Anda di halaman 1dari 7

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan

emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi


dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga,
pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah


yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada
masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid
untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul
Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud
kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada
fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran
dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal
yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung
akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami
tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang
besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin
bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang.
Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan,
kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung,


kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan
keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi
seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid
tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan
tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung,
sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan
akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak
stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,
murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain.
Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala
ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara
satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak
akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat
dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit


berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun
begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi
dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan
daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.
Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan
merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.
Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea
yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan
mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan
berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan
sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu
mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri
hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang
perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.
Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid
Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang
dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life No one can
liveWithout experiencing some degree of stress at all. Tekanan boleh membawa
kesan yang positif bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang
untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat
penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997).

Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya
mungkin mendatangkan kesan yang negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan
cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara
sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya
dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan
lapar,
Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh pelajar
mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari dan
Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah
(Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan
Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan
bahawa tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif
kepada pelajar yang mengalaminya.

Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan boleh membantu


remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang
mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat
tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan
pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan tidak
cukup tidur. Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia
akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .
Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di
tangga. Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri
tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya
mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan


yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti
mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala
pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk
mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat
keputusan dan hilang sifat kelucuan. Kewujudan salah satu atau sebahagian
daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut
berkernungkinan mengalami tekanan.

Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa


mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang
dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar
yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan
simptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan
negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid


Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah
mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu
perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan
emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah
yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti
berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,
mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan
demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan
murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya
atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi
di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan
menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid
menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan
pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid
untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan
berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid
untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai


Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah
kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua
hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh
menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.
Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian.
Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan
tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang
mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru
seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi
masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam
aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong
murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah
dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan
emosi.
4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan
program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam
pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang
mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,
membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal
tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

5. Murid bersifat self-efficacy


Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang
boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan,
memikir bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan
bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk
memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang
mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan
kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan
ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli
psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa
juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh
anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga
cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.
Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan
teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak
yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar
tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku
yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang
merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah
laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku
yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut
wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu
tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu
mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu
diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.
Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada
murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-
langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan
emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai