Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Masalah aktiviti pemerdagangan manusia bukanlah suatu perkara yang baru. Ia menjadi satu
bentuk ancaman yang mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara. Isu
ini mampu menjadi satu jenayaj yang cepat berkembang dan bergerak aktif di serata dunia.
Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mendefinasikan pemerdagangan manusia
sebagai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan, atau penerimaan
seseorang bagi maksud eksploitasi. Pemerdagangan manusia merujuk aktiviti pemerdagangan
dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram sama ada
untuk menjadi buruh yang sah atau secara paksaan. Ia juga adalah salah satu bentuk
perhambaan masa kini. Secara umumnya, hampir kesemua negara di dunia ini terlibat dalam
aktiviti ini sama ada berperanan sebagai negara asal, negara transit atau negara destinasi.
Masalah ini semakin dipandang serius kerana didorong oleh pelbagai faktor dan terdapat juga
impak negatif terhadap pelbagai pihak seperti individu, masyarakat dan negara serta bidang
pendidikan juga akan terjejas.

1.0 PUNCA-PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA


Antara punca atau faktor yang menyebabkan manusia mudah dijadikan mangsa terhadap
pemerdagangan manusia ialah masalah kemiskinan yang membuatkan mangsa berusaha
mengubah taraf hidup. Mereka akan berhijrah ke negara yang lebih maju dan banyak
mempunyai peluang pekerjaan. Untuk nerhijrah ke negara yang lebih maju, mereka perlu
berusaha dengan pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, terdapat pihak yang cuba
mengambil kesempatan seperti agensi perekrutan dengan membawa migran ke negara lain dan
memaksa migran menjadi buruh paksa atau pelacur. Permintaan tenaga buruh yang tinggi di
sesebuah negara mendorong berlakunya kegiatan pemerdagangan orang. Pihak sindiket
pemerdagangan orang mengambil kesempatan ini dengan membekalkan tenaga buruh untuk
mengaut keuntungan. Mereka ini menyamar sebagai agensi pekerjaan untuk membantu buruh
asing, namun mereka mengeksploitasi buruh-buruh tersebut akibat kelemahan dalam sistem
perundangan. Apakah sampai di negara yang dijanjikan, buruh-buruh tersebut akan dipaksa
bekerja dengan upah tidak setimpal. Hal ini juga menunjukkan bahawa hak asasi mereka
sebagai manusia telah dirampas.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah membuatkan kegiatan ini semakin berleluasa.


Hukuman berat sepatutnya dikenakan kepada sesiapa sahaja yang menjadi dalang kepada
kegitan ini. Selain itu, hukuman yang berat sepatutnya dikenakan kepada pihak yang
mengambil pekerja daripada sindiket pemerdagangan orang ini.

Lokasi strategi seperti

lapangan terbang, pintu masuk sempadan atau pelabuhan menjadi tumpuan agen-agen khas
yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan
manusia.

Terdapat

juga

sesetengah

pihak

berkuasa

yang

diamanahkan

untuk

bertanggungjawab menjaga sempadan bertindak mengambil rasuah daripada sindiket dan


bertindak memandang sebelah mata. Sindiket pemerdagangan orang biasanya mempunyai
rangkaian domestik dan antarabangsa. Hal ini membolehkan mereka menjalankan aktiviti
mereka dengan mudah kerana tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Misalnya, mereka
berurusan dengan pihak-pihak tertentu untuk menguruskan pelbagai dokumen tentang mangsa.
Oleh itu, pihak berkuasa sukar untuk mengesan kesalahan undang-undang yang dilakukan oleh
mereka. Hal ini menjadi punca jenayah ini terus menular di negara kita.

Selain itu, Malaysia mempunyai permasalahan logistik serta sumber manusia dalam
mengawasi

persempadanan

yang

begitu

panjang

sehingga

memudahkan

aktiviti

pemerdagangan manusia oleh sindiket yang tidak bertanggungjawab. Faktor ini turut
melambatkan tindakan pengesanan sindiket yang membawa masuk orang yang didagang.
Terdapat banyak pendatang asing daripada negara-negara jiran yang telah dibawa masuk ke
negara ini yang di bawa oleh sindiket melalui kawasan perairan negara. Jadi, kawalan di
kawasan perairan perlu diperketatkan dan diperbanyakkan lagi supaya mereka sukar untuk
menembusi ke dalam negara kita. Kerajaan perlu mencari langkah bagi mengatasi masalah ini
dengan efektif dan efisien.

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, kaya dan makmur dengan kedudukannya yang
strategik di tengah-tengah ASEAN menjadinya tarikan utama kepada pendatang dari seluruh
dunia. Kerancakan ekonomi negara yang bermula tahun 1970-an bukan sahaja menarik para
pelabur ke Malaysia tetapi penghijrahan atau migrasi manusia bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja untuk sektor perusahaan, perladangan dan perkhidmatan. Keperluan tenaga kerja
ini telah membuka peluang kepada aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Di samping itu juga, pendedahan yang kurang mengenai jenayah penyeludupan manusia.
Kebanyakkan warga asing mudah tertipu dengan sindiket-sindiket yang membawa mereka
masuk ke sini. Mereka dijanjikan dengan janji-janji manis seperti peluang pekerjaan yang lebih
lumayan dan keadaan ekonomi yang lebih terjamin. Rakyat tempatan sendiri juga kurang
memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa
jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada di tahap yang agak
membimbangkan.
Kesimpulannya, masalah pemerdagangan manusia merupakan hal serius yang patut
dipertanggungjawabkan kepada semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan
perpaduan kaum, kita hendaklah berganding bahu bagi memerangi isu ini. Kerajaan hendaklah
memperkasakan dan memperincikan lagi masalah ini agar tidak berlanjutan. Aktiviti ini perlu
dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Semua pihak perlu
bertanggungjawab atas permasalahan ini. Kita perlu berkerjasama dan berganding bahu serta
memandang bagi mengelakkan kes ini lebih berleluasa dan dapat menjaga dan mengekalkan
kesejahteraan masyarakat di negara kita.. Masa depan generasi yang akan datang akan terabai
jika masalah ini tidak ditangani segera.

2.0 KESAN PEMERDAGANGAN MANUSIA


Sejak kebelakangan ini, isu pemerdagangan manusia menjadi isu global di serantau negara.
Pemerdagangan manusia boleh ditakrifkan sebagai bentuk perhambaan pada masa kini.
Malaysia dikatakan menjadi tempat paling strategik untuk sindeket-sindeket memperdagangkan
manusia. Contoh pemerdagangan manusia yang sering berlaku adalah sindeket pelacuran dan
kerja tanpa gaji kepada buruh-buruh asing. Masalah ini telah memberikan impak negatif yang
banyak. Pelbagai pihak turut terjejas akibat aktiviti pemerdagangan manusia ini sama ada pihak
individu, masyarakat dan negara. Bidang pendidikan juga turut terkena tempiasnya dalam
negara kita.

Apabila masalah pemerdagangan manusia ini berleluasa, pelbagai penyakit seperti HIV,AIDS,
TIBI dan sebagainya akan berleluasa akibat banyak pendatang asing yang membawa penyakit
ini masuk ke negara kita. Pihak individu berkemungkinan besar mendapat jangkitan
daripadanya. Gejala penyakit tidak dapat dikesan dan disaring sekiranya terdapat sindiketsindiket yang tidak bertanggungjawab membawa masuk warga asing ke negara ini secara
haram. Mereka tidak mengambil berat tentang kesihatan mangsa tersebut malah mereka
bertanggungjawab akan kesannya terhadap kesihatan penduduk tempatan. Hal ini akan
menyebabkan individu di mudah dijangkiti penyakit tersebut.

Selain itu, bidang pendidikan juga akan turut terjejas kerana pelajar-pelajar dari negara luar
yang mempunyai kadar aktiviti pemerdaganan manusia yang tinggi seperti Indonesia, Filipina,
Bangladesh dan sebagainya yang melanjutkan pelajarannya di negara ini akan dikecam dan
dipandang serong oleh pelajar tempatan. Hal ini memberikan impak yang amat negatif dalam
bidang pendidikan negara. Diskriminasi akan berlaku sekali gus pembelajaran mereka terjejas.
Mereka juga akan menganggap bahawa pendidikan di negara kita teruk apabila terdapat
diskriminasi dalam bidang pembelajaran sekali gus memburukkan imej dan nama negara kita di
mata dunia.

Bagi pihak masyarakat, aktiviti gejala sosial meningkat dalam masyarakat setempat. Apabila
pemerdagangan manusia semakin berleluasa, maka aktiviti seperti pelacuran, sindiket dadah,
perjudian dan sebagainya turut meningkat. Pusat-pusat perjudian dan pelacuran akan wujud
seperti cendawan selepas hujan. Masyarakat setempat akan terjebak dengan aktiviti haram ini
terutamanya kalangan remaja. Selain itu juga, kes-kes jenayah juga turut meningkat apabila
meningkatnya pendatang-pendatang asing dalam masyarakat seperti kes culik, pecah rumah
dan rompakan. Masyarakat tempatan tidak tenteram dan berasa tidak selamat walaupun di
dalam rumah sendiri. Keselamatan

kanak-kanak juga diragui sekiranya banyak penduduk

warga asing di kawasan perumahan mereka. Mereka akan berasa takut untuk keluar bermain
bersama rakan-rakan. Hal ini juga menjejaskan kehidupan bersosial mereka. Jadi, setiap
kawasan perumahan mahupun kawasan kampong perlu mewujudkan pasukan rukun tetangga
bagi mengawasi kawasan tempat tinggal pendudukan setempat.

Ekonomi negara juga akan merudum sekiranya perkara ini tidak dibanteras dengan segera. Jika
ia berterusan, syarikat-syarikat besar akan cenderung untuk mengambil buruh asing berbanding
dengan buruh tempatan kerana bayaran gaji buruh asing lebih murah berbanding tempatan.
Masyarakat tempatan akan kehilangan kerja dan sukar untuk memohon pekerjaan. Kadar
pengangguran juga akan meningkat dalam negara kita. Selain itu juga, pengaliran mata wang
ringgit akan turut terjejas kerana mereka menyalurkan mata wang ringgit ke negara masingmasing. Ekonomi juga akan terjejas seperti aktiviti perniagaan. Kebanyakan warga asing akan
membuka perniagaan dan jumlah pesaing dalam perniagaan semakin bertambah. Hasil
perniagaan warga tempatan juga akan tergugat jika ia tidak dibanteras lebih awal. Hal ini akan
membantutkan pertumbuhan ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak berminat untuk
melabur di negara ni disebabkan masalah pemerdagangan manusia. Sektor pelancongan yang
turut menyumbang kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong asing
berasa khuatir akan keselamatan mereka apabila berada di Malaysia.

Seiringan itu, nama dan imej negara kita juga akan terjejas dan dipandang serong pada
masyarakat dunia. Negara kita akan dianggap sebagai lubuk sindiket pemerdagangan manusia.
Ia juga akan membuka mata penduduk negara luar yang miskin dan serba kekurangan untuk
mencari rezeki di negara ini. Negara kita juga akan menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin
mengubah gaya hidup dengan bekerja di sini. Kedaulatan negara kita turut tercemar kerana
pemerdagangan manusia semakin berleluasa. Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara
berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara
di mata dunia. Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undangundang. Negara kita akan dianggaap sebagai sarang jenayah.

Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu
yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Isu-isu seperti penderaan
malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang
terlibat.

Kesimpulannya,

isu

pemerdagangan

manusia

adalah

isu

serius

yang

patut

dipertanggungjawabkan kepada semua pihak. Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan


perpaduan kaum, kita hendaklah berganding bahu bagi memerangi isu ini. Kerajaan hendaklah
memperkasakan dan memperincikan lagi masalah ini agar tidak berlanjutan. Aktiviti ini perlu
dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Kita tidak boleh bersikap
'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Masa depan generasi yang akan
datang akan terabai jika masalah ini tidak ditangani segera. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai
jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras
secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik negara di mata dunia
terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

RUMUSAN
Pemerdagangan manusia merupakan satu bentuk perhambaan moden yang realitinya tidak
jauh berbeza dengan bentuk perhambaan di zaman Arab Jahiliyah. Seringkali kita mendengar
dan membaca tentang laporan kes jenayah pemerdagangan orang yang semakin bertambah
dan menjadi kerisauan dihampir setiap pelusuk negara. Kajian menunjukkan bahawa jenayah
pemerdagangan orang menjadikan wanita dan kanak-kanak sebagai sasaran utama bukan saja
didalangi oleh individu tetapi merupakan satu bentuk konspirasi dan kerjasama jahat pelbagai
pihak

yang

membentuk

jaringan

di

peringkat

antarabangsa.

Di

Malaysia,

Akta

Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) merupakan peruntukan khusus bagi kesalahan
pemerdagangan orang serta bantuan perlindungan kepada mangsa
Kempen-kempen

kesedaran

yang

dijalankan

diharap

akan

memberikankefahaman

kepada semua mengenai isu pemerdagangan manusia ini supaya kitatidak mudah terpedaya
dan akhirnya menjadi mangsa kepada mereka yang hanyaingin memperoleh keuntungan
dengan cara yang mudah, tidak bertanggungjawabserta tiada perikemanusiaan. Melalui
kempen ini juga diharap akan timbul kesedarandi kalangan rakyat tentang jenayah berkenaan
yang disifatkan amat serius.Ditelan mati emak, diluah mati bapa, demikianlah suasana
kehidupanberjiran. Sebarang masalah yang dihadapi yang berkaitan dengan hubungan
jiranmemerlukan tindakan yang

teliti

dan

bijaksana. Biarlah segala

tindakan

bersamamenatijahkan situasi menang-menang bagi kedua-dua pihak. Lebih-lebih lagi dalamisu


pemerdagangan manusia ini, pihak negara berjiran terpaksa berurusan puladengan
pihak

ketiga

iaitu

negara

pembekal

dan

negara

penerima.

Oleh

itu,kerjasama

serantau amatlah diperlukan agar segala penyelesaian dapat diambilsecara bijaksana.


Dengan ini, manusia sejagat dapat hidup dalam suasana yanglebih aman dan harmoni tanpa
dibelenggu masalah isu pemerdagangan orang ini.
.

Kesimpulannya, tiada apa yang mustahil untuk dilakukan dalam menangani dan

menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia. Apa yang lebih utama dan menjadi
kepentingan ialah kerjasama dan usaha padu daripada setiap pihak yang tidak berbelah bagi
untuk membenteras jenayah ini. Semua pihak termasuk individu, ibu bapa, keluarga,
masyarakat, media massa, penguatkuasa, pemimpin dan jaringan antarabangsa sendiri perlu
prihatin dan bersama-sama berganding tenaga dengan cara mengguna dan memanfaatkan
setiap kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai

  • Nota Edup3033
    Nota Edup3033
    Dokumen35 halaman
    Nota Edup3033
    NuRuN sYaZwAnI bT mD rAdZi
    Belum ada peringkat
  • RPH D4
    RPH D4
    Dokumen2 halaman
    RPH D4
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • GCI1022
    GCI1022
    Dokumen3 halaman
    GCI1022
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Tugasan 2
    Tugasan 2
    Dokumen20 halaman
    Tugasan 2
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • 7 Step Methodology
    7 Step Methodology
    Dokumen24 halaman
    7 Step Methodology
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Ujian Alatan Tangan
    Ujian Alatan Tangan
    Dokumen4 halaman
    Ujian Alatan Tangan
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • RPH Muzik
    RPH Muzik
    Dokumen3 halaman
    RPH Muzik
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Tutorial 4 (K3)
    Tutorial 4 (K3)
    Dokumen18 halaman
    Tutorial 4 (K3)
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • TAJUK 7 - Terapi Muzik
    TAJUK 7 - Terapi Muzik
    Dokumen22 halaman
    TAJUK 7 - Terapi Muzik
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Pengajaran Mikro Yaziq
    Pengajaran Mikro Yaziq
    Dokumen12 halaman
    Pengajaran Mikro Yaziq
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Laporan Ujian Amali
    Laporan Ujian Amali
    Dokumen7 halaman
    Laporan Ujian Amali
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Senari Nama
    Senari Nama
    Dokumen5 halaman
    Senari Nama
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Tamadun Islam
    Pengenalan Tamadun Islam
    Dokumen20 halaman
    Pengenalan Tamadun Islam
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Muka Depan
    Muka Depan
    Dokumen1 halaman
    Muka Depan
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan JPTV
    Pengenalan JPTV
    Dokumen14 halaman
    Pengenalan JPTV
    Muhammad Hafiz
    Belum ada peringkat