Anda di halaman 1dari 2

DI ANTARA KEBAIKAN CUKUP TIDUR IALAH:

1. Jantung sihat
Serangan sakit jantung dan strok biasanya berlaku pada awal pagi. Kurang tidur
akan menaikkan lagi tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca
kepada penyakit jantung dan strok. Oleh itu, cukup tidur setiap malam (7 – 9 jam)
adalah diperlukan supaya jantung lebih sihat.

2. Mencegah kanser
Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau bekerja giliran malam adalah
berisiko tinggi mendapat kanser payudara atau kanser kolon kerana mereka lebih
banyak terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Sebenarnya, terdedah
kepada cahaya lampu akan menurunkan paras melatonin dalam darah. Hormon
melatonin ialah hormon yang menyebabkan kita mengantuk dan juga berfungsi
menentang kanser kerana melatonin be rupaya membantutkan pertumbuhan tumor
kanser. Oleh itu, kita digalakkan tidur malam dalam gelap (tidak memasang lampu)
bagi membolehkan badan kita mengeluarkan jumlah melatonin yang diperlukan.

3. Kurangkan stres
Apabila tidak cukup tidur malam, esoknya ba dan akan letih dan stres yang boleh
meningkatkan tekanan darah dan pengeluaran hormon stres. Seterusnya, tekanan
darah tinggi akan meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan strok.
Hormon stres pula akan menyebabkan sukar tidur. Oleh itu, tidu r yang cukup
diperlukan oleh badan bagi mengurangkan stres.

4. Kurangkan keradangan
Peningkatan paras hormon stres akan meningkatkan proses keradangan dalam
badan yang juga merupakan salah satu faktor penyebab risiko penyakit jantung,
kanser dan diabetes. Keradangan juga mempercepatkan proses penuaan daripada
sepatutnya.

5. Menyegarkan badan
Tidur malam yang cukup membolehkan badan mengumpulkan lebih banyak tenaga,
tidak mengantuk selepas bangun dan sentiasa segar untuk menjalankan tugas
harian.

6. Menguatkan ingatan
Mimpi semasa tidur dapat menguatkan daya ingatan kerana semasa badan rehat
waktu tidur nyenyak, otak pula sibuk memproses segala pengalaman dan peristiwa
yang dilalui dan mengaitkannya dengan perasaan dan ingatan seseorang. Oleh itu,
mendapat tidur yang berkualiti (cukup tidur tanpa gangguan) akan menghasilkan
daya ingatan yang lebih baik.

7. Membantu menurunkan berat badan


Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan
badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang
mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan
berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan
tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon
ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu
kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang
sukar dikawal.

8. Tidur sebentar waktu siang lebih sihat dan produktif


Tidur sebentar waktu siang, sebaik -baiknya sebelum waktu zohor, digalakkan
dalam Islam kerana ini adalah amalan sunnah Rasullulah SAW sejak 1434 tahun
yang lalu, bagi mengembalikan tenaga.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh
memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap)
pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.” (HR
Ibnu Abbas)
Sejak kebelakangan ini beberapa kajian dilakukan bagi melihat keberkesanannya,
contohnya kajian di Greek ke atas 24,000 orang dewa sa yang tidur sebentar waktu
siang beberapa hari seminggu dapat menurunkan risiko mati disebabkan penyakit
jantung. Tidur sekejap waktu siang juga dapat memperbaiki daya ingatan, fungi
kognitif dan mood. Dapatan ini mengesahkan manfaat tidur sekejap waktu siang
seperti yang biasa diamalkan oleh orang Islam.

9. Mengurangkan risiko kemurungan (depresi)


Cukup tidur malam juga menggalakkan pengeluaran hormon serotonin, sebaliknya
kurang tidur akan mengganggu pengeluaran serotonin yang menyebabkan
kemurungan. Oleh itu, bagi mencegah kemurungan, pastikan kita cukup tidur
selama 7-9 jam setiap malam.

10. Membantu memperbaiki sistem badan


Semasa tidurlah badan kita memperbaiki apa -apa kerosakan sel atau tisu badan
yang disebabkan oleh stres, sinaran UV, dan lain-lain keroskan. Lebih banyak
protein dihasilkan semasa tidur dan protein inilah yang membentuk sel -sel baru
bagi menggantikan atau memperbaiki sel -sel yang rosak.

Anda mungkin juga menyukai