Anda di halaman 1dari 4

EPPA2423 UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN DAN SYARIKAT

TUTORIAL UNDANG-UNDANG PERKONGSIAN


1.

Bincang sama ada wujud perkongsian dalam keadaan berikut. Berikan alasan anda:

a) Firma 3 S menjalankan pernigaan menjual pakaian kanak-kanak dengan rakan kongsinya


sentiasa berubah-ubah tetapi rakan kongsi dalam firma itu tidak pernah melebihi 15 orang.
b) Mariam, Habsah dan Daud mewarisi sebidang tanah seluas dua ekar peninggalan ibu mereka.
Tanah itu disewakan kepada Eng Teng dengan sewa RM3,000 sebulan. Hasil dari sewaan
tersebut dibahagikan di antara mereka bertiga.
c) Abu, pengurus pemasaran di Firma MESRA telah membuat satu perjanjian bertulis dengan
majikannya, Encik Bahrin. Abu bersetuju meminjamkam wang kepada firmanya sebanyak
RM10,000.

Encik Bahrin akan membayar hutang Abu dari keuntungan bersih firma

sebanyak 5% setiap bulan dan memberi Abu komisyen sebanyak RM2,000.


2. Pada tahun 2013 Lena, Boon Seng dan Gulop telah menubuh sebuah perkongsian dengan
nama LBG dan Rakan-Rakan.

Firma menjalankan perniagaan menanam dan menjual

pokok bunga dan pokok buah. Menurut perjanjian perkongsian, Lena bertanggungjawab
mengurus kewangan firma manakala Boon Seng bertanggungjawab membuat pesanan
barang-barang perniagaan. Gulop hanya menyumbang dari segi modal dan tidak mengambil
bahagian dalam pentadbiran firma. Pada suatu hari, Winnie datang ke pejabat untuk
mendapat nasihat bagi baja untuk pokok bonsainya yang baru dibelinya berharga RM800.
Gulop yang kebetulan berada di pejabat pada hari itu, telah mencadangkan Winnie
menggyunakan baja tahi ayam yang sebenarnya tidak sesuai untuk pokok bonsai. Lena pula
yang sedang bercuti di Kuala Lumpur telah memesan 500 beg baja kimia organik berharga
RM2,500 daripada Kong Fertilizer Sdn. Bhd. Pokok bonsai Winnie telah mati dan Boon Seng
pula enggan menerima baja-baja organik yang dipesan oleh Lena. Nasihatkan firma.

3. Jefry dan Wee, rakan kongsi dalam perniagaan menjual kraf batik. Perniagaan mereka maju
dan mereka bercadang memohon pinjaman bank sebanyak RM200 ribu. Jefry diminta
menguruskan pinjaman itu. Semasa Jefry berjumpa dengan pegawai bank, beliau ditemani
sahabat baiknya, Dato Samad, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semasa memproses
permohonan Jefry, pegawai bank bertanya hubungan Dato Samad dengan firma dan Jefry
menjawab rakan kongsi saya.

Mendengar penjelasan Jefry, pegawai bank bersetuju

meluluskan permohonan itu kerana berpendapat firma mampu membayar hutang kerana
Dato Samad salah seorang pekongsinya. Dato Samad pula tidak membantah kata-kata
Jefry.

Apabila firma gagal membayar hutang mereka, bank menuntut Dato Samad

membayar hutang itu. Nasihatkan Dato Samad sama ada dia bertanggungan bersama atau
pun tidak atas hutang tersebut.
4. Goon, Ghani dan Gyuna ialah rakan-rakan kongsi Bengkel Kereta Goon & Rakan-rakan.
Gyuna tidak berpuas hati dengan pengurusan bengkel dan menemui anda untuk bertanyakan
perkara berikut:a) Gyuna ialah rakan kongsi yang paling aktif menguruskan bengkel dan paling mahir
membaiki kereta.

Baru-baru ini firma kerugian sebanyak RM10 ribu.

Gyuna enggan

bertanggungan ke atas kerugian itu kerana mendakwa dialah yang banyak membawa
pendapatan kepada firma. Perjanjian perkongsian mereka tidak menyatakan sebarang
peruntukan berkaitan pengagihan kerugian dan keuntungan.
b) Gyuna bercadang untuk melatih anaknya di bengkel tentang selok-belok perniagaan tersebut
tetapi hasratnya itu di tentang oleh Goon walaupun mendapat sokongan Ghani. Perjanjian
perkongsian mereka memperuntukan bahawa persetujuan semua pekongsi diperlukan dalam
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dalam menguruskan firma.
c) Gyuna juga pernah mendahulukan wangnya sendiri sebanyak RM5,000 untuk membeli
peralatan membaiki kereta. Beliau ingin menuntut faedah ke atas pendahuluan itu pada kadar
10% dari tarikh pendahuluan itu dibuat. Perjanjian perkongsian mereka tidak menyentuh
mengenai hak untuk menuntut faedah ini.
2

Nasihatkan Gyuna dengan merujuk undang-undang perkongsian yang berkaitan.


5. Andrena dan Fini adalah rakan pekongsi dalam firma Indah & Associates.
menjalankan perniagaan butik pakaian pengantin di Kajang.

Firma

Dua minggu yang lalu,

Andrena bersetuju menjadi rakan kongsi di kedai gambar milik abangnya. Abang Andrena
menawar perkhidmatan fotografi untuk semua majlis keramaian termasuk majlis
perkahwinan.

Fini mendakwa Andrena telah melanggar tanggung jawabnya sebagai

pekongsi dan tidak mematuhi prinsip uberimae fidei. Nasihatkan Andrena.


6.

Karim telah menjalankan perniagaan restoran secara tunggal di Seksyen 3, Bandar Baru
Bangi semenjak 5 tahun yang lalu. Apabila perniagaannya semakin maju, Karim telah
membawa masuk sahabat karibnya, Faris, sebagai rakan kongsi. Memandangkan premis
perniagaan sedia ada tidak cukup besar dan selesa, Faris telah menawarkan rumah kedai
miliknya di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi sebagai premis baru perniagaan mereka dan ini
dipersetujui Karim. Segala perkakasan dapur dan perabot dari premis lama dipindahkan ke
premis baru. Selepas 2 tahun bekerjasama sebagai rakan kongsi, Karim dan Faris bersetuju
untuk membuka cawangan baru di Kajang. Mereka telah membeli premis perniagaan di
Kajang dengan menggunakan wang firma.
Lima tahun kemudian, perkongsian mereka terpaksa ditamatkan ekoran perselisihan faham
yang berlaku. Memandangkan tidak terdapat perjanjian yang jelas antara mereka, anda
dikehendaki menentukan sama ada aset-aset yang berkenaan adalah aset perkongsian atau
aset peribadi Karim atau Faris. Bincangkan dengan merujuk undang-undang perkongsian
yang berkaitan.

7. Eman, Eja dan Eton adalah rakan-rakan kongsi dalam Restoran Enak Bersaudara yang
menjalankan perniagaan menjual sate di Kajang. Oleh kerana restoran mereka masih baru,
tambahan pula mendapat persaingan daripada sate buatan Hajah Samura, perniagaan sate
mereka kurang mendapat sambutan. Sepanjang tahun pertama beroperasi, restoran mereka
lebih kerap mengalami kerugian dan ada ketikanya sekadar pulang modal.Baru-baru ini,
3

Eman telah diisytiharkan muflis oleh pihak mahkamah atas kegagalannya menjelaskan
hutang-hutang persendiriannya.Berdasarkan undang-undang perkongsian yang berkaitan,
bincangkan sama ada firma boleh dibubarkan dalam situasi di atas.
8.

Haris dan Raja adalah rakan kongsi.

Hubungan mereka menjadi tegang setelah Raja

menghantar notis bertulis kepada Haris untuk membubarkan perkongsian. Haris menyatakan
bahawa perkongsian tetap berjalan seperti biasa selagi dia tidak bersetuju dengan
pembubaran tersebut. Di samping itu, Haris juga enggan menyerahkan buku akaun kepada
Raja walaupun diminta berkali-kali oleh Raja. Kedua-dua mereka tidak pernah membuat
sebarang perjanjian perkongsian.

Nasihatkan pihak-pihak terbabit berdasarkan undang-

undang perkongsian.

Anda mungkin juga menyukai