Anda di halaman 1dari 1

rdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, dapatan kaji selidik menunjukkan

bahawa 14.4 peratus remaja berusia 16 tahun hingga 19 tahun mengalami masalah kesihatan
mental berbanding dengan golongan dewasa yang mencatatkan 11.2 peratus kes. Kajian itu juga
menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 11 peratus golongan muda berusia 16 tahun hingga
24 tahun pernah terfikir untuk membunuh diri.
Peratusan kes daripada hasil kajian tersebut yang secara relatifnya agak tinggi, sudah pasti
membimbangkan kita semua. Hal ini perlu ditangani segera agar jumlah kes tidak terus
meningkat hingga mengundang keadaan yang lebih serius berlaku. Oleh hal yang demikian,
gejala masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja atau pelajar perlu ditangani dari awal.
Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan pada peringkat awal, boleh menjadi parah dan
seterusnya menular kepada masalah mental.
Memang tidak dinafikan bahawa zaman remaja ialah era peralihan dari alam kanak-kanak ke
alam dewasa dan banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif serta emosi berlaku
dalam tempoh ini. Tidak mustahil pada usia ini, remaja sering dikaitkan dengan jiwa yang
cenderung untuk memberontak.
Apatah lagi, alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak
tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana
menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga
terperangkap dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga
dan tahap keyakinan diri yang menurun.
Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya perkara ini turut
berlaku pada kanak-kanak dan remaja, justeru bayi mengalami tekanan juga. Bayi menangis,
mungkin kerana lapar atau kembung perut, merupakan isyarat bahawa mereka mengalami
tekanan. Cuma punca dan tahap tekanan mereka berbeza daripada orang dewasa dan remaja.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan
mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya
terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan
masalah tekanan emosinya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan Siswa April 2012

Anda mungkin juga menyukai