Anda di halaman 1dari 6

10 Kebaikan Cukup Tidur Malam

TIPS KESIHATAN
TIPS KESIHATAN LELAKI

Sebagai manusia biasa kita memerlukan tidur yang cukup setiap


malam iaitu antara 7 hingga 9 jam. Kajian menunjukkan bahawa orang
yang tidur kurang dari 6 atau 7 jam semalam berisiko mendapat
banyak penyakit. Dalam kehidupan yang serba canggih ditambah pula
dengan tekanan serta gaya hidup sekarang ini, agak sukar bagi kita
mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Mungkin ini adalah salah
satu sebab banyak sangat orang yang berpenyakit sekarang ini.

Di antara kebaikan cukup tidur ialah:

1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi.
Kurang tidur akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol
yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu,
cukup tidur setiap malam (7 9 jam) adalah diperlukan supaya jantung
lebih sihat. Bagaimana untuk melihat tanda serangan penyakit
jantung?? Tanda serangan penyakit jantung
2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam
adalah berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon
kerana mereka lebih banyak terdedah kepada cahaya lampu pada
waktu malam. Sebenarnya, terdedah kepada cahaya lampu akan
menurunkan paras melatonin dalam darah. Bagaimana jika penyakit
kanser telah menyerang?? Senarai sayur yang mampu melawan
kanser.

Hormon melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk


dan juga berfungsi menentang kanser kerana melatonin berupaya
membantutkan pertumbuhan tumor kanser. Oleh itu, kita digalakkan
tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu) bagi membolehkan
badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya badan akan letih dan stres
yang boleh meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon
stres. Seterusnya, tekanan darah tinggi akan meningkatkan risiko
mendapat serangan sakit jantung dan strok. Hormon stres pula akan
menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidur yang cukup diperlukan oleh
badan bagi mengurangkan stres. Jika anda stres bukan ini dapat
membantu anda.. Tips kurangkan stres
4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses
keradangan dalam badan yang juga merupakan salah satu faktor
penyebab risiko penyakit jantung, kanser dan diabetes. Keradangan
juga mempercepatkan proses penuaan daripada sepatutnya. Proses
penuaan ini yang memnunjukkan rupa paras fizikal kita Nampak lebih
tua daripada usia kita sekrang. Pelbagai cara dan perubatan untuk
mengurangkan proses penuaan ini.

5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih
banyak tenaga, tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar
untuk menjalankan tugas harian. Amat-amat diperlukan oleh badan
untuk melakukan pelbagai tugas pada hari keesoknya pula. Minuman
sunnah juga mampu menyegarkan badan dengan mengamalkan
dengan selalu. Info mengenai Minuman Sunnah

6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa
badan rehat waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala
pengalaman dan peristiwa yang dilalui dan mengaitkannya dengan
perasaan dan ingatan seseorang.
Oleh itu, mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan)
akan menghasilkan daya ingatan yang lebih baik. Betul ke?setiap
malam mimpi ada yang indah mahupun yang seram. Ada juga yang
cakap jika kita tidur dan bermimpi menunjukkan badan kita yang letih
sangat-sangat.

7. Membantu menurunkan berat badan


Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat
menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di
mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam
mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Produk paling laris dan
hangat untuk menurunkan berat badan mahupun mengurangkan
kedutan pada kulit. Firmax 3 adalah jawapanya.

Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak


seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran
hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera
makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang
itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal. Apa akan terjadi
apabila selepas makan terus tidur???Hihihihi

8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif


Tidur sebentar waktu siang, sebaik-baiknya sebelum waktu zohor,
digalakkan dalam Islam bagi mengembalikan tenaga.
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat
keberkesanannya, contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang
dewasa yang tidur sebentar waktu siang beberapa hari seminggu
dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit jantung. Tidur
sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi
kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap
waktu siang seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam. Di
Malaysia jika pekerja tidur seketika waktu bekerja pasti akan di cop
sebagai curi tulang mahupun malas.

9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)


Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin,
sebaliknya kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang
menyebabkan kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan,
pastikan kita cukup tidur selama 7-9 jam setiap malam. Kemurungan
ini boleh menyebabkan pelbagai masalah dari segi pergaulan mahupun
kesihatan sendiri.

10. Membantu memperbaiki sistem badan


Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa-apa kerosakan sel atau
tisu badan yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain
keroskan. Lebih banyak protein dihasilkan semasa tidur dan protein
inilah yang membentuk sel-sel baru bagi menggantikan atau
memperbaiki sel-sel yang rosak. Pelbagai kajian telah dilakukan dan
pelbagai cara di buat untuk memulihkan kesihatan badan. Hanya tidur
sahaja ubat paling mudah untuk badan memulihkan fungsi badan.

Nota Kaki :

10 kebaikkan yang sahabat AM dapat apabila cukup tidur yang


sempurna. Bagaimana nak sempurna tidur??? Tidur yang nyeyak tanpa
sebarang gangguan dan bukan tidur ayamnya. Kesan kuranya tidur
yang sempurna telah AM sendiri alami bukan hari ini sahaja malah dah
cukup lama. Kenapa?? Kurangnya waktu tidur yang sempurna. Itu
sahaja penyebabnya. Semoga perkongsian ini dapat membantu para
sahabat AM untuk sempurna waktu tidur nanti.

GOOGLE FACEBOOK TWITTE

Anda mungkin juga menyukai