Anda di halaman 1dari 3

Menguruskan Tekanan Emosi

Setiap insan yang bernyawa pasti mengalami tekanan dalam mengharungi


kehidupan di muka bumi ini.Tekanan merupakan cabaran yang peru didepani
semua orang ,sama ada orang dewasa , remaja , kanak-kanak ,mahupun
bayi.Hanya yang membezakan tekanan yang dialami bagi setiap peringkat umur
ialah tahap tekanan atau punca beralakunya tekanan.

Dalam era globalisasi yang serba pantas dan moden,pembangunan serta


pesetan teknologi,mengundang pelbagai perubahan serta kesan sampingan
kepada masyarakat .Hasil daripada perkembangan kemajuan,berlaku banyak
perubahan dari segi gaya dan matlamat hidup.Sikap saling berlumba
menimbulkan pelbagai kesan psikologi kepada setiap peringat golongan
masyarakat.

Selari dengan perkembangan ini, langkah menguruskan tekanan dengan secara


bijaksana sangat diperlukan bagi mermbantu pengurusan kehidupan serta
mencari kesejahteraan dalam kehidupan serta mencari kesejahteraan dalam
kehidupan yang mencabar kini.Oleh sebab tekanan emosi merupakan
pengalaman atau kejadian yang sering dialami seseorang individu hingga
menyebabkan gangguan terhadap pemikiran ,perasaan dan aktiviti harian,maka
hal ini perlu diuruskan dan ditangani dengan segera supaya tidak menjadi lebih
serius dan mengganggu kesihatan individu yang terlibat.

Menurut Lessard, tekanan yang tidak sengaja dialami oleh orang dewasa,bahkan
melanda juga remaja dan kanak-kanak ,memerlukan keseimbangan dari pelbagai
aspek,khususnya bagi memainkan peranan dan tugas yang dilaksanakan
.Sekiranya tiada keseimbangan ,seseorang itu mudah mengalami tekanan
emosi.Oleh hal yang demekian,fenomena terkanan dalam kalangan pelajar
merupakan topik yang sering menjadi bahan kajian kebanyakan pengkaji.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar mengalami


tekanan.Pelajar amat mudah terdedah kepada tekanan disebabkan oleh proses
transisi kehidupan mereka.Hal ini berlaku apabila terdapat sesetengah pelajar
yang menunjukkan kecermelangan akademik pada peringkat sekolah,tetapi tidak
dapat mengakalkan pencapaian yang baik apabila berada di sekolah menengah
atau kolej.Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik
memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan
mereka.

Selain itu,faktor persekitaran ,persaingan hubungan interpersonal dan cara


pemikiran pelajar turut menyebabkan tekanan emosi kepada pelajar.Oleh itu,
tekanan masih tidak dapat dipisahkan daengan kehidupan pelajar dalam
kesibukan mereka menuntut ilmu dan memperoleh pelbagai kemahiran.Bentuk
tekanan dalam kalangan pelajar juga adalah berbeza.Terdapat pelajar yang
berupaya berhadapan dengan tekanan tanpa mengalami apa-apa kesan
fizikal ,mental atau emosi yang negatif serta berupaya memotivasikan diri.Ada
juga peajar yang tidak berupaya menguruskan tekanan apabila berada dalam
peringkat pengajian yang lebih tinggi.Tekanan yang melebihi tahap tertenti
sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap
individu yang terbabit.

Biasanya, tekanan emosi dialami dalam pelbagai keadaan seprti rasa sunyi ,
kurang tidur ,keresahan, kebimbangan yang tinggi ,serta simpton fisiologi yang
ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa yang dialami.Oleh hal yang
demekian ,tekanan emosi boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan
seharian pelajar terjejas sehingga memberikan impak negatif terhadap tahap
kesihatan ,personaliti ,interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.

Menurut Campbell dan Svenson,apabila tekanan dilihat dari aspek yang negatif
atau tekanan yang terlalu tinggi,hal ini boleh mendatangkan kesan yang buruk
terhadap kesihatan dan pencapaian akademik pelajar.Oleh sebab tekanan dalam
kalangan pelajar merupakan fenomena yang membimbangkan pelbagai pihak
sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh,maka adalah penting untuk
mengenal pasti faktor penyebab tekanan pelajar terlebih dahulu sebelum
program pengurusan tekanan dilakukan.

Penyelidik dari Universiti Melbourne ,Australia ,menjalankan Projek Gatehouse


selama enam tahun terhadap peajar sekolah di sana mengenai penggunaan
dadah,aktiviti seks, kemurungan dan keinginan membunuh diri.Dapatan
daripada kajian menunjukkan bahawa masalah sosial ini menurun sebanyak 50
peratus hingga 66 peratus selepas pelajar dibekalkan ilmu pengurusan tekanan
emosi harian.

Sememangnya ilmu menguruskan tekanan emosi sangat penting diajarkan


kepada pelajar supaya mereka dapat membentengi diri sendiri apabila
menghadapi tekanan dengan menyeimbangkan emosi.Oleh sebab itu,melalui
pendidikan di sekolah ,setiap pelajar dididik suoaya dapat menyeimbangkan
jasmani,emosi , rohani dan intekek dalam menjalani kehidupan seharian.

Gejala kesihatan mental dalam kalangan remaja juga menunujukkan pola


meningkat dan peru ditangani dengan sebaik-baik mungkin dari semasa ke
semasa .Bagi mengatasinya ,empat sekolah dipilih sebagai sekolah perintis
untuk melasanakan modul khas bagi mengesan gejala penyakit mental dalam
kalangan remaja pada peringkat awal.

Usaha semua pihak dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala
tekanan emosi dan kemurungan dalam kalangan remaja.Pendidikan adab dan
akhlak yang baik di rumah serta di sekolah dapat membentuk tingkah laku yang
seimbang,sekali gus membentuk remaja yang mempunyai personaliti yang
seimbang dan mampu menguruskan emosi.

Anda mungkin juga menyukai