Anda di halaman 1dari 27

Tajuk 3

ETIKA PENDIDIKAN LUAR KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN LUAR, REKREASI DAN KESENGGANGAN

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi kepentingan etika, peraturan pelaksanaan aktiviti, keselamatan kawasan dan kemudahan, kemahiran pertolongan cemas, prosedur pelaksanaaan aktiviti dalam Pendidikan Luar. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat: 1. Mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memantau dan menaksir pengetahuan dan kemahiran. 2. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 3. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam teori dalam kehidupan seharian. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Pendidikan Konsevasi dalam Pendidikan Luar

Konsep

Prinsip

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian dalam Pendidikan Luar

Prosedur Penilaian

Pembinaan Spesifikasi dan Rubrik Penilaian

38

3.0

Pengenalan Program Pendidikan Luar ialah salah satu komponen kurikulum bagi mata pelajaran pengkhususan Pendidikan Jasmani (Major), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sek. Ren. Penilaian program Pendidikan Luar ini merangkumi aktiviti yang dilaksanakan di dua lokasi utama iaitu aktiviti air dan aktiviti di darat. Adalah diharapkan program yang dirancang ini akan dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman yang bermakna, di samping membantu guru pelatih membentuk serta membina ciri-ciri insan guru seperti yang terdapat dalam misi dan visi Pendidikan Guru.

3.1

Matlamat Program ini membekalkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran di samping mengamati, menikmati dan menghargai serta mensyukuri alam ciptaan Ilahi. Ia juga akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran menyeluruh di samping memperkayakan kurikulum dan aktiviti kokurikulum.

3.2

Objektif 3.2.1 Domain Kognitif Menambahkan pengetahuan sedia ada serta dapat

mempelajari aspek-aspek yang baru dari segi teori dan praktikal. Mengenalpasti dengan lebih mendalam ciri-ciri adaptasi flora dan fauna serta mengkaji bagaimana manusia dan alam semulajadi bergantung antara satu sama lain. Peluang untuk melatih dan membuat keputusan rasional berasaskan pengetahuan diri, pengalaman dan situasi semasa. Mengasah dan mempertajamkan peluang kemahiran berfikir di kalangan guru-guru pelatih.

39

3.2.2

Domain Psikomotor Mempelajari kemahiran baru bagi memantapkan diri dengan pelbagai kebolehan untuk menjadi guru yang berwibawa. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti kegiatan luar seperti mendirikan khemah, berkayak, menuruni cerun curam dan keselamatan di air di samping menghadapi cabaran alam dan penghuninya. Mempraktikkan segala teori yang dipelajari. Domain Afektif Menanamkan nilai-nilai murni seperti patuh kepada arahan, bertanggungjawab, bekerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi. Memupuk kualiti diri yang positif seperti berkeyakinan, bertimbang rasa, mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berketrampilan dan sebagainya. Memperlihatkan peranan guru-guru pelatih sebagai insan yang boleh diteladani dan sebagai penggerak masyarakat.

3.2.3

3.3

Pendidikan Konservasi Menurut kamus dewan konverservasi didefnisikan sebagai menjaga, memelihara sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan. Pendidikan ditakrifkan sebagai kaedah mendidik untuk membentuk perubahaan dalam pemikiran dan cara hidup. Kita juga perlu memahami apa yang dikenali sebagai alam semulajadi dan apa pendidikan alam semulajadi. Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling 40

manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Oleh itu pendidikan konservasi dilihat salah satui usaha bagi memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menjaga dan memelihara hak daripada rosak atau dimusnahkan. Pendidikan konverservasi yang disebatikan dalam Pendidikan Luar lebih menekan kepada nilai murni yang berperanan menjaga dan memelihara alam semula jadi. Dengan kata lain, pendidikan konservasi dalam Pendidikan Luar banyak tertumpu kepada nilai-nilai yang perlu dalam menjaga alam semulajadi. Pendidikan konservasi merupakan salah satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan kesedaran individu dan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan alam sekitar. Pelaksanaan pendidikan konservasi di sekolah dapat membentuk warganegara yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar dan mempunyai komitmen terhadap usaha memelihara kehidupan yang seimbang.

3.4

Pendidikan Konservasi Dalam Pendidikan Luar. Isu alam sekitar merupakan isu yang sentiasa hangat dan mendapat perhatian bukan sahaja oleh NGO, media malah oleh kerajaan. Memandangkan keperluan dan kepentingan sejagat pendidikan konservasi amat perlu diserapkan dalam pendidikan bagi membentuk kesedaran yang berterusan di dalam jiwa masyarakat dunia ini. Berdasarkan faktor ini pendidikan konservasi telah menjadi elemen yang amat penting dalam Pendidikan Luar dewasa ini.
Pendidikan konservasi membolehkan peserta program Pendidikan Luar menghayati kepentingan alam sekitar. Pendidikan ini juga dilihat akan dapat menyemai kesedaran untuk memelihara dan memulihkan alam sekitar bertujuan mengelakkan malapetaka alam sekitar. Kejadian seperti tanah runtuh, banjir lumpur, banjir kilat dan lain-lain bencana alam sekitar dapat dielak sekiranya alam sekitar dapat dijaga dan dipelihara dengan sempurna.

41

3.5

Objektif Pendidikan Konservasi Berikut adalah objektif pendidikan konservasi iaitu: i. Kesedaran Dapat membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semulajadi ii. Pengetahuan Memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini di harap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab iii. Sikap Melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semulajadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi iv. Kemahiran Dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi. Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar. v. Kebolehan menilai Membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan. vi. Berkerjasama

42

Dapat

melahirkan

masyarakat

yang

sentias

berkerjasama

dan

bertanggungjawap dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar (UNESCO 1976) 3.6 Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar Prinsip konservasi dalam Pendidikan Luar adalah untuk memberi kesedaran pendidikan alam sekitar dalam semua aspek serta memupuk nilai: Prinsip rendah diri.

Kita perlu tanamkan perasaan rendah diri tentang kebesaran pencipta di dalam jiwa. Perasaan rendah diri akan mewujudkan perasaan bersyukur atas kurnia Nya. Menyedari kelemahan diri kita sebagai manusia, kita tidak mampu

mencipta alam semulajadi oleh itu sebagai khalifah kita perlu memelihara alam sekitar. Prinsip Bekerjasama

Sebagai pendidik kita perlu memupuk semangat bekerjasama dalam kumpulan dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah alam semulajadi dan alam sekitar dengan jayanya Kita juga perlu merangsang sikap bekerjasama di dalam diri pelajar agar mereka bersungguh sungguh melakukan sesuatu kerja memelihara dan memulihkan alam sekitar contohnya aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di akhir program Prinsip menghormati alam sekitar.

Menghormati alam semulajadi yang terdapat di bumi kita sebagai benda hidup dengan memelihara alam sekitar. 43

Prinsip Kehidupan seimbang.

Sentiasa mengimbang antara keperluan ekonomi dengan alam sekitar Membentuk kehidupan dan cara hidup yang seimbang terhadap alam sekitar

Prinsip mementingkan kemapanan ekosistem.

Mementingkan kemampanan ekosisitem dengan tidak menggangu sistem ekosistem semulajadi Sensetif terhadap kemusnahan ekosistem serta mencegah gangguan ekosistem daripada pelbagai pihak Prinsip mengekalkan kehidupan liar dan kepelbagaian hidup.

Kita seharusnya mengekalkan kehidupan flora dan fauna di habitatnya tanpa mengalih ke tempat lain. Kita mesti memegang teguh prinsip melihat tanpa mengganggu dalam aktiviti yang dijalankan dan kehidupan seharian.

Prinsip kerosakan minima.

Sentiasa

cuba

mengurangkan

kerosakan

alam

sekitar

dengan

mengunakan ketika perlu saja Sentiasa memikirkan cara atau corak hidup altenatif lain sebelum menggunakan atau menggangu alam sekitar Prinsip perubahan berterusan.

44

Kita seharusnya bersedia dan sentiasa memikirkan perubahan yang ke arah menjaga alam sekitar Kita seharusnya dapat membentuk perubahan yang berterusan ke arah memulihkan alam sekitar

Prinsip ekonomi bukanlah segala-galanya.

Menanamkan

kesedaran

dalam

diri

kita

bahawa

sekiranya

kita

memusnahkan alam sekitar, kita akan dapati keuntungan hari ini ialah kerugian besar pada esok hari Kita seharusnya sedar bahawa alam semula jadi tidak boleh dibina atau dibeli dengan wang ringgit Prinsip mengikut hak mereka yang belum lahir atau hak generasi akan datang. Kita patut menyedari alam semulajadi adalah pusaka yang amat berharga tinggalan nenek moyang kita. Kita diberi amanah untuk memelihara alam sekitar Tanamkan kesedaran pada diri kita generasi akan datang berhak merasakan nikmat alam semulajadi Prinsip tanggungjawab setiap individu.

Kita perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama di dalam penjagaan alam semulajadi Kita perlu memupuk diri kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan menjagai alam sekitar dengan baik Jangan sekali-kali kita merosakkan papan kenyataan di dalam hutan, taman dan sebagainya 45

Prinsip kesederhanaan

Kita perlu bersederhana dalam mengunakan hasil alam semula jadi tanpa membazir Kita perlu bersederhana dalam mengendalikan pembangunan yang

membabitkan alam sekitar Prinsip perlindungan dan pemulihan ekosistem.

Kita perlu sentiasa bersedia untuk melindungi ekosistem daripada penjenayah alam sekitar Kita perlu sentiasa berusaha untuk memulih ekosistem daripada kemusnahan alam sekitar

Prinsip etika melebihi hukum.

Sebagai pendidikan kita perlu menyelesaikan masalah alam sekitar secara etika dan berdisplin (etika dan disiplin adalah lebih bermakna berbanding dengan hukuman) Pendidikan konservasi perlu bertujuan membina bangsa yang beretika dan berdisplin Prinsip mengalami dan menghayati

Kita perlu menghayati alam sekitar dengan cara menyertai aktiviti-aktiviti berlandaskan alam sekitar Kita perlu menyertai dan mengalami sendiri usaha dalam memulih dan menjaga alam sekitar Prinsip mencintai persekitaran.

46

Kita

perlu

mencintai

hutan

dengan

tidak

sewenang-wenang

memusnahkannya Kita amat perlu melindungi alam semulajadi Menyayangi binatang dan tumbuhan. Memelihara hutan dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup. Sikap Menghargai

Memupuk sikap menghargai hutan hasil dengan mengganggap sebagai khazanah yang paling berharga Menikmati keindahan alam sekitar dan seterusnya menyedari akan kepentingan alam semulajadi. Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang menikmati keindahan hutan yang hijau yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Menghargai hidupan di persekitaran kita. Berani

Kita perlu bersedia dan sanggup dan bersedia pada bila-bila masa untuk melakukan sebarang aktiviti pencegahan Kita perlu tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang terhadap pemeliharaan alam sekitar

3.7

Penilaian dalam Pendidikan Luar Penilaian ialah satu prinsip untuk mengukur pencapaian secara sistematik (Robiah Sidin 1992). Menurut Cozby, P.C (2001), bagi menjamin satu program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif, penilaian memainkan peranan yang penting.

47

Kita perlu membuat penilaian terhadap sesuatu program kerana keberkesanan sesuatu program akan diketahui setelah penilaian. Terdapat dua bentuk penilaian yang selalu dilakukan iaitu: i. ii. Penilaian berdasarkan pencapaian individu dalam satu program Penilaian berdasarkan persepsi pelajar dalam satu program

3.7.1 Penilaian Individu Penilaian individu dilihat dari pencapaian keupayaan pelajar dalam menguasai elemen yang menjadi objektif pendidikan luar. Pelajar akan di nilai oleh jurulatih dan fasilitator dalam setiap aktiviti Pendidikan Luar berdasarkan tiga elemen iaitu: Elemen Psikomotor Elemen psikomotor merupakan satu komponen yang dinilai oleh jurulatih dalam aktiviti fizikal. Elemen ini berkaitan dengan kepantasan, kelenturan, daya tahan, koordinasi saraf otot dan imbangan. Kesemua ini merupakan komponen yang amat penting diterapkan dalam penguasaan kemahiran psikomotor dan kecergasan murid. Elemen Kognitif Bagi elemen ini pula ianya bertumpu kepada tahap kefahaman dan pengetahuan peserta kursus dalam kesemua bab dalam aktiviti Pendidikan Luar. Ujian elemen kognatif mungkin boleh diserapkan dengan jelas ketika menjalani aktiviti pendidikan alam sekitar atau latihan dalam kumpulan. Fasilitator perlu menilai dari aspek kefahaman dan pengetahuan peserta kursus ketika mereka sedang melaksanakan sesuatu bidang kemahiran. Murid juga perlu diterap dan dilatih untuk mentafsir, mengguna dan melaksanakan kemahiran berdasarkan teknikteknik yang telah diajar. Peserta mula mempraktikkan dan mengaplikasikan sesuatu kemahiran kefahaman dan tahap pengetahuan

48

yang sedia ada pada keupayaan ini boleh dijadikan alat untuk mengukur komponen kognitif. Elemen Afektif Mengukur pencapaian pelajar dari segi sikap dan nilai memerlukan pungutan data dari pelbagai cara. Cara ini merangkumi pemerhatian tingkah laku pelajar sewaktu mereka terlibat dalam aktiviti tertentu, mendengar komen mereka dan meminta mereka untuk mengisi soal selidik. 3.8 Penilaian Pelaksanaan Amali Pendidikan Luar Alat penilaian yang di gunakan untuk penilaian elemen afektif ialah: i. ii. iii. iv. v. 3.8.1 Senarai semak, pemerhatian, tingkah laku pelajar-pelajar Rekod-rekod anekdot Temu duga Soal selidik aneka pilihan Skala pemerhatian Penilaian Program

Untuk mengumpul maklumat bagi membantu menilai prestasi pelaksanaan program Pendidikan Luar kita perlu melaksanakan proses penilaian program. Kesemua ini akan program yang akan datang dijalankan secara lebih berkesan di masa hadapan. Proses penilaian program Pendidikan Luar melibatkan peserta kursus dengan menggunakan instrumen soal selidik atau temu bual. 3.8.2 Analisis Keberkesanan Program

Data yang didapati dari soal selidik atau pemarkahan adalah merupakan data mentah, data ini perlu kita proses dan analisis untuk menjadi maklumat. Dengan kata lain maklum balas dalam berbagai bentuk seperti markah dan lain-lain perlu dikumpulkan, disusun, dianalisis dan diinterpretasikan bagi melihat kesignifikanan sesuatu perkara. Pentafsiran ini membolehkan pengkaji membuat tafsiran yang berkesan dan tidak berat sebelah. Analisis boleh dilakukan dengan menggunakan sistem analisis data contohnya SPSS, atlas dan berbagai lagi. Perincian komponen penilaian adalah seperti berikut: 49

AKTIVITI
1. Perkhemahan 2. Abseiling 3. Kayak 4. Orienteering JUMLAH

MARKAH
25 25 25 25 100

3.9

Perincian Pemarkahan Perincian pemarkahan berdasarkan aktiviti adalah seperti berikut:

AKTIVITI

FOKUS

MARKAH

JUMLAH

1. Perkhemahan

- Mendirikan khemah - Gajet - Konservasi - Sahsiah - Mengenali peralatan - Penjagaan peralatan - Penurunan 1 - Sahsiah - Pengenalan/Anatomi Kayak - Kemahiran berkayak - Kemahiran menyelamat - Sahsiah

5 10 5 5 5 5 10 5 5 5 10 5 5 5 5 5 5

25

2. Abseiling

25

3. Kayak

25

4. Orienteering

- Pengenalan orienteering - Perlaksanaan (sebelum) - Perlaksanaan (semasa) - Perlaksanaan (selepas) - Sahsiah


JUMLAH MARKAH

25

100

WAJARAN

10%

50

3.10

Spesifikasi Abseiling
3.10.1 Aspek Penilaian Abseiling Aspek 1. MENGENALI ALATAN (5 %) 2. PENJAGAAN ALATAN (5 %) 1.1 Karabiner 1.4 Tali Karmantle Kriteria 1.2 Figure of Eight 1.5 Helmet 1.3 Seat Harness 1.6 Sarung tangan

2.1 Cara mencuci alatan abseiling 2.2 Cara mengeringkan alatan 2.3 Cara menyimpan alatan 2.4 Cara menggulung Tali Karmantle 2.5 Cara membawa alatan 4.1 Dapat memakai Seat Harness dengan betul 4.2 Dapat memasang karabiner dan Figure of 8 pada tali abseiling 4.3 Dapat mengikat simpul Tindih Kasih pada badan sendiri 4.4 Menggunakan isyarat yang betul semasa turun 6.1 Kerjasama 6.2 Keyakinan 6.3 Kepimpinan 6.4 Membantu rakan

3. PENURUNAN (10 %)

4. SAHSIAH (20 %)

3.10.2 Prosedur Penilaian Absailing

Objektif 1. Menguji pengetahuan dan kefahaman 2. Menguji kemahiran pelajar tentang: 3. Menilai sahsiah pelajar dalam aktiviti abseiling Mengenali Alatan Alatan : 1 gulung tali Karmantle, 1 Karabiner, 1 Figure of 8, 1 pasang sarung tangan, 1 Seat Harness, 1 Helmet Prosedur Ujian : a. b. c. Alatan abseiling dipamerkan di bawah tapak abseiling / perkhemahan. Peserta dipanggil secara bergilir-gilir untuk mengenali alatan tersebut Gunakan skor yang disediakan berpandukan kepada rujukan 51

Penjagaan Alatan Alatan : 1 gulung tali Kernmantel atau 1 gulung tali sabut sepanjang 15 m Prosedur Ujian: a. selepas b. disediakan c. tali tersebut d. kepada rujukan Penurunan Alatan : 1 Seat Harness, 1 Karabiner, 1 Figure of 8, Sepasang sarung tangan, helmet Prosedur Ujian: a. b. Figure of 8 c. of 8 dan d. untuk turun Sahsiah Prosedur Ujian : a. b. Pelajar dinilai sahsiah mereka melalui aktiviti berpandukan PMM abseiling Penilai memberi markah berpandukan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. peserta diminta memakai Seat Harness Peserta diminta memasang Karabiner dan pada Seat Harness Peserta diminta memasang tali pada Figure Karabiner Peserta diminta memakai sarung tangan, helmet, memasang tali abseiling dan menggunakan Isyarat Gunakan skor yang disediakan berpandu yang diberi Peserta diminta menunjuk cara membawa Peserta dipanggil untuk menyebut cara-cara mencuci, mengering dan menyimpan alatan abseiling sesuatu aktiviti Peserta diminta menggulung tali yang telah

52

3.10.3 Peraturan Memberi Markah Abseiling Aspek 1 1. MENGENAL ALATAN (5%) - Fig. Of 8, Harness - Karabiner, helmet - Tali Kernmentel - Sarung tangan 2. PENJAGAAN ALATAN (5%) - Cara membersih - Cara mengering - Cara menyimpan - Menggulung tali - Cara membawa tali 3. PENURUNAN (10%) Dapat menamaka n satu jenis alatan 2 Dapat menamakan dua jenis alatan KRITERIA 3 Dapat menamakan tiga jenis alatan 4 Dapat menamaka n empat jenis alatan 5 Dapat menamakan lima jenis alatan

Dapat menjawab satu kriteria yang dinyatakan

Dapat menjaawab dua kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab tiga kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab empat kriteria yang dinyatakan

Dapat menjawab semua kriteria yang dinyatakan

Dapat memakai Seat Harness dengan betul

Dapat memakai Seat Harness, memasang Karabiner dan Figure of 8

Dapat memakai Seat Harness, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada tali Kernmental

Memakai Seat Harness, mengikat Simpulan Tindih Kasih, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada Tali Karnmental

Memakai Seat Harness, mengikat Simpulan Tindih Kasih, memasang Karabiner dan Fig. Of 8 pada tali Kernmental dan memberi isyarat yang betul semasa abseiling Mempunyai semua kriteria sahsiah yang

4. SAHSIAH: (5%) - Kerjasama - Keyakinan - Kepimpinan

Mempunyai salah satu kriteria sahsiah yang

Mempunyai dua kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai tiga kriteria sahsiah yang tercatat

Mempunyai empat kriteria sahsiah yang

53

Aspek - Membantu rakan - Keberanian dll. 3.11 1 tercatat 2

KRITERIA 3 4 tercatat 5 tercatat

Spesifikasi Kayak 3.11.1 Aspek Penilaian Kayak

Aspek 1. PENGENALAN KAYAK (5%)

Kriteria 1.1 Penerangan anatomi kayak bahagian-bahagian kayak cara mengangkat dan membawa kayak serta aspek penjagaan dan keselamatan Cara/teknik menaiki kayak Teknik kayuhan dan kawalan kayak ke pelbagai arah Kayuhan lurus menuju sasaran, pusingan dan berhenti Berakit dan formasi berkayak dalam kumpulan /ekspedisi Menterbalikkan kayak di air (capsize) Menyelamatkan kayak dengan teknik self-rescue,X-rescue, H-rescue dan HI-rescue Beberapa cara dan teknik menaiki kayak naik sendiri bantuan rakan bantuan rakan dan alat (tali) Kepimpinan Penglibatan Kerjasama Bertanggungjawab Penyempurnaan tugasan

2. KEMAHIRAN BERKAYAK (5%)

2.1 2.2 2.3 2.4 3.1 3.2 3.3

3. KEMAHIRAN MENYELAMAT ( 10 %)

4. SAHSIAH (5%)

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

3.11.2 Prosedur Penilaian Kayak Objektif : 1. 2. 3. Menguji pengetahuan dan kefahaman tentang kayak. Menguji kemahiran menaiki dan mengawal, menyelamat kayak di air. Menilai sikap kepimpinan dan ketrampilan pelajar.

54

Prosedur Ujian:

Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dinilai dalam aspek berikut:

Pengenalan Kayak Alatan a. b. c. d. : Kayak, Pendayung (paddle), Jaket keselamatan Pelajar diminta menama dan menunjukkan bahagianbahagian kayak Pelajar berpasangan mengangkat dan membawa kayak Pelajar diminta menerangkan beberapa aspek penjagaan dan keselamatan kayak Markah direkod dalam borang penilaian.

Prosedur Ujian:

Kemahiran Berkayak Alatan a. b. c. d. e. f. g. h. : Kayak, Pendayung, Jaket Keselamatan Pelajar dibahagikan mengikut pasangan berdasarkan kepada keupayaan Pelajar diminta melakukan kemahiran berkayak Teknik menaiki kayak cara selamat dan seimbang Berkayuh ke hadapan, ke belakang , ke kanan dan ke kiri Berkayuh lurus menuju ke sasaran, membuat pusingan dan berhenti. Berakit ( rafting ) dan formasi Kawasan ujian tidak melebihi 10 batu notika. Markah dicatat di dalam borang

Prosedur Ujian:

Kemahiran Menyelamat Alatan a. : Kayak, Pendayung, Jaket keselamatan, Tali Pelajar berpasangan Prosedur Ujian :

55

b. capsize c. d. e.

Pasangan

kayak

diminta

melakukan

Penyelamat akan menyelamat mangsa dan memilih satu teknik menyelamat Mangsa dikehendaki menaiki kayak Markah direkod dalam borang penilaian.

Sahsiah: Prosedur Ujian a. Pelajar dinilai sahsiah sepanjang program berjalan

3.11.3 Peraturan Memberi Markah Kayak


ASPEK 1. PENGENALAN KAYAK (5%) 1.1 Nama bahagian Kayak 1.2 Cara mengangka t dan aspek keselamata n kayak 2 KEMAHIRAN (5%) 2.1 Cara / teknik memasuki kayak Memasuki/men aiki kayak tanpa merendah badan dan gopoh Menaiki kayak dengan betul tetapi pendayung tidak dikeluarkan dahulu Kayuhan dan kawalan agak baik tetapi pusingan yang dibuat agak jauh/besar Menunjukkan kesukaran untuk berakit Menaiki kayak dengan betul tetapi tidak dapat mengawal keseimbangan kayak Teknik memasuki kayak betul dan kawalan keseimbangan kayak baik Mengikut semua cara dan teknik memasuki kayak dengan baik dan kawalan kayak memuaskan Dapat menuju ke sasaran dengan baik dan kawalan kayak yang meyakinkan Dapat berakit dengan lancar dan formasi pergerakan dalam kumpulan terkawal. Menunjukkan keyakinan tinggi Kriteria 3 Dapat menamakan dan menunjukkan tiga bahagian kayak Kayak yang dibawa dipinggang tidak kemas dan pergerakan tidak stabil

1 Dapat menama dan menunjukkan satu bahagian kayak Kedudukan orang hadapan dan belakang tidak betul (berselang)

2 Dapat menama dan menunjukkan tiga bahagian kayak Kedudukan betul tapi daya untuk mengangkat dari pinggang

4 Dapat menama dan menunjukkan empat bahagian kayak Dapat mengangkat dengan betul dan kemas tetapi meletaknya agak kasar

5 Dapat menama dan menunjukkan lima bahagian kayak Dapat mengangkat, membawa dan meletakkan dengan baik dan selamat

2.2 Menuju sasaran, pusingan dan berhenti 2.3 Berakit dan formasi

Kayuhan dan kawalan kayak tidak lurus ke sasaran Tidak peduli dengan tanda untuk berakit

Kayuhan dan kawalan baik tetapi tidak dapat memberhentikan kayak dengan cepat. Dapat berakit tetapi rakit tidak kemas dan stabil

Kawalan kayak baik tetapi sasaran kurang tepat Dapat berakit dengan baik dan kemas tetapi menunjukkan kesukaran dalam mengekalkan formasi

3. MENYELAMA Tidak ada keyakinan untuk Dapat menterbalikkan Ada keyakinan diri tetapi tidak Menunjukkan keyakinan dan

56

ASPEK T (10% ) 3.1 Menterbalikka n kayak

1 menterbalikkan kayak Teknik menyelamat tidak lancar, tidak menunjukan usaha membantu rakan penyelamat

2 kayak tetapi kawalan diri agak lemah Teknik menyelamat agak lancar tetapi masa diambil agak lama

Kriteria 3 peduli dengan peralatan kayak Dapat melaksanakan teknik menyelamat dengan baik dan lancar

4 dapat mengawal diri serta alatan Dapat / berupaya menyelamatkan kayak dengan satu teknik sahaja

Dapat melaksanakan satu teknik menyelamat kayak dengan lancar

3.2 Menyelamat kayak ( 5% )

3.3 Menaiki kayak dari dalam air ( 5% ) 4. SAHSIAH ( 5% ) 4.1 kerjasama 4.2 penglibatan 4.3 kepimpinan 4.4 tanggung jawab 4.5 hasil kerja

Dapat menaiki kayak dengan bantuan ramai kawan dan masa yang lama Tidak menunjukkan kerjasama dan mementingkan diri sendiri

Dapat menaiki kayak dengan bantuan kawan dan masa yang agak lama Ada menunjukkan kerjasama dan daya kepimpinan

Dapat menaiki kayak dengan sendiri tetapi masa agak lama

Dapat menaiki kayak sendiri selepas beberapa kali percubaan

Dapat menaiki kayak dengan cepat an lancar

Memberi kerjasama dan menunjukkan kepimpinan serta komitmen

Memberi kerjasama, penglibatan aktif dan kepimpinan yang baik serta bertanggungjawab

Menunjukkan kepimpinan, kerjasama, penglibatan yang tinggi dan menyiapkan tugas dengan kemas serta sempurna.

3.12

Spesifikasi Orienteering 3.12.1 Aspek Penilaian Orienteering KRITERIA Aspek 1. PENGENALAN KEPADA ORIENTEERING ( 5% ) 2. AGIHAN TUGAS ( 5% ) Anatomi kompas Mengorientasi kompas

Pengagihan tugas dan tanggungjawab Ketua Jurupandu depan Jurupandu belakang Pelapuran Penyukat Jarak Ahli Bergerak dalam kumpulan Aplikasi Kompa Menganggar jarak Menentu arah/bearing Back bearing

3. KEMAHIRAN BERGERAK DENGAN KOMPAS ( 5% )

57

KRITERIA Aspek 4. MENYEDIAKAN LAPORAN ( 5% ) Membuat laporan mengenai Sudut arah Skala jarak Lakaran perjalanan Bertanggungjawab Bekerjasama Berkeyakinan Kejujuran Empati

5. SAHSIAH ( 5% )

3.12.2 Prosedur Penilaian Orienteering Objektif 1. 2. 3. Alatan :

Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang kemahiran kompas/orienteering. Menilai pelajar melakukan kemahiran menggunakan kompas/orienteering. Menilai sahsiah dan amalan konservasi dalam aktiviti orienteering. : Kompas Orienteering, Kertas A4, Penebuk Kertas, Pensil, Peti Kecemasan, Blazer

Prosedur a. b. c. d. e. f. g. h.

: Pelajar menyatakan bahagian-bahagian kompas. Pelajar mengorientasi kompas pada sasaran/sudut arah yang diberi. Ketua pasukan akan membahagikan tugas kepada ahliahli kumpulannya. Ketua pasukan, jurupandu hadapan, jurupandu belakang, pelapor , jurusukat dan ahli. Melakarkan laluan perjalanan dengan lengkap Lakaran laluan perjalanan hendaklah dihantar kepada pensyarah. Semua pelajar akan dinilai oleh pensyarah sepanjang aktiviti dijalankan. Pensyarah akan merekod dalam borang penilaian 58

3.12.3 Peraturan Memberi Markah Orienteering

Aspek 1
1. PENGENALAN ( 5% ) 1.1 Anatomi Kompas MELAKSANAKA N TUGAS ( 5% ) 2.1 Ketua / Kepimpinan 2.2 AJ Kuasa 2.3 Ahli KEMAHIRAN BERGERAK ( 5% ) 3.1 Penggunaan Kompas 3.2 Menganggar jarak Menyenaraikan 1 bahagian kompas Tidak dapat menerima arahan dan tidak dapat melaksanakann ya

2
Menyenaraikan 2 bahagian kompas Dapat menerima arahan dan tidak dapat melaksanakan nya

Kriteria 3
Menyenaraikan 3 bahagian kompas Dapat menerima arahan tetapi perlaksanaanny a kurang berkesan

4
Menyenaraikan 4 bahagian kompas Dapat menerima arahan dan dapat melaksanakan nya dengan baik

5
Menyenaraikan 5 bahagian kompas Dapat menerima arahan dan melaksanakann ya dengan cemerlang

2.

3.

Perlukan bimbingan dalam menggunakan kompas Perlukan bimbingan dalam membuat laporan

Tidak tepat

Kurang tepat

Agak tepat

tepat

4. PELAPORAN ( 5% ) 4.1 Sudut arah 4.2 Peta lakaran / skala SAHSIAH ( 5% ) Bertanggung jawab Berkerjasama Berkeyakinan Kejujuran Empati 5.

Tidak tepat

Kurang tepat

Lambat mencari sasaran dengan tepat

tepat

Mempunyai 1 nilai

Mempunyai 2 nilai

Mempunyai 3 nilai

Mempunyai 4 nilai

Mempunyai 5 nilai

59

3.13

Perkhemahan 3.13.1 Aspek Penilaian Perkhemahan

60

Aspek
1. MENDIRIKAN KHEMAH (10 %)

Kriteria 2.1 Kedudukan Khemah Jarak antara khemah sesuai dan mempunyai ruang laluan yang mencukupi (sekurang-kurangnya selebar badan) 2.2 Cara Mendirikan Khemah Kemaskan tapak khemah Tegakkan tiang utama/paksi (depan dan belakang serta pasang tali ke pancang) 2.3 Tali, Ikatan dan Pancang Pasang semua tali penjuru khemah Pasang semua tali badan khemah Regangan tali khemah ke pancang bersudut 45 Fly-sheet khemah dipasang dengan kemas dan tegang (ada pengaliran udara/ventilasi antara fly-sheet dan khemah) 2.4 Mengemas Khemah Belerang ditabur di sekeliling khemah (di luar khemah dan di bawah fly-sheet) Lantai khemah di atas pemukaan rata Menyediakan tempat memasak yang kemas dan teratur Merancang menu masakan harian yang sesuai 0 Kekemasan Gejet Ikatan gejet hendaklah kemas. Menggunakan ikatan asas (contoh: ikatan buku sila, simpul manok dll). Kesesuaian / Kegunaan Gejet Gejet asas yang perlu ada : rak kasut, penyidai, tripot/rak menyimpan makanan dan meja/tempat makan Gejet tambahan : tempat beg/alatan lain ( tempat sampah, membasuh, alatan tajam, pinggan mangkuk) Kreativiti Keutamaan diberikan kepada penggunaan bahan terbuang Keperluan Gejet Gejet hendaklah menepati keperluannya

2. GEJET (5%)

2 3
4. KONSERVASI (5%)

4.1 Kebersihan Kawasan perkhemahan hendaklah sentiasa bersih dan kemas

4.2 Amalan Adaptasi/Amalan Hijau 0 Seboleh-boleh kekalkan flora yang sedia ada 1 Elak memotong/mencantas pokok-pokok besar berhampiran 2 Elakkan memasak di pangkal pokok
5. SAHSIAH (5%)

0 Ketrampilan/Kepimpinan 0 Menunjukan ciri ketrampilan/kepimpinan yang cemerlang 1 Kreativiti Berintraksi secara berhemah dalam kumpulan, bekerjasama, kreatif dan reflektif.

3.13.2 Prosedur Penilaian Perkhemahan 61

Objektif 1. 2. 3.

Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang mendirikan khemah. Menilai kemahiran membuat gejet. Menilai sahsiah dan amalan konservasi dalam aktiviti perkhemahan

Prosedur Ujian

: Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dinilai dalam aspek:

1. a. b.

Mendirikan Khemah Kumpulan mendirikan khemah masing-masing. Penilai menilai berpandukan PMM Perkhemahan dan merekodkan markah dalam borang penilaian.

2. a.

Gejet Kumpulan dinilai aspek keperluan, kegunaan, kesesuaian, kekemasan dan kreativiti mengikut PMM Perkhemahan

b.

Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

3. a. b.

Amalan Konservasi Kumpulan dinilai amalan konservasi berpandukan PMM Perkhemahan Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

4. a. b.

Sahsiah Pelajar dinilai sahsiah mereka dalam aktiviti perkhemahan berpandukan PMM Perkhemahan Penilai merekodkan markah dalam borang penilaian.

3.13.3 Peraturan Memberi Markah Perkhemahan 62

Kriteria Aspek
1. MENDIRIKAN KHEMAH (10 %) 1.1 Kedudukan khemah 1.2 Cara mendirikan khemah 1.3 Tali, ikatan dan pancang 1.4 Mengemas khemah

Tiada jarak antara khemah Tidak faham prosedur mendirikan khemah Tidak faham spesifikasi Tidak dikemas

Ada jarak tetapi terlalu sempit Kurang menepati prosedur Kurang menepati spesifikasi Tidak lengkap dan tidak tersusun

Kurang sesuai Mengikut prosedur tetapi kurang memuaskan Mengikut spesifikasi tetapi kurang memuaskan Lengkap tetapi tidak tersusun

Sesuai Mengikut prosedur dan memuaskan Mengikut spesifikasi dan memuaskan Lengkap dan tersusun

Sangat sesuai Mengikut prosedur dan sangat memuaskan Mengikut spesifikasi dan sangat memuaskan Lengkap, tersusun dan kemas

2. GEJET (5 %) 2.1 Kesesuaian/ Kegunaan gejet

Ada satu gejet/ gejet tidak sesuai

Ada dua gejet sahaja/kurang sesuai/tidak kukuh

Ada tiga gejet asas/sesuai kegunaannya/ kukuh Menggunakan pelbagai bahan terbuang Sebahagian daripada gejet digunakan

Ada empat gejet asas kukuh/sesuai

Ada empat gejet asas (kasut, beg, penyidai dan peralatan dapor) kukuh/sesuai/ kreatif Menggunakan pelbagai bahan terbuang dengan reka bentuk yang kreatif Digunakan sepenuhnya dan menepati keperluannya Sangat bersih, kemas dan teratur Keadaan alam semulajadi dipelihara/hargai

2.2

Kreativiti

Menggunakan bahan yang sama

Menggunakan bahan berlainan/ ada usaha menggunakan bahan terbuang Kurang menepati keperluannya

Menggunakan pelbagai bahan terbuang dengan reka bentuk biasa Penggunaan tidak maksimum

2.3 Keperluan gejet

Tidak digunakan

3. KONSERVASI (5%) 3.1 Kebersihan 3.2 Amalan adaptasi/ amalan hijau 4. SAHSIAH (5%) Keterampilan / kepimpinan

Aspek kebersihan diabaikan Tiada amalan aspek hijau

Kurang penekanan terhadap kebersihan Kurang amalan aspek hijau

Ada penekanan kepada kebersihan tetapi kurang kemas Ada amalan adaptasi aspek hijau

Memberi penekanan kepada aspek kebersihan / kemas serta menjaga dan mengekalkan alam semulajadi Berketerampilan/ mempunyai ciriciri pemimpin dan yakin Berinteraksi dengan baik dan dapat memberi ulasan yang relektif

Tiada keterampilan/ciri seorang pemimpin Tiada kerjasama/interak si

Kurang keterampilan/ ciri seorang pemimpin

Mempunyai ciriciri seorang pemimpin tetapi kurang yakin Ada kerjasama dan dapat memberi ulasan yang releven

Seorang pemimpin yang berwibawa

Kreativiti Kurang kerjasama/ interaksi

TUGASAN TERARAH

Interaksi dalam kumpulan sangat baik, refleksi yang padat dan menunjukkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran

Dapatkan sumber daripada internet dan bahan rujukan lain berkaitan langkahlangkah kerajaan dan badan bukan kerajaan dalam keseriusan melaksanakan 63 Pendidikan Konservasi di negara ini.

LAMAN WEB
www.en.wikipedia.org/wiki/outdoor www.askaboutsports.com www.divepilot.com

PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education. New York: Wiley C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate)

64

Anda mungkin juga menyukai