Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada
pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat,
sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam
fenomena seperti ini perkataan ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi)
tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan
keutuhan agama.
Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas
menghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat
adalah haram. Wanita Islam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada
pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah
satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu.
Jawapannya ialah:
Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan
bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki
dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus,
tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya,
pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
"Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah
(berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada
hukum ini keadan-keadaan dharurah, seperti jika seseorang lelaki ajnabi
mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan
manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi
keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib
tanpa khilaf. Antara contoh dharurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi
melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu
adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.