Anda di halaman 1dari 11

KESAN KAEDAH LATIHAN LITAR KHAS MENGGUNAKAN

BOLA SEGAR DALAM MENINGKATKAN


DAYA TAHAN OTOT

OLEH :

Nik Muzaffar Asyraff Bin Muhammad @ Hjh Mek Yam Binti Yusuf
Jabatan Pendidikan Jasmani , IPG Kampus Dato Razali Ismail
japaasyraff@gmail.com / mekyam@ipgkdri.edu.my

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan latihan bola segar dalam
meningkatkan daya tahan otot tangan. Peserta kajian kajian adalah 4 orang murid Tahun 4
Bestari yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang
dikenalpasti bermasalah semasa tinjauan awal dijalankan. Peserta kajian telah menjalani
intervensi dengan menggunakan latihan bola segar. Pemerhatian dengan menggunakan borang
senarai semak (Ujian Tekan Tubi) telah digunakan sebagai instrumen untuk melihat
peningkatan kriteria lakuan daya tahan otot semasa ujian pra dan ujian pasca. Keputusan
kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap peratus peningkatan bilangan ulangan
kesemua peserta kajian selepas perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca dilakukan.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa latihan bola segar berjaya meningkatkan teknik
lakuan yang dilaksanakan semasa Ujian Tekan Tubi dijalankan. Cadangan pengkaji untuk
kajian masa hadapan ialah melibatkan lebih ramai peserta kajian, dan memanjangkan tempoh
pelaksanaan intervensi.

KATA KUNCI : Bola Segar , Tekan Tubi

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengalaman sewaktu di sekolah yang ketiga pula iaitu di sekolah kebangsaan Paya Resak,
pengkaji mendapati masalah lemah daya tahan otot berulang. Hal ini dikesan sewaktu pengkaji
mengajar dirian tangan tahun 4 Bestari. Masih terdapat murid yang gagal melakukan aktiviti
kereta sorong yang memerlukan daya tahan otot tangan. Murid tahun 4 Bestari juga tidak
mampu untuk melakukan kemahiran menghantar bola aras dada. Mereka mengadu lenguh
tangan. Oleh hal yang sedemikian, pengkaji memutuskan bahawa murid tahun 4 mengalami
masalah lemah daya tahan otot.
Pemerhatian ini dikukuhkan dengan pengkaji menyemak keputusan ujian SEGAK murid pada
penggal satu yang ditampal di papan kenyataan sukan yang berada berdekatan dengan stor
sukan. Dalam ujian SEGAK, bateri ujian tekan tubi untuk lelaki dan tekan tubi suaian untuk
perempuan adalah untuk menguji daya tahan otot lengan murid. Berdasarkan skor markah yang
diperolehi murid, didapati bahawa memang segelintir murid yang diperhatikan mendapat skor
yang rendah.

SOROTAN LITERATUR

Daya tahan otot adalah penting dalam beberapa sukan seperti larian jarak jauh, dan berbasikal
kerana dapat mengurangkan risiko kecederaan. Otot-otot yang menstabilkan sendi dan
mengekalkan postur sentiasa aktif dalam jangka masa lama sewaktu bersukan atau menjalankan
aktiviti. Ini sokong oleh (Baechle T. , 1994) , daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk
meregang dan mengedur berulang-berulang dalam intensiti yang redah.

Dalam satu kajian dimana, (Rania Mohamed Abdallah Ghareeb, 2011) menjalankan satu kajian
terhadap 12 pelajar dalam gred 4 karate dalam fakulti Pendidikan Jasmani untuk perempuan,
Universiti Zagazig. Tujuan kajian berkenaan adalah mengkaji kesan peningkatan daya tahan otot
ke atas hormon-hormon dan skil pemain karate. Mereka mendapati daya tahan otot berkait rapat
dengan prestasi pemain dan atlet. Beberapa kelebihan mempunyai daya tahan otot yang baik
iaitu meningkatkan keupayaan bergerak, mengelakkan otot cepat lesu, memgurangkan risiko
kecederaan, dan juga melambatkan penuaan.

(Hafizah Harun & Rohana Hashim, 2010) dalam kajiannya yang mengkaji kesan latihan
pliometrik dan latihan bebanan terhadap kekuatan otot bahagian atas badan mendapati bahawa
latihan pliometrik dan latihan bebanan berkesan dalam meningkatkan kekuatan otot bahagian
atas badan. Selain itu juga, mereka mendapati melalui kaedah latihan ini, kuasa dan kekuatan
ekplosif dapat ditingkatkan. Kajian mereka melibatkan seramai 33 orang pemain hoki wanita
yang rata-ratanya terdiri daripada pemain sukma johor dan juga pelajar UTM Skudai.

Dalam satu lagi kajian yang mengkaji keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot
tangan bagi atlet renang SUKMA Johor mendapati, latihan bebanan memberi kesan kepada
kekuatan maksimum otot tangan. Menurut kajian ini, latihan bebanan merupakan latihan
rintangan yang progresif dalam membantu meningkatkan kekuatan otot melibatkan tiga prinsip
utama iaitu halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Selain itu,
prosedur latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu
latihan.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan daya tahan otot tangan murid tahun 4
Bestari selain membantu murid dalam meningkatkan komponen kecergasan daya tahan otot
tangan.
Persoalan Kajian
Adakah kaedah latihan litar khas menggunakan bola segar dapat meningkatkan daya tahan otot
tangan murid tahun 4 Bestari?

METADOLOGI KAJIAN

Kajian tindakan ini melibatkan empat orang murid lemah tahun 4 yang terdiri daripada dua
orang murid lelaki dan dua murid perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada
pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrument ujian, analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut
peserta kajian.
Pemerhatian dilakukan dari masa ke semasa oleh terhadap perubahan yang berlaku pada peserta
kajian sewaktu intervensi dilakukan. Perkembangan murid dilihat dari segi kelakuan dan
kecergasan mereka. Selain itu, tujuan pemerhatian dibuat pengkaji adalah untuk melihat murid
supaya melakukan intervensi dengan cara dan teknik yang betul agar tidak terpesong dari
objektif asal.
Pengkaji menulis refleksi pada setiap kali intervensi dilakukan. Terutama ketika ujian pra, sesi
intervensi dan ujian pasca. Setiap kali refleksi dibuat perlu ada perkara yang difokuskan bagi
meningkatkan mutu kajian ini dan boleh membantu memperbaiki kajian ini ke arah lebih baik.
Ciri-ciri kekuatan, kelemahan dan cadangan penambaikan salah satu elemen yang perlu ada
dalam refleksi.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Intervensi 1

Chest Push
Difokuskan kepada bahagian bisep

Intervensi 2

Stright Arm Standing Throw


Difokuskan kepada bahagian trisep

Intervensi 3

Lay Back Double Arm Throw


Difokuskan kepada bahagian abdominal

DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan hasil dapatan kajian yang diperolehi, didapati bahawa terdapat peningkatan daya
tahan otot tangan dengan menggunakan latihan bola segar. Bahkan bukan itu sahaja, interpretasi
data yang dijalankan juga menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan di awal kajian.
Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan latihan bola segar (medicine ball)
terhadap peningkatan daya tahan otot tangan bagi murid lelaki Tahun 4 Bestari. Berdasarkan
dapatan dan hasil analisis, kaedah latihan bola segar ini memberi kesan terhadap peningkatan
bilangan ulangan dalam ujian tekan tubi terhadap 4 peserta kajian yang terlibat. Peningkatan ini
dapat dilihat daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca.
Dapatan kajian yang diperolehi telah berjaya menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu
murid-murid Tahun 4 Bestari berjaya meningkatkan daya tahan otot tangan mereka dengan
menggunakan latihan bola segar. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan program latihan yang
dijalankan oleh setiap peserta kajian semasa latihan intervensi dengan menggunakan bola segar.
Namun begitu hanya seorang peserta kajian sahaja yang tidak mencapai peningkatan. Ini kerana
beliau tidak dapat menghadiri latihan intervensi yang dijalankan selama satu minggu disebabkan
masalah kesihatan. Latihan bola segar yang dilaksanakan sebanyak tiga kali seminggu bagi
tempoh tiga minggu ini telah membantu meningkatkan daya tahan otot tangan.
Berdasarkan senarai semak pemerhatian, setiap peserta kajian mencapai peningkatan dari segi
perlakuan mereka mereka di mana peningkatan skor perlakuan menunjukkan bahawa setiap
peserta kajian mengalami peningkatan yang positif dari ujian pra kepada ujian pasca. Oleh itu, ia
secara tidak langsung menunjukkan bahawa, perlakuan yang betul semasas ujian tekan tubi
dilakukan akan dapat membantu mendapatkan skor yang lebih baik.
Perubahan Tingkah Laku.

Perbezaan Bilangan Ulangan Tekan Tubi Pra Dan Pasca.

KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh (Mohad Anizu Mohd Noor
& Mohd Nasir Bin Lajewah, 2011) yang mendapati bahawa latihan bebanan dengan
menggunakan bola segar sebagai tambahan latihan dilihat releven dalam meningkatkan
kekuatan dan daya tahan otot subjeknya. Intervensi yang telah dijalankan dengan menggunakan
bola segar amat berkesan untuk meningkatkan daya tahan otot.
Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil kajian yang telah diperoleh jelas menunjukkan
bahawa latihan bola segar mampu meningkatkan daya tahan otot tangan peserta kajian dan
latihan bola segar juga mampu meningkatkan skor dalam ujian tekan tubi peserta kajian
menerusi latihan bola segar. Justeru itu, melalui kenyataan yang telah dibincangkan ini telah
membuktikan bahawa persoalan kajian telah berjaya dijawab.
Bagi daya tahan otot, bilangan ulangan adalah banyak dan kadang kala mencapai satu had iaitu
sehingga 250 ulangan dan ke atas yang dilakukan dalam ritma perlahan ke sederhana (Bompa,
1983). Ulangan yang bersesuaian untuk latihan melibatkan daya tahan otot ialah sebanyak 12
hingga 30 ulangan. Bukan itu sahaja beliau turut mencadangkan tempoh rehat antara set bagi
daya tahan otot ialah pendek dan selalunya antara satu hingga dua minit.
Kekuatan yang dikenalpasti dalam kajian ini adalah dari segi aspek pencapaian objektif kajian
dimana objektif umum dan khusus berjaya dicapai dengan baik. Latihan bola segar dapat
membantu peserta kajian dalam meningkatkan daya tahan otot tangan. Walaupun dalam ujian
pasca ujian tekan tubi yang dijalankan tidak menampakkan peningkatan secara ketara ulangan,
namun peratusdan bilangan ulangan tetap dapat dilihat berlaku. Berbanding sebelum intervensi
dilaksanakan, terdapat peserta kajian yang mencapai ulangan serendah lima ulangan.
Pada awal sesi intervensi dilaksanakan, didapati peserta kajian menunjukkan keseronokan dan
semangat ingin tahu apabila mereka melihat bola segar tersebut. Penggunaan bola segar tersebut
menjadi satu kelainan dan variasi kepada peserta kajian. Selari dengan kenyataan oleh (Tenke,
1992) menyatakan penggunaan bola segar dalam latihan dilihat sesuatu yang memberikan
faedah dan keseronokan kepada pengguna. Terdapat peserta kajian yang mengetahui kewujudan
bola segar namun tidak pernah menggunakannya. Ia memberi satu pengalaman baru kepada
mereka.
Pemilihan penggunaan bola segar dilihat memudahkan tugasan pengkaji sepanjang
dilaksanakan. Walaupun menghadapi masalah dari segi aspek cuaca iaitu faktor persekitaran,
intervensi ini dapat dilaksanakan di kawasan lain dan tidak memerlukan kawasan yang lebih
luas. Bola segar merupakan alatan sukan yang mudah dibawa dan fleksibel dari segi
pelaksanaan bergantung kepada jenis latihan yang dirancang. Dalam konteks kajian ini, pengkaji
tidak menggunakan terlampau banyak pergerakan dan tidak memberi masalah kepada pengkaji
untuk melaksanakan latihan intervensi yang dirancang.
Penggunaan bola segar tidak terhad kepada satu latihan sahaja malah boleh juga melatih
komponen lain seperti kekuatan otot, kuasa, masa reaksi dan juga kepantasan. Ia memberi
dimensi baru kepada guru Pendidikan Jasmani supaya dapat menggunakan bola segar secara
meluas dalam bidang sukan dan permainan.

Walaupun begitu, beberapa kelemahan yang dikenalpasti sepanjang kajian ini dilaksanakan.
Seperti contoh lokasi kajian yang tidak sesuai disebabkan cuaca semasa menjalani intervensi
tidak baik. Ini menyebabkan lokasi kajian terpaksa diubah mengikut cuaca yang tertentu.
Sebagaimana yang kita tahu, bola segar ini mudah dibawa dan fleksibel. Ia tidak memberi
masalah yang besar kepada peserta kajian apabila lokasi kajian diubah.
Pengurusan masa juga telah dikenalpasti sebagai satu kelemahan ketika pengkaji ingin
melaksanakan intervensi. Masalah ini dapat dilihat ketika minggu pertama intervensi dijalankan,
pengkaji tidak mengurus masa dengan baik bagi menjalankan sesi satu dan dua. Pengkaji tidak
dapat melaksanakan intervensi dengan efisien seperti yang dikehendaki oleh tempoh masa setiap
sesi iaitu 30 minit. Ini berpunca daripada pengkaji sendiri yang memberi arahan yang panjang
dan susah untuk difahami oleh peserta kajian menyebabkan masa terbuang begitu sahaja.
Masalah ini meleret sehingga minggu kedua dan ketiga dimana setiap latihan sesi tamat 20 minit
lewat daripada masa yang ditetapkan. Penambahbaikan perlu diberi penekanan dalam memberi
arahan yang jelas, ringkas dan mudah difahami oleh peserta kajian.
Arahan yang terlalu panjang dan terperinci akan mengambil masa yang lama menyebabkan
murid berasa bosan semasa mendengar arahan yang diberi. Masalah ini timbul semasa minggu
pertam intervensi dilaksanakan. Pengkaji perlu merancang terlebih dahulu apa yang hendak
disampaikan bagi mengelak membuang masa begitu sahaja.
Hasil analisis kajian yang diperolehi serta refleksi yang telah dilaksanakan akan membantu
membantu membuat cadangan penambahbaikan bagi kajian seterusnya. Kelemahan yang ada
perlu diberikan penekanan dan juga terhadap kekuatan yang sedia ada bagi memperkukuhkan
lagi kajian.
Pengkaji seterusnya dapat menggunakan latihan atau kaedah yang lain bagi menangani masalah
daya tahan otot peserta kajian. Seperti contoh, pengkaji boleh memilih latihan dengan
menggunakan berat badan sendiri. Ini juga dapat mengatasi masalah sekiranya bola segar tidak
terdapat di sekolah kajian yang ingin dijalankan. Kemungkinan juga saiz bola segar tidak
bersesuaian dengan tahap umur peserta kajian. Oleh itu pengaplikasian latihan lain diperlukan
sebagai alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.
Bahkan bukan itu sahaja, pengkaji seterusnya boleh melakukan penambahbaikan dengan
memanjangkan tempoh intervensi. Tempoh intervensi yang dimaksudkan ialah dari empat
minggu kepada enam minggu. Ini akan mengukuhkan lagi kajian dengan peningkatan yang
ketara dapat dilihat melalui ujian tekan tubi. Salah satu kebaikan daripada tempoh pemanjangan
intervensi ialah peserta kajian diberi ruang dan peluang untuk membina daya tahan otot tangan
yang lebih baik. (Faigenbaum, 1999) dalam kajiannya iaitu The Effect of Different Resistance
Training Protocols on Muscular Strength and Endurance Development in Children menyatakan
intervensi latihan kekuatan dan daya tahan otot dilaksanakan sebanyak dua sesi seminggu
selama lapan minggu ke atas 12 peserta kajian. Dapatan kajian mereka menunjukkan
peningkatan kekuatan dan daya tahan otot bahagian atas badan selepas menjalani latihan
tersebut selama lapan minggu.

RUJUKAN

Hafizah Harun & Rohana Hashim. (2010). Kesan Latihan Pliometrik Dan Latihan Bebanan
Terhadap Kekuatan Otot Bahagian Atas Badan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia.
Anderson, O. (2000). You may (mistakenly) think this training method is old hat. Peak
Performance.
Baechle, T. &. (2008). Essentials of Strength Training and Conditioning. . United States: Human
Kinetics.
Baechle, T. (1994). Essentials of Strength Training and Conditioning: National Strength and.
Champaign: Human Kinetics.
Bompa, T. (1983). Theory and Methodology of training: The load of training and the number of
repetitions and the rhythm of execution. Iowa: kendall/Hunt.
Bukines, S. (2010). Facts About Muscular Endurance. Retrieved MAC 30, 2012, from
http://www.livestrong.com/article/73309-muscular-endurance/.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan statistik penyelidikan: Kaedah penyelidikan buku 1. Kuala
Lumpu: McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Corbin & Lindsey. (2005). Fitness For Life. United States: Human Kinetics.
Faigenbaum, W. L. (1999). The Effect of Different Resistance Training Protocols on Muscular
Strength and Endurance Development in Children. Journal of The american Academy of
Pediatrics, 104.
Freeman, W. H. (1997). Physical Education and Sport in a Changing Society. . Boston: Ally &
Bacon.
Jacquelynne S. Eccles. (1990). Gender Difference In Sport Involvement : Applying the Eccles's
Expectancy-Value Model. USA: Universities of Michigan and Colorado.
Johnson, B. L. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education: Pull-Ups
Test (AAHPHERD, 1976). New York: Macmillan Publishing Company.
Jones, M. (1997). Strength Conditioning with Medicine Balls. Leeds: The National Coaching
Foundatio.

Mackenzie, B. (1997). Endurance Training. Retrieved Jun 16, 2014, from


http://www.brianmac.co.uk/enduranc.htm.
Mackenzie, B. (1997). Medicine Ball Training. Retrieved Mac 15, 2014, from
http://www.brianmac.co.uk/medball.htm.
Mohad Anizu Mohd Noor & Mohd Nasir Bin Lajewah. (2011). Keberkesanan Latihan Bebanan
Terhadap Kekuatan Otot Tangan Bagi Atlet Renang. Universiti Teknologi Malaysia:
Fakulti Pendidikan.
Quinn, E. (2012). What Is Muscular Endurance? Retrieved Mac 25, 2014, from
http://sportsmedicine.about.com/od/glossary/g/MuscleEndur_def.htm.
Rania Mohamed Abdallah Ghareeb. (2011). Effect of Muscular Endurance Improvement on
Prolactin and Adreno. Egypt: Department of Health Sciences, Faculty of Physical
Education, Zagazig University.
Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons.
Tenke, Z. &. (1992). Medicine Ball Training: Acomplete book of medicine ball exercise for
coaches of all asports. . Toronto, Canada: Sport Books Publisher.
Thompson, J. (2011). Activities To Improve Muscular Endurance. Retrieved April 5, 2014 , from .
http://www.livestrong.com/article/536109-activities-to-improve-muscularendurance/.

Anda mungkin juga menyukai