OBJEKTIF PEMBELAJARAN Diakhir syarahan, pelatih akan dapat: 1. Menyatakan definisi tisu 2. Menyenaraikan jenis-jenis tisu dalam badan manusia 3. Menjelaskan topografi struktur-struktur tisu 4. Menerangkan ciri-ciri am setiap jenis tisu 5. Mengenalpasti komponen struktur yang terdapat dalam setiap jenis tisu 6. Membezakan antara satu tisu dengan tisu yang lain 7. Menerangkan fungsi-fungsi tisu TISU Definisi: Sekumpulan sel yang sama jenis dan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk satu unit struktur dan fungsi
Contoh: Sel epitelium skuamus membentuk tisu pipi JENIS-JENIS TISU Terdapat 4 jenis tisu utama: 1. Tisu Epitelium 2. Tisu Perantara 3. Tisu Otot 4. Tisu Saraf TISU EPITELIUM Ciri-ciri tisu epitelium: Melapisi permukaan badan dari dalam dan luar Mengawal dan melindungi tubuh Sel-sel tersusun amat rapat dan padat Kurang jumlah salur darah
Terbahagi kepada 2 jenis: Epitelium ringkas Epitelium berstrata/kompaun TISU EPITELIUM RINGKAS Jenis-jenis epitelium ringkas: 1. Epitelium skuamus 2. Epitelium kuboid 3. Epitelium kolumnar 4. Epitelium kolumnar bersilia EPITELIUM SKUAMUS Nipis, leper, licin & permukaan bebasnya rata Lokasi: jantung, alveoli, kapsul Bowman, kapilari darah, salur limfa, lapisan peritoneum Fungsi: Penyerapan, pertukaran bahan-bahan dan pengawalan rembesan EPITELIUM KUBOID Tersusun rapat diatas membran Bentuk: segiempat sama Nukleus bulat Lokasi: tubul ginjal, salur-salur kelenjar Fungsi: Penyerapan & perembesan EPITELIUM KOLUMNAR Bentuk: segiempat tepat Permukaan bermikrovilussalur pencernaan Ada sel goblet (jika di salur pencernaan & pernafasan) Lokasi: permukaan salur pencernaan, salur pernafasan,kelenjar air liur, kelenjar mamari, kelenjar tiroid EPITELIUM KOLUMNAR Fungsi:
1. Melapisi &melindungi tisu 2. Merembes mukus (melindungi gaster dari dirosakkan oleh asid& enzim pencernaan) 3. Menyerap hasil pencernaan EPITELIUM KOLUMNAR BERSILIA Bentuk: segiempat tepat Permukaan:bersilia Lokasi: salur pernafasan Fungsinya : 1. Menahan debu kuman masuk ke saluran pernafasan 2. Menyapu keluar debu,mukus daripada salur pernafasan ke farinks EPITELIUM BERSTRATA Ciri-Ciri am: Sel berlapis lapis Tidak mempunyai dasar membran 2 jenis: Epitelium berstrata: skuamus, kuboid dan kolumnar Epitelium transitional EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA Terdiri dari beberapa lapisan sel skuamus Terbahagi kepada: berkeratin & tidak berkeratin Fungsi: Perlindungan EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA BERKERATIN Terdapat dipermukaan kering Lokasi: kulit, rambut &kuku Permukaan luar: terdiri dari sel-sel epitelium mati mengandungi protein keratin hasilkan lapisan kalis air
EPITELIUM SKUAMUS BERSTRATA TIDAK BERKERATIN Terdapat di permukaan basah Lokasi: konjuktiva, lapisan mulut, farink, esofagus dan vagina
EPITELIUM KUBOID DAN KOLUMNAR BERSTRATA Terdiri dari 2 lapisan sel kuboid Fungsi - regangan Beberapa lapisan sel kolumnar Nukleus oval Fungsi rembesan & perlindungan EPITELIUM KOLUMNAR BERLAPIS PALSU (PSEUDOSTRATIFIED) Satu lapisan epitelium kolumnar tetapi kelihatan seperti berlapis Mengandungi sel goblet & mempunyai silia EPITELIUM TRANSITIONAL / PERALIHAN Lapisan sel berbentuk buah pear Lokasi: ureter & pundi kencing Fungsi: apabila pundi kencing dipenuhi urin, lapisan sel di dinding diregangkan sehingga menjadi satu lapisan sel melindungi & menghalang kemasukan air kencing ke dalam tisu di bawahnya FUNGSI EPITELIUM TRANSITIONAL / PERALIHAN FUNGSI TISU EPITELIUM Penyerapan lapisan dalam atau mukosa Perembesan kelenjar Pengangkutan tubul ginjal Ekskresi kelenjar-kelenjar perkumuhan Perlindungan kulit menyelaputi badan, melindungi organ-organ dalaman dari cedera & serangan mikroorganisma Sensori sistem saraf & deria di dalam tubuh Soalan. Soalan . (A) (B) (C) (D) (E) (F) (G) TISU PERANTARA Ciri-ciri: Sel berjauhan antara satu sama lain Diantara sel ada bahan interselular Tidak berserat Sel-sel yang membentuk tisu perantara: Fibroblas Makrofaj Sel plasma Sel mast Sel lemak SEL-SEL TISU PERANTARA Fibroblas Lokasi: tisu hati & tisu limfoid Fungsi : Menghasilkan kalogen, fiber elastik & matriks bahan ekstrasel, membaiki tisu untuk mengikat luka atau membentuk tisu granulasi Makrofaj Fungsi utama : sel fagosit Sel lemak Lokasi: tisu subkutan di bawah kulit SEL-SEL TISU PERANTARA Sel plasma Fungsi: sintesis & sekresi antibodi ke dalam darah (kehadiran mikrob /benda asing) Sel mast Lokasi: sekeliling salur darah Fungsi: penghasilan heparin, serotonin & histamin (sel-sel tercedera) JENIS-JENIS TISU PERANTARA 1)Longgar
2) Padat
3) Rawan
5) Cecair
4) Tulang
areolar adipos limpoid
berfiber elastik kuning
hialin elastik berserat
darah limpa
TISU AREOLAR Paling banyak Matriks separa pepejal mengandungi banyak fibroblast & sel lemak, sel mast & makrofaj, dipisahkan oleh fiber elastik & kolagen Lokasi: bawah kulit, diantara otot otot, dalam salur alimentari, kelenjar-kelenjar, salur darah & saraf Fungsi: Memberi kekuatan regangan & elastik Menyokong salur darah & saraf Di kelenjar-menyokong sel rembesan TISU ADIPOS Sel adiposit (sel lemak) & globul lemak di dalam matrik tisu areolar Terdapat 2 jenis: tisu adipos putih & tisu adipos coklat Lokasi: diantara serat otot, di bawah kulit, di keliling ginjal, jantung, mata Fungsi : memberi sokongan dan perlindungan kepada organ-organ penting mengawal kehilangan haba tubuh tempat simpanan lemak TISU LIMFOID Atau tisu retikular Matriks separa pepejal, cabangan fiber retikular,mengandungi sel retikular & leukosit Lokasi: nodus limfa & organ- organ di dalam sistem limfatik Fungsi: sistem pertahanan tubuh memusnahkan bahan asing / mikroorganisma TISU PERANTARA PADAT: TISU BERFIBER Terdiri dari serat kolagen yang padat & sedikit matriks Terdapat fibrosit diantara serat kolagen Lokasi: tulang, ginjal, nodus limfa, otak Fungsi: Membentuk ligamen-mengikat tulang Lapisan perlindungan luar organ Contoh:tulangperiosteum Membentuk lapisan perlindungan otot TISU PERANTARA PADAT: TISU ELASTIK KUNING Boleh mengendur & mengecut Sedikit sel & matriks terdiri dari fiber elastik Lokasi: dinding salur darah, trakea, bronkus & paru paru Fungsi: membenarkan pertukaran bentuk/saiz TISU RAWAN Matriks keras tetapi fleksibel Protein dalam matrikskondrion Sel rawan sel kondrosit (terletak dalam lakuna) Tiada salur darah Salur darah di perikondrium Terdiri dari 3 jenis: Rawan hialin Rawan elastik Rawan berserat RAWAN HIALIN Mempunyai fiber kolagen (halus, putih, bersinar dan jernih) Warna: putih kebiruan Fleksibel & sedikit elastik Lokasi: Hujung tulang panjang, hubungkan tulang rusuk dan sternum, menutupi hujung sendi, membentuk sebahagian larink, trakea & hidung RAWAN HIALIN RAWAN ELASTIK Mempunyai fiber elastik Warna: kekuningan Lebih elastik berbanding rawan lain (boleh berubah bentuk & kembali ke bentuk asal) Lokasi: cuping telinga, epiglotis & telinga dalam (tiub auditori)
RAWAN ELASTIK RAWAN BERSERAT Mempunyai banyak fiber kolagen yang kuat Mempunyai ketahanan terhadap kemampatan Bertindak sebagai penyerap tekanan & mempunyai rintangan terhadap kuasa penarikan Lokasi: diska vertebra, sendi lutut dan simfisis pubis RAWAN BERSERAT Sambung ...