Anda di halaman 1dari 2

Tidur merupakan suatu keadaan

dimana badan berehat secara semula jadi. Keadaan ini

dialami semuafauna. Secara saintifik, perkataan tidur (sleep)

didefinisikan sebagai satu

keadaan tubuh dan minda yang lazimnya berulang selama beberapa jam setiap malam di mana
sistem saraf tidak aktif, mata tertutup dan otot-otot postural dalam keadaan santai. Tidur yang
berkualiti menjunjung makna badan mempunyai jangka masa rehat yang secukupnya yang
membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar sepanjang hari.
Tidur yang cukup setiap hari dapat memantapkan kecergasan minda. Fungsi otak
terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi,
banyak terjejas apabila seseorang individu tidak dapat meperolehi tidur yang mencukupi dan
otak akan mengambil masa yang lama untuk pulih yakni kembali ke keadaan sedia ada.
Semasa seseorang tidur, sel-sel di dalam badan individu tersebut melalui proses pemulihan.
Allen Nicholson (Penyelaras klinikal di Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community
Ohio) menjelaskan bahawa semasa tidur, badan seseorang akan mengeluarkan hormon
pertumbuhan (growth hormone) yang fungsinya adalah untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.
Selain itu, penyimpanan maklumat jangka panjang (long-term memory) di dalam otak juga
berlaku semasa tidur. Tidur juga dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Dr. Tom
Mackay, (Pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan,
Edingburgh Royal Infirmary Scotland) menyimpulkan bahawa jangka waktu tidur yang tidak
mencukupi menyebabkan beberapa perubahan kimia di dalam badan dan ini meningkatkan
risiko seseorang menghidap penyakit kencing manis, sakit jantung, strok dan sebagainya.
Keperluan jangka waktu tidur adalah berbeza bagi setiap orang. Orang dewasa
memerlukan 6-8 jam tidur sehari. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih
panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara
4-5 jam sehari.

Ramai yang mempunyai persepsi yang bahawa apabila usia semakin

meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Hakikatnya, bukan usia yang
menentukan keperluan untuk tidur tetapi kemampuan untuk tidur

menurun apabila usia

meningkat. Tanpa menyedari, hampir satu per tiga masa kita masa dalam tempoh kehidupan
seseorang diluangkan untuk tidur. Namun, ada segelintir individu yang menghadapi masalah
gangguan tidur. Jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan Menghadapi pelbagai masalah
yang kronik.

Gangguan tidur (Somnipathy) adalah gangguan perubatan dari pola tidur. Ada beberapa
jenis gangguan tidur yang kronik berpotensi mengganggu fungsi fizikal, mental, sosial dan
emosi

seseorang

individu.

Polysomnography

dan

actigraphy

adalah

ujian

umum

memerintahkan untuk beberapa gangguan tidur. Apabila seseorang mengalami masalah untuk
tidur dan atau tidur tanpa sebab yang jelas, ia disebut sebagai insomnia. Faktor menyebabkan
penyakit insomnia adalah pelbagai. Jet lag adalah salah satu penyebab insomnia. Perubahan
waktu tidur secara tiba-tiba dalam rutin seharian akan menyebabkan masalah gangguan tidur.
Individu terbabii tidak dapat melelapkan mata semasa masa tidur yang tidak lazim. Selain itu,
stres juga adalah antara penyebab yang mengundang penyakit masalah tidur. Situasi yang
membebankan minda dengan pelbagai masalah akan mengakibatkan seseorang untuk tidak
boleh tidur dengan tenang. Rentetan itu, pengeluaran daripada ubat, alcohol, ubat penenag
atau ubat perangsang juga akan menyebabkan masalah gangguan tidur. Disingkap dari punca
jangka waktu panjang atau Long-Term Insomnia kronik, majoriti penyebab insomnia kronik
biasanya dikaitkan dengan keadaan jiwa atau fisiologi.
Insomnia boleh dirawati dengan ubat-ubatan tertentu tetapi keberkesanannya adalah
untuk jangka waktu yang pendek. Justeru, kaedah natural boleh diamalkan untuk mengubati
penyakit ini. Terdapat beberapa kaedah-kaedah natural yang dapat diamalkan untuk
menghindari gangguan tidur antaranya adalah menghindari cahaya semasa tidur kerana
cahaya terang dapat merangsang proses produksi hormon melatonin dan ini akan
menyebabkan kesukaran untuk tidur. Keduanya, senaman dapat membantu mengatasi masa
tidur sekali gus menyihatkan tubuh badan. Selain itu, tabiat merokok dan minum alkohol perlu
dielakkan kerana nikotin dan kafein dapat membantu tubuh semakin terjaga. Pengaturan jadual
tidur yang sesuai juga dapat membantu untuk tidur dengan aman mengikut masa yang
ditetapkan manakala suasana tempat tidur yang nyaman juga dapat merangsang seseorang
untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Rasionalisasinya, Insomnia adalah satu gejala yang disebabkan oleh pelbagai faktor
seperti perubahan emosi,perubahan fisiologi, perubahan rutin seharian dan perubahan
kegunaan ubat-ubatan. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang sesuai
seperti

ubat

perangsang

tidur

dan

sebagainya.

Namun,

menggunakan kaedah natural untuk mengubati penyakit ini.

adalah

digalakkkan

untuk

Anda mungkin juga menyukai