Anda di halaman 1dari 12

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

PERJANJIAN PERKONGSIAN DI ANTARA


1) NURUL AMIRAH BINTI MUHAMMAD SALLEH
940912-14-6548

2) NURUL ALIA BINTI MAT NASIR


940408-11-5750
3) FARIZA HALISSA BINTI MOHAMED ZAINUDDIN
940726-05-5204

4) SITI NURSHAHIRA BINTI AYUB


931214-14-5404

DAN
5) SITI NORSYAMIERA BINTI SAMSUDIN
930113-10-6110

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

ISI KANDUNGAN

Butiran

Mukasurat

Surat Perjanjian

3-4

Diskripsi

Definisi

Fasal :
Fasal 1 masksud dan tujuan

Fasal 2 tempoh perkongsian

Fasal 3 bentuk modal perniagaan

Fasal 4 balasan

Fasal 5 akaun bersama

Fasal 6 liabiliti

Fasal 7 pengurusan

Fasal 8 persaraan, pengusiran dan penimbang tara

10

Fasal 9 pembubaran

11

Tandatangan pihak-pihak

11-12

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

SURAT PERJANJIAN BAGI


(PERKONGSIAN PERNIAGAAN)

PERJANJIAN INI dibuat pada 15 Hari bulan Mei tahun 2015 antara Pihak Pertama, Kedua,
Ketiga, Keempat dan Kelima, seperti yang dinyatakan dibawah:

Yang bertandatangan di bawah ini :

1. Nama
No I/C
Alamat
No Tel

: Nurul Amirah binti Muhammad Salleh


: 940912-14-6548
: No 13, Jalan P8E2/7, Putrajaya
: 017-6244013

Dalam perjanjian ini bertindak atas nama diri peribadi yang disebut sebagai PIHAK
PERTAMA

2. Nama
: Nurul Alia binti Mat Nasir
No I/C
: 940408-11-5750
Alamat
: 947 Kg Pengkalan Setar, 20500 Kuala Terengganu
No Tel : 014-5086005
Dalam perjanjian ini bertindak atas nama diri peribadi yang disebut sebagai PIHAK KEDUA

3. Nama
: Fariza Halissa binti Mohamed Zainuddin
No I/C
: 940726-05-5204
Alamat
: 114, Jalan Masjid, Kg Plentong Baru, 81750 Masai, Johor
No Tel : 0177387212
Dalam perjanjian ini bertindak atas nama diri peribadi yang disebut sebagai PIHAK
KETIGA

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

4. Nama
No I/C
Alamat

: Siti Nurshahira Ayub


: 931214-14-5404
: No 26 Jalan TPS 4/8 Tmn Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih
Selangor
No Tel : 017-3343212

Dalam perjanjian ini bertindak atas nama diri peribadi yang disebut sebagai PIHAK
KEEMPAT

5. Nama
No I/C
Alamat

:Siti Norsyamiera Samsudin


: 930113-10-6110
: No 3, JalanTenggiri 3 Taman Mutiara, 42800 TanjongSepat
Selangor
No Tel : 014-2356253

Dalam perjanjian ini bertindak atas nama diri peribadi yang disebut sebagai PIHAK
KELIMA

Maka, kelima-lima rakan kongsi ini perlu memahami dengan jelas dan mempersetujui
terlebih dahulu segala perihal dan syarat yang dinyatakan di dalam :
ISI KANDUNGAN SURAT PERJANJIAN PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

DESKRIPSI PERNIAGAAN PERKONGSIAN

Nama-nama yang dinyatakan seperti di atas, dengan rela hati telah bersetuju untuk
menjadi ahli perkongsian. Nama firma perkongsian yang dipersetujui kelima-lima rakan
kongsi adalah MIRA DAN RAKAN RAKAN.
Di mana, perkongsian ini dijalankan untuk melakukan sesuatu perniagaan secara bersama
iaitu setiap modal, keuntungan mahupun kerugian adalah merupakan tanggungjawab setiap
ahli perkongsian. Setiap ahli perkongsian mempunyai hak untuk melibatkan diri dalam apaapa aktiviti yang yang tidak berkaitan dengan jenis perniagaan perkongsian ini tetapi dengan
syarat setiap aktiviti yang dilibatkan itu hendaklah diberitahu kepada semua ahli perkongsi.
Jika mana-mana pekongsi gagal untuk memaklumkan tentang hal ini, ahli perkongsian yang
lain berhak untuk membuat tuntutan ke atas untung yang diperolehi daripada perniagaan lain
tersebut.
Lokasi utama perniagaan ini adalah di kedai lot 6, aras bawah, Wisma Yong Peng,
Jalan Sendayu, 45000 Petaling Jaya Selangor dan sekiranya ada mana-mana pekongsi
yang ingin memindahkan lokasi perniagaan, perlu mendapat persetujuan majoriti ahli
perkongsian yang lain.

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

DEFINISI
1.0 Di dalam perjanjian ini, setiap perkara yang dinyatakan dan dipersetujui mestilah
membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah :1.1 Pihak Pertama merujuk kepada pihak yang diterangkan dalam surat perjanjian
bernombor 1 dan ini adalah termasuk waris-waris, wakil diri pekongsi, penerima
hak, pentadbir dan penguasaanya.
1.2 Pihak Kedua merujuk kepada pihak yang diterangkan dalam surat perjanjian
bernombor 2 dan ini adalah termasuk waris-waris, wakil diri pekongsi, penerima
hak, pentadbir dan penguasaanya.
1.3 Pihak Ketiga merujuk kepada pihak yang diterangkan dalam surat perjanjian
bernombor 3 dan ini adalah termasuk waris-waris, wakil diri pekongsi, penerima
hak, pentadbir dan penguasaanya.
1.4 Pihak Keempat merujuk kepada pihak yang diterangkan dalam surat perjanjian
bernombor 4 dan ini adalah termasuk waris-waris, wakil diri pekongsi, penerima
hak, pentadbir dan penguasaanya.
1.5 Pihak Kelima merujuk kepada pihak yang diterangkan dalam surat perjanjian
bernombor 5 dan ini adalah termasuk waris-waris, wakil diri pekongsi, penerima
hak, pentadbir dan penguasaanya.
1.6 Perniagaan Tersebut merujuk kepada perniagaan yang telah didaftarkan di
Pendaftaran Perkongsian iaitu perniagaan MIRA DAN RAKAN_RAKAN dan
termasuk apa-apa dokumen lain yang berkaitan.
1.7 Balasan merujuk kepada balasan keuntungan yang akan diperolehi daripada
operasi Perniagaan Tersebut dan akan dibahagikan di antara Pihak Pertama,
Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima mengikut kadar yang telah dipersetujui oleh
semua ahli pekongsi.
1.8 Liabiliti merujuk hutang yang menjadi tanggungan bersama yang perlu dipikul
dan dilaksanakan oleh Pihak Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima.
1.9 Ringgit Malaysia (RM) merujuk kepada matawang Malaysia yang digunakan
didalam semua aktiviti urus niaga perniagaan.
1.10 Undang-undang merujuk kepada Undang-undang Malaysia yang terkandung
dan digunapakai di dalam Akta di Malaysia.
FASAL 1

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

MAKSUD DAN TUJUAN


1. PIHAK PERTAMA, KEDUA, KETIGA, KEEMPAT dan KELIMA secara
bersama telah bersetuju untuk menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian.
Perkongsian perniagaan ini didaftarkan atas nama MIRA DAN RAKAN
RAKAN.

2. MIRA DAN RAKAN RAKAN akan menjalankan perniagaan berbentuk


perkhidmatan yang merangkumi :
2.1 Pembersihan pakaian
2.2 Cucian kering
2.3 Menggosok pakaian
2.4 Melipat Pakaian
2.5 Cucian cepat (express laundry)
2.6 Penghantaran cucian (delivery laundry)

FASAL 2
JANGKA WAKTU
1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku dan sah untuk dilaksanakan pada tarikh
di mana surat ini ditandatangani oleh kelima-lima pihak sehingga satu tempoh yang
belum ditentukan.
2. Perjanjian ini akan terus sah dan diguna pakai selagi tarikh pembubaran tidak
dinyatakan atau selagi perniagaan MIRA DAN RAKAN RAKAN masih layak untuk
beroperasi disisi Undang-undang Malaysia.

FASAL 3
BENTUK MODAL PERKONGSIAN
1. Setiap pekongsi berhak menyumbangkan modal mengikut kehendak masing-masing.
Namun, modal yang disumbangkan mestilah sekurang-kurangnya RM10 000 bagi
tiap-tiap orang pekongsi. Modal tersebut digunakan untuk menanggung segala kos
yang berkaitan dengan urusan perniagaan. Bermula dengan fasal penubuhan, kos
menyediakan perjanjian perkongsian, kos pengiklanan pertama, membeli stok
perniagaan dan apa-apa yang diperlukan bagi tujuan menjalankan perniagaan atau
meningkatkan kecekapan perniagaan.

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

2. Setiap pekongsi yang telah menanggung belanja atau apa-apa kos bagi tujuan
menjalankan perniagaan, meningkatkan kecekapan perniagaan atau untuk melindungi
perniagaan secara persendirian, mempunyai hak untuk menerima ganti rugi daripada
perniagaan setakat sebanyak mana yang telah dibelanjakan sahaja. Ahli pekongsi yang
lain berhak untuk menyiasat sama ada betul atau tidak belanja atau kos yang
ditanggung secara peribadi tersebut adalah sememangnya bertujuan menjalankan
perniagaan, meningkatkan kecekapan perniagaan atau untuk melindungi perniagaan.
3. Mana-mana pekongsi yang membuat sebarang bayaran atau pendahuluan selain
daripada jumlah modal kena bayar menggunakan wang peribadi, tidak berhak untuk
menerima apa-apa faedah atas pendahuluan yang dibuat walaupun ianya adalah untuk
perniagaan.

FASAL 4
BALASAN
1. Keuntungan
Pihak Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima bersetuju bahawa keuntungan bersih
yang akan diperolehi daripada Perniagaan tersebut akan diagihkan mengikut kadar yang telah
dipersetujui bersama. Kadar yang telah dipersetujui itu adalah mengikut peratus modal yang
disumbangkan bagi setiap pihak. Keuntungan akan dibayar kepada pekongsi pada setiap
hujung bulan. Harus diingatkan keuntungan ini hanya akan diagihkan jika Perniagaan
Tersebut mendapat keuntungan pada bulan itu.
2. Kerugian
Pihak Pertama Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima bersetuju akan menanggung secara
bersama sekiranya berlaku kerugian kepada Perniagaan Tersebut dan akan menangung
sebanyak 20% daripada kerugian itu bagi setiap seorang pekongsi. Pekongsi yang telah
meninggal dunia tidak akan terlepas dari tanggungan kerugian ketika dia masih hidup.
Dimana hutang peribadi si mati harus dilangsaikan terlebih dahulu menggunakan harta
peribadinya, kemudian baki daripada harta peribadi tersebut akan digunakan untuk
menanggung kerugian perniagaan (setakat 20%) . Jika harta peribadi si mati tidak mencukupi,
ahli lain yang masih hidup perlu menanggungnya bagi pihak si mati.
3. Keingkaran Pembahagian Balasan
Kesemua ahli pekongsi bersetuju sekiranya ada antara mana-mana ahli yang ingkar untuk
membahagikan keuntungan atau kerugian seperti yang dinyatakan secara jelas di perkara 1
dan 2 (fasal 4), maka ahli yang patuh berhak membawa perkara tersebut ke Mahkamah untuk
tindakan selanjutnya.
FASAL 5

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN


AKAUN BERSAMA

1. Pihak Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah bersepakat untuk
mendaftarkan akaun Perniagaan milik bersama atas nama MIRA DAN RAKAN
RAKAN untuk memudahkan urusan kewangan perniagaan.
2. Akaun bersama ini ialah akaun Bank Islam yang didaftarkan atas nama MIRA DAN
RAKAN RAKAN. Semua urusan yang berkaitan Perniagaan tunai adalah melalui
akaun ini sahaja. Manakala bagi urusan bukan tunai akan dibuat pembayaran melalui
cek yang dikeluarkan atas nama MIRA DAN RAKAN RAKAN sahaja.
FASAL 6
LIABILITI
1. Mana-mana pekongsi yang disebabkan kesalahannya atau kelalaiannya telah
menyebabkan perniagaan atau pihak yang berurusan terpaksa menanggung rugi,
rakan-rakan kongsi yang lain akan turut bertanggungan secara sama rata. Namun
dengan syarat, kesalahan atau kelalaian itu adalah tidak disengajakan dan berlaku
ketika dia sedang menjalankan urusan perniagaan yang berkaitan dengan bidang
tugasnya.
2. Mana-mana pekongsi yang menyalahgunakan harta perniagaan bagi tujuan
kepentingan peribadi atau untuk melanggar peraturan, ahli-ahli pekongsi yang lain
tidak akan bertanggungan dalam hal tersebut. Syaratnya, ahli-ahli pekongsi yang lain
tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai hal tersebut.

FASAL 7
PENGURUSAN
1. Setiap pekongsi mempunyai bahagian yang sama rata dalam pengurusan dan
pentadbiran perniagaan bagi memastikan kelancaran dalam operasi dan aktiviti
perniagaan. Mana-mana ahli pekongsi tidak berhak untuk menghalang ahli yang lain
dalam urusan ini kecuali ahli tersebut telah melanggar syarat perkongsian atau Akta
Perkongsian.
2. Setiap pekongsi mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengendalikan
pengurusan kewangan perniagaan dan akan melantik juruaudit luar bagi setiap hujung
tahun kewangan untuk memastikan bahawa perjalanan akaun perniagaan adalah
teratur dan tersusun tanpa ada sebarang penyelewengan sesama ahli.
3. Setiap pekongsi akan bertanggungjawab secara bersama mengambil insuran untuk
semua pekerja-pekerja Perniagaan Tersebut dan akan membayar sebarang caruman
9

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

kepada pekerja yang perlu di bayar mengikut Undang-undang buruh yang ditetapkan
oleh pihak berkuasa tempatan
4. Setiap pekongsi bersetuju bahawa persetujuan semua pekongsi adalah perlu sebelum
ada pihak lain yang boleh diperkenalkan sebagai pekongsi baru.
5. Setiap pekongsi bersetuju bahawa persetujuan majoriti adalah mencukupi dalam
menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham yang timbul semasa
menguruskan perniagaan. Perbincangan masih perlu diadakan dengan golongan
minoriti. Keputusan majoriti mestilah secara bona fidei untuk kepentingan perniagaan
secara keseluruhannya dan bukan untuk kepentingan peribadi.
6. Persetujuan daripada semua pekongsi adalah perlu sekiranya hendak menukar bentuk
atau jenis perniagaan asal kepada yang lain.

FASAL 8
PERSARAAN, PENGUSIRAN DAN PENIMBANG TARA
1. Sekiranya mana-mana pekongsi berhasrat untuk bersara daripada perkongsian,
pekongsi yang ingin bersara itu hendaklah memberi TIGA (3) bulan notis secara
bertulis kepada rakan-rakan kongsi yang lain dan pekongsi yang kekal dalam
perkongsian ini pula hendaklah membayar kepada pekongsi yang akan bersara itu
sebagai penghargaan kepada tanggungjawab yang telah diberikan dalam perniagaan
perkongsian. Jumlah amaun yang akan diberi tidak ditetapkan, bergantung kepada
berapa yang dipersetujui oleh semua pekongsi.
2. Mana-mana pekongsi yang melanggar tugas dan kewajipannya secara sengaja atau
terang-terangan boleh disingkirkan daripada perkongsian oleh pekongsi-pekongsi
yang lain tertakluk kepada timbang tara makamah.
3. Jika pertelingkahan atau salah faham timbul antara rakan-rakan kongsi tentang hak
atau liabiliti mereka di bawah perjanjian perkongsian ini, pertelingkahan tersebut
hendaklah diselesaikan dengan melantik seseorang yang bersifat jujur dan adil serta
mempunyai pengetahuan penuh mengenai hal pertelingkahan dan keputusan beliau
mengenai cara penyelesaiannya adalah muktamad. Pelantikan ini harus dipersetujui
oleh semua ahli pekongsi.

FASAL 9
PEMBUBARAN
1. Kematian dan kebankrapan
10

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

Sekiranya berlaku kematian atau kebankrapan mana-mana pekongsi, rakan-rakan


kongsi yang lain boleh memilih untuk terus mengekalkan Perniagaan Tersebut.
Perniagaan tidak akan terus terbubar dengan kematian atau kebangkarapan manamana pekongsi.
2. Notis
Perniagaan perkongsian akan terbubar jika mana-mana pekongsi memberi notis
pembubaran kepada pekongsi yang lain pada bila-bila masa dengan syarat,
pembubaran melalui notis tersebut mestilah dengan persetujuan semua pekongsi.
Tarikh pembubaran perkongsian adalah bermula dari tarikh yang disebut dalam notis
itu, jika tarikh tidak disebut, akan dianggap pada tarikh pekongsi mengetahui tentang
notis tersebut.
3. Pembubaran oleh makamah
Mana-mana pekongsi yang dirasakan telah ditindas berhak untuk membuat
permohonan membubarkan pekongsian ini kepada makamah. Namun ia harus
disertakan dengan bukti bertulis yang jelas menunjukkan dia ditindas dan pembubaran
adalah bergantung kepada budi bicara makamah.
Berdasarkan kesemua terma-terma dan syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas, kesemua
pekongsi dengan ini menurunkan tandatangan masing-masing secara relat hati sebagai tanda
persetujuan dan telah memahami dengan jelas mengenai kesemua fasal yang telah
dinyatakan.
Ditandatangani Oleh:

___________________
(Nurul Amirah binti Muhammad Salleh)
PIHAK PERTAMA

Ditandatangani Oleh:
__________________
(Nurul Alia binti Mat Nasir)
PIHAK KEDUA

Ditandatangani Oleh:
________________
(Fariza Halissa binti Mohamed Zainuddin)
11

Perjanjian perkongsian MIRA DAN RAKAN RAKAN

PIHAK KETIGA

Ditandatangani Oleh:
_________________
(Siti Nurshahira binti Ayub)
PIHAK KEEMPAT

Ditandatangani Oleh:
_________________
(Siti Norsyamiera binti Samsudin)
PIHAK KELIMA

Ditandatangani oleh Saksi:


_________________
(Noor Atikah binti Azmil Fahmi)
941030-06-5890

12

Anda mungkin juga menyukai