Anda di halaman 1dari 17

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

ISI KANDUNGAN

Bil.

1.0

Kandungan

PENGHARGAAN

2.0

OBJEKTIF

3.0

PENGENALAN

Halaman

4-15

3.1 Konsep Dan Sumber Tekanan


3.2 Tanda-Tanda Stress
3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Stress
3.4 Cara-Cara Mengatasi Stress
3.5 Peranan Penolong Pegawai Perubatan
Dalam Menangani Penyakit Stress

4.0

KESIMPULAN

16

5.0

RUJUKAN

17

1|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

1.0 PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Alhamdulillah,


syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek sains tingkahlaku MABS1112 ini dengan
jayanya.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada pensyarah dan penyelia di atas segala bimbingan, teguran
dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima
kasih juga diucapkan kepada kedua ibubapa saya, yang tidak penah leka dalam
membimbing dan memberi tunjuk ajar yang bermanfaat serta sokongan dari segi moral
dan juga kewangan.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di Kolej sains kesihatan bersekutu
johor bahru dan juga kepada orang perseorangan yang turut membantu secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan lukisan ini. Akhir kata, Sekali lagi
saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang
disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat.
Sekian,terima kasih.

Ikhlas Dari :
.

2|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

2.0 OBJEKTIF

Menerangkan Tentang Konsep Dan Sejarah Stress

Menyenaraikan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Stress


Menerangkan Cara-Cara Mengatasi Stress
Menjelaskan Kesan Stress Terhadap Kesihatan
Menerangkan Teknik-Teknik Pengurusan Stress
Menjelaskan Sumber-Sumber Stress

3|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.0 PENGENALAN

Apabila kita bercakap atau bertanya tentang stress, ramai diantara kita akan
terus terbayang tentang perkara-perkara permasalahan, kejadian buruk, tekanan hidup
dan sebagainya adakah maksud yang digambarkan oleh segolongan masyarakat kita
pada hari ini benar? Jika salah ataupun kurang tepat, apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan stress, terdapat banyak pendapat yang mendifinisikan stress
..suatu situasi, peristiwa atau pemikiran yg menyusahkan..(Anderson, 1978)
..peristiwa yang menyulitkan atau menyusahkan..( Holmes, 1979)
stres adalah tanggapan seseorg mengenai sesuatu situasi & cara ia menyesuaikan
diri..(Folkman & Lazarus, 1984)
sebarang keadaan yg mengancam atau di anggap mengancam kesejahteraan diri &
sukar dikendali..:(Weiten & Lloyd, 1994)
Dengan definisi-definisi yang telah diberikan oleh pakar-pakar psikologi dengan ini
dapatlah kita merumuskan bahawa stress adalah reaksi diri atau badan terhadap
sebarang kesukaran,keadaan atau peristiwa yang menggangu, dan persepsi atau
tanggapan bahawa tidak mampu hadapi kesukaran atau suatu keadaan yang
menekan.antara aspek yang terlibat dalam topik perbincangan kita ini ialah
emosi,tekanan, penyakit dan tahap kesihatan. Seperti yang diketahui umum, stress
merupakanperkaitan yang saling berkait dengan gangguan emosi dan fizikal manusia.
Emosi merupakansatu petunjuk kepada pengalaman manusia iaitu ianya mejelaskan
tentang interaksi antara manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam
semulajadi. Selain itu, emosi juga menerangkan tentang tahap tindakan yang wujud
seperti kegembiraan, kesedihan,ketegangan dan lain-lain. Oleh itu, emosi banyak
memberi makna kepada pengalaman dan harapan kepada apa yang diharapkan dan
dijangkakan.

4|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.1 Konsep Dan Sumber Tekanan

EMOSI
SOSIAL
BUDAYA

KONFLIK
MENTAL

SUMBER
TEKANAN
PEMIKIRAN
(KOGNITIF)

KEKECEWAAN

PERSONALITI

Oleh kerana tekanan boleh menyebabkan pelbagai reaksi dan perasaan, dan
oleh kerana persepsi terhadap tekanan adalah berbeza mengikut manusia, maka
tekanan bukanlah sesuatu yang mudah untuk didifinisikan. Psikologi Kesihatan
merupakan bidang di mana Psikologi yang digunakan untuk melakukan pencegahan,
merawat masalah yang berkaitan dengan perubatan dan kesihatan, dan melakukan
diagnosis. Topik ini merangkumi persoalan bagaimana tahap kesihatan itu dipengaruhi,
bagaimana rawatan penyakit dilakukan berasaskan prinsip yang telah ditetapkan dan
merujuk kepada hasil kajian psikologi, serta apakah faktor yang menyebabkan kejadian
sesuatu penyakit itu.

5|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE
Kesihatan mental dan fizikal adalah saling mempunyai perkaitan. Masalah fizikal
boleh mempengaruhi kesihatan mental individu dan faktor psikologi juga boleh
menyebabkan penyakit fizikal. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi
kesihatan mental individu dan masyarakat iaitu faktor persekitaran, kesihatan mental
dan peirstiwa-peristiwa hidup yang telah berlaku.Maka, masalah kesihatan mental boleh
dimanifestasikan sebagai perubahan yang berlaku dalam emosi dan tingkahlaku individu
dan pelbagai cara lain lagi.
Berdasarkan maklumat yang telah ditunjukkan di atas, jelaslah membuktikan
bahawa stress dapat dikonsepkan sebagai satu corak tindakbalas khusus dan tidak
khusus dilakukan terhadap kejadian rangsangan yang mengganggu keseimbangan atau
melebihi tahap kebolehan individu menyesuaikan diri. Kejadian rangsangan termasuklah
berbagai keadaan dalaman dan luaran yang memerlukan individu melakukan sebarang
bentuk tindakbalas penyesuaian. Antara contoh rangsangan ini ialah rangsangan
Pencetus Stress atau stressor.
Stress juga boleh dikatakan sebagai satu pengalaman emosi yang unik yang perlu
diberi perhatian lebih oleh ahli psikologi dan ahli sains yang lain. Dalam mana-mana
kajian yang telah dilakukan, sama ada kajian asas atau kajian lanjutan, antara persoalan
yang kerap dikemukakan adalah bagaimana stress memberi kesan individu secara
fisikal dan psikologi, bagaimana cara menangani stress debgan lebih berkesan, dan
bagaimana penyebab stress yang biasa terdapat dalam masyarakat mengganggu
kehidupan kita.Kesimpulannya, tindakbalas individu terhadap keperluan untuk berubah
akibat daripada kewujudan stressor tadi terbentuk dari kombinasi yang berlaku di
pelbagai tahap termasuk psikologi, sikap, emosi, dan pemikiran.
Stress adalah perkara yang terlalu peribadi. Tahap stress ditentukan oleh
penggabungan berbagai tahap ukuran stressor dan kualiti. Sumber-sumber ini
diletakkan harapan kepada individu supaya stressor dapat ditangani. Oleh itu, stress
dianggap sebagai cukai, iaitu merupakan masalah yang sering berulang yang dialami
oleh semua orang.Perubahan- perubahan menyebabkan stress yang berlaku secara
semulajadi adalah tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian dari diri kita.
Antara contoh masalah yang menyebabkan stress iaitu tambahan kesesakan lalu lintas,
terlepas temu janji dan lain-lain.

6|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Sumber pertama yang berkaitan dengan stress ialah kekecewaan kecil yang
seringkali berulang. Apabila kekecewaan kecil ini terkumpul dengan kerap, maka ini
menyebabkan kejadian stress yang lebih parah berbanding akibat stressor kehidupan
yang majoriti. Kejadian stress boleh dikesan apabila selepas terjadinya sesuatu perkara
yang menjadi beban, misalnya kehidupan individu seharian yang diwarnai dengan
kekecewaan-kekecewaan kecil yang berulang-ulang.Antara jenis kekecewaan kecil yang
seringkali dialami oleh individu adalah tidak memperoleh sumber yang mencukupi,
berulang-alik ke tempat kerja dengan jarak yang agak jauh dari rumah, jalan yang sesak
dan sebagainya.Oleh itu, apabila ketidakpuasan ini berlanjutan, maka kebarangkalian
individu yang akan mengalami stress yang terlampau dan menberi kesan kepada tahap
kesihatannya. Oleh itu, semakin kerap dan hebat kekecewaan dialami oleh individu,
maka semakin parah tahap kesihatannya. Sebaliknya, semakin berkurang tahap stress
yang dialami oleh individu, semakin bertambah baik tahap kesihatan individu.
Sumber kedua ialah Pencetus Stress Utama dalam kehidupan.Perubahan yang
berlaku secara tiba-tiba dalam kehidupan merupakan punca stress kepada banyak
perubahan merosakkan kesihatan kita. Terdapat banyak kekangan yang boleh
mengganggu kesihatan individu sekiranya tidak dapat dikawal oleh individu. Kejadian
seperti yang diharapkan oleh individu, seperti mendapat pekerjaan dan menaikkan
pangkat adalah merupakan harapan yang memerlukan perubahan yang besar agar
individu itu dapat menyesuaikan dirinya dan membuat adaptasi kepada keperluan baru.
Seorang pakar psikologi, iaitu Dohrenwend berpendapat bahawa stress adalah kesan
daripada pendedahan kepada perubahan yang berlaku seperti diberhentikan kerja, baru
bercerai dan lain-lain.
Seterusnya, sumber-sumber stress ialah berlakunya Bencana Alam. Apabila
terjadi sesuatu perkara yng negatif, pengkaji mendapati bahawa tindakbalas yang
berlaku dalam peringkat pertama ialah terkejut, kemudian bingung tidak faham
sepenuhnya dengan apa yang berlaku. Peringkat seterusnya ialah tindakbalas spontan,
iaitu mempunyai sedikit kesedaran tentang apa yang telah berlaku dan cuba
bertindakbalas dengan apa yang telah berlaku.Peringkat ketiga pula iaitu mereka
merasakan telah dapat membuat pencapaian hebat dan sedar bahawa nereka telah

7|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

penat.Dalam peringkat keempat pula, mereka merasa kecewa dan faham akan kesan
bencana dan mengalami gangguan emosi. Namun pada peringkat terakhir, mereka
dapat menyesuaikan diri kepada perubahanyang dibawa akibat dari berlakunya
bencana.
Sumber yang terakhir ialah Masalah Masyarakat yang berlarutan.Dalam sumber
ini, terdapat beberapa persoalan yang dikenalpasti, misalnya apakah kesan kumulatif
jika berlakunya lebihan populasi, jenayah, dan lain-lain terhadap masyarakat, dan
bagaimana perkara ini menjadi pencetus kepada stress yang mengganggu kesihatan
mental seseorang.

8|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.2 Tanda-Tanda Stress


Tanda-tanda stress dapat dibahagikan kepada dua bahagian :
Tanda-tanda stress emosi
Tanda-tanda fizikal
Antara contoh stress emosi dan stress fizikal dapat kita simpulkan seperti jadual
dibawah;

butterflies in the stomach


hilang selera makan
menjadi fussy atau rasa sedih

bimbang, takut
tidak boleh berfikir (mentally drained)
rasa tegang dan tak mampu bertenang
tiada tumpuan, keluh kesah
menangis
rasa tertekan

STRESS FIZIKAL

STRESS EMOSI

tak mampu buat keputusan

sakit dada
cirit birit/indigestion
mulut kering
kerap kencing
muscle tension
over-alertness
kebas-kebas anggota periferal
jantung kencang, berpeluh-peluh

9|Page

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.3 Faktor Yang Mempengaruhi Stress

ekspektasi
jantina
persepsi
personaliti / tingkahlaku
hubungan inepersonal
persekitaran
tuntutan (demand)
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi stress. Faktor ini bergantung kepada
keadaan individu berkenaan sama ada dapat mengatasi stress atau sebaliknya.
Antara faktor yang mempengaruhi stress ialah personaliti, iaitu individu mempunyai
personality sama ada ekstrovet atau introvert stabil lebih sukar terganggu oleh stress
berbanding personality neurosis dan cyclothymic.Seterusnya, sikap individu merupakan
faktor kedua yang berkaitan dengan individu di mana mereka mempunyai sikap terburuburu dan sentiasa berlumba dalam segala hal lebih terdedah kepada stress seandainya
tidak mencapai apa yang mereka inginkan.
Seterusnya, faktor masyarakat dan persekitaran adalah keharmonian hubungan
kemasyarakatan dan alam sekitar yang kondusif iaitu faktor ini membantu manusia
dalam suasana tenteram dan berupaya mengurangkan stress. Pengalaman lalu juga
merupakan faktor di mana mereka yang mempunyai pengalaman yang lalu terhadap
sesuatu punca stress serta berupaya mengatasinya adalah lebih kuat dan tidak mudah
dipengaruhi oleh stress.

10 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE
Kedudukan kewangan adalah faktor di mana mereka yang mempunyai
kedudukan yang kukuh lebih sukar mengalami stress berbanding mereka yang
miskin.Manakala hubungan kekeluargaan pula merupakan faktor yang mempengaruhi
stress di mana jika hubungan keluarga tidak baik menyebabkan individu merupakan
pencetus stress, dan seterusnya hubungan kekeluargaan yang baik dapat membantu
individu mengatasi stress.
Seterusnya, antara faktor yang mempengaruhi stress ialah tahap kesihatan,iaitu
individu yang yang menghadapi tahap kesihatan yang lebih sukar diganggu oleh stress
berbanding orang yang mengalami masalah kesihatan sama ada gangguan emosi,
fizikal atau psikologi.Oleh itu, masyarakat mampu mengawal keadaan stress dengan
mengamalkan cara menjaga kesihatan dengan baik seperti mengamalkan tidur dengan
mencukupi, selalu bersenam, makan makanan yang berkhasiat dan makanan seimbang
serta lain-lain yang member manfaat kepada kesihatan individu berkenaan.
Faktor terakhir yang paling tertumpu dalam topik stres ialah pegangan dan
kepercayaan kepada agama. Setiap kebaikan adalah dating dari pencipta kita dan
setiap keburukan adalah dating daripada diri kita sendiri. Kekurangan pegangan agama
menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak baik dan yang
mendatangkan keburukan kepada dirinya, manakala kuatnya pegangan agama dan
kepercayaan agama seseorang individu tentu tidak akan terpengaruh dengan anasiranasir yang tidak sihat serta individu berkenaan mudah menyedari segala kesilapan dan
cuba mengubahnya berpandukan ajaran dan konsep agama yang diamalkannya.

11 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

3.4 Cara-Cara Mengatasi Stress


kebolehan mengenalpasti stress dapat kurangkan kesan
terdapat pelbagai jenis cara mengurus stress bergantung kepada kesesuaian

kenalpasti stressor
kesederhanaan dalam reaksi fizikal
kenalpasti faktor-faktor yang boleh diubah
kekalkan ketahanan emosi
tingkatkan ketahanan fizikal
reaksi fizikal/emosi anda

Muzik
Selesaikan Masalah Satu Persatu.
Menangis atau ketawa

Luahkan Pada Sahabat Karib.


Meditasi Atau Bertafakur.
Berusaha Dan Berserah.
beribadat

12 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang


mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh
mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda.
Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari.

Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang


membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui
lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang
hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menghadapi tekanan, pernafasan
menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif
untuk mengekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia
boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta.
Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian.
Selain itu,cara mangatasi stress ialah bijak menguruskan masa. Kenalpasti kerja
harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat
menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti
juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti borak kosong, perbualan
telefon dan yang membazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi
membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan
anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai
atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan, tidur lapan jam setiap malam, dan
menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar
perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah,
menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita.

13 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

Seterusnya , cara individu mengatasi masalah stress adalah dengan belajar


menangani kritikan dengan bijak. Oleh itu, individu perlu menetapkan matlamat hidup
yang realistik dan berupaya menjalin dan mengekalkan persahabatan.Selain itu,
anggota keluarga pula perlu meningkatkan ilmu , memberikan pertolongan awal,
berbincang dan sentiasa merujuk sekiranya ada perkara yang penting. Seterusnya,
mereka juga perlu sentiasa memberi dorongan yang positif untuk menunjukkan
kebolehan yang termampu supaya tidak mewujudkan stress. Selain itu, individu juga
perlu member sokongan moral dengan tidak member tekanan yang berlebihan. Selain
itu juga, setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa menjaga rahsia dan keaiban keluarga
dan sentiasa meletakkan syarat yang tidak keterlaluan dalam kehidupan bekeluarga
supaya tidak berlakunya stress yang boleh mencemarkan nama dan kebahagiaan
keluarga.
Seterusnya, cara jiran dan masyarakat mengatasi stress ialah menghormati dan
menyempurnakan hak-hak jiran.Selain itu, kita juga perlu sentiasa menjaga
keharmonian jalinan hubungan kemasyarakatan serta menghormati dan menjaga segala
rahsia dan keaiban jiran. Seterusnya, kita juga perlu sentiasa member bantuan kepada
jiran mengikut kemempuan kita dan seterusnya perlu memberikan sokongan yang moral
yang ikhlas pada masanya, terutamanya jika mereka menghadapi sebarang masalah.
Namun begitu, antara tindakan kerajaan dalam usaha mengatasi masalah stress
iaitu melakukan kempen dan tahap kesihatan.Sebagai individu, kita memang perlu
kempenkan diri kita supaya kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan dapat
mengurangkan stress. Antara tindakan kerajaan seterusnya ialah menyediakan
kemudahan sumber insan untuk membantu mereka yang bermasalah.Contohnya, aktiviti
yang dijalankan di hospital oleh Penolong Pegawai Perubatan ialah menjalankan bilik
perancang kaunseling keluarga dan menjalankan prosedur dan undang-undang yang
berupaya membantu pekerja, majikan dan pengunjung menjaga kebajikan mereka
masing-masing.Selain badan kerajaan, badan bukan kerajaan juga berperanan
mewujudkan ruang tempat penyaluran bantuan dilakukan dan dalam usaha
menyediakan tenaga manusia.

14 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

2013

3.5 Peranan Penolong Pegawai Perubatan Dalam Menangani


Penyakit Stress

Membuat penyelidikan dan mendalami lagi pengetahuan


tentang penyakit stress
Memberi pesakit ubat-ubatan serta rawatan yang sesuai bagi
pesakit yang mengalami masalah stress
Memberi sesi kaunseling dan motivasi kepada pesakit yang
mengalami masalah stress.
Bagi mengelakkan sesuata perkara yang tidak diingini berlaku
Merujuk pesakit yang mengalami stress yang terlalu merbahaya
kepada pakar
Menyediakan laporan serta statistik penyakit tersebut bagi
mengetahui taburan penyakit stress tersebut
Mengetahui punca serta sebab seseorang pesakit mengalami
penyakit stress

15 | P a g e

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

4.0 KESIMPULAN
Ahli-ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan
konsep-konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Antara
pendekatan

yang

digunakan

adalah

pendekatan

behaviorisme,

pendekatan

psikoanalitik, pendekatan kognitivisme, pendekatan humanistik dan pendekatan biologi.


Pendekatan-pendekatan

ini

mempunyai

kekuatan

tersendiri

dan

kadangkala

berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain. Sebagai


rumusan kepada perbincangan tentang daya tindak terhadap tekanan, telah dinytakan
diatas ini berberapa strategi yang dicadangkan oleh para pengkaji. Namun begitu, hal ini
hanya suatu cadangan sahaja kerana setiap permasalahan ataupun tekanan yang kita
lalui oleh setiap individu adalah terlalu universal, oleh yang sedemikian kita seharusnya
bijak dalam mencari penyelesaian atau cara yang terbaik dalam menguruskan stress
yang kita semua hadapi.

16 | P a g e

2013

MABS1112-BEHAVIOR SCIENCE

5.0 RUJUKAN

1. Craig Calhoun et al (1994) Sosiology New York : Mc Graw Hill.


2. John C. Rush (1984) Psychology The Personal Science California :
Wadswot Publisher Co.

3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology New York : Mc Graw


Hill.
4. Kagan Jerome (1991) Psychology An Introduction USA : HBJ College
Publisher.
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa & Tingkah laku Manusia Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa & Pustaka.

6. Rita Atkison et al (1993) Introduction To Psychology USA : HBJ College


Publisher.

7. Rohaty Md. Majzub (1993) Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru


Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
8. Marof Reduan, Haslinda Abdullah (2002) Psikologi. Kuala Lumpur: Mc
Graw Hill

17 | P a g e

2013

Anda mungkin juga menyukai