konteks ayat, penanda wacana, kata
nama khas dan kepelbagaian maksud dalam satu perkataan ianya masih
melakukan kesilapan dalam beberapa terjemahan. Selain itu, struktur ayat yang
kompleks tidak dapat diterjemahkan dengan lengkap dan tepat. Beberapa ayat mudah yang
disambung-sambung dengan menggunakan kata hubung sehingga menjadi ayat yang panjang
kebanyakan masa diterjemahkan menjadi ayat yang membawa maksud lain dalam bahasa
sasaran. Ini mungkin disebabkan mesin terjemahan hanya mempunyai keupayaan untuk
menterjemah secara lansung dengan tidak mengambil kira struktur dan tatabahasa bahasa
sasaran.
Oleh itu, kami telah merujuk kepada beberapa mesin menterjemah
yang lain seperti kamus.flairwork.com dan kamus atas talian Dewan Bahasa
dan Pustaka edisi keempat. Bagi pendapat kami, dalam melakukan
penterjemahan, penterjemah perlulah sabar, rajin dan berfikiran tajam
supaya teks sumber yang diterjemah kepada teks sasaran akan lebih
berkualiti. Selain merujuk kepada mesin menterjemah dan menggunakan
pengetahuan yang sedia ada pada diri sendiri, kami juga berpendapat amat
penting untuk merujuk kepada rakan-rakan yang mengetahui perkara yang
berkaitan penterjemahan yang diluar pengetahuan saya dan merujuk kepada
yang lebih pakar seperti pensyarah yang mempunyai latar belakang
berkaitan dengan bidang penterjemahan

Anda mungkin juga menyukai