Anda di halaman 1dari 1

Nurul Atiqah Binti Jalani

261291
Tugasan individu (2/12/19)

Penilaian Biopsikososial

Keratan artikel yang telah saya pilih iaitu kes kemalangan Syed Muhammad Daniel.

Berdasarkan artikel yang dipilih, saya telah menggunakan pendekatan biopsikososial bagi

memahami permasalahan yang berlaku di dalam kes ini. Di mana pendekatan ini membantu

saya mendapatkan beberapa maklumat bukan saja dari aspek biologi, psikologi malahan

persekitaran sosialnya juga.

Pendekatan biopsikososial dapat dilihat dari segi biologinya. Klien di dalam kes ini

bernama Yew Wei Liang berumur 41 tahun dan bekerja di bahagian Teknologi dan Maklumat

(IT). Klien mempunyai seorang isteri berumur lewat 30 tahun.

Dari segi psikologi pula, saya dapati klien mempunyai tekanan emosi yang keterlaluan

di mana dia mempunyai masalah untuk mengawal kemarahannya. Dapat dilihat disini, sebelum

berlakunya kemalangan klien telah bergaduh dengan mangsa sehingga menyebabkan klien

mengambil keputusan untuk melanggar mangsa sehingga tersepit diantara penghadang jalan

raya dan kenderaanya. Tambahan pula, kesukaran untuk mengawal kemarahan dalam diri

menyebabkan klien tidak dapat berfikir dengan keadaan waras.

Melalui pendekatan ini, dapat saya lihat daripada segi sosialnya bahawa keadaan

persekitaran yang menyebabkan klien melakukan tindakan tersebut. Di samping itu, keadaan

persekitaran yang terlalu menekan terutamanya daripada pemandu-pemandu yang lain

menyebabkan keadaan diri klien tidak dapat dikawal. Budaya masyarakat yang lebih gemar

merakam video daripada menolong juga menyebabkan klien tidak dapat berfikir dengan waras

sehingga mencetuskan keadaan dan pemikiran untuk membunuh.

Anda mungkin juga menyukai