Anda di halaman 1dari 29

QAWAID FIQHIYYAH

1.

Contoh. Seorang ketika akan melaksanakan solat telah berijtihad tentang arah kiblat. Kemudian di tengah-tengah solat, ijtihadnya berubah dan tidak sama dengan hasil ijtihadnya yang pertama. Maka dia harus menggunakan hasil ijtihadnya yang kedua serta tidak diwajibkan qada. Meskipun ijtihadnya sampai berubah sebanyak empat kali sehingga dia berubah arah kiblat empat kali dalam satu solat empat rakaat. Contoh. Seorang yang telah menceraikan isterinya dua kali melakukan khulu. Kemudian dia berijtihad yang hasilnya adalah bahawa khulu tidak termasuk talak sehingga dia kembali dengan isterinya. Setelah itu jelas baginya bahawa khulu adalah termasuk talak, maka dia wajib menceraikan isterinya kerana bererti dia telah menceraikan isterinya sebanyak tiga kali (bain) dan untuk dapat kembali harus melalui mukhallil .

Ijtihad seseorang tidak dapat ibatalkan engan ijtihad orang lain

Contoh. Ada seseorang menjual satu karton minuman yang terdiri dari 12 botol coca-cola dan 12 botol arak dalam satu transaksi. Transaksi itu disebut tafriq as-shafqah kerana hukum menjual coca-cola adalah halal sedangkan menjual arak adalah haram. Dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat diantara Ulama. Contoh: Ada seseorang yang sedang junub mati syahid. Perkara junub mengharuskan dia untuk dimandikan, sedangkan keadaan mati syahid mencegah untuk dimandikan. Dalam masalah ini dimenangkan yang mencegah, iaitu dia tidak boleh dimandikan.

2. Apabila perkara halal dan haram bercampur, maka dimenangkan yang haram

Contoh. Kalau ada seseorang yang berada di posisi Saf pertama, maka dia tidak boleh mundur ke saf kedua untuk mempersilakan orang lain mengambil tempatnya. Contoh. Kalau si A mempunyai air hanya cukup untuk wudu satu orang, sedangkan ketika itu dia memerlukan wudu, juga kawannya yang ketika itu sedang bersama dia, maka kewajiban si A adalah menggunakan air itu untuk berwudu dan biarkan kawannya itu bertayammum. Tidak boleh bagi si A

3. Mengutamakan orang lain dari diri sendiri dalam perkara ibadat adalah sesuatu yang di benci

untuk mempersilakan bertayammum.

kawannya

wudu

sedangkan

dirinya

sendiri

Contoh. Kalau ada seseorang yang hanya mempunyai satu pakaian yang menutup aurat dan ketika itu masuk waktu solat, sedangkan saudaranya yang tidak punya pakaian untuk menutup aurat, maka menjadi kewajiban tuan punya tadi untuk solat terlebih dahulu menggunakan pakaian tersebut kemudian dia pinjamkan kepada saudaranya. Dan tidak boleh baginya untuk mendahulukan saudaranya tersebut dalam perkara ibadah.

4. Yang mengikut adalah sama hukumnya dengan yang diikuti


Contoh. Dalam urusan jual beli harta dimana bangunan dijual tetapi tanahnya tidak termasuk dalam urusniaga tersebut , begitu jual beli tanah tetapi hasil didalamnya tidak disekalikan. Contoh. Si bapa kesempitan hidup hingga sanggup menjual anak yang masih dalam kandungan isterinya tetapi tidak si ibunya sekali.
5.

Tindakan penguasa terhadap rakyat selalunya bergantung kepada pertimbangan kemashalatan rakyat

Contoh. Jika tiada penguatkuasaan undang-undang jalanraya oleh JPJ dan Polis serta tiada yang mahu mengikuti arahan lampu isyarat, maka keadaan akan menjadi huru hara dengan banyak kemalangan serta kematian yang berlaku yang mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

6.

Hukuman yang ditetapkan hukum jenayah Islam tidaklah dapat dilakukan kalau masih ada keraguan terhadap seseorang itu dijatuhi hukuman

Contoh. Dalam kes merancang dan mencuri barang sendiri yang mana terdapat syubhah (kekeliruan) dalam menjatuhkan hukuman. Contoh. Status pernikahan diluar Negara yang tanpa pengetahuan wali yang sah hingga membawa kepada perbalahan keluarga kemudian hari.

7. Seseorang yang merdeka tidak termasuk dalam sesuatu yang wajib dibayarkan apabila ia binasa

Contoh. Kes memperdagangkan manusia yang banyak terdapat akhir-akhir ini melibatkan rakyat Negara asing yang dijadikan pekerja seks serta keldai dadah.

8. Sesuatu yang berada di sekeliling barang yang haram adalah dihukumkan haram juga
Contoh. Apabila Islam mengharamkan zina, sebagai contoh, diharamkan juga segala mukadimah zina dan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah itu. Seperti mempamerkan perhiasan (tabarruj jahiliyah), berkhalwat/berduaduaan yang diharamkan, bercampur gaul dengan bebas, gambar lucah/porno, tidak berkahlak, nyanyian tidak bermoral dan seterusnya Contoh. Di dalam masalah arak, Nabi s.a.w. telah mengisytiharkan bahawa peminum, pemerah (yang membuat), yang menghidangkan, yang diberi, penjual dan seterusnya adalah berdosa semuanya. Ini ada disebutkan di dalam hadis Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Sungguh akan ada satu golongan dari ummatku yang menganggap halal minum arak dengan memberikan nama lain." (Riwayat Ahmad) Contoh. Di dalam masalah riba pula, Baginda memberitahu yang berdosa ialah pemakan riba, pemberi riba, penulis dan para saksinya. Ertinya: "Akan datang suatu masa di mana manusia menganggap halal riba dengan nama jual-beli." (Ada disebutkan di dalam Ighatsatul Lahafan, 1/325)

9. Apabila berkumpul dua perkara yang sejenis sedangkan tidak berlainan maksud keduanya, maka masukkan salah satunya pada yang lain
Contoh. Apabila seseorang masuk kedalam masjid lalu solat fardhu atau solat sunah rawatib, maka dalam solatnya ini tercakup solat tahiyyatul masjid (mengagungkan masjid). Setelah solat fardhu atau sunah rawatib ini dia tidak perlu melakukan solat tahiyyatul masjid lagi, kerana maksud tahiyyatul sudah tercapai yaitu melakukan solat sebelum duduk didalam masjid. Contoh. Apabila hadas, jinabat dan haid berkumpul, maka cukup satu kali mandi, tidak perlu dua kali mandi.

10. Mengamalkan sesuatu perkataan lebih baik dari mensia-siakan


Contoh. Mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf

dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

11. Hasil daripada sesuatu barang yang sudah dibeli adalah milik si pembeli
Contoh.

12. Berusaha keluar daripada masaalah persengketaan adalah disukai


Contoh. Perselisihan pendapat patut dielakkan. Perkara bacaan Qunut, Solat Qalbiah, bacaan tahlil dan wirid selepas solat adala khilaf ulama. Jangan keluar kata-kata penghinaan kepada sesiapa sahaja.

13. Penghalang lebih kuat daripada perosak


Contoh. Perkahwinan berlainan ugama adalah dilarang oleh Islam kerana ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan terutama dalam kes perempuan Islam berkahwin dengan lelaki berlainan ugama. Kekuatan tarikan dalam mendidik lebih cenderung kepada meninggalkan asas agama.

DAKWAH ISLAMIYYAH Kerja Dakwah Secara Berjemaah


Kerja Amal Jamai merupakan tuntutan yang difardhukan Muslim yang mukallaf. Tugas ini perlu dijalankan menerusi secara tersusun dengan cara berjemaah dan tidak mungkin berseorangan. Islam merupakan satu agama yang bukan keatas setiap tuntutan Islam dicapai secara untuk individu

tertentu sahaja tetapi adalah merupakan keseluruhannya dan Negara amnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT iaitu :

agama

untuk

ummah

Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah SAW membina kerajaan Islam pertama di Madinah melalui penyatuan ummah, ini diikuti pula oleh Khulafa ar-Rasyidin diatas dasar yang sama. Sesungguhnya mereka ini lah merupakan sebaik-baik manusia daripada ummat ini.

Amanah dan Tanggungjawab Pemimpin Adalah Berat


Dari Abi Yala Maqal bin Yasar Radhiyallahu anhu, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Tidak ada seorangpun dari hamba Allah yang diberikannya (amanah) mengawal rakyat kemudian dia meninggal dunia dimana di hari kematian itu dia menipu (mengkhianati) rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya syurga. Tugas sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini untuk memastikan agama Islam dapat ditegakkan adalah merupakan tanggungjawab yang amat berat. Tanggungjawab memimpin ini amat berat untuk dipikul sehingga para Malaikat dan seluruh kejadian Allah SWT tidak sanggup memikul beban tugas tersebut. Pengkisahan ini dinyatakan dalam al- Quran melalui Surah AlBaqarah ayat 30.

Amanah menyebarkan dakwah agama Islam menjadi lebih sukar untuk pemimpin mengawal barisan pimpinannya kerana luasnya kawasan takluknya dan ramai pengikutnya. Pengikut yang pelbagai resam budaya serta adat menjadikan tugas itu lebih mencabar. Oleh itu pergerakan itu mesti melalui jemaah. Amanah kepimpinan menjadi berat dengan banyaknya permasaalahan yang mendesak dalam dunia Islam dimana memerlukan sumbangan serta pengorbanan bagi merungkaikan permasaalahan usaha dan jihad ini. Tidak mungkin sebarang masaalah diabaikan atau diabaikan. Apa sahaja bentuk

bantuan perlu dihulurkan. Menjadi kewajipan keatas jemaah Islam menyumbangkan segala daya usaha supaya dapat menghasilkan cita-cita yang diharapkan. Amanah kepimpinan ini makin bertambah berat kerana liku perjalanan dakwah yang semakin mencabar dengan halangan yang berliku. Pemimpin harus dapat membangkitkan semangat pengikutnya untuk melepasi halangan dan mengawal diri dari bahaya yang menghalang serta perkara yang diperlukan seperti tarbiyyah, penyedaran, kesejahteraan barisan dan istiqamah dalam fikiran. Amanah kepimpinan dalam jamaah menjadi berat dan besar dengan kehadiran musuh-musuh Islam yang akan menggunakan semua tipudaya serta kelengkapan yang mereka miliki untuk memusnah dakwah Islam itu dengan cara yang dibenarkan ataupun tidak. Apa yang dituntut dari pimpinan jamaah untuk meneruskan perjalanan, menjaga kepakaran yang ada dan menjaga amanah kepercayaan daripada mereka yang ikhlas di medan amal islami. Amanah kepimpinan dalam jamaah menjadi berat oleh sebab tabiat marhalah yag dilalui oleh dakwah dan umat Islam, bahaya yang melingkungi dari setiap sudut serta peringkat hingga membawa kepada sikap takut mati dan kasihkan dunia, perpecahan, kejahilan, kemiskinan dan lain-lain lagi. Berbagai bentuk serangan dari segi ketenteraan, ekonomi, kebudayaan, gaya hidup sehingga menolak kepercayaan kepada Allah dilakukan untuk memesongkan akidah anggota jemaah. Demikian besar natijah dan amanahnya tanggungjawab kepimpinan untuk dipikul.

Jemaah Mesti Mempunyai Manhaj Dan Pengikut


Mana-mana jemaah yang ingin mencapai matlamat dan tujuannya mesti mempunyai manhaj yang jelas dan nyata. Jemaah juga mestilah mempunyai pekerja yang bekerja mengikut garis panduan manhaj tersebut serta mempunyai pemimpin yang berwibawa. Tidak mungkin bagi sau jemaah untuk bekerja tanpa pemimpin yang mengatur kerja, menentukan segala tujuan, dan cara-cara yang perlu diikuti dengan perlaksanaan dan dirujuk untuk penjelasan untuk semua perkara yang diperlukan.

Untuk mengelakkan apa-apa percanggahan dalam satu-satu perkara, pengikut melaksana, membantu pemimpin dan juga memberikan pandangan serta nasihat kepada mereka. Tidak ada nilai bagi jemaah selagi pemimpinnya tidak mempunyai hak untuk didengari dan dipatuhi oleh pengikut terutama dalam perkara maksiat. Jika tidak, bagaimana pemimpin dapat meletakkan perancangan untuk dijalankan serta menugaskan ahli supaya melaksanakannya apabila ahli mempunyai kebebasan untuk melaksanakanya atau tidak?

6 perkara yg dpt membantu pemimpin melaksanakan amanah


Perkara ini adalah peringatan yang lahir dari landasan kepercayaan kita bahawa semua perkara berada di tangan Allah dan sesungguhnya kita tidak sesekali berupaya untuk melaksanakan kerja atau tujuan kecuali dengan taufiq Allah dan pertolonganNya. 1. Paling penting kepada orang bertanggungjawab mestilah ikhlas dan jujur kepada Allah. Keikhlasan tanggungjawab tidak boleh sedikit pun bercampur dengan riya. 2. Pemimpin mesti merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikan semua pergerakannya. Ini akan mendorongnya bersegera melakukan kebaikan, perbaiki amal usahanya hingga ke peringkat ihsan. 3. Sentiasa memohon kepada Allah dalam semua keadaan dan perkara baik dalam keadaan susah atau senang. 4. Kepekaan pemimpin terhadap amanah kepimpinan. Jika kurang kepekaan tersebut akan menyebabkan kurang semangat untuk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna. 5. Mesti mengambil berat tentang masaalah tarbiyyah dan penyediaan rijal. Pemimpin harus berusaha untuk menghasilkan iman yang teguh yang menjadi asas kukuh pembentukan peribadi sehingga tercapai janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman. 6. Menyuburkan sifat kasih saying dan persaudaraan kerana Allah dikalangan pendokongnya secar umum dan antar pengikut dengan kepimpinan secara khusus. 7. Mengambil berat terhadap perancangan, pengagihan kerja dan tugas kepada mereka yang layak. 8. Mestidapat menaikkan semangat pengikut. Ini dapat mengawal mereka dari setiap perkara yang menyekat atau membawa perasaan lemah dalam menghadapi halangan perjuangan. 9. Mengawal hati daripada rosak dengan cara penyatuan. Amanah memerlukan kepada bersatu dalam setiap perkara sehingga Allah memberikan kemenangan.

TASAWUF ISLAM
PENDAHULUAN Ilmu tasawuf bukanlah suatu yang mudah untuk difahami dan dihayati secara teori atau praktikal. Sifat ilmunya yang berpaksi kepada hati dan amalannya. Oleh sebab itu menjadikannya suatu ilmu yang kurang diminati ramai. Ilmu tasawuf merupakan intipati Islam yang seharusnya ada dalam hati setiap Muslim. Tanpanya Islam hanya hadir sekadar lambang semata-mata. Intipati ini mengawal hati setiap Muslim dalam sifat rahbah dan raghbah untuk sentiasa merasakan kasih saying Allah SWT dengan rasa takut kepada-Nya. Dengan ini segala sifat-sifat keji dan kasihkan dunia akan dapat dihakiskan dari hati setiap Muslim. Semakin kuat pegangannya kepada

syariat dan hukum-hukumnya, semakin bertambah kewaspadaannya dalam menjauhi larangan dan melaksanakan suruhan-Nya dalam menunaikan hakhak hamba-Nya. Ibnu Khaldun memperkatakan ilmu tasawuf ini dalam Muqadimmah bahawa : Ilmu tasawuf adalah salah satu dari ilmu-ilmu al-shariyyah yang kemunculannya adalah baru dalam agama Islam. Asal perjalanan golongan itu adalah sesuatu yang mantap iaitu satu gaya hidup yang benar dan berpandukan hidayah dikalangan mukminin golongan awal Islam yang terdiri dari kubar Sahabah, Tabiin serta orang yang selepas mereka. Kehidupan yang berasaskan kepada sentiasa beribadah dan menumpukan diri secara khusus kepada Allah serta berpaling dari kebendaan dan perhiasan dunia, berzuhud dari kelazatan harta dan kemegahan yang menjadi kegemaran orang ramai serta menjauhi dari makhluk dengan melaksanakan khalwah untuk tujuan beribadah Kesimpulan yang dapat disimpulkan ialah : 1. Tasawuf adalah satu disiplin ilmu yang lahir agak lewat sehingga menjadikan perdebatan umum. 2. Kewujudan pertama didahului dengan zuhud iaitu gaya hidup yang lebih mementingkan akhirat. Perkembangan ilmu tasawuf telah wujud dizaman Nabi Muhammad SAW pada tahap yang lengkap dan sempurna sekalipun nama tasawuf belum digunakan ketika itu dengan menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan yang memberikan kata putus kepada setiap perbahasan.

TASAWUF ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW Penghayatan tasawuf melalui kehidupan zuhud yang mementingkan akhirat tetapi tidak menolak dunia. Dalam istilah lain, kehidupan dunia tidak berputik dihati dimana kehidupan dunia tidak menguasai hatinya serta mendorongnya berpaling dari ketaatan kepada Allah SWT. Muustafa Hilmi menegaskan dalam bukunya al-Hayah al-Ruhiyyah fi alIslam dengan katanya : Bermulanya kehidupan kerohanian dalam Islam ialah dengan kehidupan secara takashuf, wara, zuhud, taqwa dan segala bentuk kehidupan yang tidak mengutamakan kehidupan dunia, sebaliknya mengutamakan agama. Cara ini telah tersebar luas dikalangan orang-orang Islam generasi pertama, bahawa kehidupan cara Nabi dan para sahabat menjadi contoh utama kepada orang-orang Islam sama ada melalui perkataan atau perbuatan baginda

Kenyataan tersebut menjadi petunjuk bahawa kehidupan kerohanian yang kini dikenali sebagai tasawuf telah bermula dalam cara kehidupan Nabi SAW, para sahabat dan Tabiin r.a.h. Kehidupan secara zuhud, meninggalkan kemewahan dan menumpukan sepenuhnya kepada Allah SWT, dan berjihad dijalan Allah dengan penuh keimanan dan keyakinan yang jitu merupakan kehidupan yang dijalani oleh Rasulullah SAW dilihat oleh para sufi sebagai contoh terbaik dan sumber rujukan yang kaya dengan pelbagai ilmu dan amalan tasawuf. Aspek pertama yang menunjukkan cirri-ciri tasawuf pada zaman Nabi ialah semasa tahanuth Nabi di Gua Hira. Menurut Mustafa Helmi, ia adalah benih pertama yang melahirkan ahli zuhud, ahli ibadah dan ahli tasawuf. Nabi SAW bertahanuth sekali setahun untuk beribadah disamping merenung ayat-ayat Allah dalam alam ciptaan-Nya. Gaya hidup tersebut menjadikan hatinya suci dan bersih sebagai kelayakan untuk diturunkan wahyu Allah menerusi surah al-Iqra melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Firman Allah SWT : Sesungguhnya pada diri Rasul Allah itu contoh teladan yang baik bagi orang-orang yang mengharap kepada Allah dan mengharapkan balasan yang baik di akhirat. (ai-Ahzab : 21) Ayat tersebut tidak mengubah cara hidup zuhud Rasulullah SAW baik dari segi kebendaan, makanan, banyak ibadat, berjaga malam dan akhlak yang tinggi dan murni. Rasulullah SAW diriwayatkan banyak beribadah malam sehingga bengkak kakinya. Apabila ditegur oleh Siti Aishah mengenai kakinya yang bengkak kerana beribadat sedangkan baginda adalah maksum, baginda hanya menjawab, Apakah aku tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur (Bukhari & Muslim)

TASAWUF ZAMAN SAHABAT DAN TABIIN Para sahabat merupakan golongan yang mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah SAW secara direct, oleh itu kehidupan mereka mengikut cara hidup baginda yang zuhud iaitu lebih mengutamakan agama dan akhirat melebihi segala sesuatu yang lain. Keikhlasan dan kesungguhan para sahabat mengikut jejak langkah Nabi telah dirakamkan didalam al-Quran yang bermaksud : Nabi Muhammad SAW ialah rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap ruku dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dati Tuhan mereka serta mengharap keredaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang

salih terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadah yang ikhlas). (al-Fath : 29) Para sahabat yang terdiri daripada Khulafa al-Rasyidin mempunyai kisah tersendiri dalam bab zuhud ini. Saidina Abu Bakar diriwayatkan pernah berlapar selama enam hari, pakaiannya hanya satu dan hanya bercakap menggunakan hujung lidah sahaja. Apabila ditanya sebabnya, maka beliau menjawab, Cara ini yang membolehkan aku memperolehi ilmu. Saidina Umar al-Khattab pernah memakai baju denga dua belas tampalan sedangkan pada ketika itu beliau adalah merupakan Amirul Mukminin umat Islam. Kebersihan rohaninya menjadi tempat limpahan hikmah dan ilmu seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya Allah menjadikan kebenaran pada lidah Umar dan hatinya. Saidina Uthman al-Affan merupakan antara sahabat-sahabat Nabi yang mempunyai harta, namun kemewahan dunia tidak melalaikan beliau. Sentiasa melatih dirinya hidup secara zuhud, takashshuf, sentiasa berzikir, meneliti al-Quran, menghabiskan waktu siang dengan berpuasa dan berjaga malam untuk beribadah. Kezuhudan beliau membolehkannya mendermakan hartanya atas nama jihad. Saidina Ali sangat terkenal dengan kehidupan yang zuhud, takashshuf dan sabar. Diriwayatkan beliau menampal baju sendiri dan apabila ditanya, beliau menjawab, : untuk mengkhusyukkan hati dan diikuti oleh orangorang mukmin Ibn Hanbal dalam kitabnya al-Zuhd mengambarkan mengenai sekumpulan para sahabat yang dikenali sebagai ahl al-Suffah yang tinggal di satu sudut Masjid Nabi. Mereka terdiri daripada Muhajirin dan Ansar yang tidak punya harta serta keluarga, dan menjalani kehidupan secara zuhud. Abu Naim al-Asfahani dalam karangannya Hilyat al-Awliya menyifatkan mereka sebagai satu kumpulan yang Allah telah bersihkan hati mereka dari mengharapkan keduniaan dan sentiasa berada dibawah pemeliharaan Allah dari terpesona kepada keseronokan dunia dan lalai kepada Allah. Menurutnya kelompok ini amat dikasihi Rasulullah yang sentiasa bermuamalah dengan mereka dan telah dijadikan contoh oleh Allah dalam kehidupan berzuhud. Di dalam kelompok itu terdiri sahabat-sahabat besar seperti Muaz bin Jabal, Salman al-Farisi, Abu Dzar al-Ghifari, Abu Ubydah alJarrah, Abdullah bin Masud, Abdullah bin Abbas, Anas bin Malik, Abdullah bin Umar, Bilal bin Rabbah, Syhayb al-Rumi dan Hudzaifah bin al-Yaman. Ciri khusus zuhud yang dipamerkan bukan sahaja diakui oleh sarjana Islam tetapi diakui oleh para sarjana Barat juga. Abu Talib al-Makki dalam Qut alQulub menjelaskan bahawa zuhud dimaksudkan ialah merujuk kepada hawa

nafsu yang berada pada taraf alammarah bi al-su iaitu taraf nafsu yang cenderung kuat kepada perbuatan keji serta mungkar. Sifat al-Rabaniyyah iaitu satu sikap yang memandang kehidupan dunia itu satu perkara yang buruk sehingga jika mahu menjalani kehidupan zuhud terpaksa mengenepikan sesuatu yang baik dari dunia ini. Ini tidak dipraktikkan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Manusia dilahirkan untuk mencintai kecantikan dunia dalam kehidupannya tetapi mereka mesti membersihkan diri menerusi ibadah dan mujahadah agar tidak terpengaruh dalam runtunan hawa nafsu. Rasulullah SAW dan para sahabat melatih diri dengan sifat ubudiyyah yakni melatih diri melawan hawa nafsu hingga terpandu kepada kebaikan dan kebenaran. Benih keimanan dan ketaqwaan ini menjadi ikutan umat terkemudian yang terkenal sebagai al-Tabiin. Al-Tabiin menjadikan kehidupan rohani generasi sebelum mereka sebagai contoh dan berusaha menerus menghidupkan sunnah dan gaya hidup yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Berbagai gelaran merujuk kepada kelompok khusus mereka telah diberikan antaranya, al-ubbad, alzurrad, al-qurra, al-bukaun, al-waizun dan al-fuqara. Tokoh sufi yang paling menonjol pada era ini ialah Rabiat al-Adawiyah, orang yang orang yang pertama mengagaskan konsep al-hubb dalam tasawuf. Individu lain yang tergolong dalam kelompok ini ialah Hasan alBasri, Uwais al-Qarni, Amirbin Abdullah bin Qays al-Basri, Masruq bin Abd. AlRahman, Malik bin Dinar, Sufyan al-Thawri, Ibn Khaytam dan al-Hasan ibn Abi al-Hasan.

Pada abad kedua Hijrah, golongan yang terlibat dalam kehidupan kerohanian yang mementingkan akhirat tidak mempunyai satu peraturan umum atau susunan yang menggunakan istilah sufi atau tasawuf. Penyebaran penghayatan kerohanian ketika itu hanya melalui pembacaan al-Quran dan berikhtikaf dibukit-bukit untuk menjauhkan diri dari hal keduniaan. Abu Hashim al-Kufi al-Sufi (150H/761 M) dikatakan oleh setengah pengkaji sebagai orang pertama menggunakan gelaran sufi, ini dikuti oleh Jabir Ibn Hayyan al-Sufi, Muhammad ibn al-Qasim al-Hasani al-Sufi (219H/834M) dan Abu Hamzah Muhammad al-Sufi (270H/882H). Pada abad inilah istilah al-sufi dan al-tasawuf digunakan secara meluas sebagai penunjuk kepada golongan tersebut. Kesimpulannya cirri istimewa kehidupan harakat al-zuhd oleh generasi awal Islam dikurun pertama dan kedua Hijrah meliputi dua aspek:

1. Aspek al-taabbudiyah 2. Aspek al-akhlaqiah Seterusnya pada akhir kurun kedua Hijrah, gerakan zuhud di dunia Islam berubah kearah tersendiri menggunakan istilah al-tasawuf. Ibn Khaldun menyebut sebagai muncul satu disiplin ilmu baru dalam al-shariyyah yang berbeza dengan ilm al-fiqh sehingga terbahagi kepada dua bahagian: 1. Ilm al- fiqh yang membicarakan tentang hokum hakam zahir 2. Ilm al-tasawuf yang membicarakan aspek batin al-syariyyah dan rahsianya. Pemisahan tersebut adalah dari segi tanggapan bukan hakikatnya kerana asal syariat adalah satu: ilmu fekah bersandarkan ilmu akidah sebagai sandaran furu dan ilmu tasawuf bersandarkan kepada kedua ilmu tersebut. Oleh itu seorang sufi mestilah seorang yang lengkap ilmunya mengenai alQuran dan al-Sunnah. Imam al-Ghazali memberi contoh di dalam ihya mengenai para imam mazhab yang empat yang mempunyai ilmu yang meliputi keseluruhannya. Mereka bukan hanya terkenal sebagai fuqaha sahaja tetapi terkenal sebagai abid, zahid alim dan ahli tentang ilmu akhirat, memahami kemashalatan makhluk didunia dan tidak menginginkan apa-apa selain keredaan Allah, meskipun tidak dikenali sebagai ulama kalam, akidah atau tasawuf. Dr Ahmad Alwash membentangkan bahawa umat Islam pada kurun pertama Hijrah terdiri daripada orang yang wara, bertaqwa dan kuat bermujahadah. Hubungan yang dekat dengan Rasulullah SAW, sentiasa beribadah dan berlumba-lumba mengikut jejak Nabi dalam segala aspek. Penyusunan ilmu tasawuf bukan untuk menandingi ilmu-ilmu lain tetapi adalah untuk menampal kekurangan keperluan agama dalam kehidupan manusia. PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF ABAD KETIGA DAN KEEMPAT Perkembangan ilmu tasawuf bertambah pesat dalam abad ketiga Hijrah yang kemudian dianggap sebagai mercu tanda awal kepada perkembangan seterusnya. Kegiatan tasawuf pada abad ini boleh disimpulkan dalam istilah al-akhlaqiyyah (budi pekerti), al-nafsiyyah (kejiwaan) dan al-metafiziqiyyah (ketuhanan). Pada peringkat awal cirri akhlaqiyyah dalam tasawuf lebih menonjol dan ketara. Abu Bakar al-Katani menjelaskan pengertian tasawuf sebagai tasawuf adalah akhlak; sesiapa baik akhlaknya bertambah jernih hatinya. Dilain kenyataan nya Tasawuf ialah menghiasi diri dengan sifat mulia dan menjauhi dari sifat keji. Ibn Qayyim al-Jawziyyah memberikan kenyataan yang sama orang yang mengkaji ilmu ini sepakat menyimpulkan bahawa tasawuf ialah akhlak

Tokoh sufi yang muncul pada kedua abad ini ialah Abu al-Harith al-Muhasibi Abu Yazid Tayfur al-Bistami, Hamdun al-Qassar, Ahmad b. Isa al-Khurra), Sahl b. Abd Allah al-Tustari, Muhammad b. al-Hakim al-Tirmidhi, Abu alQasim al-Junayd, Abu al-Hasan Ahmad al-Nuri, Muhammad al-Katani dan banyak lagi. Pada masa itu juga muncul seorang tokoh sufi yang kontroversi dalam sejarah perkembangan tasawuf pada abad ketiga Hijrah ia itu al-Husayn b. Mansor al-Hallaj. Beliau dilahirkan pada tahun 244H di Baida. Seorang tokoh yang istimewa dan masyhur kerana ketokohan dan pengaruhnya. Al-Hallaj terkenal dengan ungkapan Anna al Haqq yang bermaksud Aku adalah alHaqq. Dihukum bunuh ketika dibawah pemerintahan Khalifah al-Mutasim bi Allah pada tahun 309H. Hukuman itu menjadi kemuncak dari perselisihan yang berlaku antara ulama fekah dan ulama sufi. Golongan sufi yang berada di zaman ini telah menubuhkan secara sendiri perkumpulan dimana ahli-ahli terikat dengan peraturan yang khusus. AlHujwiri di dalam bukunya Kashf al-Mahjub memetik kata-kata Abu Husayn alNuri yang memberitahu kewujudan dua belas kumpulan tarekat yang mana sepuluh sahaja yang benar sementara yang lain itu sesat. Sepuluh kumpulan tersebut ialah al-Muhasibiyyah, al-Qasariyyah, al-Tayfiriyyah, al-Junaydiyyah, al-Nuriyyah, al-Sahliyyah, al-Hakimiyyah, al-Khuraziyyah, al-Khafifiyyah dan al-Sayyariyah. Yang sesat itu di kenali sebagai al-Hululiyyah. Pembangunan pesat ilmu tasawuf telah melahirkan tulisan ulama-ulama sufi antaranya al-Luma fi al-Tasawuf oleh Sarraj al-Tusi, Kashf al-Mahjub oleh Abu Ali al-Hujwiri, Manazil al-Sairin oleh Abdullah Ansari dan lain-lain lagi.

PERKEMBANGAN ILMU TASAWUF ABAD KELIMA HIJRAH Kegiatan tasawuf berkembang hingga kea bad kelima Hijrah. Ramai tokoh sufi telah dilahirkan tetapi yang paling tersohor ialah Abu Hamid al-Ghazali (450-505H) yang telah Berjaya mengharmonikan ilmu fekah dan ilmu tasawuf sebagai ilmu yang saling berkait antara satu sama lain. Al-Ghazali atau nama penuhnya Muhamad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Tusi dilahirkan pada 450 Hijrah di Kota Tus dalam daerah Isfahan dibahagian timur laut Iran. Pernah berguru dengan ahli fekah Syakh al-Haramain di Naisabur dan Syakh Abu Ali al-Fadl al-Farmadi seorang alim dan faqih dalam ilmu tasawuf. Ulama terkemuka yang diberi gelaran Hujjat al-Islam adalah seorang yang pakar dalam pelbagai bidang seperti usul fiqh dengan karyanya al-Mustashfa dan Ihya ulum al-Din dalam bidang tasawuf.

Dikenali di Barat sebagai al-Gazel dan meninggal dunia pada 505Hijrah bersamaan 18 Disember 111Masehi di daerah kelahiranya di Kota Tus.

Ekonomi Islam
SIMPANAN / AL WADIAH () 1. Takrif 1.1 Wadiah ialah akad ( )diantara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan bagi tujuan di simpan. 1.2 Tujuan nya untuk menjaga keselamatan barang dari kecurian, kehilangan, kemusnahan dan sebagainya. 1.3 Barang yang dimaksudkan ialah sesuatu yang berharga dan bernilai, iaitu:i) Harta )) ii) Wang Ringgit() iii) Dokumen

iv)
v)

Sijil Lain-lain barang yang berharga atau berilai disisi syarak.

2. Rukun Wadiah 2.1 Barang yang di simpan )) 2.2 Tuan punya barang () 2.3 Orang yang menyimpan () \ 2.4 Ijab Qabul ()

3. Hukum Wadiah 3.1 Wadiah adalah halal di sisi syarak kecuali terdapat unsure-unsur haram di dalamnya seperti riba, penipuan atau sebagainya. 3.2 Syarat bagi barang yang disimpan dikendalikan oleh orang yang menyimpan. 3.3 Tuan punya barang dan orang yang menyimpan tidak terhad kepada orang perseorangan, akan tetapi boleh terdiri dari Bank, Syarikat, Pertubuhan dan Perbadanan. 3.4 Sekiranya tuan punya barang atau yang menyimpan terdiri dari orang perseorangan mestilah :i) Sempurna Akal ii) Pintar Tidak disyaratkan cukup umur tetapi jika tidak perlu keizinan dari penjaganya. 3.5 Kedua pihak boleh memfasakhkan akad Wadiah pada bila-bila masa. 3.6 Tanggungjawab orang yang menyimpan adalah amanah iaitu jika berlaku sesuatu yang tidak diingini maka orang yang menyimpan tidak wajib menggantikannya. 3.7 Jika Wadiah itu musnah atau rosak atas sebab orang yang menyimpan maka wajib orang yang menyimpan menggantikannya. 3.8 Boleh mengambil upah ke atas wadiah. Jika berlaku pengambilan upah maka bertukar tanggungjawab kepada penjamin. 3.9 Berdasarkan diatas maka tanggungjawab sebuah bank yang menyimpan wadiah mempunyai dua corak :i) Amanah ii) Jaminan 3.9.1 Barang bernilai seperti barang kemas, dokumen penting dan lainlain yang bernilai yang di simpan di peti keselamatan bank, maka bank bertindak sebagai penjamin. Oleh itu sebarang kerosakan, kemusnahan atau kehilangan, bank bertanggungjawab menggantikan nya. 3.9.2 Simpanan berbentuk wang ringgit, bank adalah sebagai penjamin dan tiada bayaran dikenakan tetapi bank berhak menggunakan wang tersebut dalam urus niaga lain. Sebagai penjamin, bank dikehendaki memulangkan semula jika dituntut oleh tuan punya tanpa mengira bank rugi atau untung.

3.9.3 Adalah digalakkan supaya pihak bank mendapatkan keizinan dari tuan punya barang untuk menggunakan wang tersebut supaya akad wadiah lebih bersih. 3.9.4 Tuan punya barang boleh mengenakan syarat tertentu untuk keselamatan barang wadiahnya. 3.9.5 Sekiranya tuan punya barang hilang atau tidak dapat dikesan, maka urusan urus niaga wadiah diteruskan sehingga di sahkan kematian tuan punya barang, maka barang itu diserahkan kepada warisnya untuk urusan faraid. 3.9.6 Sekiranya barang wadiah tidak boleh tahan lama maka orang yang menyimpan boleh menjualnya dan wang harganya disimpan sehingga sampai tempoh penyerahan semula. 3.9.7 Segala pembiyaan makan minum barang wadiah berbentuk binatang peliharaan adalah menjadi tanggungjawab tuan punya barang kecuali binatang tersebut digunakan oleh pihak yang menyimpan. 3.9.8 Orang yang menyimpan tidak boleh melakukan akad wadiah dengan pihak lain tanpa keizinan tuan punya barang. 3.9.9 Sekiranya orang yang menyimpan barang meninggal dunia maka berpindah tanggungjawab wadiah tersebut kepada warisnya sehingga selesai barang itu diserahkan kepada tuan punya barang. Wadiah dalam bidang urusniaga Bank Islam terdapat dalam dua bentuk :i) Akaun Semasa ii) Akaun Simpanan

PENGURUSAN ISLAM Pada permulaan membaca tajuk pelajaran ini, saya berpendapat bahawa bidang Pengurusan Islam adalah lebih kurang sama dengan apa yang telah dipraktikkan dalam dunia moden sekarang di mana banyak lubang-lubang atau tampalan-tampalan yang perlu dilakukan disana sini bagi menutup kelemahan urusan pentadbiran atau pengurusan sesuatu projek yang dilaksanakan. Setelah di beri penerangan dapat di fahami bahawa bidang pengurusan ini adalah merupakan amanah Allah kepada sesiapa yang bertanggungjawab atas sesuatu pekerjaan yang direncanakan. Bagi sesiapa yang memandang ringan akan tanggungjawab untuk menguruskan, maka ia akan berdepan

dengan kerosakan akhlak yang serius dan yang lebih teruk lagi bagi menghadapi Allah di padang Mahsyar kelak. Sisitem Pengurusan Islam bertujuan untuk mengelakkan kepincangan dan mengatasi kelemahan dasar dan pendekatan sedia ada dalam pentadbiran awam dan juga organisasi korporat. Sistem Pengurusan Islam yang bersumber daripada al-Quran, al-Sunnah dan ijtihad para sahabat. Al-Quran merupakan kitab Allah SWT yang mengandungi ajaran yang syumul untuk kemaslahatan seluruh umat manusia. Jika dikaji al-Quran sepenuhnya, terdapat ayat-ayat yang berupa peraturan yang berkaitan dengan tatacara kehidupan bermasyarakat yang mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi, politik, social, perundangan, pendidikan dan pengurusan. Ayat-ayat al-Quran mengenai bidang pengurusan boleh dikaji menerusi surah al-Maidah : 2 dalam bentuk kerjasama berpasukan, persaudaraan dalam surah al-Hujarat : 2, berlaku adil dalam urusan di surah al-Nahl : 90, mempermudahkan urusan dalam surah an-Nisaa : 29, konsep ibadah dalam surah al-Mulk :21, dalam surah al-Araf : 31 dalam menguruskan sumber, kecekapan yang bersistematik dalam surah as-Saff:4, perhungan awam atau komunikasi dalam surah an-Nisaa:86, konsep Amal Makruf Nahi Munkar dalam surah al-Hajj: 41, larangan rasuah dalam surah al-Baqarah: 188, konsep transformasi dalam surah ar-Rad:11, konsep taat dalam surah anNisaa:59, konsep kerjasama berpasukan dalam surah al-Maidah:2, etika kerja dalam surah al-Ahzab:4 dan berbagai bentuk cara mengurus lain yang kedapatan dalam al-Quran. Sesungguhnya beruntung mereka yang mengkaji al-Quran sebagai peringatan diri dan keluarga mereka sebelum dipanggil menghadap Illahi. Sumber kedua iaitu al-Sunnah, jika dikaji secara mendalam mengenai kepimpinan Rasulullah SAW sebagai pemimpin kerajaan, tentera, ketua keluarga dan ketua agama, kita akan mendapati petunjuk yang nyata yang telah dibekalkan kepada umat terkemudian untuk mengikutinya walaupun diketika itu cara hidup adalah amat simple. Rasulullah SAW bukan sahaja role model bagi umat Islam tetapi panduan yang amat berguna kepada seluruh umat manusia. Lihat sahaja kejayaan dalam tempoh yang singkat merevolusi pemikiran masyarakat jahiliyah menjadi suatu kaum yang kuat di Tanah Arab. Pentadbiran Rasulullah SAW dilaksanakan berdasar prinsip syariah dan berpaksikan kepada kesedaran beragama serta bernilaikan aspek kemanusiaan. Rasulullah SAW dilihat sebagai pemimpin yang berkarisma, berwawasan dan memahami dengan mendalam hal hwal agama, politik dan social komunitinya. Banyak araha, kata-kata dan saranan baginda SAW berkaitan dengan aspek pengurusandan kepimpinan terdapat dalam enam buku hadis yang sahih iaitu al-Bukhari, Muslim, al-Tirmizi, Ibnu Majah, An-Nasaiy dan Abu Dawud.

Sumber ketiga daripada ijtihad dan amalan Khulafak Ar-Rasyidin yang empat tetapi yang lebih menbyerlah dalam bidang pengurusan ialah di zaman Saidina Umar ibn al-Khattab sebagai khalifah. Perubahan yang radikal bersesuaian dengan keadaan semasa telah memantapkan urus tadbir Negara Islam yang berkembang sehingga separuh dunia. Kenyataan ini bukan menidakkan sumbangan para sahabat yang lain tetapi banyak perubahan dilakukan di zaman Saidina Umar. Sumber keempat pengurusan Islam ialah pemikiran klasik ilmuan Islam yang menulis dan mengkaji tentang bidang pengurusan. Mereka yang terkenal ialah antaranya Ibnu Khaldun dengan Muqadimah, Abu Yusuf dengan kitab al-Kharaj, Al-Mawadi dengan Ahkam as-Sultaniyyah, Al-Ghazali dengan Ihya Ulumu Din dan Ibn Taimiyyah dengan As-Siasah as-Syariah, Al-Hisbah dan Minhaj as-Sunnah. Selain itu kedapatan dokumen sampingan penting yang lain sebagai rujukan. Sumber kelima ialah pemikiran dan tulisan ilmuan kontemporari Islam mengenai pentadbiran dan pengurusan. Sumber keenam pula ialah pemikiran ilmuan moden sama ada dari Barat mahupun dari Timur. Konsep Pengurusan Islam meliputi konsep kerja dalam Islam, etika kerja secara Islam, kualiti dan kecemerlangan dalam organisasi dan hak-hak pekerja.

TAMADUN ISLAM AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA DAN INSPIRASI TAMADUN ISLAM Al-Quran iaitu kalam Allah ialah kitab suci umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk seluruh manusia. Al-Quran menyentuh semua sudut kehidupan di dunia dan akhirat serta menjadi sumber utama dan ilham bagi Muslim dalam membentuk tamadun. Al-Quran menjadi sumber rujukan hukum hakam yang utama dalam kehidupan umat manusia. Al-Quran dianggap sebagai sumber utama kerana ia adalah kitab standard, menjadi pedoman dan falsafah hidup bagi orang-orang yang beriman Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.( surah al-Isra:9) & Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu." ( al-Anam:14), Penyelesaian pertikaian, Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat. (al-Nisaa:105) dan Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah

kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. (al-Maidah:48-50), Menjadi petunjuk yang nyata, Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak
padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa (al-Baqarah:2),

Untuk seluruh umat manusia, Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam (al-Takwir:27), Tiada kesilapan di dalamnya, Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan
dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji.(Fusillat:42), Memberikan erti dan makna hidup yang hakiki,

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku". (al-Nahl:2), Sebagai penawar, Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (al-Israa: 82), Cahaya (nur) yang menerangkan kegelapan, Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (al-Maidah:15), Bukti kebenaran dari Tuhan, Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). (an-Nisaa: 174),

Nikmat dan furqan- pemisah antara haq dan batil, Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam. (al-Furqan:1), Peringatan dan pengawal, Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan AlQuran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr:9), Mukjizat yang besar, Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diadaadakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (Yunus:37) dan

Kalam Allah yang mengariskan kebenaran, petunjuk dan rahmat, Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keteranganketerangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Al-Maidah:15), Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya. (al-Anam:92), Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. (Al-Nahl:89) Mukjizat al-Quran Merupakan mukjizat maknawi Rasulullah SAW hingga akhir zaman. Bagi ahli bahasa Arab, penyusunan, penggunaan ayat, gaya bahasa al-Quran sangat indah dan tiada tandingannya. Banyak maklumat terkini menepati apa yang dinyatakan di dalam kitab ini. Merangkumi semua sudut kehidupan social, ekonomi, sains, astronomi dan politik. Sebagai pencetus inspirasi kepada ibadah manusia dan kesusasteraan Arab. Al-Quran mengajak manusia untuk merenungi sejarah umat terdahulu untuk diambil pengajaran daripadanya. Kandungan al-Quran menyentuh semua

sudut kehidupan dengan perkara pokoknya ialah tauhid yang merupakan tema terpenting.