Anda di halaman 1dari 12

TEKANAN DAN KESIHATAN INSAN DALAM KALANGAN PELAJAR

PENDAHULUAN

Setiap manusia memang tidak terlepas dengan ujian dan dugaan lebih-lebih lagi apabila
seseorang mukmin yang beriman akan lebih lagi diuji oleh Allah S.W.T. Setiap manusia pasti
ada tekanan dan sudah semestinya bagaimanakah seorang mukmin itu mampu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila bercakap tentang tekanan ia merujuk kepada
beban, keletihan, ketegangan, dan hilang daya. Tekanan adalah ketidakupayaan memenuhi
tuntutan persekitaran dan berlakunya gangguan dalam kehidupan. Secara kesuluruhanya,
apabila seorang individu mengalami tekanan, emosi, pemikiran dan tingkah laku tidak selari.
Sebagai pelajar, apabila mengalami tekanan, dia tidak dapat memberikan tumpuan kepada
Pelajaran dan tidak boleh berfikir secara rasional. Badan akan menjadi lemah dan letih.

Apabila keadaan ini berlaku, kerja-kerja seharian akan terganggu atau pelajar tidak
menghadiri kuliah. Oleh yang demikian, untuk mental yang sihat kita perlu mengurus dan
cuba mengatasi stress dengan cara yang berkesan dan sesuai dengan diri. Sebelum anda
mendapatkan cara yang sesuai untuk mengurus tekanan, suka untuk kongsikan apakah factor
yang menyebabkan punca pelajar mengalami tekanan dan bagaimanakah cara untuk
mengatasi tekanan tersebut.
FAKTOR TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR

Punca remaja mengalami masalah tekanan, bermula daripada berlakunya COVID-19


yang menyebabkan pelajar susah untuk berhubung dan bersemuka dengan kawan-kawan dan
guru. Hal ini kerana, ada beberapa pelajar yang tidak mendapat talian internet yang kuat dan
ada juga pelajar yang tidak mempunyai keperluan yang lengkap untuk belajar secara dalam
talian. Terdapat juga pelajar yang kehilangan punca pendapatan, kehilangan ibu-bapa akibat
jangkitan penyakit COVID-19 dan tidak kurang pula yang menghadapi masalah tekanan
akibat tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa tujuan lantaran Perintah Kawalan
Pergerakan ( PKP). Oleh itu, kita hendaklah mengkaji setiap factor yang menyebabkan
masalah tekanan ini berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia khusunya remaja yang masih
bersekolah. Persoalanya ialah, apakah punca tekanan berlaku kepada seseorang lebih-lebih
lagi bagi seorang pelajar.

Punca seseorang pelajar itu mangalami tekanan adalah disebabkan oleh kekuatan
dalaman keimanan yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kerana mereka terlalu
mengikut perasaan seperti peribahasa ada menyebut ikut “ ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu,
ikut hati mati”. Sebagai contoh, seseorang remaja berasa sedih atas kegagalanya dalam
peperiksaan. Keadaan ini menyebabkan dia kemurungan lalu menyendiri dalam bilik tanpa
mahu berbual-bual dengan ibu bapa atau ahli keluarga. Oleh itu, tekanan berpunca daripada
kelemahan iman seseorang kerana sesungguhnya kesabaran itu sebahagian daripada iman.
Tekanan juga berlaku akibat pertengkaran ibu dan bapa. Dalam keadaan COVID-19,
sudah semestinya kewangan rumah tangga akan sedikit goyah. Mungkin juga pada waktu ini
keluarga merasakan tekanan dan menyebabkan pertengkaran antara ibu dan bapa. Keadaan
ini juga boleh menyebabkan penceraian. Akibatnya adalah anak-anak tidak dapat menghadapi
masalah keretakan rumah tangga mereka “ Bagai retak menanti belah”. Oleh itu, anak-anak
akan memendam perasaan lalu dan mengalami tekanan jiwa sehingga sampai satu tahap
tekanan ini memberi impak negatif pada remaja.

2.0 KEGIATAN BULI DI SEKOLAH

Selain masalah rumah tangga menjadi punca tekanan pada remaja, kegiatan buli di
sekolah turut menjadi faktor remaja mengalami tekanan. Hal ini dikatakan demikian kerana
anak-anak yang menjadi mangsa buli di sekolah akan memendamkan perasaan lalu jiwa
remaja tertekan disebabkan terlalu marah atas perbuatan buli terhadap dirinya, namun dia
tidak mampu untuk membalas atau mempertahan dirinya. Oleh itu, remaja perlu berani
menghadapi kegiatan buli daripada pembuli di sekolah dengan membuat aduan kepada guru
atau pentadbir sekolah.

Punca terakhir yang menyebabkan tekanan pada diri remaja adalah disebabkan aktiviti
persekolahan dan pembelajaran. Lazimnya bagi kelas yang akan menduduki peperiksaan
penting seperti PT3 dan SPM, guru-guru akan memberikan tugasan yang banyak. Keadaan ini
menyebabkan mereka tidak mendapat rehat yang cukup. Ibu bapa pula akan memaksa anak-
anak untuk menghadiri kelas tuisyen. Akibatnya, anak-anak tiada masa rehat yang cukup lalu
mereka menghadapi tekanan akibat desakan ibu bapa yang keterlaluan. Oleh itu ibu bapa
hendaklah memastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup, makanan yang seimbang dan
kesihatan yang baik untuk memastikan mereka bersedia menghadapi peperiksaan.
Dalam hal ini, pihak sekolah juga harus berusaha memahami situasi yang dihadapi
oleh semua pelajar. Pasti sahaja dalam sejumlah pelajar yang mengikuti PdPR terdapat murid
yang tidak mempunyai kemudahan yang sepatutnya untuk mengikuti pembelajaran dalam
talian. Selain peranti, masalah seperti capaian internet, ruang belajar yang selesa atau keadaan
keluarga yang berantakan turut menyumbang kepada ketidakupayaan mereka mengikuti
pembelajaran dalam talian. Faktor itulah kemudiannya berpotensi untuk menjadi penyebab
kepada tekanan. Mungkin, PdPR bukanlah halangan untuk terus belajar bagi sekumpulan
murid tetapi bagi kelompok yang lain mereka berpotensi berhadapan masalah tekanan
perasaan.

CARA-CARA MENANGANI TEKANAN DALAM KALANGAN PELAJAR

1.0 Mempelajari Kawalan Emosi Kendiri

Prakarsa utama dalam membendung tekanan atau stres adalah dengan mempelajari
kawalan emosi kendiri. Terdapat tekanan yang berbentuk sedikit, sederhana dan berlebihan di
mana dalam jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani oleh individu tersebut, ia akan
menyebabkan kesan negatif serta memudaratkan kesihatan mereka. Oleh itu, Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan penyelesaian jangka pendek sebagai
kawalan emosi kendiri yang dikenali sebagai kaedah “10B”. Sekiranya anda mengalami stres
atau tekanan anda perlu mengikuti kaedah ini secara berturutan iaitu bertenang, bernafas
secara dalam, berkata relaks kepada diri, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut,
berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam serta akhir sekali berfikiran positif.
Kaedah ini juga baik untuk membantu menangani tekanan darah tinggi yang meyumbang
kepada punca stres. Memang kita tidak boleh nafikan bahawa punca tekanan dan stres
lazimnya bukan daripada diri kita dan sukar untuk mengatasinya tetapi dengan kaedah yang
diutarakan, kita dapat mencegah perkara yang lebih negatif daripada berlaku.
2.0 Melakukan Aktiviti Riadah

Alternatif lain yang dapat dilakukan oleh individu bagi mengelakkan tekanan atau
stres adalah dengan melakukan aktiviti riadah seperti bersenam atau bersukan. Umum
mengetahui bahawa aktiviti riadah mendatangkan pelbagai manfaat sekiranya kita aktif dalam
menyertainya. Misalnya, apabila seseorang bermain sukan badminton bersama rakn-rakan,
secara zahirnya mereka dapat melepaskan tekanan yang mereka alami dengan menghasilkan
pukulan smesy ke arah lawan. Tambahan pula permainan sukan mewujudkan semangat
setiakawan dan kerjasama di mana satu bentuk kepuasan akan diperoleh sekiranya pasukan
individu tersebut memenangi permainan yang disertai. Bagi golongan dewasa yang
berkerjaya dan mempunyai kekangan masa untuk bersukan seharusnya meluangkan masa
dihujung minggu untuk beriadah sekurang-kurangnya selama 30 minit. Kemudahan pusat
riadah seperti taman permainan dan taman komuniti telah lengkap dengan trek untuk
berjoging atau berbasikal serta kelengkapan asas gimnasium yang boleh digunakan tanpa
bayaran untuk melepaskan hormon kesehatan tubuh. Kesannya, badan yang cergas akan
membentuk minda sihat dan tekanan atau stres dapat diatasi.

3.0 Berkongsi Masalah Dengan Orang Yang Dipercayai

Di samping itu, tekanan atau stres boleh diatasi dengan berkongsi masalah atau
bercerita tentang perkara yang dilalui kepada individu yang dipercayai. Sebagai contoh,
apabila majikan memarahi pekerja tentang tugasan yang diberikan, pekerja tersebut tidak
berasa tertekan dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah terbabit untuk
mengurangkan stress. Maka, pekerja tersebut boleh mencari rakan kerja yang berkecimpung
dalam bidang yang sama seterusnya berkongsi masalah dan berbincang tentang jalan
penyelesaian terbabit. Tindakan ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan malah
menunjukkan teladan dan tahap profesional yang lebih baik daripada majikan pekerja
tersebut yang menuding jari tanpa memberikan sebarang bantuan. Selain itu, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun membangunkan Talian Kasih
15999 yang beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Talian aduan krisis ini membolehkan
sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan kaunseling, kebajikan, perlindungan dan
masalah keluarga untuk berhubung dengan pegawai yang bertugas dan mereka akan
membantu mangsa atau individu yang tiada kenalan untuk berkongsi masalah serta untuk
menghilangkan tekanan.

4.0 Sentiasa Mnedekati Tuhan

Jika dilihat pada sudut pandang yang berlainan, tekanan dapat dielakkan dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan. Hal ini demikian kerana, ketenangan hati dan segala urusan
duniawi adalah kurniaan dan ujian yang diberikan oleh Tuhan. Maka, kita seharusnya sentiasa
bermuhasabah diri sama ada perkara atau kehidupan yang kita jalani seiring dengan ajaran
dan kehendak Beliau. Setiap agama mengetengahkan konsep kebaikan dan nilai-nilai murni
supaya kita tidak terjerumus dalam lembah duniawi yang tidak kekal dan bersifat sementara.
Sebagai seorang muslim, ibadat solat merupakan tiang agama dan mampu membantu
menenangkan hati dan minda jika dilakukan dengan kekhusyukan. Tambahan pula, segala
perbuatan dalam solat telah ditafsirkan sebagai bentuk senaman ringan kepada kita setelah
mengharungi pekerjaan sepanjang hari. Lantaran itu, pendekatan diri kepada Sang Pencipta
bukan sahaja memberikan kita ketenangan malah menunjukkan jalan yang benar dan
diperlukan oleh manusia yang lemah seperti kita semua untuk meningkatkan kerohanian.
Izharnya, kekuatan rohani akan mezahirkan ketahanan jasmani terhadap apa sahaja masalah
yang timbul.
5.0 Jangan Menyendiri

Mengasingkan diri semasa anda berada dalam keadaan tertekan atau stress bukanlah
jalan yang betul. Anda perlu mencari seseorang untuk meluahkan perasaan atau berkongsi
cerita pada mereka. Mungkin, jika anda berjumpa dengan seseorang yang dipercayai dan
berkongsi kepadanya mungkin anda akan berasa tenang semula untuk memikirkan jalan
penyelesaian terbaik. Jika anda tidak mempunyai kenalan rapat, berbincanglah dengan
penyelia untuk meminta pertolongan. Pasti orang yang lebih berpengalaman dapat membantu
anda melalui tekanan yang dialami. Kebanyakan setiap universiti juga mempunyai khidmat
kaunseling pelajar. Jadi, itu juga merupakan satu pilihan untuk anda berkongsi dengan
mereka.

6.0 Dapatkan Tidur Yang Cukup

Pastikan anda mempunyai rutin tidur dan rehat yang betul untuk memastikan
kesihatan mental terjaga dan boleh mengurskan stress dengan baik. Tidur merupakan cara
terbaik untuk merehatkan fizikal dan mental selepas melakukan tugasan yang berat setiap
hari. Stress boleh mengganggu corak tidur seseorang. Jadi, sebelum tidur, pastikan anda
mengambil masa beberapa minit untuk bertenang dan menguruskan diri seperti mandi dan
solat sebelum tidur. Tubuh yang mendapat rehat yang cukup pasti akan berasa segar untuk
memulakan pekerjaan apapun keesokan harinya.

7.0 Ada Masa Rehat

Berehat sebentar dalam masa bekerja atau menyiapkan tugasan boleh mengurangkan
anda mendapat tekanan yang melampau. Selain itu, pergilah bercuti seketika pada hujung
minggu dengan melakukan aktiviti digemari agar kehidupan anda seimbang dan sentiasa
bertenaga. Rehat yang mencukupi menjaminkan hasil kerja yang berkualiti. Masa rehat juga
amat penting lebih-lebih lagi apabila anda adalah seorang pelajar. Begitu penting bagi
seorang pelajar untuk menguruskan diri mereka, masa mereka untuk mengelakkan tekanan
yang buruk terjadi kepada diri.

KESIHATAN INSAN BAGI PELAJAR

Kesihatan bagi pelajar ibarat sebuah “ Kesihatan Melambangkan Kekayaan” dan “


Badan Sihat, Otak Cerdas” sering diungkapkan oleh orang ramai. Oleh itu, kesihatan amat
penting kepada kita dan kita wajar menjaganya dengan sempurna. Kitasanggup melakukan
pelbagai aktiviti untuk mencapai tahap kesihatan optimum seperti mengambilpelbagai produk
kesihatan dan ubat-ubatan.Langkah pertama yang perlu kita amalkan untuk menjaga
kesihatan adalah dengan mengambil makananyang berkhasiat dan seimbang setiap hari.
Justeru, kita harus mengambil makanan daripada semuakelas makanan pada kadar yang betul
seperti yang disyorkan oleh piramid makanan. Antara makananyang berkhasiat termasuklah
sayur-sayuran yang kaya dengan serat dan vitamin, bijirin, buah-buahan,hidupan laut, dan
hasil tenusu yang membekalkan protein. Kita harus memastikan bahawa kita
hanyamengambil makanan yang berkualiti sahaja.Selain pengambilan makanan yang
seimbang dan berkhasiat, kita perlu beriadah dan melakukansenaman atau bersukan. Hal ini
perlu ditekankan sekiranya kita jarang melakukan kerja berat. Denganberiadah atau bersukan,
kita dapat menggerakkan otot badan dan membolehkannya berfungsi denganbaik. Di samping
itu, kita juga dapat membakar lemak yang berlebihan dan mengeluarkan peluh.
Aktivitibersenam juga dapat melancarkan pengaliran darah dalam tubuh ke jantung dan
mengurangkan risikopenyakit jantung. Pihak kerajaan menggalakkan masyarakat melakukan
aktiviti sukan untuk mencegahseseorang daripada menghidapi kencing manis, sakit jantung,
dan tekanan darah tinggi. Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan
seseorang adalah dengan mempunyairehat dan tidur yang secukupnya. Setiap orang
digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari.Kita juga harus berehat bagi
mengekalkan kesihatan yang stabil. Orang yang tidak mempunyai rehatyang cukup tidak
dapat menumpukan perhatian kepada kerja yang dilakukan dan melaksanakannyadengan
baik. Malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh yang demikian,
masasekurang-kurangnya lapan jam sehari diperuntukkan untuk berehat dan tidur amat perlu
ditekankan.Kesimpulannya, kerajaan amat menitikberatkan kesihatan rakyat dengan
menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan di samping melancarkan kempen “Rakyat Sihat,
Negara Maju.” Rakyat yang sihat dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan
menjadi pekerja yang produktif. Justeru, setiaprakyat harus bertanggungjawab untuk menjaga
kesihatan diri seperti kata cogan kata mencegah lebihbaik daripada merawat.

Kunci Untuk Sihat Sepanjang Hayat

Kunci mengamalkan hidup sihat adalah cara mengamalkan cara hidup sihat:

- Makan secara sihat


- Tidak merokok
- Lakukan aktiviti fizikal
- Belajar menangani stress

Faedah Cara Hidup Sihat

- Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda


- Mengurakan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, strok,
serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kanser
- Membuat diri anda menjadi lebih baik dan nampak kelihatan
- Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan untuk menikmati kehidupan
- Menjadikan anda lebih produktif sama ada di rumah atau di tempat kerja

Makan Secara Sihat

- Nikmati pelbagai jenis makanan


- Makan mengikut waktu yang teratur
- Pilih makanan harian berdasarkan piramid makanan
- Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

KESIMPULAN
Tekanan adalah perkara biasa dialami oleh setiap orang, tidak kira yang telah berkerja
mahupun yang masih belajar, begitu juga yang tidak bekerja. Apa yang membezakan mereka
adalah cara berhadapan dan menangani isu yang membawa kepada tekanan. Ada pelajar
tekanan kerana peperiksaan sudah dekat, keputusan peperiksaan tidak capai target, tak faham
apa yang belajar dan belajar dalam keadaan tidak seronok. Jadi sebagai ibu bapa, kita perlu
lebih prihatin dengan keperluan emosi & pembelajaran anak terutamanya di rumah. Mungkin
boleh dapatkan pembelajaran personal untuk anak di rumah sebagai tambahan apa yang anak
dapat di sekolah.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak cara menghilangkan tekanan yang boleh


dilakukan bagi mengatasi tekanan. Ia adalah perasaan semula jadi yang ada pada setiap
individu dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada desakannya terhadap sesorang
individu. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin baik terhadap perkara ini, ramai pihak
seharusnya menggembleng tenaga bagi memperkenalkan mekanisme kawalan terhadap
tekanan atau stres yang dihadapi oleh ahli masyarakat. Perkara ini boleh diputar menjadi
sumber motivasi seseorang untuk mencapai segala bentuk kejayaan dalam perkara yang
mereka ceburi. Kita hanya memerlukan kepakaran dan kajian yang telus supaya dapat
membantu golongan yang terkesan serta untuk mengetahui kaedah terbaik kerana mencegah
lebih baik daripada merawat. Semoga segala inisiatif dan cara menghilangkan tekanan yang
diatur dapat memangkin sifat mahmudah dalam diri setiap individu seterusnya melahirkan
komuniti yang hidup sejahtera, aman dan harmoni.
RUJUKAN

- https://www.ipendidikan.my/cara-mengatasi-stress-tekanan.html
- https://www.ipendidikan.my/cara-menjaga-kesihatan-diri-dan-keluarga.html
- http://www.myhealth.gov.my/amalkan-cara-hidup-sihat/
- https://www.scribd.com/document/406908992/Langkah-langkah-Menjaga-
Kesihatan-Diri

Anda mungkin juga menyukai