Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka Surat

1. Isi Kandungan 1

2. Biodata 2

3. Halaman pengakuan 3

5. Penghargaan 4

6. Tugasan 2: Penulisan Laporan 5-17

7. Rujukan 18

8. Refleksi 19-20

1
BIODATA PELAJAR

NAMA MUHAMMAD HAFIZ BIN ZUZLY

UNIT REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN
PROGRAM

AMBILAN JUN 2016

NO K/P 951211-04-5377

TARIKH LAHIR 11 Disember 1995

STATUS BUJANG

ALAMAT TEMPAT TINGGAL Lot 1447, KM 12, KG Bukit Larang, Telok Mas,
75460, Melaka.

NO. TELEFON +6013-6159361

EMAIL hafizzuzly@gmail.com

NAMA WARIS/PENJAGA ZUZLY BIN IBRAHIM

NO TELEFON WARIS/PENJAGA +6013-6384738

MENTOR TUAN HAJI BAKARI BIN ZAKARIA

2
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan:

………………………………….

NAMA PELATIH: MUHAMMAD HAFIZ BIN ZUZLY

TARIKH SERAHAN:

22 SEPTEMBER 2019

3
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurniaaanNya dapat saya melaksanakan dan menyempurnakan tugasan ini dengan
sebaik mungkin serta dapat menghantarnya mengikut tarikh yang ditetapkan. Saya percaya
segala hasil kerja saya ini tidak akan berhasil jika tiada bantuan daripada pelbagai pihak
terutamanya daripada pihak pensyarah dan rakan-rakan.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya
yang selama ini menjadi sumber inspirasi dalam diri saya. Segala sokongan dan dorongan
yang diberikan oleh meraka membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ingin saya tujukan kepada
pensyarah bagi subjek Lestari Alam Sekitar ini iaitu Encik Mohd Zaid Bin Mamat, Encik
Mohamad Ariff Bin Abd. Rahman, Encik Ab. Razak Bin Salleh, Puan Zakiah Binti Salleh dan
Puan Wan Haspinah Binti Wan Hussin. Saya sangat menghargai segala tunjuk ajar,
bimbingan, sokongan dan dorongan yang diberikan oleh beliau dan saya percaya, tanpa
adanya mereka saya tidak akan berjaya dalam melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua rakan siswa
pendidik dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya
melaksanakan tugasan ini. Kehadiran kalian semua dalam hidup kami memberikan seribu
makna kepada saya. Akhir kata daripada saya, semoga Allah sentiasa merahmati kalian
semua. Sekian, terima kasih.

4
1.0 PENGENALAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang


mengotorkan alam sekitar sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini.
Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek
sosio-ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara,
namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri
sendiri. Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan
oleh negara kita sehingga telah mencemarkan imej negara kita.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengatakan bahawa pencemaran


adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam sekitar
merupakan perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.

Sungai merupakan sumber alam penting daripada segi sumbangannya kepada


kehidupan manusia dan pembangunan negara. Ini kerana sungai adalah nadi sumber air
semula jadi yang membekalkan air bagi keperluan domestik, bekalan air pertanian,
industri, pengairan dan penjanaan tenaga hidro elektrik. Berdasarkan kepentingan sumber
air kepada manusia maka tidak hairanlah, sejarah awal telah menyaksikan bahawa corak
petempatan awal manusia sangat dipengaruhi oleh kedudukan sesebuah sungai.

Pencemaran sungai di Malaysia bermula sejak tertubuhnya petempatan awal di muara


dan tepi sungai serta di persisir pantai. Petempatan awal tadi berkembang menjadi bandar
yang menarik ramai penduduk dan pelbagai aktiviti ekonomi untuk digiatkan.
Perkembangan industri berasaskan getah dan kelapa sawit yang bermula sejak 1970-an
serta industri pembuatan pada awal tahun 1980-an menambahkan lagi pencemaran
sungai. Menurut Ang Kean Hua(2015), punca utama pencemaran air boleh dikategorikan
kepada pencemar organik, pencemar bukan organik, pencemar toksik, pencemar kimo-
fizikal, dan pencemar mikrob.

5
2.0 ANALISIS

Proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara menyebabkan masalah


pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Masalah itu telah mengakibatkan berlakunya
kerosakan system sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat.
Meskipun sumber air adalah banyak di negara kita, tetapi air yang digunakan oleh
manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan. Setiap isu atau masalah yang
timbul seperti isu bekalan air di Selangor yang sudah berlarutan sekian lama telah
menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air di negara kita.

Pencemaran air sungai boleh dikategorikan dalam beberapa jenis. Pencemaran dari
segi keracunan atau toksiti yang wujud apabila terdapat banyak kilang-kilang yang
memproses menggunakan bahan yang beracun seperti plumbum, merkuri, kuprum,
arsenik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan beracun ini dibebaskan ke dalam aliran sungai
telah bertindak sebagai satu penghalang metabolic atau pernafasan organisma yang
terdapat di dalam sungai serta merencat atau memusnahkan enzim yang diperlukan untuk
proses kehidupan organisma tersebut seperti ikan-ikan dan tumbuhan rumpai di sungai
seperti yang terjadi di Sungai Kim Kim baru-baru ini.

Seterusnya, pencemaran juga bole dilihat dari segi kemasinan atau saliniti sungai
tersebut. Hal ini berlaku apabila air garam dari lombong atau telaga minyak dilepaskan ke
dalam air tawar akan menyebabkan perubahan julat pH bagi air sungai tersebut lalu
sekaligus akan menggangu hidupan air tawar untuk terus hidup. Wahab dan Yaacob
(2012) mentafsirkan pencemaran sungai sebagai perubahan yang berlaku terhadap air
sama ada dari segi kualiti, rasa, bau dan lain-lain yang menjejaskan fungsinya sebagai
sumber utama kehidupan seperti minuman kerana akan membahayakan kesihatan jika
digunakan.

Kekeruhan sesuatu sungai itu juga merupakan salah satu pencemaran air sungai.
Bahan-bahan lengai dan halus dan senang terampai ini akan mengurangkan pemancaran
cahaya matahari serta akan merencatkan proses fotosintesis bagi tumbuhan akuatik dan
mikroskopik di dalam air sungai. Kebanyakan kilang industry besi keluli akan
menghasilkan partikel atau debu halus dan partikel tersebut boleh menyebabkan efluen
serta air sungai menjadi merah atau hitam yang keruh. Menurut laporan yang dikeluarkan
oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) (2017),
pencemaran sungai semakin teruk berlaku di seluruh Afrika, Asia dan Amerika Latin.
United Nation (UN) menyatakan bahawa lebih 80 peratus air kumbahan yang disebabkan
oleh aktiviti manusia dilepaskan ke dalam sungai atau laut tanpa sebarang penyingkiran
pencemaran.

6
Proses urbanisasi dan aktiviti perindustrian yang pesat dalam sesebuah negara
berkecenderungan meluahkan pelbagai jenis efluen dan kumbahan ke dalam sistem air
semulajadi dan ini menyebabkan berlakunya kejadian pencemaran air. Dari laman
sesawang astroawani.com, 80 peratus sungai di bandar mati akibat pencemaran dan
antaranya ialah Sungai Juru, Sungai Segget dan Sungai Klang. Sungai Juru di Pulau
Pinang merupakan sungai yang penting dari segi sosio ekonomi negara Malaysia dan
memainkan peranan yang penting dalam pembekalan air kepada penduduk di sekitar
Pulau Pinang. Kelodak merupakan pencemar utama di Sungai Juru dan didapati
kepekatan pepejal terampai adalah tinggi kerana pembangunan yang pesat akibat
pertumbuhan penduduk. Punca pencemaran Sungai Juru yang kedua adalah
pembuangan sisa dari kumbahan. Pegawai Luar Sahabat Alam Malaysia (SAM) Zulkifli Yusuf
berkata masalah pencemaran sungai di negeri ini berpunca daripada sampah-sarap dari
premis perniagaan dan kawasan kediaman serta sisa minyak dari kawasan perindustrian.

7
3.0 LAPORAN PENCEMARAN AIR SUNGAI JURU

Rajah 1: Peta Lembangan Sungai Juru

Isu pencemaran air sebenarnya sudah lama wujud seiring dengan proses
pembangunan negara. Pada peringkat awal pembangunan, pencemaran daripada sektor
pertanian khasnya kilang memproses kelapa sawit dan getah mendominasi pencemaran air
di Malaysia. Misalnya pada tahun 1976, sebanyak 42 batang sungai di Semenanjung Malaysia
dianggap tercemar, 16 sungai mula tercemar dan tujuh sungai mempunyai potensi untuk
dicemari. Keadaan ini semakin serius pada tahun 1980-an apabila aktiviti pembangunan
semakin pesat berkembang meliputi penerokaan tanah baru, sektor pembuatan, perkilangan,
pembinaan dan infrastruktur. Pada tahun 1987, daripada 37 batang sungai yang dimonitor
oleh Jabatan Alam Sekitar, empat batang sungai didapati amat tercemar, sementara tiada
sungai yang dianggap bersih (Jamaluddin 1996).

8
Sungai Juru tersenarai antara lima sungai yang paling tercemar di Malaysia. Sungai
Juru telah mengalami penurunan kualiti air yang teruk. Pencemaran air telah menyebabkan
sumber air Sungai Juru bukan sahaja tidak boleh digunakan sebagai sumber air kepada
penduduk tempatan tetapi juga ia mengancam kehidupan akuatiknya. Menurut Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP) , daripada tinjauan yang dibuat oleh mereka mendapati selain
bahan toksik dari kawasan perindustrian Perai dan air kumbahan dari kawasan perumahan
berhampiran yang mencemarkan sungai ini terdapat sisa minyak hitam dibuang ke dalam parit
yang menghubungi sungai tersebut. Pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai
ini juga mungkin mati dan secara tidak langsung boleh memusnahkan tempat pembiakan
ikan,udang,ketam dan lain-lain hidupan termasuk bekalan makanan ternakan kerang yang
menjadi sumber rezeki nelayan di situ.

Menurut Haliza (2007), pencemaran sungai merupakan suatu isu yang amat mendesak dan
memerlukan usah holistik daripada pelbagai pihak ke arah penyelesaiannya. Kualiti air
sungai-sungai di Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap
sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;

· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan

· Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa

· Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya

tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi

boleh berkelah di tebing

· Kelas 4 - tercemar

· Kelas 5 - hampir mati

9
Jadual 1: Pengukuran kualiti air sungai (Sumber: habinovasi.mampu.gov.my)

Penurunan kualiti air Sungai Juru diburukkan lagi oleh keadaan cuaca yang sering
berubah-ubah.. Hujan menjadi mekanisma alam sekitar yang sering digunakan sebagai agen
pembersih Sungai Juru. Bagaimanapun hujan yang tidak menentu mengikut musim
menyebabkan kaedah alam sekitar ini kurang berkesan dalam mengekalkan kualiti air Sungai
Juru di Pulau Pinang. Sungai Juru merupakan sungai tercemar Kelas 4 pada tahun 2012 dan
kini telah mencapai kelas 5 sejak 2014.

Gambar 1: Keratan akhbar tempatan mengenai Sungai Juru

10
Gambar 2: Gambar Sungai Juru, Pulau Pinang

Pencemaran sudah berlaku di lima sungai - Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di
Johor, dan Sungai Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang – diklasifikasikan
sebagai 'mati' kerana tidak dapat menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan dan
tumbuhan akuatik. (Jabatan Pengairan dan Saliran,2014)

Punca pencemaran sungai

Punca pencemaran sungai secara khususnya air terbahagi kepada dua iaitu punca
tertunjuk dan punca tak tertunjuk. Punca tertunjuk merujuk kepada sumber yang boleh
ditentukan puncanya dan dikenalpasti lokasinya iaitu dengan mengesan dari mana bahan
pencemar berpunca misalnya efluen dari kilang dan sisa haiwan dari kandang ternakan.
Punca tak tertunjuk merupakan punca pencemaran yang tidak jelas dan tidak boleh
ditentukan puncanya secara tepat seperti pencemaran dari kawasan bandar, kawasan
pertanian dan kawasan pembalakan.
Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti
pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air (Jabatan
Pengairan dan Saliran,2000). Aktiviti pembangunan tanah dan sumber asli melibatkan
pembukaan kawasan penempatan dan pertanian baru, pembalakan, pembinaan infrastruktur
fizikal seperti jalan raya, pembangunan bandar dan pembinaan projek-projek fizikal seperti

11
perumahan dan perindustrian. Semua aktiviti ini menimbulkan masalah hakisan tanah yang
mencemar air sungai dari segi kandungan bahan terampai, warna, kekeruhan, bahan organik
dan masalah pemendapan sungai. Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), punca
utama pencemaran Sungai Juru adalah melalui aktiviti tak bertanggungjawab sesetengah
masayarakat setempat yang membuang sampah dan sisa pepejal ke dalam sungai tersebut.
Selain itu juga, terdapat juga kilang yang melepaskan sisa industri sepanjang 7 kilometer
membabitkan kawasan Perindustrian Prai Zon Satu hingga Empat serta Perindustrian Ringan
Bukit Minyak.
Aktiviti pertanian juga merupakan antara punca utama pencemaran sungai terutama
jika dijalankan di kawasan tanah tinggi (Jamaluddin Md. Jahi,1996). Air hujan yang mengalir
dari kawasan pertanian mengakibatkan hakisan dan meningkatkan kandungan zarah
terampai dalam air sungai. Selain itu bahan kimia yang terdapat dalam racun rumpai, racun
serangga, racun herba serta baja kimia turut mencemar air sungai.
Aktiviti perlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana air dari
kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada
kaitan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Buangan
sisa kotoran daripada kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan, perniagaan dan
kilang turut mencemarkan air sungai.

Kesan Pencemaran Air Sungai.

Pencemaran air sungai boleh menjejaskan kehidupan manusia, haiwan, dan benda
tidak hidup di atas permukaan bumi. Pengetahun tentang impak negatif terhadap benda hidup
dan benda tidak hidup wajib diketahui untuk dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian
setiap individu manusia. Ini penting bagi mengelakkan pencemaran air daripada terus berlaku.
Kesan pencemaran air boleh dikategorikan seperti berikut:

• Kepupusan hidupan akuatik

Pencemaran air akan menjejaskan binatang akuatik atau marin seperti ikan, udang, batu
karang, penyu, dan sebagainya, serta merosakkan tumbuhan air seperti rumpai, pokok bakau,
dan sebagainya. Air yang beracun akan mengurangkan kadar oksigen dalam air dan
mengganggu kualiti ekosistem secara keseluruhan. Kepupusan tumbuhan air akan
menjejaskan kuantiti spesies ikan dan menjejaskan rantaian makanan yang lain.

12
• Menjejaskan kesihatan

Pencemaran air boleh menyebabkan kuantiti sumber air berkurangan dan menyebabkan
penyebaran bakteria, virus, dan parasit melalui bahan buangan. Selain itu, pencemaran air
juga boleh menyebabkan penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan
makanan meningkat. Menurut Mazlin Bin Mokhtar(2000), sistem kumbahan yang tidak
sempurna menyebabkan berlakunya kemerosotan kualiti air dari aspek BOD, COD dan
E.Coli. Bakteria E. Coli ini lah yang akan menjangkiti masyarakat dan membawa penyakit
seperi cirit-birit dan sakit perut.

• Menjejaskan Ekonomi negara dan masayarakat

Pencemaran air seperti tumpahan minyak boleh menyebabkan peralatan nelayan rosak dan
menjejaskan pendapatan melalui tangkapan ikan ekoran daripada kematian atau mengubah
kawasan habitat. Selain itu, tumpahan minyak boleh menghasilkan suatu bau yang sangat
tidak selesa dan menjejaskan terumbu karang, keadaan ini boleh menjejaskan kuantiti
pelancong untuk datang melawat ke kawasan tersebut. Pencemaran sungai juga
menyebabkan aktiviti rekreasi seperti berenang, berkayak, memancing, melihat
pemandangan sungai dan lain-lain sukar dijalankan.

• Menjejaskan bekalan air untuk kegunaan seharian.

Pencemaran sungai juga boleh menyebabkan bekalan air terputus. Hal ini bukan lah
disebabkan takungan air telah kering-kontang, namun masalah ini disebabkan adalah
disebakan oleh kawasan rawatan air telah tercemar dengan sedimen seperti lumpur, sampah
sarap dan sebagainya sekaligus memaksa pihak tersebut untuk menutup kawasan takungan
bagi tujuan pembersihan dan pemulihan. Masalah ini menyebabkan kerajaan telah
mengeluarkan belanja yang besar bagi kerja-kerja membaik pulih kawasan takungan air.
Contohnya yang berlaku di Negeri Selangor bahawa penduduk mereka sering mengalami
gangguan bekalan air.

13
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN SUNGAI

Sungai adalah salah satu unsur alam semula jadi ciptaan Tuhan yang Maha Esa dan
merupakan satu khazanah yang perlu kita pelihara supaya fungsinya dalam kehidupan
makhluk di dunia ini sentiasa berkekalan. Di Malaysia, kita amat beruntung kerana dikurniakan
banyak sungai untuk kegunaan masyarakat tempatan biarpun corak kehidupan manusia pada
masa ini telah berubah. Pergantungan manusia kepada sungai masih terus berkekalan namun
disebabkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab, maka hari ini kita mendapati
kebanyakan sungai di negara kita semakin tercemar seperti yang dapat kita lihat di Sungai
Juru di Seberang Perai, Sungai Klang di Selangor dan Sungai Skudai di Johor.
Sesungguhnya, kemusnahan sungai yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia ini perlu
segera diatasi kerana memberi impak yang terlalu besar dalam semua aspek kehidupan
seharian kita.

Terdapat banyak langkah yang boleh diambil bahagian oleh semua pihak bagi
memastikan sungai di negara kita ini daripada tercemar. Bak kata pepatah, ‘Melentur buluh
biarlah dari rebungnya’. Jadi, untuk mendidik sikap masyarakat supaya tidak mencemarkan
alam sekitar dan menanam sikap cinta akan alam sekitar, setiap individu haruslah dididik dari
kanak-kanak lagi. Seperti yang sedia maklum, mata pelajaran sivik, moral, dan pendidikan
islam yang dilaksanakan disekolah telah mengajar anak-anak kita akan kesedaran tentang
alam sekitar. Sebagai warga pendidik, penekanan harus diberikan terhadap topik-topik yang
berkaitan dengan alam sekitar. Pentadbir sekolah juga memainkan peranan yang penting
bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar. Oleh itu, pihak pentadbir di sekolah perlu
mengadakan program-program yang berkaitan dengan alam sekitar di sekolah mereka seperti
mengadakan kempen minggu Alam Sekitar dan mengisi program tersebut dengan program-
program yang berkaitan dengan alam sekitar. Antara aktiviti boleh dibuat adalah seperti aktiviti
menanam pokok ataupun gotong-royong serta ceramah tentang alam sekitar. Selain itu,
sekolah perlu menubuhkan Kelab dan Persatuan Alam Sekitar. Aktiviti kelab perlu diisi dengan
aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan matlamat persatuan. Contohnya aktiviti
berkelah di sungai sambal membersihkan kawasan sungai.

14
Pihak kerajaan terutamanya amat berperanan penting bagi menjayakan langkah untuk
mengatasi pencemaran sungai. Pihak kerajaan perlu meningkatkan bajet bagi
penambahbaikan sistem sisa pepejal dan memuliharakan alam sekitar termasuk sungai
terutamanya. Kementerian Dalam Negeri akan diperkukuhkan kepada 16.9 bilion untuk
dibelanjakan. Menurut petikan artikel Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober 2019 tentang
belanjawan 2020, pihak kerajaan telah meletakkan bajet sebanyak RM48 Juta untuk
memulihara keaslian hutan dan biodiversity semula jadi di Malaysia. Ini menunjukkan bajet
yang diperuntukkan oleh kerajaan amat serius bagi memulihara alam semulajadi dan alam
sekitar. Sebanyak RM 30 juta pula diperuntukkan untuk meningkatkan keupayaan dan
kapasiti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kimia. Dengan harapan, Belanjawan 2020 yang
dibentangkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan kini dapat mengurangkan pencemaran dan
dapat memulihara alam sekitar dan sungai-sungai ada kian tenat di Malaysia.

Kerajaan juga harus menguatkuasakan undang-undang supaya pencemaran dapat


dikurangkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab, Sebelum nasi menjadi bubur,
akta alam sekitar yang sedia ada perlu digubal dan menguatkuasakan pelaksanaan akta bagi
mencegah golongan yang tidak bertanggungjawab membuang sampah dan sisa toksik ke
dalam sungai. Undang-undang perlu diperketatkan dan hukuman serta denda perlu
ditingkatkan kepada pesalah-pesalah dengan hukuman bayaran denda yang berat dan
hukuman penjara. Kepada pemilik kilang-kilang yang menjejaskan alam sekitar perlu didakwa
di mahkamah dan disenaraihitam kan kilang mereka. Dengan langkah cadangan ini, mereka
yang tidak bertanggungjawab akan berasa takut dan menyesal akan perbuatan mereka itu.

Setiap kerajaan negeri juga perlu memainkan peranan bagi memulihara sungai-sungai
di Malaysia. Kerajaan Negeri perlu meletakkan belanja bagi mengurus saliran dan memulihara
sungai dengan baik. Antara cadangan projek yang boleh dilakukan ialah mendalamkan
semula sungai dengan cara mengorek semula mendapan yang terdapat pada dasar sungai.
Hal ini bertujuan mengurangkan sedimen-sedimen yang terkumpul di dasar sungai seperti
sampah dan debu-debu asing dan juga dapat mengurangkan kekeruhan air sungai tersebut.
Projek ini telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk memulihara keindahan Sungai
Melaka sebagai satu lokasi pelancong dan telah menelan belanja jutaan ringgit. Di Kuala
Lumpur pula, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memasang perangkap
sampah di hilir Sungai Klang. Projek ini Berjaya memerangkap sehingga 2 tan sampah dalam
masa tempoh sehari melalui usaha ini.

15
Bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan sahaja, pihak bukan badan kerajaan
(NGO) serta setiap masyarakat perlu bekerjasama bagi memulihara semula sungai yang
tercemar. Setiap pihak perlu memainkan peranan penting bagi menghijaukan semula
kawasan sungai yang berhampiran dengan mereka dengan cara menanam pokok dan
bergotong-royong di kawasan sungai. Kepada mereka yang memiliki lesen pembalakan
hendaklah menanam semula pokok yang telah ditebang dihutan.

Disamping itu, ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendidik anak-anak tentang
pemeliharaan sungai. Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak sejak
mereka dilahir. Ibu bapa adalah 'role model' kepada mereka ketika mereka belum memasuki
alam persekolahan. Oleh itu, Ibu bapa perlulah menunjuk dan melakukan pembuangan
sampah di tempat yang betul di hadapan anak-anak sejak usianya kecil lagi disamping
menyuruh anak melakukan dengan arahan-arahan dan panduan yang betul. Jika berada di
luar rumah, sediakan bekas sampah atau jika tiada bekas makanan seperti gula-gula pastikan
anak-anak dipesan memasukkannya dalam poket dan membuangnya bila terjumpa tong
sampah. Ibu bapa juga boleh membelikan dan membacakan buku cerita hal sungai dan
kehebatannya pada masa lalu seperti cerita Sungai Hindus, Sungai Mekong, Sungai
Manhattan, Sungai Amazon dan Sungai Pahang. Disamping itu, pada masa lapang bawalah
anak berjoging sama di kawasan riadah yang terdapat sungai. Pilihlah kawasan sungai yang
mempunyai pemandangan yang indah agar anak-anak dapat menginterpritasikan ideanya
melalui lukisan. Kebolehan melukis tentang keindahan sungai adalah satu kemenangan
pendidikan secara informal dari ibu bapa ke atas anak-anak. Jelaslah ibu bapa adalah orang
paling rapat mendidik anak tentang kepentingan sungai.

16
KESIMPULAN

Intihanya, kemusnahan dan pencemaran sungai memberi implikasi yang amat besar
dalam kehidupan kita. Namun disebabkan sikap kita yang terlalu alfa dan kerap terleka,
masalah pencemaran sungai menjadi semakin meruncing. Kita tidak sepatutnya
menyerahkan tugas menjaga sungai kita hanya kepada pihak yang bertanggungjawab
sedangkan kita hanya tahu mengambil sikap lepas tangan sambil menuding jari menyarahkan
pihak lain sekiranya masalah pencemaran tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, kita perlu
mengukuhkan ikatan dan bekerjasama bagi memelihara sungai kita tanpa perlu menoleh ke
belakang sebaliknya mengatasi masalah tersebut secara bermaufakat kerana maufakat
membawa berkat. Tiada siapa yang mampu membantu kita jika bekalan air yang menjadi
tunjang kehidupan kita itu pupus suatu hari nanti, kecuali diri kita sendiri. Masalah ini bakal
menghantui kehidupan manusia sendiri. Oleh itu, manusia perlu mengambil satu pendekatan
dan inisiatif yang bernas untuk mengurangkan faktor penyumbang pencemaran air,
mengkitarkan semula air tercemar, dan mengekalkan kualiti sumber air di atas permukaan
bumi ini. Tepuk dada tanya selera.

17
RUJUKAN

Chan Ngai Weng. 2004. Managing water resources in the 21st century: Involving all
stakeholders towards sustainable water resources management in Malaysia. Bangi:
Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Samad Hadi. 2000. Kemerosotan kualiti persekitaran dan persoalan kemudah-
terancaman manusia. Dim. Jamaluddin Md. Jahi (Pnyt.). Pengurusan persekitaran di
Malaysia: isu dan cabaran. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Him. 190-210.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 2000. Sungaiku, Hidupku: Cintailah Sungai Kita. Brosur
Kempen Cintailah Sungai Kita. Kuala Lumpur: Jabatan Pengairan dan Saliran
Malaysia.

Ang Kean Hua. 2005. Kualiti sumber air di Malaysia: Satu analisis. Universiti Putra Malaysia.

Gasim, M.B. (2013). Pengurusan lembangan sungai berteraskan IWRM. Bangi, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ismail, H., Hussain, S., Rokiah, T.P., & Mariyappan, R. (2010). Sikap komuniti setinggan
tebingan sungai: Pencemaran dan pengurusannya.

Jabatan Alam Sekitar. 2016. Masalah pencemaran kelodakan Sungai Klang. Malaysia:
Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak pembangunan terhadap alam sekitar. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mazlin Bin Mokhtar, Ismail Bin Bahari, Yap Chee Hoh & Agnes Poon. 2000. Kajian kualiti air
di sekitar Kawasan Perindustrian Subang Jaya dan Shah Alam, Lembah Klang.
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).

United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). (2017). The
United Nations World Water Development Report 2017. Wastewater: The
Untapped Resource. Paris, UNESCO Publishing.

Wahab, A.H., & Yaacob, N. (2012). Pencemaran sungai: Analisis peruntukan undang-undang
di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kanun (Jurnal Undang-Undang
Malaysia)

18
REFLEKSI

Alhamdulillah, sejuta kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan
izin dan rahmat daripada-Nya dapatlah saya sempurnakan kerja kursus projek bagi subjek
LASS3013 Lestari Alam Sekitar ini. Pertama sekali, kami ingin merakamkan jutaan ucapan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus LASS3013 dari
Jabatan Matematik IPGKSM iaitu Encik Mohd Zaid Bin Mamat, Encik Mohamad Ariff Bin Abd.
Rahman, Encik Ab. Razak Bin Salleh, Puan Zakiah Binti Salleh dan Puan Wan Haspinah Binti
Wan Hussin kerana telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bahan-bahan
yang berguna dalam menyiapkan tugasan kursus. Mereka tidak pernah jemu dalam
menyampaikan dan membuat perkongsian maklumat agar kami dapat melaksanakan tugasan
dengan lancar serta memperoleh faedah daripada tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada rakan sekelas kerana telah banyak membantu dengan berkongsi maklumat dan
idea-idea bernas sehinggalah saya mampu menyiapkan tugasan dan menghantarnya pada
tarikh yang ditetapkan.

Sepanjang melakukan tugasan inisaya telah dapat menimba ilmu mengenai alam sekitar,
nilai-nilai alam sekitar, langkah pengurusan alam sekitar, prinsip, etika dan gaya hidup lestari.
Sebelum ini, sedar atau tidak sedar saya telah banyak merosak dan mencemarkan alam
sekitar kerana kurang ilmu yang mendalam mengenai pendidikan alam sekitar. Setelah diberi
tunjuk ajar, bimbingan dan penerangan yang jelas oleh pensyarah kursus barulah saya sedar
akan kepentingan alam sekitar kepada kita semua. Saya juga telah sedar akan kepentingan
alam sekitar dalam kehidupan seharian. Masih banyak kekurangan dan ilmu mengenai subjek
Lestari Alam Sekitar ini dan saya masih perlukan tunjuk ajar daripada pensyarah yang
berpengalaman tentang alam sekitar. Selain itu, saya turut mencari pelbagai maklumat yang
berguna daripada internet tentang cara-cara menguruskan dan menjaga alam sekitar.

Generasi kini hendaklah dididik dan dibimbing sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah
Melayu ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’. Pendidikan Alam Sekitar ini amatlah
penting untuk dipupuk sejak dari peringkat sekolah rendah lagi dan berterusan hingga ke
sekolah menengah. Cara pihak sekolah boleh mendidik murid ialah dengan membudayakan
amalan gaya hidup lestari. Amalan gaya hidup lestari boleh dilaksanakan di sekolah ialah
dengan mengadakan aktiviti seperti bergotong-royong, pertandingan kelas mesra alam,
kempen 5R dan lain-lain. Aktiviti yang diadakan hendaklah menjerumus kepada amalan gaya
hidup lestari bagi membolehkan murid merasai pengalaman dan mempraktikkannya dalam

19
kehidupan seharian. Gaya hidup lestari hendaklah diamalkan sentiasa oleh pihak sekolah
agar dapat menjadi kebiasaan kepada murid.
Akhir kata, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi saya ruang dan kesempatan
untuk menyiapkan tugasan ini bersama rakan-rakan yang lain. Segala ilmu yang saya perolehi
akan saya simpan dan amalkan dalam kehidupan saya seharian. Saya yakin dan percaya
bahawa tugasan yang diberikan ini memberi impak yang positif dalam hidup saya dan dapat
memberikan pengalaman yang indah dalam hidup saya sewaktu menyiapkan kerja kursus
ini.

20

Anda mungkin juga menyukai