Anda di halaman 1dari 9

Ada hati

Ada keinginan

Ada jalan

Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik


batu

Ada maksud yang tersembunyi di sebalik


sesuatu perbuatan

Air muka

Permukaan air

Rupa muka (yang membayangkan sesuatu


perasaan)

Maruah, harga diri

Air seni

Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada


pada badan yang cergas

Orang yang sihat tubuh badan memiliki


fikiran yang baik atau idea yang bernas

Akar umbi

Akar tunjang

Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh

Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu


komuniti

Alah bias tegal biasa

Segala kesusahan tidak akan terasa lagi


sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang


memakai

Tidak apalah mahal sedikit harganya asal


barang itu kuat (tahan dan sebagainya)

Alang-alang menyeluk
pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai


beroleh hasilnya

Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah


pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah

Mulai hendak berjalan

Mulai bertindak

Ambil berat

Memberikan perhatian (minat, layanan) yang


istimewa

Anak emas

Orang yang dikasihi oleh seseorang yang


lebih berkuasa

Asam garam

Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit


manis, suka duka)

Ayam tambatan

Orang harapan

Bagaimana acuan
begitulah kuihnya

Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu


bapanya kerana faktor baka

Bagai aur dengan tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka

bertolong-tolongan
Bagai ayam disambat
helang

Untung yang malang (seperti isteri atau


tunangan dirampas orang berkuasa

Bagai bulan dipagar


bintang

Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke


batu

Sangat sedih

Bagai kacang lupakan


kulit

Orang yang lupa akan asalnya (orang yang


telah menolongnya) setelah menikmati
kesenangan

Bagai minyak dengan air

Orang yang bermusuhan atau yang tidak


sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi
satu

Bagai murai dicabut ekor

Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan


permata

Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak


yang penuh

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan


sempurna

Baik sangka

Rasa muhibah

Tidak menaruh sangkaan buruk kepada


seseorang

Banyak makan garam

Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan

Orang atau tempat yang dipergunakan untuk


mencapai sesuatu

Belut kena ranjau

Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib

Mencuba membuat atau mendapatkan


sesuatu dengan harapan akan beroleh
kejayaan

Beradu tenaga

Bertanding untuk menentukan siapa kuat

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke
tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenangsenang kemudian

Bersusah payah dahulu baru bersenangsenang

Berat mulut

Tidak suka berkata-kata, pendiam

Berat sama dipikul,


ringan sama dijinjing

Baik buruk sama-sama dipikul

Berat tulang

Malas

Berbalik hati

Berubah hati

Berdiri sama tegak,


duduk sama rendah

Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

Beri jalan

Memberikan idea

Memberikan peluang kepada orang lain


untuk mendapat keuntungan

Berkatalah benar
walaupun pahit

Berterus-terang demi kebenaran walaupun


mungkin menyakitkan hati seseorang

Berkayuh sambil
bertimba

Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati

Suka memberi, tidak kedekut

Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh

Malas berusaha

Berputih mata

Kalah dalam sesuatu persaingan

Bersatu teguh, bercerai


roboh

Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi


kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita
akan menjadi lemah

Bersekutu bertambah
mutu

Bekerjasama antara satu sama lain akan


menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan


tidak akan berbunyi

Tidak mungkin perselisihan atau percintaan


terjadi daripada satu pihak sahaja

Bertikam lidah

Bertengkar

Besar hati

Bangga, gembira

Besar pasak daripada


tiang

Besar belanja daripada pendapatan

Biar mati anak, jangan


mati adat

Tidak mengapa jika mengorbankan anak,


asalkan adapt yang dipegang terpelihara

Bidan terjun

Orang yang diminta melakukan sesuatu


perkara secara tiba-tiba

Buah fikiran

Pendapat

Cahaya mata

Anak

Kekasih, buah hati

Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

Cakap besar

Campur tangan

Mengambil bahagian dalam atau


mencampuri hal orang lain

Terkait atau terlibat dalam hal orang dan


lain-lain

Carik-carik bulu ayam,


lama-lama bercantum
juga

Orang yang bersaudara itu tidak akan


bercerai kerana perselisihan

Celik computer

Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan

Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu


dapat atau akan diperolehi

Dapat sama laba, cicir


sama rugi

Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat


keuntungan, maka keuntungan itu diberikan
sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan
ditanggung bersama-sama

Darah daging

Anak atau orang yang mempunyai pertalian


darah

Darah panas

Pemarah, lekas marah

Darah seni

Bakat semula jadi dalam bidang seni

Diam-diam ubi berisi,


diam-diam besi berkarat

Diam orang yang berilmu itu berfikir,


sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia
sahaja

Di mana ada kemahuan,


di situ ada jalan

Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti


akan beroleh cara untuk mendapatkannya

Di mana bumi dipijak, di


situ langit di junjung

Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

Di sangka panas sampai


ke petang, rupanya hujan
di tengah hari

Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba


ditimpa kesusahan

Durian rintuh

Mendapat keuntungan dengan tidak


disangka-sangka

Enggang lalu ranting


patah

Orang jahat akan selalu dituduh apabila


berlaku sesuatu musibah

Genggam bara biar


sampai jadi arang

Jika melakukan pekerjaan yang susah


haruslah dengan sabar sehingga mendapat
nikmatnya nanti

Goyang kaki

Bersenang-senang

Gunting makan di hujung

Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah

Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya

dibuang

sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati

Sedih, putus asa

Harimau mati
meninggalkan belang,
manusia mati
meninggalkan nama

Orang yang berjasa itu akan selalu disebutsebut orang walau berapa lama pun ia telah
mati

Hati gajah sama di lapah,


hati kuman sama dicecah

Beruntung banyak sama-sama mendapat


banyak, beruntung sdikit sama-sama
mendapat sedikit

Hati kecil

Perasaan dalam batin (maksud yang


sebenarnya)

Hendak seribu daya, tak


hendak seribu dalih

Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar


boleh dijalankan dan demikian sebaliknya

Hidup segan mati tak


mahu

Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri


orang, hujan batu di
negeri sendiri

Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri


sendiri

Ibarat burung, mata


terlepas badan terkurung

Walaupun terpelihara baik tetapi tidak


mempunyai kebebasan

Ibarat melukut di tepi


gantang

Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah

Seseorang yang dipandang tidak berguna


oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati

Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk


membuat keputusan yang bijak

Jantung hati

Orang yang dikasihi

Jauhari juga mengenal


manikam

Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat


menilai sesuatu benda atau perkara

Jauh berjalan luas


pandangan

Orang yang banyak mengembara dan lama


hidup itu tentu sekali banyak
pengalamannya dan luas pandangannya

Jinak-jinak merpati

Perempuan yang kelihatan senang diperdaya


tetapi sebenarnya tidak

Kacang hantu

Orang jahat

Kais pagi makan pagi,


kais petang makan
petang

Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup


sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)

Kaki joli

Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur


buluh, biarlah dari
rebungnya

Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia


masih muda, kalau sudah besar, tidak akan
berhasil lagi

Kalau kail panjang


sejengkal, jangan lautan
hendak diduga

Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan


hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan


ruyung manakan dapat
sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung


ombak, jangan berumah
di tepi pantai

Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu


pekerjaan

Kata-kata lebih tajam


daripada mata pedang

Perkataan yang dituturkan lebih


menyakitkan

Ke bukit sama didaki, ke


lurah sama dituruni

Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati

Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka


anak, besar jangan
disangka bapa

Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus


pada orang-orang tua sahaja

Kecil tapak tangan nyiru


saya tadahkan

Menyatakan kasih atas nasihat atau


pertolongan

Keras lidah

Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan


dengan betul

Lain lubuk lain ikannya

Lain negeri lain orangnya

Lemak manis jangan


terus ditelan, pahit
jangan terus
dimuntahkan

Yang nampak baik itu jangan terus diterima,


dan yang nampak buruk itu jangan lekas
ditolak

Lidah tidak bertulang

Mudah berjanji dan mudah pula mengubah


janjinya

Lupa daratan

Tidak menginsafi asal mula diri setelah


mendapat kesenangan

Lintah darat

Orang kaya yang menindas orang miskin


dengan meminta bayaran tinggi daripada
yang dihutangi

Makan angin

Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

Malu bertanya sesat


jalan, malu berdayung
perahu hanyut

Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak


akan mencapai kejayaan

Masuk ke kandang
kambing mengembek,
masuk kekandang kerbau
menguak

Menyesuaikan diri dengan masyarakat di


sekeliling

Mata hati

Perasaan hati

Mati kutu

Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana


ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu

Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan


melalui pembacaan

Membanting tulang

Bekerja keras

Membuka pekung di dada

Mendedahkan keburukan diri sendiri

Menapak baru setapak,


mendaki baru sekaki

Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh

Mencari keuntungan sementara ada


kekacauan

Mencolok mata

Menyakitkan pandangan

Mencari jalan

Mencari ikhtiar, usaha dan idea

Mengangkat bendera
putih

Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak


gugur

Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru

Semangat baru atau sumber baru kekuatan


yang memulihkan sesuatu kegagalan atau
memberikan keupayaan baru

Naik darah

Menjadi marah

Nasi sudah menjadi


bubur

Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat


diubah lagi)

Orang mengantuk
disorongkan bantal

Mendapat sesuatu yang sangat-sangat


dikehendaki

Otak batu

Bodoh

Otak cair

Pandai

Padang jarak padang


tekukur

Padang atau tanah luas yang kosong

Panas baran

Cepat marah, sangat pemarah

Pandai makan pandailah


simpan

Pandai berbuat jahat, harus pandai


menyimpan rahsia

Pemuda harapan bangsa,

Anak muda menjadi orang yang diharapkan

pemudi tiang negara

untuk membangunkan negara pada masa


hadapan

Perang dingin

Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati

Perihal seorang perempuan yang baik lagi


teratur

Pilih kasih

Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah


dalam membuat keputusan dan lain-lain

Pucuk dicita ulam


mendatang

Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang


diharapkan

Rezeki kalau secupak


tidak akan jadi segantang

Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh


diubah lagi

Ringan mulut

Peramah, lancar dan fasih tutur katanya,


suka bercakap

Ringan tulang

Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut

Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

Rupa tidak dapat diubah,


perangai dapat diubah

Perangai seseorang dapat diubah sedangkan


penampilannya dari segi fizikal tetap sama

Sambil menyelam minum


air

Sambil melakukan sesuatu perkara, ada


perkara lain yang turut dilakukan

Sayangkan anak tangantangankan, sayangkan


isteri tinggal-tinggalkan

Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti


selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung
sebelum hujan

Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi


sesuatu yang kurang baik

Seperti api dalam sekam

Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan


tebing

Dikatakan mengenai orang yang suka


bertolong-tolongan

Seperti enau dalam


belukar melepaskan
pucuk masing-masing

Tiada muafakat dalam sesuatu


perbincangan, hanya berpegang pada
pendapat masing-masing sahaja

Seperti kera sumbang

Orang yang takut mencampuri orang ramai

Tajam akal

Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

Sudah terhantuk baru


terngadah

Sudah terkena baru beringat; orang yang


lambat menyedari kesilapan

Tidak lapuk dek hujan,


tak lekang dek panas

Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun


zaman berubah

Tangan kosong

Tidak membawa apa-apa

Tangan yang menghayun


buaian mampu
menggoncang dunia

Walaupun bersifat lemah lembut dan


keibuan, wanita mampu menyumbangkan
tenaga dan idea untuk membangunkan
negara

Tangkai jering

Kedekut

Terdengar guruh di langit,


air di tempayan
dicurahkan

Kerana mengharapkan sesuatu yang belum


pasti, barang yang tersedia dilepaskan

Tulang belakang

Orang atau tenaga yang menjadi sumber


kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri

Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih


sesuai dengan kebolehan kita

Umpama biawak
bercabang lidah

Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai


perkataannya

Umpama lebah
membuang sengat

Orang yang meninggalkan sikap suka


mengata dan mengeji orang

Yang bulat datang


bergolek, yang pipih
tidak datang melayang

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang


dengan sendirinya

Yang dikejar tak dapat,


yang dikendong keciciran

Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang


yang ada pula hilang atau habis

Anda mungkin juga menyukai