Anda di halaman 1dari 19

Adab adab dalam Islam

BERKOMUNIKASI

Adab Berkomunikasi
Berunsur kebaikan
Jelas dan benar
Seimbang dan menjauhi bercakap kosong
Menghindari banyak berbicara
Menghindari daripada mengucapkan yang bathil
Menjauhi perdebatan sengit
Menjauhi kata kata keji, mencela dan melaknat
Menghindari banyak bergurau
Menghindari cerita aib orang dan saling memanggil
dengan gelaran buruk
Menghindari dusta
Menghindari ghibah dan mengadu domba
Berhati hati dan adil dalam memuji

Berpakaian / Penampilan Diri

Menutup aurat
Bersih
Kemas
Berhias

Kesalahan dalam berpakaian

Kesalahan dalam berpakaian

Kesalahan dalam berpakaian

Kesalahan dalam berpakaian

Kesalahan dalam berpakaian

Kesalahan dalam berpakaian

Pergaulan lelaki dan perempuan


bukan ajnabi
Maksud daripada sabda Rasulullah :
"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir
melainkan dia ditemani oleh mahramnya. Dan
tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan
bersama perempuan kecuali perempuan tadi
ditemani oleh mahramnya.
Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan
contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di
bawah :
Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)

Harus kerana terpaksa


(dhorurah)
Al- Imam As-Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam
pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam
solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini
kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki
ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di
jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika
dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib
tanpa
khilaf
dia
berdua-duaan
dengan
wanita
tersebut dengan tujuan untuk menemaninya.

Harus kerana keperluan (hajat)

Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata


bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam
mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan
beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan
ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Harus kerana keperluan (hajat)


Antaranya ialah :
Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan
oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan
lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar,
memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat
(berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita
harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi
Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah
dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini
mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang
terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

Harus kerana keperluan (hajat)


Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam
mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes
berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Hal ini
demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri
kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar. Ibnu
Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla'
bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa'
menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau
akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan
tugasnya.

Harus kerana keperluan (hajat)


Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita
melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan
yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan
sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan
tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa
Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan
menghidangkan makanan dan menuangkan minuman
untuk baginda SAW.
Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu
makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama
tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan
lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu
keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan
bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit,
mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa
mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti
bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama
tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak
makan kerana mereka mengutamakan tetamu.

Harus kerana keperluan (hajat)


Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita
keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang
diharuskan walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki
ajnabi seperti keluar untuk menziarahi dua ibubapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia
terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan
berlaku percampuran dengan penumpang lain dari
kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri
ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan
yang syar'ei.
Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh
pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air,
merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara
tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana
maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya
daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami
bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi
minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke
Madinah.

Harus kerana keperluan (hajat)


Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan
mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah
SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat.
Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita.
Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah
dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.
Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat
kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah
harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan
mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan
tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama
lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami
dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara
contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu
menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana
yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan
perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan
sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.

Adab pergaulan dalam Islam


Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan
menaikkan syahwat.
Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah
antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah
seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan
tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat
sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam.
Sayangi serta cintailah diri kita.

Anda mungkin juga menyukai