Anda di halaman 1dari 10

HUKUM BERJABAT TANGAN DENGAN PEREMPUAN AJNABI

HUKUM BERJABAT TANGAN DENGAN PEREMPUAN

(Antara isu dalam Kuliah Maghrib (OLEH: UST MUHAMAD NAIM HASHIM) yang
disampaikan di Surau al-Ikhwan Kembojasari pada 16 Febuari 2009- Kitab Hadis AKHLAK
MULIA)

ISI PERBINCANGAN

1. PENDAPAT FIQH 4 MAZHAB


2. PENDAPAT FIQH TERKINI
3. HADIS&PENDAPAT ULAMAK2 ISLAM
4. PENDAPAT FATWA MALAYSIA

Berjabat Tangan Dengan Perempuan Mahram


1. Siapakah dia perempuan mahram?
1.1. Sebab Nasab, ada 7:
1) Ibu dan nenek ke atas..
2) Anak perempuan dan cucu ke bawah
3) Saudara perempuan seibu seayah/seayah/seibu.
4) Ibu saudara dari ayah ke atas..
5) Ibu Saudara dari ibu ke atas..
6) Anak saudara perempuan dari saudara lelaki
7) Anak saudara perempuan dari saudara perempuan.
2.1.2. Sebab Susuan, ada 7, iaitu seperti susunan di atas (mahram sebab nasab).

2.2. Sebab Pernikahan, ada empat:


1) Ibu tiri (Isteri ayah).
2) Anak menantu (Isteri anak lelaki).
3) Ibu mertua (Ibu isteri).
4) Anak tiri (anak perempuan isteri).

2.3. Hukum Berjabat Tangan Dengan Mahram


DIBOLEHKAN berjabat tangan dengan perempuan mahram.

Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram Menurut 4 mazhab

1. Mazhab Hanafi
- Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan perempuan bukan mahram, sekalipun aman
dari syahwat.
- Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah tidak bersyahwat lagi; At-Thahawi berkata
tidak mengapa. Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata tidak halal sekalipun aman dari
syahwat.

2. Mazhab Maliki
- Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Ini dinyatakan oleh al-Imam al-
Baaji, al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dan As-Shawi.
- Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut Syeikh Abul Barakat Ahmad bin
Muhamad bin Ahmad ad-Durdair ia tidak dibenarkan.

3. Mazhab Syafii
- An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini dan lain-lain ulama as-SyafiI
menyatakan haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.
- Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat,seperti ketika
berubat, pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya ketika itu tidak ada perempuan
yang boleh melakukannya.

4. Mazhab Hanbali
- Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat tangan dengan perempuan bukan
mahram, beliau menjawab: Aku membencinya.
- Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq bin Mansur al-Marwazi
menukil dari imam Ahmad, ia tidak dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan; pemilik an-
Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil dibolehkan dengan tujuan menyemai budi
pekerti.

PENDAPAT TERKINI (MUASIRAH)

PERTAMA:
Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis
atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan
mahramnya. Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram
dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.
Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak
berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara
ikhlas, katanya. Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, se pupunya yang
perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk ber
salam.

Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki,
maka mereka me lakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan
tangan dengan sesuatu. Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh)
berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah
pernah melakukannya, katanya.

KEDUA:
FATWA DR. YUSUF AL-QARDHAWI
HUKUM BERJABAT TANGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Tidak dapat dinafikan isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah
kontroversi yang tidak berkesudahan. Sudah tentu siapa sahaja akan berada dalam dilema apabila
seorang wanita menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Lebih-lebih lagi sekiranya wanita
tersebut adalah sanak saudara seperti ipar, bapa tiri, sepupu atau saudara mara sebelah isteri yang
kebanyakannya bukan mahram. Malah persoalan berjabat tangan ini begitu sensitif bagi orang
Islam Malaysia sehingga kredibiliti dan digniti seorang agamawan atau pemimpin Islam boleh
tergugat kerana berjabat tangan dengan yang bukan mahram. Justeru itu, penting untuk kita
membahaskan isu ini dengan teliti agar dapat menjernihkan kekeliruan ini.

Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah ditanya tentang persoalan ini dan beliau membahaskannya dalam
buku beliau bertajuk Al-Fatawa al-Muasaarah (Fatwa Semasa). Terdapat dua pandangan dalam
bab ini:

Pandangan Pertama: Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat
dan nikmat daripada salah satu pihak, lelaki atau wanita. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya
merasa terangsang melalui sentuhan ini. Atau sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan
fitnah terhadap mereka. Ketetapan ini diambil berdasarkan kaedah menutup jalan menuju
kerosakan (Sadduz-Zaraai) itu adalah wajib, tambahan pula jika diyakini amalan berjabat tangan
ini hanya menggalakkan pergaulan bebas dan tidak terbatas.

Hal ini diperkuat lagi oleh apa yang dikemukakan para ulama bahawa bersentuhan kulit antara
lelaki dan wanita asal hukumnya adalah harus tetapi boleh berubah menjadi haram apabila
disertai dengan syahwat atau dikhuatirkan terjadinya fitnah. Khususnya dengan anak perempuan
isteri (anak tiri), atau saudara sesusuan, yang perasaan hatinya sudah barang tentu tidak sama
dengan perasaan hati ibu kandung, anak kandung, saudara wanita sendiri, ibu saudara dari ayah
atau ibu, dan sebagainya.

Pandangan Kedua: Diharuskan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya
ghairah terhadap laki-laki, demikian pula dengan anak-anak kecil yang belum mempunyai
syahwat terhadap laki-laki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab
fitnah. Begitu pula bila lelaki tersebut sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita.

Hal ini didasarkan pada riwayat dari Abu Bakar r.a. bahawa beliau pernah berjabat tangan
dengan beberapa orang wanita tua, dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua
untuk merawatnya, maka wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan
kepalanya dari kutu. Ini berdasarkan kelonggaran yang Allah berikan kepada golongan ini dalam
permasalahan aurat. Firman Allah:

Maksudnya: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak
mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian
luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan
mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih
baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah al-
Nuur 24 : 60)
Dikecualikan juga lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan anak-anak kecil yang
belum muncul hasrat seksualnya. Mereka dikecualikan dari sasaran larangan terhadap wanita-
wanita mukminat dalam hal menampakkan perhiasannya.

Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya: ...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami
mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan (Surah al-Nuur 24 : 31)

Jika kita perhatikan riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w., nescaya kita jumpai sesuatu yang
menunjukkan bahawa semata-mata bersentuhan tangan antara lelaki dengan perempuan tanpa
disertai syahwat dan tidak dikhuatirkan terjadinya fitnah tidaklah terlarang, bahkan pernah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sedangkan pada dasarnya perbuatan Nabi s.a.w. itu adalah
tasyrik dan untuk diteladani.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya pada "Kitab al-Adab" dari Anas bin Malik r.a.,
ia berkata:
"Sesungguhnya seorang budak wanita di antara budak-budak penduduk Madinah memegang
tangan Rasulullah s.a.w., lalu membawanya pergi ke mana ia suka."

Dalam riwayat Imam Ahmad dari Anas juga, ia berkata:


"Sesungguhnya seorang budak perempuan dari budak-budak penduduk Madinah datang, lalu ia
memegang tangan Rasulullah s.a.w., maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya
sehingga dia membawanya pergi ke mana ia suka."

Berdasarkan riwayat-riwayat tersebut, Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan semata-mata


bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran
(pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi s.a.w. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta
aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, tidak mengapalah berjabat tangan antara lelaki dengan
perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat lelaki
berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti sepupu
perempuan baik dari pihak ibu mahu pun dari pihak ayah, atau isteri bapa saudara, dan
sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.

Kesimpulan daripada pembahasan ini ada dua perkara ditekankan di sini:


Pertama, bahawa berjabat tangan antara lelaki dan perempuan itu hanya dibolehkan apabila tidak
disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhuatirkan terjadi fitnah terhadap salah
satunya, atau disertai syahwat dan nikmat dari salah satunya maka pengharaman berjabat tangan
tidak diragukan lagi.

Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah
- meskipun jabatan tangan itu antara seseorang dengan mahramnya seperti ibu saudaranya,
saudara sesusuan, anak tirinya, ibu tirinya, mertuanya, atau lainnya, maka berjabat tangan pada
keadaan seperti itu adalah haram.
Malah berjabat tangan dengan anak yang masih kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu
tidak terpenuhi.
Kedua, hendaklah berjabat tangan itu sekadar keperluan saja, dengan golongan ahli keluarga
yang bukan mahram, iaitu dengan kerabat atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab
di antara mereka; dan tidak harus hal ini diperluas kepada orang lain. Untuk membendung
kerosakan, menjauhi syubhah, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi s.a.w. - tidak ada
riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan wanita lain (bukan
kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat).

Dan yang lebih utama bagi seorang Muslim atau Muslimah - yang komitmen pada agamanya -
ialah tidak memulai berjabat tangan dengan lain jenis. Tetapi, apabila diajak berjabat tangan
barulah ia menjabat tangannya.

Kesimpulannya, seorang Muslimah yang baik seharusnya memelihara dirinya dan tidak sesekali
mengamalkan budaya berjabat tangan dengan lelaki asing, tetapi dalam keadaan tertentu yang
memaksa harus sekadar memenuhi keperluan seperti dijelaskan di atas. Bagaimana pun
perbuatan menghulurkan tangan kepada lelaki, berdakapan dan lebih teruk saling mencium pipi,
seperti yang diamalkan kebanyakan artis kini, adalah perbuatan yang haram dan mesti dihindari.
Tetapi dalam masa yang sama juga tidak wajar menghukum seorang itu jahat atau berdosa kerana
melihatnya berjabat tangan dengan lawan jenis, kerana hukum bersentuhan kulit asalnya harus
dan terdapat perbezaan pendapat dalam hukum berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.

HADIS&PENDAPAT ULAMAK2 ISLAM

PERTAMA:
Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh
tangan wanita dalam baiah peristiwa hijrah : Demi Allah, tangan baginda tidak pernah
menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbaiah dengan ucapan. (Fath al-Bari 11/345-
346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10).

KEDUA:
Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : Aku
datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbaiah dengannya. Kami
berkata : Kami berbaiah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan
Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan
kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari
perintahmu pada kebenaran. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : Pada perkara yang kamu
mampu dan berdaya. Umaimah menceritakan lagi : Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya
lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbaiah denganmu wahai
Rasulullah. Lalu Nabi s.a.w menjawab : Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita,
sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada
seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita. (HR al-Tirmizi 4/151-152,
al-Nasai 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : Hadis ini hadis hasan sahih).

PENDAPAT FATWA MALAYSIA

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-
79 pada 6-8 September 2007
"Pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita Ajnabi adalah HARAM.
Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi
dalam keadaan terkawal supaya ianya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam"

WALLAHUA'LAM...SELAMAT BERAMAL

Dicatat oleh IBNU MUSLIMdi 4/07/2009 01:21:00 PTG

Reaksi:
Berjabat Tangan (Mushafahah) Dengan Lawan Jenis Yang
Bukan Muhrim Di Hari Raya, Bagaimana Hukumnya ??
Berjabat Tangan (Mushafahah) Dengan Lawan Jenis Yang Bukan Muhrim Di Hari
Raya, Bagaimana Hukumnya ??

Oleh: Ahmad Cholil AQ**

Selama ini dan sudah menjadi nomena kehidupan bahwa berjabat tangan menjadi simbol
atas ikatan sebuah relasi hubungan sosial, baik relasi bisnis, pertemanan, kekeluargaan
dan yang lainya. Tapi, islam sebagai agama yang menjaga kemaslahatan mempunyai
prosedur hukum dalam berjabat tangan dengan orang lain. Sebab islam mengantisipasi
timbulnya hal-hal negatif seperti hubungan tanpa status pacaran yang akan berlanjut
pada perzinahan dan lainya, dan akhirnya mengakibatkan dekadensi moral dan akhlak baik
diantara kaula muda-mudi yang secara praktis lebih cenderung terjadi, atau yang sudah
berumur.

Realitasnya, banyak orang melakukan prosesi maaf-maafan dengan berjabat dengan


kerabat yang lain jenis meskipun dia bukan muhrimnya. Hal itu sering terjadi ketika hari
raya atau seremonial-seremonial lainya. Seperti bersalaman dengan sepupu perempuan,
bersalaman dengan kerabat perempuan yang sudah jauh, atau bahkan terhadap orang lain
yang tidak ada ikatan kekeluargaan sama sekali dengan orang tersebut yang hanya sebatas
pertemanan atau persahabatan saja. Mereka saling berjabat tangan atas dasar relasi yang
terjalin diantara mereka dan kelumrahan adat mereka. Apalagi ditemukan dalam suatu adat
yang berjalan di sebuah daerah. Jika mereka tidak mau bersalaman dengan orang yang
lebih tua meskipun dia merupakan lawan jenisnya dan bukan muhrimnya, dia dianggap
orang yang tidak punya sopan santun dan tidak menghargai orang yang lebih tua.

Disinilah masyarakat masih banyak menanyakan status hukum berjabat


tangan (Mushafahah) dengan lawan jenis menurut perspektif syariat, baik atas dasar
pengehormatan atau lainya. Maka oleh karena itu, penulis merasa adanya sebuah
keharusan untuk berbagi informasi pendapat-pendapat ulama klasik ataupun kontemporer
tentang hukum berjabat tangan dengan lawan jenis yang bukan muhrimnya, sehingga
masyarakat bisa mempunyai pandangan yang jelas Tabayyun dalam masalah ini.

Perbedaan Perspektif Ulama

Kalau kita teliti dalam kitab-kitab klasik dan kontemporer, ada dua pandangan ulama yang
akan ditemukan dalam masalah ini. Secara umum, ada ulama yang memperinci masalah ini
dari aspek causa hukum (Illat Hukum), dan ada yang tidak. Perbedaan perspektif mereka
menimbul perbedaan hukum dalam masalah ini. Ada ulama yang mengharamkan berjabat
tangan dengan lawan jenis yang bukan muhrimnya secara mutlak, dan ada yang ulama
yang berpendapat jika berjabat tangan tidak didorong unsur syahwat maka hukumnya boleh
seperti berjabat tangan karena menghormati orang lain, berjabat tangan kerena bermaaf-
maafan dan lainya.
Ulama yang mengharamkan secara mutlak berjabat tangan dengan lawan jenis yang bukan
muhrimnya. Mereka tidak melihat faktor yang mendorong orang yang bersalaman dengan
yang bukan muhrimnya. pendangan ini secara kuantitas lebih banyak disuarakan oleh para
ulama dalam empat madzhab (al-Madzhahib al-Arbaah) yang otoritatif dan yang kita ikuti.
Mereka mempunyai alasan-alasan dan dalil-dalil yang kuat yang mendasari pendapat
mereka.

Syaikh Muhammad Amin As-Syingqity memaparkan alasan-alasan dan dalil-dalil ulama atas
keharaman berjabat tangan secara mutlak dalam kitabnya yang berjudul Adhwa Al-
bayan :

1). Sabda Rasulullah Saw. sesesungguhnya saya tidak akan berjabat tangan dengan
perempuan (HR. Imam Malik dan Imam Ahmad). Kronologi latar belakang sejarah hadits
ini terjadi ketika pembaiatan Nabi Muhammad, ketika penaklukan kota Mekkah. Para
perempuan kota Mekkah juga ikut serta dalam prosesi pembaiatan Nabi Muhammad, dan
beliu menolak berjabat tangan dengan mereka.

2). Semua bagian tubuh wanita adalah aurat kecuali bagian tubuh yang dikecualikan. Oleh
karena itu wanita haruslah tertutup untuk menghindari dari fitnah. Dan secara aksiomatis
reaksi fitnah yang ditimbulkan oleh sentuhan lebih kuat dari pada melihat tubuh wanita.

3). Pengharaman berjabat tangan merupakan tindakan antisipatif syariat untuk menutup
celah kemungkinan terjadinya hal-hal negative yang akan terjadi. Sebab menurut Syaikh
Muhammad Amin di zaman ini kadar keimanan seseorang sangat tipis dan minim. Buktinya
banyak terjadi di kalangan orang awam yang tidak paham hukum-hukum agama. Seperti
mencium dahi istri dari saudaranya dan lain-lain. Maka oleh kerena itu pengharaman
bersalaman dengan lain jenis yang bukan muhrimnya bermanfaat untuk kemaslahatan
manusia, dan mencegah fitnah dan dekadensi moral yang berawal dari berjabat tangan.

Dr. Muhammad Saed Rahamadhan Al-bouti menegaskan dalam Fiqh As-Sirah An-
Nabawiyyah bahwa berjabat tangan dengan perempuan yang bukan muhrim yang sudah
menjadi kebiasaan (uruf) tidak termasuk dalam starata darurat. Sehingga kebiasaan
mereka tidak bisa merubah hukum-hukum yang telah tetap dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Dalam kitab-kitab klasik versi Madzhab SyafiI dijelaskan solusi kebolehan berjabat tangan
dengan lawan jenis. Ada dua syarat yang harus dipenuhi untuk kehalalan berjabat tangan
dengan lawan jenis. Syarat yang pertama adalah berjabat tangan haruslah memaikai
penutup tangan, seperti kaos tangan atau lainya, sehingga mencegah adanya sentuhan
diantara laki-laki dan perempuan. Syarat yang kedua adalah harus aman dari fitnah.

Ulama memang dalam masalah ini lebih mengedepankan hukum antisipatif agar tidak
timbul hal-hal yang negative yang bermula dari berjabat tangan dengan lawan jenis.
Bahkan dicatat dalam Mausuah Al-fiqhiyyah (enseklopedia Fiqh). Bahwa dalam madzhab
Hambali menyentuh muhrim termasuk berjabat tangan dalam konteksnya, disyaratkan
harus aman dari fitnah, tidak dikhawatirkan timbulnya syahwat.

Dari pendapat ulama tentang keharaman berjabat tangan dengan lawan jenis secara
mutlak, kita dapat mengambil hikmah dan sebuah konklusi bahwa islam menginginkan hal
yang baik terhadap kehidupan manusia dengan kehati-hatian syariatnya. Dan juga islam
sangat yang memelihara moral dan akhlak yang baik. Sebab melihat realita sejarah dan
fenomena yang sudah terjadi, banyak masyarakat khususnya kaula muda-mudi yang sudah
tidak terkontrol lagi moralnya akibat pergaulan bebas.

Fatwa Ulama Kontemporer (Pandangan Kedua)

Sejauh penelitian penulis dalam fatwa-fatwa ulama masa kini (ulama kontemporer).
Ternyata banyak dari mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeda dengan
ulama-ulama klasik yang notabene mengharamkan secara mutlak sentuhan jabat tangan
antara laki-laki dan perempuan.

Pandangan ulama kini dalam fatwa-fatwa mereka seperti fatwa Prof. Dr. Syaikh Ali jumaah
dalam bukunya Fatawa An-nisa, Prof. Dr. Yusuf Qordhawi dalam fatwa onlinenya, fatwa-
fatwa ulama Kuwait yang dibukukan dengan judul Fatawa Quttha al-ifta bi kuwait dan
ulama-ulama lainya. Mereka semua berpandangan bahwa dalam hukum mushafahah ini
ternyata terkandung causa hukum (illat al-hukmi) yang menjadi peredaran kebolehan atau
keharaman berjabat tangan.

Gambaran gamblangnya, menurut pandangan mereka hukum berjabat tangan dengan


lawan jenis yang statusnya bukan muhrim, hukumya boleh dengan dua syarat. Syarat yang
pertama, tidak ada unsur syahwat yang mendorong mereka untuk berjabat tangan,
sehingga akan tidak menimbulkan kenikmatan taladzudz diantara mereka ketika berjabat
tangan. Seperti berjabat tangan untuk menhormati orang lain, bermaaf-maafan,
meresmikan sebuah relasi dan lainya.

Syarat yang kedua, haruslah tidak timbul fitnah sebab jabat tangan. Tendensi-tendensi yang
dijadikan dasar pandangan dan fatwa mereka sebagai berikut :

1). Analogi hukum (Qiyas), tidak ada silang pendapat diantara ulama tentang kebolehan
hukum menyentuh muka dan tangan perempuan yang sudah tua (ajuz) yang tidak punya
gairah lagi terhadap laki-laki, dan juga tidak ada perbedaan diantara ulama tentang
kebolehan menyentuh termasuk bersalaman dengan anak kecil. Sebab menyentuh kedua
katagori itu dianggap aman dari fitnah.

Disinilah ulama masa kini menganalogikan hukum bejabat tangan dengan lawan jenis, baik
mereka masih muda atau tidak. Kerena tolak ukur mereka adalah adanya syahwat dan
timbulnya fitnah atau tidak.

2). Berjabat tangan dengan perempuan yang sudah tua renta dan juga tidak punya gairah
lagi terhadap kaum pria, pernah dilakukan oleh khalifah pertama dan keduan yaitu Abu
Bakar As-Shiddiq dan Umar bin Khattab semoga Allah Swt meridhoi mereka berdua- ketika
mereka menjabat menjadi khalifah. Bukan hanya itu, bahkan Abdullah bin Zubair RA pernah
mengambil perempuan tua untuk merawat beliau. Perempuan tersebut membersihkan dan
menggusap kepala Abdullah bin Zubair untuk membersihkan kutu dari kepala beliau.

3). Hadits yang diatas, yang diposting sebagai dalil bahwa Nabi Muhammad tidak pernah
mau berjabat tangan dengan perempuan yang bukan muhrimnya, yang beliu nyatakan
ketika prosesi pembaiatan dalam kejadian penaklukkan kota Mekkah. Menurut perspektif
Syaikh Ali Jumah dalam Fatawa An-Nisa'-nya dianggap hal-hal yang termasuk perkara-
parkara khusus (Khushushiyyat) terhadap Nabi Muhammad dan bukan untuk ummatnya.

Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan bahwa satu-satunya alasan yang bisa diterima bahwa
berjabat tangan dengan lawan jenis hukumnya haram secara mutlak adalah (Saddu adz-
dzarai) pada interpretasi ulama pada hadits ketidak mauan Nabi Muhammad berjabat
tangan dengan para perempuan Mekkah ketika prosesi baiat.

Saddu Adz-dzarai adalah istilah sebuah dalil dalam ilmu usul fiqh, yang pengertianya adalah
pencegahan terhadap wasilah/perantara yang akan menghantarkan terhadap hal-hal yang
dilarangan oleh syariat.

Menurut analisa beliau yang juga berpegangan terhadap kaidah usul fiqh bahwa ketidak
mauan Nabi Muhammad dan sikap keengganan baginda berjabat tangan, tidak
mencetuskan hukum pasti keharamannya. Menurut beliau hal itu masih menimbulkan
ketidak jelasan keharaman berjabat tangan atau kemakruhannya atau malah kebolehanya.
Semua sama-sama mungkin.

Inilah pendangan sebagian ulama kontemporer terhadap hukum berjabat tangan dengan
lawan jenis, yang bisa kita temukan dari fatwa-fatwa mereka, baik beredar dalam bentuk
cetak buku atau fatwa online.

Ending Statement (statement penutup)

Setelah kita mengetahui dua pendapat dan pandangan yang saling berseberangan dalam
masalah Mushafahah, kita tahu bahwa masalah ini adalah masalah yang masih
diperdebatkan oleh ulama (Khilafiyyah). Dan secara aturan hukum syariat, kita tidak boleh
mengingkari dan menetang seseorang yang berjabat tangan atas bukan atas dasar nafsu,
sebab dalam konsep Nahi Munkar yang dijelaskan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya
yang berjudul Ihaya ulum ad-Din, bahwa kita tidak boleh mencegah hal-hal yang
masih khilaf diantara para ulama. Sebab hal itu berada dalam medan ijtihad masing-masing
ulama.

Kita harus bertoleransi dalam masalah ini dan medan khilaf lainya, kita tidak bisa
menyalahkan orang lain yang berpegang pada pendapat ulama lain. Kerena pendapat kita
belum tentu benar, dan pendapat mereka belum tentu benar juga, semua berada dalam
taraf praduga yang kuat (Dzan). Disinilah kita diberikan keleluasaan untuk mengikuti salah
satu pendapat-pendapat mereka, dan membuat kita selalu bisa beradaptasi dengan zaman.
Inilah yang dimaksudkan sabda baginda Rasulullah Saw : Khilafu ummaty
rahmat (perbedaan ummatku adalah anugerah/rahmat).

Wallahu Alam Bi As-shawab.

https://jendelaintelektual.wordpress.com/2012/08/25/berjabat-tangan-mushafahah-
dengan-lawan-jenis-yang-bukan-muhrim-di-hari-raya-bagaimana-hukumnya/

Anda mungkin juga menyukai