Anda di halaman 1dari 27

KURSUS PEMBINAAN &

PEMANTAPAN JATI DIRI


(FX0111)

PENGURUSAN
STRES
PROGRAM ASASI SAINS HAYAT 1
SESI 2015/16

NAMA PENSYARAH
ZAINOL ABIDIN BIN KASIM

SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN


BI
L

NO KAD
PENGENALAN

NAMA

NURUL IZZATIE BINTI MOHAMAD

ANIS NADHIRAH BINTI AYOB

SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD


SYAHAR

NUR HIDAYAH BINTI JAAFAR

NURDINI AMANI BINTI KAMARUDDIN

NUR ALIAH@MASRIYAH BINTI


HASSAN BASRI

NURUL SAKINAH BINTI MOHAMAD


SABRI

NUR HASANAH BINTI SAHE

ISI KANDUNGAN

NO
MATRIKS

BI
L

PERKARA

Pengenalan

Objektif

HALAMAN
3-4
5

Faktor- Faktor Stress


i.
3

TIdak Cekap Mengurus

Masa
ii.
Harapan Tinggi Keluarga
iii.
Tekanan Rakan Sebaya
iv.
Konflik Dalaman
Sindrom dan Kesan Stress
i.

Kemerosotan Prestasi

ii.
iii.
iv.

Pelajaran
Kesihatan Terjejas
Emosi Terganggu
Perubahan Tingkah Laku

67

8 10

Langkah Menangani Stress

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Beristirahat
Berkongsi Masalah
Beriadah
Beribadah
Bersiar-siar
Melakukan Hobi

11 15

Soal Selidik dan Kajian

16 22

Kesimpulan dan Saranan

23

Lampiran

24

Rujukan

25

1.0 PENGENALAN
Apa itu stress? Stress ialah satu bentuk ketegangan yang mempengaruhi
jasmani, rohani, emosi atau mental seseorang. Bentuk ketegangan ini
akan mempengaruhi kemampuan seseorang untuk menghadapi keadaan

persekitarannya. Sumber stress disebut sebagai stressor dan ketegangan


yang belaku akibat stress, dikenali sebagai strain.
Stress menurut endokrinologis terkenal Austria, Jnos
Hugo Bruno "Hans" Selye, CC. di dalam Stress In
Health And Disease (1976) ialah tindak balas tubuh
yang bersifat tidak spesifik terhadap setiap
rangsangan atau keperluan badan.
Berdasarkan pengertian tersebut dapat dikatakan
bahawa apabila seseorang tidak mampu menanggung
beban yang dihadapi, maka tubuh akan bertindak balas dalam bentuk
seseorang itu mengalami stress.
Manakala menurut pakar motivasi terkenal Amerika,
Tony Robbins di dalam Unleash the Power Within:
Personal Coaching to Transform Your Life (2001), stress
juga bererti suatu kondisi yang menekan keadaan
psikologi seseorang untuk mencapai suatu yang
diimpikan dimana untuk mencapai keinginan tersebut
terdapat banyak batasan yang menghalang.
Berdasarkan semua pengertian stress

di

atas, maka kita dapat simpulkan


bahawa stress itu merupakan
suatu keadaan yang
mempengaruhi keadaan fizikal
atau mental seseorang akibat tindak

balas

yang berlaku dalam tubuhnya apabila menghadapi tekanan dari dalam


ataupun luar dirinya.
Hal ini dapat dikaitkan dengan situasi yang dihadapi oleh pelajar Pusat
Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) sekarang. Jadual pelajaran yang
padat, masa yang terhad dan persekitaran baru menyebabkan majoriti

pelajar PASUM mengalami stress. Walau bagaimanapun, penerimaan


seseorang terhadap stress dan cara untuk menanganinya adalah berbezabeza.
Perkara yang menimbulkan
stress pada seseorang, tidak
mustahil dianggap sebagai
perkara biasa oleh orang lain.
Stress yang dihadapi tidak
semestinya akan mendatangkan
kesan negative sahaja terhadap
Peperiksaan dan ujian merupakan salah
satu punca stress dalam kalangan pelajar

seseorang. Stress juga boleh


membawa kebaikan kepada

seseorang.
Oleh itu, seseorang harus belajar mengendalikan sesuatu perkara agar
tidak mudah mengalami stress dan bijak mengurus stress tersebut agar
dapat menukar kesan daripada stress tersebut kepada kesan yang positif.
Tegasnya, stress jika tidak diuruskan dengan betul akan menjejaskan
produktiviti seharian, kesihatan dan kehidupan seseorang.

Pelajar perlu bijak


menguruskan stress

2.0 OBJEKTIF
a) Melengkapkan pemahaman tentang definisi stress yang sebenar
dan kesannya terhadap seseorang.
b) Mengenal pasti faktor faktor yang menyebabkan stress dalam
kalangan pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).
c) Menyelidik langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani
masalah yang timbul akibat stress.
d) Mengkaji inisiatif-inisiatif yang sering digunakan oleh pelajar
PASUM untuk meghilangkan stress
e) Menjelaskan kesan-kesan yang dialami pelajar PASUM apabila
menghadapi stress dalam kehidupan seharian
f) Menerapkan nilai-nilai yang baik seperti bekerjasama dan
bertoleransi sesama ahli kumpulan semasa menyiapkan tugasan.

3.0 FAKTOR FAKTOR STRESS


Pastikan kita tahu kenapa kita menjadi stress supaya kita dapat mencari
jalan keluar ataupun mengelak daripadanya. Jika kita perasan yang kita
akan tertekan pada sesetengah waktu ataupun seseorang, cuba elakkan
daripada berjumpa dengannya. Sekiranya kita sudah mengetahui apa
yang menyebabkan kita stress, sebaik baiknya kita bersiap sedia dengan
segala kemungkinan yang akan berlaku. Berikut adalah antara penyebab
utama stress dalam kalangan pelajar PASUM:
a) Pengurusan Masa Yang Tidak Cekap
Secara ringkas, teknik pengurusan masa merujuk kepada cara
menguruskan masa agar kita dapat mencapai matlamat dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Dengan Teknik pengurusan masa yang berkesan, kita
akan dapat mencapai banyak perkara dalam masa yang singkat.
Kebanyakan pelajar merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat
menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik.Kemahiran
pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, kita akan habiskan
masa kita dengan aktiviti-aktiviti yang menghalang diri kita daripada
mencapai matlamat dalam melakukan sesuatu. Terdapat beberapa
masalah yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar disebabkannya.seperti
stress apabila melihat orang lain lebih Berjaya daripada kita.
b) Harapan Yang Tinggi Daripada Keluarga
Harapan yang tinggi daripada ibubapa menyebabkan seseorang itu
terpaksa bekerja keras untuk memenuhinya kerana merasakan ia
tanggungjawab besar yang harus dipikul memandangkan mereka telah
bersusah-payah membesarkan kita.Perkara ini telah mewujudkan
perasaan gelisah dan sedih apabila individu tersebut merasakn dia tidak
mampu mencapai harapan yang diberikan kepadanya.Ini akan membawa
kepada tekanan yang disebabkan perasaan ingin berusaha lebih gigih
untuk mencapai kejayaan yang diharapkan oleh keluarga.Perkara ini

boleh menyebabkan kesan positif atau negatif terhadap individu tersebu


bergantung kepada cara mereka menanganinya.
c) Tekanan Daripada Rakan Sebaya
Manusia hidup secara berkomuniti. Justeru hubungan sentiasa terjalin
antara orang sekeliling kita terutamanya hubungan dengan rakan sebaya
bagi individu yang masih belajar di tempat pengajian meraka. Dalam
hubungan ini selalunya berlakulah perasaan ingin membuat rakan kagum
dengan diri. Perkara ini akan membuatkan individu tersebut berasa
tertekan apabila mereka ingin berbuat sedemikian. Apabila hubungan
negatif berlaku dengan orang lain terutamanya untuk individu yang
kurang berkeyakinan diri, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada
stress. Mereka ingin melakukan sesuatu yang berada diluar kemampuan
mereka justeru mereka akan berasa leti daripada segi mental dan fizikal.
d) Konflik Dalaman
Seseorang individu sudah pasti akan mempunyai konflik dalaman.
Sebagai contoh, kognitif yang bermaksud pemikiran yang wujud dalam
diri manusia. Tekanan berlaku disebabkan kognitif atau banyak berfikir
perkara-perkara yang negatif seperti merasakan dirinya lemah, tidak
mempunyai bakat dan potensi. Stress akan mudah datang kepada
manusia seperti ini. Seseorang itu sudah pasti mempunyai cita-cita dan
impian yang tersendiri.
Impian atau cita-cita ini selalunya akan menjadi kenyataan apabila
manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi
masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian
tersebut. Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita,
atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikit pun tidak berusaha ke
arah itu, malah kita masih dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan,
membuang masa dan sebagainya.

Konfik dalaman ialah


pertempuran yang berlaku
dalam minda kita
4.0 SINDROM DAN KESAN STRESS
Selagi bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai
pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan sehari-hari. Pendek
kata, dalam kehidupan moden yang serba mencabar ini, stress menjadi
makanan dan pakaian kita. Suka atau tidak, tiada satu hari pun yang
berlalu tanpa perlu berdepan dengan situasi yang boleh mencetuskan
stres.
a) Kemerosotan Dalam Prestasi Pelajaran
Banyak kajian yang menyatakan tekanan atau stress mempunyai
hubungan yang kuat dalam mempengaruhi prestasi pencapaian akademik
pelajar. Kebanyakan kajian menunjukkan tahap stress yang tinggi akan
meninggalkan kesan yang negatif ke atas proses pembelajaran seseorang
berbanding dengan kesan positif. Ini kerana sebagai seorang pelajar,
mereka terpaksa melaksanakan tugasan yang sentiasa ada tidak kira
masa sehingga sanggup berjaga malam untuk menyiapkan sesuatu
tugasan.Hal ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap stress
pelajar terhadap pembelajaran.
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terlalu memikirkan masalah yang
menimpa tanpa bertindak dengan sewajarnya. Oleh kerana tidak dapat
mengawal stres dengan baik, berkemungkinan pelajar akan sentiasa
berada dalam keadaan berdebar dan serabut. Disebabkan stres yang

sering dialami, menyebabkan pelajar merasa putus harapan untuk


meneruskan pengajian dan hilang minat belajar.Keadaan ini secara
langsungnya akan memberi impak negatif terhadap prestasi pembelajaran
pelajar itu sendiri.
b) Kesihatan Terjejas
Stress yang dialami oleh pelajar PASUM memberi kesan terhadap
kesihatan mereka. mereka yang mengalami tekanan mudah merasa sakit
kepala, sakit pada bahagian belakang badan, merasa kurang sihat, cepat
berpeluh dan mempunyai kadar denyutan jantung yang laju dimana boleh
memberi kesan terhadap negatif individu itu sendiri. Selain itu, seseorang
akan berasa tidak begitu sihat dan mengalami masalah tidur iaitu
insomnia yang merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan
seseorang itu mengalami masalah sukar untuk tidur. Indivitu terbabit akan
hilang fokus dalam kelas kerana tidak cukup tidur. Individu yang kurang
sihat sering kali mengalami cirit birit dan rasa kering pada bahagian tekak
dan mulut dan gangguan kesihatan.
Sementara itu, seseorang yang mengalami stress akan menjadi lemah
terhadap sistem imun dalam badan mereka di mana peningkatan hormon
adrenalin boleh menjejaskan fungsi leukosit. Kesihatan yang terjejas
menyebabkan gangguan kognitif iaitu melumpuhkan konsentrasi dan
melemahkan daya ingatan seseorang. Konsentrasi mereka dalam
pelajaran menjadi lemah. Hal ini menyebabkan mereka tidak memahami
apa-apa yang diajar oleh pensyarah. Dalam pada itu, mereka juga sukar
menghafal kerana hilang tumpuan. Perkara ini berlaku kerana kesihatan
mereka yang terjejas disebabkan oleh tekanan dalam pelajaran. Bukan itu
sahaja, mereka yang menghadapi masalah kesihatan ini juga akan
mengalami masalah dalam menyiapkan tugasan mereka.
Jika stress berlarutan, tenaga dalam badan akan kehabisan menyebabkan
mangsa menjadi lesu dan tidak mampu melakukan tugas seharian dengan
baik.
c) Emosi Terganggu

Selain itu, stress memberi kesan terhadap emosi seseorang. Emosi


seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa
menghantuinya. Contohnya, mereka berasa risau dengan usaha yang
telah mereka lakukan. Mereka tidak yakin terhadap apa yang telah
mereka lakukan menyebabkan mereka berputus asa. Individu yang
mengalami masalah emosi akan mengalami perubahan sikap daripada
seorang yang sabar kepada cepat marah. Seseorang yang mengalami
stress akan sukar ditegur kerana wajahnya yang murung menyebabkan
orang di sekelilingnya takut terhadapnya. Malah, mereka yang stress juga
sentiasa mengeluh. Mereka akan mengeluh kerana terlalu banyak tugasan
yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat. Kadang-kadang,
seseorang yang mengalami masalah emosi itu juga menunjukkan
perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Emosi yang tidak
terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitif, murung, sukar
tidur dan hilang selera makan.
Seseorang yang dalam keadaan emosi terganggu menjadi tidak selesa
dalam banyak perkara contohnya dalam pergaulan dan persekitaran
belajar. Dalam kehidupan seharian pelajar pusat asasi sains Universiti
Malaya, kami terdedah kepada pelbagai bentuk tekanan yang
menyebabkan emosi terganggu. Melalui aspek emosi juga, seseorang
individu itu akan mudah merasa bimbang dengan setiap keadaan yang
dilalui. Individu itu takut akan sesuatu yang dilihat boleh menjejaskan
keselamatan dirinya dan boleh memudaratkan dirinya. Individu ini
menjadi seorang yang mudah terasa dengan orang lain, moody dan dingin
dengan rakan keliling. Individu ini juga dilihat tidak mampu mengawal
perasaan apabila berada dalam keadaan tekanan yang sekaligus boleh
mengundang trauma kepada individu terbabit. Individu yang mengalami
tekanan perasaan ini kurang untuk bergaul dengan masyarakat keliling
dan sentiasa memikirkan perkara-perkara yang negatif.
d) Perubahan Tingkah Laku
Apakah perkaitan antara stres dan tingkah laku pelajar? Pelajar yang tidak
berupaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya terutamanya

ibu bapa akan mewujudkan masalah emosi seperti murung, sedih, resah
dan gelisah serta masalah tingkah laku seperti ponteng kuliah, tidak
menyiapkan tugasan yang diberi, dan terlibat dalam jenayah. Gejala
stress berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh pelajar. Kesannya juga
berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Pelajar akan
menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkaraperkara yang di luar batasan usia mereka. Bagi seseorang pelajar mereka
boleh mengalami:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

rasa marah dan kecewa, keras kepala atau degil


sering risau tentang masa hadapan
kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang
dewasa.
tidak mampu untuk membuat keputusan
lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang, sukar
tidur
berfikiran negatif serta mudah putus asa
merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk
mencederakan diri sendiri

Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku


aggresif atau depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang
menentang orang lain atau pun tingkah laku yang berisiko tinggi seperti
membuli, berbohong, memusnahkan harta benda, mengambil dadah,
mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti
mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.

5.0 Langkah-Langkah Menangani Stress


Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal.
Oleh yang demikian untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui
kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress dengan berkesan. Oleh
yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa

perkara yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan
baik. Jika ia tidak diurus diragui kita akan mengalami perkara-perkara
yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara yang perlu diketahui
adalah seperti berikut:
a) Beristirahat
Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan bertenang dan
berehat. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta
merta, ia memerlukan masa. Setiap kali anda merasakan tekanan ataupun
tekanan, cuba hirup udara dan hembus, beberapa kali. Ulang sehingga
rasa tekanan tersebut hilang. Antara cara
lain yang boleh dipraktikkan untuk
merehatkan minda dan badan ialah:
i.

Mendengar Muzik Tidak dinafikan


bahawa sesetengah muzik boleh
memberikan ketenangan kepada
kita. Cuba untuk mendengar muzik
instrumen ataupun muzik akustik
berbanding dengan muzik yang sedang trending dalam radio. Hal ini
kerana kebanyakan muzik pada zaman sekarang akan
menyebabkan stress kita lebih teruk.

ii.

Muzik boleh menenangkan


minda
Tidur membantu kita untuk melupakan masalah yang
menyebabkan stress dan membantu otak dan badan kita untuk
berehat. Setelah mendapatkan tidur yang cukup, minda kita akan
berasa lebih segar dan membantu kita untuk berfikir dengan baik
bagi mengatasi masalah. Kajian menunjukkkan seseorang individu
yang tidak mendapatkan tidur yang cukup mempunyai
kemungkinan yang besar untuk menghadapi depresi. Akibatnya,
badan dan minda mereka menjadi letih sehingga tiidak mampu
untuk berfikir dengan elok dan boleh menyebabkan kes bunuh diri
akibat stress melampau.

Namun begitu, mereka yang tidur lebih lama akan mengeluarkan


hormon stress yang tinggi dikenali sebagai kortikosteron sehingga
mengganggu pembiakan sel di otak orang dewasa.
iii.

Mandi Masukkan mandian yang wangi ataupun aromaterapi ke


dalam tub mandi kita. Sekiranya tidak memiliki tub mandi, kita
boleh menggunakan sabun yang mempunyai wangi-wangian yang
kita rasa boleh memberikan ketenangan ketika mandi.

iv.

Urutan Badan Memanjakan diri di spa atau di kedai urut dapat


melancarkan peredaran darah dan merehatkan tubuh badan
disebabkan tekanan di tempat kerja atau tempat belajar. Sama ada
kita mendapatkan urutan daripada seseorang yang pakar ataupun
seseorang yang kita sayang, ia boleh memberikan kesan yang baik
kepada kita. Jika tidak ada seseorang di sisi untuk mengurut kita,
kita boleh menggunakan kerusi urut seperti Ogawa dan lain-lain.
Oleh itu, urutan badan amat penting untuk menenangkan diri
daripada stress yang dihadapi buat seketika kerana dalam tempoh
masa yang singkat, kita dapat membuat keputusan yang betul
apabila badan dan otak kembali cergas.

b) Berkongsi Masalah
Mengatasi stress adalah salah satu bentuk pemikiran yang positif bagi
mengelakkan kemudaratan kepada diri sendiri. Salah satu cara mengatasi
stress ialah berkongsi masalah dengan rakan. Hal ini demikian kerana
bebanan yang diberikan tidak boleh diselesaikan secara bersendirian. Ini
adalah satu cara yang berkesan mengatasi masalah stress. Jangan
menyembunyikan tekanan anda, sebaliknya dapatkan ahli keluarga
ataupun kawan untuk berkongsi masalah.
Sekiranya mereka sayangkan anda, mereka pasti akan menolong anda
tidak kira bagaimana pun situasi anda. Mereka boleh memberikan
bantuan tidak kira apa pun. Anda cuma perlu mengadu dan memberitahu
1

mereka semuanya. Dapatkan nasihat yang positif dan tinggalkan apa


yang negatif. Ambil yang jernih buang yang keruh. Dikelilingi orang yang
rapat dan sayangkan anda boleh membantu hilangkan stress, bahkan
boleh mencegah anda daripada stress! Oleh itu, penyelesaian atau
pendapat daripada rakan amat diperlukan bagi mengurangkan bebanan
selain daripada menyelesaikan masalah yang dihadapi.
c) Beriadah
Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Aktiviti
rekreasi dan riadah boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang
dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran
merupakan elemen yang penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam
kehidupan seharian kita. Dengan bersukan badan menjadi sihat. Fizikal
menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Hal ini demikian
kerana apabila kita beriadah, kadar lemak
yang terkumpul di dalam badan manusia
boleh dikurangkan. Jantung juga dapat
mengepam darah dengan lancar. Secara
tidak langsung, pelbagai penyakit seperti
penyakit jantung, kencing manis dan darah
tinggi dapat dihindarkan
secara total. Contoh

aktiviti

riadah dan rekreasi yang

dapat

dilakukan pada waktu

senggang:

a. Berjoging
b. Senamrobik
c. Berkaya
Apabila kita beriadah kita menjadi lebih segar dan tenteram. Beriadah
bersama rakan-rakan kita selalunya membuatkan kita merasa gembira
dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.

Aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi


pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.
Bayangkan jika individu terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5
hari, bukankah mereka akan mula mengalami tertekan? Kepenatan,
keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan menyebabkan mereka
menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah marah, letih, lesu
dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan prestasi
mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami
kemerosotan dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat
teguran daripada pihak atasan, dilucutkan jawatan dan sebagainya.
d) Beribadah
Mengingati Tuhan juga

adalah merupakan salah satu cara


untuk mengatasi stress. Hanya
Tuhan sahaja yang punya kuasa
untuk menentukan takdir hidup
manusia. Namun sebagai
manusia kita seharusnya
berusaha untuk menghadapi segala
ujian yang mendatang dengan
kental. Jadilah seteguh karang. Nun

jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya


sekental gunung di daratan. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan kita
harus berfikir secara positif bahawa kita diuji kerana Tuhan sayangkan kita
dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya. Kita juga harus berfikiran
positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk
kita meningkatkan kualiti kehidupan.
e) Bersiar-siar
Kedengaran memang mudah dan remeh, tapi sebenarnya ia berkesan
utntuk hilangkan stress di kampus. Ajaklah kawan kita bersiar-siar di
taman dalam kampus atau taman terdekat di luar sana. Berbual dengan
rakan rakan sambil menikmati minuman kegemaran atau makan aiskrim

dan melihat rimbunan pokok hijau di sekeliling. Pemandangan tasik Varsiti


yang mendamaikan juga mungkin boleh menenangkan minda kita yang
sedang tertekan.

f) MelakukanPelajar
Hobi PASUM boleh pergi ke Tasik Varsiti untuk
menghilangkan stress

Stress juga boleh diatasi dengan melakukan perkara yang anda suka,
tidak kiralah perkara itu merupakan satu hobi, sukan, ataupun apa-apa.
Melakukan perkara yang disukai merupakan cara yang efektif untuk
menghiburkan kita. Apa yang penting adalah kita merasa gembira dan
tenang jika melakukannya. Selain itu, kita juga boleh mencuba sesuatu
yang baharu, seperti menunggang kuda, memancing, memanah dan
sebagainya. Mempelajari sesuatu yang baharu boleh menghindari fikiran
kita daripada masalah dan stress.
Sekiranya kita terlalu sibuk belajar atau mengulangkaji sehingga tidak
mempunyai masa untuk melakukan hobi dan bersukan, kita boleh cuba
memberikan masa untuk kita berehat. Ambillah masa sekitar 10 minit
untuk menghilangkan rasa letih dan tekanan semasa belajar. Gunakan
masa tersebut dengan berbual dengan rakan, minum kopi ataupun
menonton video lawak kucing di Youtube. Insya-Allah, kita dapat
melupakan beban yang ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk
meneruskan kehidupan. Oleh itu, kita wajarlah melakukan perkara yang
kita suka dalam kehidupan untuk mengurangkan tekanan yang dialami.

6.0 SOAL SELIDIK DAN KAJIAN


6.1 CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

BORANG KAJI SELIDIK


KERJA KURSUS PEMBINAAN DAN PEMANTAPAN JATI DIRI (FXO111)
Makluman Kepada Responden
Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus Pembinaan
dan Pemantapan Jati Diri. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji aspek
stress dalam kalangan pelajar Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Segala
maklumat peribadi yang diberi akan dirahsiakan dan data penyelidikan
hanya akan digunakan bagi tujuan kajian sahaja.
Nama
No Matrik
No Kad Pengenalan :

Sila tandakan ( / ) pada kotak yang berkenaan


1. Pernahkah anda mengalami stress?
Ya
Tidak
2. Apakah faktor yang menyebabkan anda mengalami stress?
Pengurusan masa yang tidak cekap
Harapan yang tinggi daripada ibu bapa
Tekanan daripada rakan sebaya
Konflik dalaman
Lain-lain ( Sila nyatakan sekiranya ada ) :
3. Apakah kesan yang anda sering alami akibat stress?
Masalah kesihatan seperti sakit kepala
Masalah emosi seperti kemurungan
Kemerosotan dalam pelajaran
Perubahan drastik dalam tingkah laku
Lain-lain ( Sila nyatakan sekiranya ada ) :
4. Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan kadar stress
yang anda alami?
Berkongsi masalah dengan rakan
Keluar bersama rakan atau keluarga
Mendengar muzik
Melakukan ibadah-ibadah sunat
Beriadah
Melakukan aktiviti yang digemari (hobi)
Lain-lain ( Sila nyatakan sekiranya ada ) :

Terima Kasih atas Kerjasama Anda

6.2 HASIL SOAL SELIDIK


Soal selidik ini dijalankan terhadap 50 orang pelajar Pusat Asasi Sains
Universiti Malaya (PASUM) secara rawak. Kesemua responden telah
memberi maklum balas masing-masing melalui borang soal selidik yang
telah kami berikan berkenaan aspek stress yang mereka alami.
Berdasarkan soal selidik ini, kami telah mendapat data-data seperti
berikut.

Faktor Faktor Stress


Bi
l.

Faktor

Jumlah Responden

1.

Pengurusan Masa Yang Tidak Cekap

31

2.

Harapan Yang Tinggi Daripada Ibu Bapa

3.

Tekanan Daripada Rakan Sebaya

4.

Konflik Dalaman

5.

Lain-Lain

Jumlah Keseluruhan

50

Kesan Kesan Stress


Bi
l.

Kesan

Jumlah Responden

1.

Masalah Kesihatan Seperti Sakit Kepala

11

2.

Masalah Emosi Seperti Kemurungan

3.

Kemerosotan Dalam Pelajaran

25

4.

Perubahan Drastik Dalam Tingkah Laku

5.

Lain-Lain

Jumlah Keseluruhan

50

Cara Cara Mengurangkan Stress


Bil
.

Cara

Jumlah Responden

1.

Berkongsi Masalah Dengan Rakan

10

2.

Keluar Bersama Rakan Atau Keluarga

3.

Mendengar Muzik

12

4.

Melakukan Ibadah-Ibadah Sunat

5.

Beriadah

6.

Melakukan Aktiviti Yang Digemari (Hobi)

7.

Lain-Lain

Jumlah Keseluruhan

50

6.3 INTERPRETASI DATA

Faktor Faktor Stress

Faktor Stress
Pengurusan masa
yang tidak cekap
6% 4%
10%
18%

62%

Tekanan daripada
rakan sebaya
Lain-lain

Harapan yang
tinggi daripada
ibu bapa
Konflik dalaman

kesan stress

6%

12% 22%
10%

50%

Masalah
kesihatan seperti
sakit kepala
Kemerosotan
dalam pelajaran

Masalah emosi
seperti
kemurungan
Perubahan
drastik dalam
tingkah laku

Lain-lain

Kesa
n Kesan Stress

Berk
K
Beri
Me
Laine lua
nden
l
akuk
a
o
lai
dah
r
ngs
nan
gar
i

Cara M engurangk
a n Ka
dar
Str
ess
ma
be
mu
i
akt
b ada
rs
iv
sik
z
a
it
hl
ma
ah
i yan
g
20% 12%

Cara Cara Mengurangkan


Kadar Stress
18% 10% 2%
14% 24%

de
rakan
i
digem
b ada
nga
h
n
at
ari
s un
au at
(e
rakan
k
H
lua
obi
rga
)

6.4 ANALISIS DAN SINTESIS DATA


Berdasarkan kajian yang dijalankan, 100% responden bersetuju bahawa
mereka pernah mengalami stress. Antara punca yang menyebabkan
responden mengalami stress termasuklah pengurusan masa yang tidak
cekap, harapan yang tinggi daripada ibu bapa, tekanan daripada rakan
sebaya, konflik dalaman dan lain-lain.
Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa masalah kewangan
dan masalah dengan rakan sebaya sebagai faktor stress. Hasil kajian
mendapati pengurusan masa yang tidak cekap merupakan punca utama
stress pelajar PASUM. Setelah menerima maklum balas daripada
1

responden, majoriti mengatakan bahawa jadual waktu PASUM yang agak


ketat mengakibatkan mereka sukar untuk mengatur masa sebaik
mungkin. Kesukaran responden menguruskan masa meliputi
ketidakseimbangan waktu antara akademik, istirahat dan pengurusan diri.
Selain itu, menggalas harapan , yang tinggi daripada ibu bapa untuk
mengekalkan kecemerlangan diri , tekanan daripada rakan sebaya, konflik
dalaman dan lain-lain mencatatkan 18%, 10% , 6% dan 4% masingmasing.
Seterusnya, impak stress kepada pelajar PASUM juga turut dikaji. Soal
selidik ini mencatatkan antara kesan stress termasuklah kemerosotan
dalam pelajaran, masalah kesihatan seperti sakit kepala, masalah emosi
seperti kemurungan, perubahan drastik dalam tingkah laku dan lain-lain.
Sebanyak 12% responden mengatakan bahawa peningkatan selera makan
dan tiada semangat untuk melakukan kerja sebagai kesan stress yang
mereka alami.
Majoriti responden iaitu sebanyak 50% mengatakan kemerosotan dalam
pelajaran merupakan impak negatif yang utama hasil daripada stress
yang dialami. Hal ini demikian kerana stress menyebabkan mereka tidak
mampu meneruskan sesi pembelajaran dengan lancar dan sempurna.
Akibat sukar memahami sesuatu topik ditambah pula dengan kegagalan
mereka menyelesaikan tugasan, secara tidak langsung mempengaruhi
prestasi mereka dalam akademik. Selain daripada itu, 22% responden
memberi maklum balas bahawa mereka mengalami masalah kesihatan
seperti sakit kepala akibat daripada stress. Hal ini terjadi kerana mereka
gagal menangani stress dengan baik sehingga mengganggu sistem
badan. Masalah emosi seperti kemurungan, perubahan drastik dalam
tingkah laku dan lain-lain masing-masing mencatat 10%, 6% dan 12%.
Akhir sekali, soal selidik ini turut mengkaji aspek cara mengurangkan
kadar stress. Antara langkah untuk meminimakan stress termasuklah
berkongsi masalah dengan rakan, keluar bersama keluarga atau rakan,
melakukan ibadah-ibadah sunat, mendengar muzik , beriadah, melakukan
aktiviti yang digemari dan lain-lain. Hasil kajian mendapati sebanyak 24%

pelajar PASUM mengambil inisiatif mendengar muzik sebagai langkah


untuk mengurangkan stress.
Hal ini kerana muzik memberikan ketenangan kepada responden di
samping keseronokan menikmati alunan muzik yang dimainkan.
Seterusnya, 20% responden akan menceritakan masalah yang mereka
hadapi dengan rakan terutamanya rakan sebilik. Berkongsi masalah
mampu mengurangkan beban yang dihadapi responden. Majoriti
responden lelaki akan beriadah untuk mengatasi tekanan yang mereka
alami (18%). Beriadah mampu membuatkan responden melupakan
seketika masalah yang dihadapi secara tidak langsung membantu
menyihatkan tubuh badan.
Sebagai seorang muslim, sebanyak 14% responden memilih rawatan
rohani dengan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti membaca AlQuran, berzikir dan menunaikan solat sunat sebagai cara mengatasi
stress. 10% responden pula memilih untuk melakukan aktiviti yang
mereka gemari bagi mengurangkan tekanan. Antara aktiviti yang menjadi
pilihan ialah membaca novel, menonton drama atau bersiar-siar. Daripada
soal selidik ini, pemberatan bagi cara mengatasi stress ini tidak ketara
kerana setiap responden mempunyai kaedah yang sama bagi
meminimakan kadar tekanan yang dialami.

7.0 KESIMPULAN DAN SARANAN


Daripada perbincangan dan hasil kajian, kita dapat simpulkan bahawa
tekanan merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Setiap individu
berpotensi untuk menghadapi tekanan. Kebanyakan orang akan berasa
tertekan pada masa tertentu. Kegagalan mengawal tekanan boleh
mendatangkan kesan yang buruk kepada seseorang individu. Jangan
sesekali biarkan stress menghalang atau membantutkan urusan harian
kita. Berusahalah untuk mengatasi stress dan elakkan daripada
menjadikan masalah yang kecil menjadi penyebab tekanan kepada kita.
Meskipun stress boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kita, stress
juga boleh mendatangkan kesan positif.

Graf tentang hubungan stress dan reputasi ini


membuktikan bahawa stress juga boleh mendatangkan
impak positif kepada seseorang

Kita harus sentiasa ingat bahawa tekanan boleh diatasi menerusi


pengurusan yang efektif bagi membentuk kekuatan diri dari segi mental,
emosi, rohani, fizikal, motivasi, nilai sakhsiah dan semangat seseorang
individu sebagaimana acuan yang dikehendaki oleh agama dan negara.
1

Oleh demikian, yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan


syarat tabah meghadapi segala ujian.

KOMEN
Program pembinaan dan pemantapan jati diri amat baik untuk pelajar
PASUM untuk meningkatkan sahsiah dan semangat mereka sepanjang
mereka berada di UM. Kuliah yang disampaikan oleh Encik Zainol Abidin
bin Kasim juga mudah difahami dan efektif.
8.0 LAMPIRAN

9.0

RUJUKAN
Sumber
Internet

http://www.slideshare.net/osfarizal/pengurusan-stres
http://www.bijakkata.com/2014/05/Stres-Frustasi-Depresi-kata-Mutiara-Bijak.html
http://dubb95.blogspot.my/2010/12/berikut-ini-10-saranan-mengatasi-stress.html
http://www.kesimpulan.com/2009/05/stress-pekerjaan.html
http://panduan-tips-petua.blogspot.my/2014/02/langkah-langkah-mengatasistress.html
http://merpatiputih88.blogspot.my/2011/06/cara-cara-nak-hilangkan-stress.html

Sumber Manusia
-

50 Pelajar Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM)

Anda mungkin juga menyukai