Anda di halaman 1dari 5

PENDAHULUAN :

Stress merupakan satu keadaan tegang yang menyebabkan sistem tubuh


badan badan berada dalam keadaan yang tidak stabil serta perasaan risau terhadap
sesuatu perkara. Ia juga merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap satu situasi
yang boleh dianggap sebagai berbahaya. Reaksi ini adalah untuk menentang atau
melarikan diri daripada kebingungan atau perasaan tergugat. Stress adalah sesuatu
yang mendorong dan menambah tingkat kewaspadaan manusia. Kehidupan tanpa
dorongan hambar dan bosan. Kehidupan yang mengalami terlalu banyak stress yang
serius boleh mengangggu kehidupan seharian manusia sehingga menyebabkan satu
tindakan di luar jangkaan berlaku kepada manusia itu secara semulajadi.
Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak
sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami
stress/tekanan. Setiap hari manusia mungkin akan mengalami di antara 50 hingga ke
200 kali situasi-situasi yang menyebabkan mereka berada di dalam keadaan cemas.
Para penyelidik mendapati

bahawa apabila kita berhadapan dengan situasi yang

menimbulkan stress, badan kita akan menyediakan respons fight-or-flight dan


keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit manakala badan
kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi
sekiranya keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi
badan kita untuk kembali kepada tahap normal.
Kehidupan dengan terlalu banyak dorongan atau yang terlalu tertekan dan
mengalami stress ini boleh membawa kepada ketidakselesaan dan memenatkan
serta perasaan yang bercelaru yang disebabkan oleh ketidakpuasan hati, tekanan
serta bebanan kerja dan hidup, mungkin kesudahannya menghancurkan kesihatan
yang boleh mengakibatkan terundangnya pelbagai risiko penyakit . Oleh yang
demikian, kita perlu mengetahui stress untuk :
Membantu diri dalam mengenalpasti stress sama ada stress yang dapat

membantu diri atau stress yang menganggu kehidupan.


Jika memberi risiko buruk kepada diri, tindakan awal dapat diambil.
Dapat mengambil tindakan mengawal stress.
Sebagai motivasi serta untuk meningkatkan diri.
Kita perlu mengetahui antara simptom-simptom

stress kepada Manusia.

Simpton stress kepada manusia ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu simptom
jangka pendek dan simptom jangka panjang. Contoh-contoh simptomnya adalah
seperti berikut :

A. Simptom Fizikal Jangka Pendek


Degupan jantung cepat
Terasa mual
Cirit birit
Terasa sejuk pada kulit
Sejuk badan dan kaki
Pernafasan cepat
Tegang otot dan tangan
Mulut kering
Kerap mahu membuang air kecil
B . Simptom Fizikal Jangka Panjang
Berubah selera makan
Kerap sejuk
Kesakitan seperti asma, sakit belakang, sakit kepala, masalah penghadaman,
Masalah seksual, merasakan tekanan dan cepat penat.
Pelajar Malaysia alami tahap stress yang tinggi. Itu adalah cebisan artikel
yang dipetik dari sumber-sumber yang telah membuat kajian tentang kadar stress di
kalangan pelajar di Malaysia. Hasil kajian Kementerian Kesihatan yang diumumkan
mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi. Banyak sebab
yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama
sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya. Apa yang penting ialah
melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres, (Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai).
Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani
Stress Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stress,
keresahan dan kemurungan. Kajian mendapati, daripada 6,540 orang murid yang
telah disaring, 17.1% daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk,
5.2% kemurungan yang teruk dan 4.8% stress yang teruk. Daripada jumlah semua
pelajar yang disaring itu juga seramai 2,345 iaitu 36% daparipadanya adalah
muriyang telah mengikuti intervensi latihan kemahiran.
Antara punca-punca stress di kalangan pelajar adalah :
1. Masa yang panjang .
Anak-anak sekarang perlu bangun lebih awal kerana sekolah bermula jam 7.20
pagi dan pulang pada jam 1.40 petang setiap hari. Mereka turut perlu berada di sekolah

agama bermula jam 3.30 petang dan pulang ke rumah pada jam 6.30 petang. Senggang
masa yang kecil menyebabkan anak-anak ini kurang mendapat rehat yang sepenuhnya
menyebabkan keletihan dan mudah penat untuk meneruskan sessi pembelajarn
seterusnya. Rutin sebegini di ulangi setiap hari sehingga anak-anak yang agak lemah ini
akan mula memberontak, mudah marah dan penat untuk menjalankan aktiviti masingmasing. Sementelahan pula, adakalanya pada waktu malam, mereka perlu menghadiri
tiusyen atau kelas malam yang dianjurkan oleh sekolah dan Persatuan Ibubapa dan
Guru (PIBG) atau tiusyen berbayar bagi membantu peningkatan akademik di kalangan
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR. Dalam masa yang
sama, mereka turut perlu menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh guru-guru sebagai
kerjarumah.
2. Harapan yang tinggi daripada ibu bapa dan guru.
Anak-anak zaman sekarang dilihat perlu menjalankan kehidupan mereka atas
dasar pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan terutamanya anak-anak di tahun
enam. Pertamanya mereka perlu belajar bagi mendapatkan keputusan yang baik bagi
memenuhi harapan dan hasrat ibubapa dan guru serta sekolah. Anak-anak ini dibebani
dengan pelbagai ujian dan peperiksaan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang
cemerlang.
Keduanya, tekanan bagi pelajar yang pandai pula adalah untuk menempatkan
diri mereka di sekolah-sekolah terbaik seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang
hanya akan menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang sebagai
memenuhi syarat kemasukan. Ketiganya adalah tekanan dari guru-guru turut ke atas
anak-anak ini untuk mencapai sasaran sekolah dan memenuhi tanda aras yang
diletakkan oleh Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan juga Jabatan Pelajaran
Negeri (JPN) masing-masing.
Keputusan peperiksaan anak-anak ini diletakkan sebagai penanda aras kejayaan
sekolah dan dengan itu pelbagai aktiviti dijalankan baik dari pihak sekolah ,PPD dan
JPN bagi memastikan pemerolehan keputusan peperiksaan yang baik bagi menyaingi
atau mendahului sekolah, daerah dan negeri-negeri lain. Keberkesanan pembelajaran di
peringkat sekolah diukur dengan ketinggian peratus kelulusan dan kerendahan Gred
Purata Sekolah (GPS) sekolah masing-masing..

3. Tekanan daripada rakan sebaya


Stress yang seterusnya adalah datangnya dari rakan sebaya. Adakalanya anakanak ini merasa terpinggir disebabkan oleh tingkahlaku serta kepintaran rakan-rakan
mereka yang menyebabkan hilangnya keyakinan terhadap diri sendiri. Anak-anak ini
akan turut merasa rendah diri apabila berada di kalangan rakan-rakan yang dianggap
sebagai pelajar pintar, pandai dan cerdik ini. Keadaan ini turut menuntun anak-anak
untuk merasa tekanan hadir dalam diri mereka dan seterusnya menjadi tekanan bagi
anak-anak ini untuk meneruskan pembelajaran dan menyebabkan mereka hilang
keyakinan diri.
4. Keretakan rumahtangga
Tekanan paling ketara di kalangan anak-anak ini berlaku akibat pergolakan
dan keretakan rumahtangga. Anak-anak ini merasa sedikit sebanyak impak dari
keretakan rumahtangga ibubapa apatah lagi dengan usia sekecil ini yang
memerlukan kasihsayang dan perhatian kedua ibubapaterpaksa memilih seorang
antara keduanya. Keadaan ini menggugat dan merobek hati anak-anak ini apatah
lagi apabila persoalan kewangan dan bebanan keluarga ditanggung oleh satu pihak
ibu tanpa bantuan dari pihak ayah. Apatah lagi sekiranya segala kekusutan dan
masalah diluahkan di hadapan anak-anak. Keadaan ini mengganggu emosi anakanak yang akhirnya menimbulkan satu masalah stress di kalangan anak-anak.
Kajian Kes stress di kalangan pelajar.
Kajian berkaitan punca-punca stress di kalangan pelajar telah dilakukan di
Sekolah Kebangsaan Seri Puteri, Batu Pahat. Kajian dijalankan ke atas 10 orang
responden yang terdiri daripada pelajar pelbagai aliran setelah mengadakan
perbincangan dengan guru kaunseling sekolah tersebut. Pemilihan tersebut adalah
menggunakan beberapa kriteria responden yang terlibat. Antara kriteria yang dipilih
adalah :

Tahap penguasaan pembelajaran.


Murid bermasalah - keluarga.
Murid bermasalah disiplin.
Tahap keyakinan terhadap diri yang rendah.

Skrip perbualan bersama pelajar: ( Rakaman yang dijalankan terdapat didalam


lampiran )

Pelajar 1
Guru

Sila perkenalkan diri kamu ?

Pelajar

Nama saya Amyra Damia Binti Saiful. Berusia 12 tahun. Bersekolah di


SK Seri Puteri ,Batu Pahat.

Guru

Terima kasih, Amyra.

Guru

Cikgu dah terangkan sebentar tadi tentang tujuan kita bertemu. Cikgu
Kerjasama Amyra untuk menerangkan lebih lagi berkaitan dengan
Keluarga Amyra.

Anda mungkin juga menyukai