Anda di halaman 1dari 4

TARIKH : 13 MAC 2018

TAJUK : BEBAS ( AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH )

PENCERAMAH : TN HAJI ABDUL GHAFFAR B. JAAFAR

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

1. Malaysia negara yang berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal
Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Asy’ari rd, dalam Fiqh ia mengikut
mazhab Syafi’e rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan dari segi
keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam
huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali rd.
Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya
dan mesti dipelihara.

2. Ulil-amri wajib menjaga agama dan perlaksanaannya serta kefahamannya pada


orang ramai mengikut landasanlandasannya yang asal dan benar tanpa
penyelewengan; (Berkenaan dengan kewajipan ulil-amri menjaga agama supaya
berada atas dasar-dasar asal yang hak dijelaskan oleh Imam al-Mawardi rh dalam
’al-Ahkam alSultaniyyah’nya bab berkenaan dengan kewajipankewajipan khalifah
atau imam yang pertama sekali dalam senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh
itu); sama ada dalam bentuk lama atau baru, dalam bentuk lama seperti Mu’tazilah,
Qadariah, Jabariah, Batiniah, dan yang sepertinya, dalam bentuk baru seperti
Mu’tazilah fesyen baru, atau Khawarij fesyen baru, atau Batiniah fesyen baru yang
menggunakan nama-nama atau istilah-istilah yang menarik tetapi yang
mengandungi ‘racun’ di dalamnya dan yang membawa kekeliruan. (Perbincangan-
perbincangan akademik di pusat pengajian tinggi untuk kajian perbandingan tentang
aliran pemikiran, itu perkara yang khusus yang perlu ditangani di kalangan para
ahlinya).
CABANG ILMU AHLI SUNNAH

DAN CIRI-CIRINYA
1. Ilmu Tafsir:
 Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran
 Panduan hadith-hadith
 Huraian-huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar
dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, al-Khazin, al-
Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailah kepada para mufassirin
zaman kemudian.

2. Ilmu Hadith:
 Berdasarkan ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakui
seperti para pengumpul "kutub sittah" dan lainnya dan para pensyarah kitab-
kitab mereka.
 Huraian para ulama tentang mustalah al-hadith.
 Huraian para ulama tentang "al-jarh wa ta’dil".
 Huraian para ulama tentang sejarah perkembangan
hadith.

3. Ilmu Usul al-Din:


 Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma’.
 Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahli Sunnah
yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul- Hasan al-Ash’ari, al
Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberi
 huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab samawi, akhirat, dan qadha
dan qadar.
 Juga berdasarkan kepada huraian mereka yang menolak Mu’tazilah,
Jabariah, Qadariah, Murji’ah, Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.

Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpati supaya akidah Ahli Sunnah
dijadikan pegangan dan dihayati dan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak,
samaada dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden. Yang moden yang
perlu difahami dan ditolak seperti materialisme, sekularisme, dekonstruksinisme,
pascamodernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yang berlawanan dengan ciri-
ciri pegangan Ahli Sunnah waljama’ah. Mana-mana tulisan moden yang boleh
membantu dalam memahami akidah ini boleh dimanfaatkan seperti tulisan-tulisan
Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Barat seperti Frihtjof Chapra antaranya dengan
The Tao of Physicsnya antara lainnya.

4. Ilmu Fiqh:
 Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum Syara’ dalam Islam berdasarkan
kepada Quran, Sunnah, Ijma’ mereka Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga istihsan, istislah, istishab
dan seterusnya. berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakui dalam Ahli
Sunnah Wal Jamaah, dan kalau di Nusantara mazhab Imam Syafi’I rd dengan
tambahan-tambahan dalam bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan
baharu yang diperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhab yang
diakui.
 Ini demi untuk menjaga kesahihan dalam perkembangan dan pengamalan
hukum serta keseragaman dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan
dalam menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini. Perlu dihadapi
fenomena pemikiran dan pemahaman tentang hukum yang terbebas daripada
mazhab yang muktabar (aliran “al-lamadhhabiyyah”) kononnya kerana
hendak “kembali kepada Quran dan Sunnah” sahaja, atau kerana “hendak
menghapuskan sarang labah-labah yang berabad-abad itu” (“the web of the
centuries”) dan sebagainya.

5. Ilmu Akhlak dan Tasawwuf:


 Keperluan kepada usaha merujuk dan mengambil panduan daripada sistem
ilmu tasawwuf yang muktabar sebagaimana yang ada dalam Ahli Sunnah Wal
Jamaah seperti Imam al- Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-
Baghdadi rh dan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidup
mereka.
 Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidak wajar dalam kefahaman
sufiah dan amalan-amalannya, apa lagi yang bercanggah dengan hukum
Syara’ dan ciri-ciri Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas
nama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan juga keperluan
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengannya.
 Keperluan mengembalikan umat kepada “makarim al-akhlak” (amalan akhlak
yang murni) dengan pemusatan kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta
mengikis sifatsifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahjuan yang
berkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah dalam kehidupan
harian.
 Keperluan untuk menghalang usaha mereka dengan pelbagai cara yang
mungkin melalui undang-undang, pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta
media peribadiperibadi yang sesat daripada menyesatkan orang ramai
melalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuan memberi kepimpinan
rohaniah yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai