Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Nama: Nurul Alia Binti Mat Nasir


No.matrik: A143150

Pensyarah:Dr. Mara Ridhuan bin Che Abdul Rahman

A. PENGENALAN PROJEK.
Program Cancer Charity Cycling di bawah Karnival Premier Kolej Pendeta Zaaba
(KAPREZA) merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif
Pelajar, Kolej Pendeta Zaba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti
Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Distance doesnt count, donation do menjadi pilihan tema bagi program ini bertujuan untuk
mencambahkan sifat prihatin mahasiswa/i terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling
dalam masa yang sama memupuk sukan berbasikal yang semakin dipandang sepi. Konsep
riadah santai yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja
program yang berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kemasyarakatan
dan tidak lupa menyelitkan nila-nilai murni. Program ini mendapat kolaborasi bersama
Nasional Cancer Society Malaysia dimana hasil kutipan ini akan terus disalurkan kepada
persatuan tersebut bagi membantu insan yang memerlukan.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta
Zaba khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi
di samping membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan
dan cemerlang secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa
menglibatkan diri dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat
merapatkan jurang antara kaum dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang
tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen kemanusiaan.
Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program
Cancer Charity Cycling yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara
dwibahasa untuk menarik minat para pengunjung.
Program ini telah berlangsung pada 2Mac 2014 di Dataran Perdana ,Putrajaya. Seramai 200
orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program ini dimana peserta tersebut terdiri
daripada pelajar UKM sendiri serta majoriti yang lain adalah orang awam. Bayaran sebanyak
RM25 telah dikenakan, RM5 terus disalurkan ke tabung NCSM manakala RM20 adalah
sebagai untuk menampung kos lain seperti makanan dan cenderahati peserta. Kayuhan amal
ini adalah sepanjang kira-kira 18 Km dimana lokasi permulaan dan penamat adalah sama iaitu
di Dataran Perdana Putrajaya. Peserta mula berkumpul di dataran kira-kira pukul 7.30pagi
dimulakan dengan proses pendaftaran dan kemudian diberi sarapan ringan. Peserta dilepaskan
tepat jam 8.00pagi dan kembali berkumpul kira-kira 2 jam selepas berjaya menamatkan
kayuhan. Makanan tengah hari telah disediakan untuk semua para peserta. Aktiviti sampingan
seperti persembahan live daripada pelajar UKM sendiri serta cabutan bertuah. Pelbagai
booth seperti booth minuman kesihatan turut dibuka sepanjang program berlangsung. Tabung
NCSM juga diedarkan oleh krew kami ketika program sampingan sedang
berlangsung.Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah semua peserta bersurai.

Program Cancer Charity Cycling ini dianggap setelah berjaya mengumpul kira-kira RM1300
dalam masa setengah hari untuk disalurkan terus kepada tabung NCSM.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri
dengan pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.

B. KEMAHIRAN INTERPERSONAL

Komunikasi interpersonal ialah komunikasi antara individu dengan individu lain atau
individu yang berkomunikasi dengan sekumpulan individu lain. Sepanjang proses dalam
menjayakan program, saya telah dapat mempelajari kemahiran ini secara lebih mendalam
daripada yang sebelumnya.
Bermula dengan proses perancangan program. Saya sebagai ketua pengarah harus
berkomunikasi dengan ahli-ahli yang telah berminat untuk sama-sama menjayakan program
ini. Ada diantara mereka adalah dikalangan yang baru saya kenali, berbeza kos serta fakulti
dimana agak sukar pada mulanya untuk berkomuniksi dengan mereka. Saya juga harus
berkomunikasi dengan orang atasan KAPREZA , memandangan program ini merupakan kali
pertama dijalankan, banyak perkara yang harus dibincangan oleh mereka.
Bermula dengan mendapatkan kelulusan daripda pengetua kolej, saya harus berkomunikasi
dengan yakin dihadapan beliau menyatakan mengapa saya hendak melaksankan program dan
mengapa program ini harus dipilih. Setelah mendapat kelulusan, proses diteruskan lagi
dengan menghubungi orang yang telah berpengalaman dalam menjayakan program
seumpama ini untuk mendapatkan khidmat nasihat mereka. Saya telah mendapat bantuan
daripada Kelab Baginda dan banyak berbincang dengan mereka tentang program ini.
Pelbagai kelulusan harus diperolehi, bermula dengan kelulusan tapak di Dataran Perdana
Putrajaya. Saya telah dipanggil oleh pihak mereka untuk membentangkan program saya bagi
meyakinkan untuk mereka meluluskan penggunaan tapak tersebut. Seterusnya berjumpa dan
berkomunikasi dengan pihak keselamatan seperti pihak polis trafik Putrajaya dan Jabatan
Pertahanan Awam(JPAM) bagi mendapatkan bantuan mereka menjaga keselamatan semasa
program berlangsung.
Saya juga menggunakan kemahiran komunikasi ini ketika berhubung dengan pihak sponsor
dan ketika menjalankan street marketing. Kemahiran ini amat diuji ketika ini kerana saya
perlu menyakinkan serta menarik minat mereka tentang program ini bagi mendapatkan apa
jua jenis sumbangan yang mereka sudi berikan.Kebenaran daripada UKM sendiri juga harus
diperolehi seperti kebenaran meminjam basikal, menyewa bas, mendapatkan kelulusan
JPPEL, menyewa peralatan elektrik serta menyewa logistik. Semua ini memerlukan saya
untuk berkomunikasi dengan pihak yang terlibat.
Setelah program ini dihebahkan, pertanyaan berkenaan program ini daripada pelbagai pihak
tidak kira daripada UKM sendiri atau orang awam datang bertalu-talu. Saya menggunakan
kemahiran ini sebaik mungkin untuk memberi mereka penjelasan tentang program ini
sekaligus menarik minat mereka untuk turut menyertai.
Saya menggunakan kemahiran ini sehinggalah hari program berlangsung di mana saya harus
berkomunikasi dengan VIP yang hadir, pihak sponsor yang membuka booth di sana serta
peserta-peserta yang terlibat. Saya mendapati diri saya lebih berkeyakinan dan kemahiran
interpersonal saya bertambah baik kesan daripada proses menjayakan program ini.
C. KESAN KEPADA KOMUNITI/MASYARAKAT

Program Cancer Charity Cycling ini telah membuka mata masyarakat luar bahawa para
mahasiswa/i juga turut mengambil peka tentang isu sekeliling yang berlaku. Ia telah dapat
menyangkal pendapat sesetangah masyarakat yang sering merperkatakan bahawa para pelajar
pada hari ini telah hilang nilai murni dalam diri mereka. Ia juga membuka mata masyarakat
bahawa masiswa/i mempunyai gaya komunikasi yang boleh diterima oleh masyarakat.
Program ini telah membawa pendekatan yang berlainan kepada masyarakat untuk sama-sama
meningkatkan nilai tersebut dalam diri masing-masing. Program amal yang lebih kepada
riadah ini memberi sesuatu kelainan yang menarik kepada mereka lebih-lebih lagi apabila ia
dianjurkan oleh pelajar universiti. Ia juga menjadi satu medium kepada mereka untuk
menunjukkan rasa keprihatinan kepada Nasional Cancer Society Malaysia yang sebelum
kesempatan dan ruang seperti ini sukar diperolehi oleh mereka.
Piha-pihak atasan seperti pihak perbadanan putrajaya, pihak polis serta pihak JPAM juga
terkesan dengan program ini kerana menurut mereka program seumpama ini jarang sekali
dianjurkan oleh para pelajar.

D. KESAN KEPADA PELAJAR.


Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Zaba
dengan para mahasiswa/i. Di samping melatih mahasiswa/i untuk menimba ilmu dalam
berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang mempunyai
kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para
mahasiswa/i dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.Mereka juga lebih prihatin
terhadap isu sekeliling yang selama ini tidak dipandang serius. Program ini berjaya
membuka minda serta mata mereka tentang betapa pentingnya nilai-nilai murni dan cara
berkomunikasi yang betul perlu ada dalam diri mereka. Memandangkan mereka juga akan
menjadi salah sorang daripada masyarakat di luar sana apabila selesai menamatkan
pelajaran nanti.
Program ini juga memberi pengalaman baru kepada pihak kami sendiri untuk merasa
membuat program besar sendiri di luar daripada UKM. Rata-rata program yang pernah
disertai adalah di dalam UKM sahaja. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang
berbeza dan banyak memberi pengajaran.

E.PENGURUSAN PROJEK PADA HARI KEJADIAN

PEMANTAU
1. Nurul Alia Binti Mat Nasir
PENDAFTARAN
1. Hayani Amanina Binti Hisyam
2. Siti Syahara
CHECKPOINT
1. YazmalinaBintiYaacob
MAKANAN PESERTA/VIP
1. Nur Fatihah Binti Abdul Ghafar
PENGIRING VIP
1. Afiqah Nuraini Binti Md. Nor
2. Farlena Idayu
PENYAMPAIAN CENDERAMATA
1. Noor Nabilah Bt Mustafa Kamal
2. Nur Farahuda
EMCEE
1. Suhaili Binti Mahmud
2. Famy Fazarnoor.
PA SYSTEM
1. Muhammad Aqil

NILAI INOVASI
Antara nilai inovasi yang telah diperolehi daripada program ini ialah:
i.

ii.

Program Cancer Charity Cycling inimerupakan program kali pertama yang diadakan
di bawahanjuran KAPREZA iaitu program yang julung-julung kali
diadakanolehKolejPendetaZaaba. Semua yang berkaitandengan program
iniadalahbarusecarakeseluruhnya
Masyarakatmelihat program inisebagaisatuinovasi yang dilakukanolehpelajar.
Inikerana program kemasyarakatansepertiinijarangsekalidiadakan di
luardaripadakampussertayang lebihmemberatkanpenyertaankepada orang luar.

E. NILAI KESUKARELAWAN & KEPRIHATINAN


Antara nilai kesukarelawan dan keprihatinan yang diperolehi daripada program ini ialah:
i.

ii.
iii.
iv.

Apabilamasyarakatdan para mahasiswa/I


menunjukkansokanganmerekakepadaNasional Cancer Society
Malaysia(NCSM)
Menerimabanyakpenyertanyaansertapenyertaandaripadapelajar UKM
sendirisertamasyarakatluarapabila program inimuladihebahkankepadaumum
PihakBagindasecarasukarelamembantudalammenjayakan program
inidarisegikhidmatnasihatsertamarshallbantuan
Mendapatbanyaksumbangandaripadapelbagaipihakdalambentukmakanan,wang
ringgit sertahadiahcabutanbertuahapabilamerekamengetahui program
iniadalahsatu program kemasyarakatan yang dianjurkanoleh para pelajar.

F. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Sepanjang proses perancangan sehinggan perlaksaan program, terdapat beberapa perkara yang
telah dikenalpasti perlu penambahbaikan bagi melancarkan lagi program ini di masa hadapan:
i.

ii.
iii.

Menambahlebihramaikrewuntukmenjalankan program
inikeranamemerlukantenagakerja yang lebihuntukmelaksanakan program
inidaripadalelaki. Inikeranapada program kami, tenagakerjalelakihanyasebanyak 2
orang yang sedikitmenyukarkansemasamelakukankerja-kerjaberat.
Perlumemintakelulusandaripadapihakatasanlebihawalsebelumtarikh program
berlangsung. Semuakelulusanharusmuladimohonkira-kira 3 bulanlebihawal.
Memastikan agar
semuakelulusanpihakatasantelahdiperolehisebelumsebarangpublistidijalankan agar
tidakberlakusalahfahamdenganmana-manapihak.

iv.

Mendapatkankesefahamansertasemangatkerjasamaantarakrewkeranaitumerupakan
factor yang terpentingsemasamenjalankansesuatu program agar matlamatsebenar
program dapatdicapai.

H. REFLEKSI

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin menghadratkan kesyukuran ke atas ilahi


kerana dengan izinnya program Cancer Charity Cycling dibawah KAPREA14 ini berjalan
dengan lancar seperti yang telah dirancangkan. Saya bangga dengan diri saya kerana saya
dapat membantu melancarkan program Cancer Charity Cycling ini secara langsung. Terdapat
pelbagai ilmu dan pengalaman yang dapat saya timba dalam saya merancang dan
melaksanakan program ini. Pengalaman yang saya dapat ialah dimana dengan adanya
program , hubungan silaturrahim antara krew dapat dijalin dengan lebih kukuh. Mungkin ada
sebahagian diantara krew ini merupakan individu yang saya tidak pernah kenal dan rapat
sebelum ini tetapi dengan adanya program ini ditambah dengan cara berkomunikasi yang
betul, Alhamdulillah ianya dapat merapatkan dan mengenali diri kami antara satu sama lain.
Kemahiran utama yang saya telah perolehi daripada program ini ialah kemahiran
komunikasi dimana sebagai ketua pengarah, ia amat menguji kemahiran komunikasi saya.
Kemahiran komunikasi saya diuji ketika saya berurusan dengan pelbagai pihak demi untuk
melancarkan program. Sebagai contoh, ketika program berlangsung saya berurusan dengan
semua para peserta dan pihak sponsor yang ada dikalangan mereka yang sebelum ini hanya
dihubungi melalui media massa. Perjumpaan langsung dengan mereka telah mengeratkan lagi
hubungan saya , krew lain serta dengan mereka sendiri. Seorang pesakit kanser, Kak Sakura
turut hadir pada hari program itu berlangsung bagi menunjukkan sokongan beliau terhadap
program yang telah kami laksanakan. Beliau turut mengatakan rasa gembira serta terharu
kerana pelajar seperti saya dan ahli lain sanggup bersusah payah untuk menjalankan satu
program yang amat bermakna buat beliau serta pesakit kanser yang lain. Ia sekaligus
menyedarkan saya betapa pentingnya seseorang itu untuk mahir dalam berkomunikasi agar
setiap tujuan dapat disampaikan secara terus tanpa ada salah faham. Dengan terlibatnya saya
dalam program ini, saya mulai sedar bahawa banyak di antara mereka memerlukan bantuan
daripada kita yang lebih bernasib baik daripada mereka ini. Disamping dapat membantu
mereka secara tidak langsung, saya dapat menganjurkan satu program sendiri yang kali
pertama diadakan di luar daripada kampus serta melibatkan penyertaan daripada majoritinya
adalah orang luar.
Akhir sekali, saya amat bertuah kerana dalam program Cancer Charity Cycling ini
telah dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri saya iaitu kemahiran komunikasi.
Semoga semua ini dapat saya pratikkan ketika bergelar graduasi kelak serta saya akan cuba
meningkatkan kemahiran ini dari masa ke masa.

Anda mungkin juga menyukai