Anda di halaman 1dari 8

SURAT PERJANJIAN BAGI

(PERKONGSIAN PERNIAGAAN)

PERJANJIAN INI diperbuat pada 1 hari bulan 8 tahun 2022 antara


PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA (seperti ternyata di bawah).

Yang bertanda tangan di bawah ini:

1 Nama : MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN MUJAHID


No. I/C :890123-01-0125
Alamat :NO, 107, JALAN SERINDIT 22, TAMAN SCIENTEX, 81700
PASIR GUDANG, JOHOR
No. Tel :019-603 6422

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK PERTAMA

2 Nama : WAN AHMAD DANIEL BIN WAN AHMAD SUFFIAN


No. I/C :890317-01-0136
Alamat : NO 11 ,JALAN SERINDIT 13, TAMAN SCIENTEX, 81700
PASIR GUDANG, JOHOR
No. Tel :011-732 0815

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KEDUA

3 Nama : BADRUL BIN HISYAM


No. I/C :920127-01-0126
Alamat : NO 19, JALAN HELANG 22, TAMAN SCIENTEX, 81700
PASIR GUDANG, JOHOR
No. Tel :013-2081 896

Dalam hal ini bertindak atas nama diri peribadi yang selanjutnya disebut
PIHAK KETIGA

Ketiga-tiga pihak perlu memahami dan dipersetujui terlebih dahulu:


ISI KANDUNGANSURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN PERNIAGAAN
.

FASAL 1
MAKSUD DAN TUJUAN

1. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah bersepakat untuk
menubuhkan perniagaan dalam bentuk perkongsian. Perkongsian ini akan didaftarkan atas
nama perniagaan BEDAH FAMILY ENTERPRISE.

2. Perniagaan BEDAH FAMILY ENTERPRISE akan menjalankan perniagaan


berbentuk:

2.1.Pengeluaran Minuman Kesihatan


2.2.Penjualan Jus Minuman Kesihatan

FASAL 2
BENTUK MODAL PERKONGSIAN

PIHAK PERTAMA , PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA akan mengeluarkan modal permulaan
berbentuk wang tunai dengan nisbah 2:1:1 Modal tersebut akan digunakan untuk perjalanan
perniagaan.

FASAL 3
KEWAJIPAN PIHAK PERTAMA DAN PIHAK KEDUA

1. PIHAK PERTAMA akan memastikan modal mencukupi agar tidak menimbulkan sebarang
masalah kepada syarikat.

2. PIHAK PERTAMA membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan


kesepakatan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA.
3. PIHAK PERTAMA memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan menguruskan semua
perkara-perkara yang berkaitan.

4. PIHAK PERTAMA mengambil berat tentang perkembangan perjalanan syarikat dalam apa
kaedah sekali pun.

5. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan, PIHAK


PERTAMA layak diberikan gaji bulanan RM 5000

6. PIHAK KEDUA menguruskan keluar/masuk kewangan dan membuat pembayaran


menggunakan cek untuk jumlah yang melebihi RM500 atau pun yang difikirkan perlu.

7. PIHAK KEDUA mengemas kini akaun keluar/masuk kewangan dan sentiasa memaklumkan
kepada PIHAK PERTAMA dan PIHAK KETIGA berkaitan kedudukan kewangan
syarikat. Menyimpan rekod pengurusan kewangan di tempat yang selamat.

8. PIHAK KEDUA membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan


kesepakatan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA

9. Sebagai ganjaran atas usaha mengurus dan mengendalikan perniagaan, PIHAK


KEDUA layak diberikan gaji bulanan RM 3500

FASAL 4
KEWAJIPAN PIHAK KETIGA

1. PIHAK KETIGA menyumbang modal mengikut nisbah yang ditetapkan.

2. membantu mencari peluang perniagaan yang bersesuaian dengan kesepakatan antara PIHAK
PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA

3. PIHAK KETIGA tidak layak mendapat gaji bulanan.

FASAL 5
JANGKA WAKTU

1. Perjanjian perkongsian perniagaan ini berlaku pada tanggal di mana surat ini ditandatangani
oleh ketiga-tiga pihak sehingga satu tempoh yang dipersetujui kelak.

2. Perjanjian ini akan diguna pakai untuk tempoh yang tidak akan dinyatakan atau selagi
perniagaan Bedah Family Enterprise masih beroperasi.
FASAL 6
FAEDAH-FAEDAH YANG DIKENAKAN

1. FAEDAH ATAS MODAL 5% dikira berdasarkan modal permulaan yang


disumbangkan oleh ketiga-tiga pihak.

2. FAEDAH ATAS AMBILAN 5% akan dikenakan ke atas amaun barang dalam ringgit
Malaysia yang diambil oleh mana-mana pihak dalam tempoh yang sama.

3. FAEDAH ATAS PINJAMAN 8%dikenakan ke atas pinjaman yang dibuat oleh mana-mana
pihak.

FASAL 7
PENGAGIHAN KEUNTUNGAN

1. Keuntungan syarikat akan dibahagi antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan
PIHAK KETIGA mengikut nisbah 5:3:2.

2. Pembahagian keuntungan akan dikira pada 31 Julai setiap tahun.

3. Tarikh pengagihan keuntungan mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa berdasarkan
persetujuan antara PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAKKETIGA. Tidak
terikat pada tarikh yang disebut pada perenggan 2.

FASAL 8
AKAUN BERSAMA

1. PIHAK PERTAMA PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA telah mendaftarkan


perniagaan milik bersama atas nama Bedah Family Enterprise untuk
memudahkan pengurusan kewangan.

2. PIHAK PERTAMA, PIHAK KEDUA dan PIHAK KETIGA juga telah membuka akaun di
MAYBANK Semua urusan yang berkaitan dengan syarikat akan dibuat pembayaran melalui
cek.
FASAL 9
KEWAJIPAN AHLI WARIS

Perjanjian ini tidak berakhir kerana salah satu pihak meninggal dunia, melainkan akan tetap bersifat
turun-temurun dan harus dipatuhi oleh para ahli waris atau penerima hak bagi pihak masing-masing
sehingga tempoh persetujuan tamat seperti yang terkandung dalam FASAL 5
(dalam perenggan 2).

FASAL 10
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

1. Hal-hal yang belum terkandung dalam perjanjian ini akan diuruskan serta diselesaikan secara
kekeluargaan melalui kaedah musyawarah untuk mufakat oleh ketiga-tiga pihak.

2. Apabila terjadi perselisihan dan tidak dapat diselesaikan secara kekeluargaan atau
musyawarah untuk mufakat, ketiga-tiga pihak bersepakat untuk menyelesaikannya secara
hukum dan ketiga-tiga pihak telah sepakat untuk memilih tempat tinggal yang umum dan
tetap di (MAHKAMAH TINGGI NEGERI).

FASAL 11
HARTA PERKONGSIAN

1. Semua aset yang dibeli menggunakan kewangan perniagaan merupakan harta perkongsian.

2. Kegunaan aset perniagaan perlulah yang berkaitan pengurusan dan untuk kepentingan
perniagaan. Jika kegunaan aset perniagaan untuk kegunaan yang bersifat peribadi perlulah
mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak.

PENUTUP
Surat perjanjian perkongsian peraniagaan ini dibuat rangkap 3 (tiga) dan ditandatangani ketiga-tiga
pihak di (---tempat---) pada hari (ISNIN) tanggal [(1)(--SATU---)](OGOS)tahun [(--2022-)(---DUA
RIBU DUA PULUH DUA--)] di mana masing-masing pihak berada dalam keadaan sedar dan waras
serta tanpa adanya paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.

DUTI SETEM – Kos duti setem ke atas Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA.
PADA MENYAKSIKAN HAL_HAL DI ATAS , pihak-pihak di sini telah menandatangani
perjanjian ini pada tarikh seperti mana di muka surat 1 di atas.

Ditandatangani :- )
)……………………………
Untuk dan bagi pihak Pengurus )
Di hadapan :- )

Tandatangan Saksi : ……………………………


Nama Penuh Saksi : …………………………..
Jawatan : ………………………….
No. Kad Pengenalan : …………………………
Ditandatangani :- )
)……………………………

Untuk dan bagi pihak Pengurus )


Di hadapan :- )

Tandatangan Saksi : ……………………………


Nama Penuh Saksi :…………………………..
Jawatan :………………………….
No. Kad Pengenalan :…………………………

Ditandatangani :- )
)……………………………

Untuk dan bagi pihak Pengurus )

Di hadapan :- )
Tandatangan Saksi :……………………………
Nama Penuh Saksi :…………………………..
Jawatan :………………………….
No. Kad Pengenalan : …………………………

Anda mungkin juga menyukai