Anda di halaman 1dari 7

Bayan Maulana Saad al-Kandahlawi

Assalamu'alaikum..

Tuan-tuan yang mulia,


Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara ijtimae (collectively)
meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan
agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang
hak.

Tuan-tuan yang mulia,


Hadrat Abdullah Ibnu Huzaifah r.a. buat usaha di Rome, Raja Rome telah tangkap
mereka dan seru mereka kepada agama Nasrani. Kalau mereka setuju setengah
dari negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata,
'Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab
diserahkan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip
mata pun, kami tidak akan sedia'. Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika
setiap individu menyeru manusia kepada agama.

Maulana Saad menekankan lagi bahawa dakwah Illallah ialah bukan fardhu
kifayah tetapi fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka
akan mengamalkannya tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah
bagi mereka untuk membuat usaha dakwah. Perkara ini kita kena faham dan
masukkan dalam hati kita. Umat ini dahulu ijtimae (secara berjemaah), mengapa
kini ia berpecah-belah dan bagaimana mereka mudah tukar agama. Pada hal
Sahabat r.a. sanggup dicampak dalam api tetapi untuk tukar agama tidak sekalikali mereka sanggupi. Ini merupakan keistimewaan dakwah, kesan dari dakwah,
bahawa dakwah adalah untuk istiqomah dalam agama.

Dalam kehidupan seseorang individu amat bahaya jika kehidupan sekelilingnya


tanpa agama. Oleh kerana tidak ada dakwah dia tidak mampu mengawal dirinya
daripada kesesatan. Oleh itu kita kena fahamkan dalam hati bahawa dakwah
adalah ibadah. Kedua-dua perkara ini (yakni dakwah dan ibadah) adalah selari
dan berterusan, ia berjalan serentak.

Dengan dakwah akan mewujudkan kemampuan mengamalkan agama dari sudut


akidah, syariat, kehidupan, muamalat bahkan keseluruhan agama. Dia akan
menjadi benar-benar orang Islam (bila ia dapat kumpulkan dakwah dan ibadah).
Dalam Al-Quran jelas disebut

Tiada siapa yang terlebih elok agamanya daripada orang yang ada kedua-duanya
sekali iaitu menyeru kepada Allah dan amal. Ayat ini memberi makna penekanan,
selain daripada orang yang mengumpulkan dakwah dan ibadah tidak mungkin
seseorang itu lebik elok agamanya. Ketinggian usaha dakwah menyebabkan
ibadat saya, muamalat saya, hubungan dengan Allah memberi kesan iaitu
istiqomah dalam agama. Ia menjadi perkara asas, menjadikan umat ini secara
ijtimae menyeru kepada yang hak, setiap individu menjadi da'ie menyeru kepada
hak sehingga dia terselamat daripada menjadi orang yang diseru kepada batil.

Tuan-tuan yang mulia,


Setiap orang beriman kita perlu membawa mereka kepada agama. Ramai orang
salah faham, mereka fikir dakwah untuk orang lain. Zaman sekarang banyak
saluran boleh digunakan untuk dakwah orang lain, sebab itu mereka fikir dakwah
dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu tidak perlu dilakukan lagi.
Dakwah iman untuk diri mukmin itu sendiri. 'Ya aiyuhallazi naamanu aminu'
ertinya 'wahai orang beriman, berimanlah kamu'. Orang beriman lebih berhak
atas Kalimah. Allah yang memerintahkan, wahai orang-orang beriman jadilah
orang beriman. Maksudnya, yang penting kita kendak memperkuatkan iman dan
yakin dalam diri kita. Maulana Ilyas rah.a berkata kalau hendak diletakkan nama
keatas usaha ini, dia lebih suka dinamakan Usaha Atas Iman.

Ingin saya mengingatkan tuan-tuan yang mulia, langkah pertama usaha ini ialah
membetulkan iman dan yakin kita. Dalam majlis-majlis samada ijtimae (secara
jemaah) atau infradi (secara individu) keimanan mestilah mengatasi daripada
yang lain. Hendaklah lagi dan lagi, berulang-ulang kali kita hendaklah
memperkatakan tentang keimanan, yakin dengan janji-janji Allah walaupun tidak
nampak dengan mata zahir. Untuk wujudkan perkara ini kita kena dakwah, cerita,
cakap lagi dan lagi tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Dengan dakwah
akan wujud peningkatan dalam amal. Dakwah dan amal saling memerlukan
antara satu sama lain. Bila dakwah kurang, amal akan menjadi kurang. Hari ini
bila kita tertinggal dalam dakwah, kita terasa kekurangan dalam amal. Bila amal
kurang bermakna kita kurang berdakwah. Iman jadi lemah, godaan syaitan akan
menjadi kuat. Dakwah menjadi sumber kekuatan dalam amalan. Dakwah menjadi
pemangkin kepada amal. Apa-apa asbab yang bertentangan dengan amal, rupa
bentuk benda yang bertentangan dengan amal dan bertentangan dengan akhirat
tidak dapat kita memahami hakikatnya tanpa kita takluk kepada Allah swt. Kita
perlu tahu melalui dakwah apa faedah yang akan kita dapat, ada kesempurnaan
amal yang kita dapat laksanakan.

Untuk mendapatkan, memperbaharui iman ialah dengan mengenal Allah swt,


memahami kudrat Allah swt, semua makhluk perlu diperkenalkan dengan
kekuatan, kebesaran Allah swt. Akan datang satu masa, kiamat akan berlaku,
pada masa itu semua peraturan alam akan binasa. Semua makhluk dicipta untuk
mengenal Allah swt. Kita mengenal yang mencipta dari ciptaannya. Semua
benda-benda Allah cipta untuk kita lihat akan kehebatan Allah. Makhluk Allah
dijadikan untuk menghubungkan antara dia dengan kehebatan Allah swt, dia
menafikan apa yang dia nampak pada zahirnya. Ibrahim a.s. mengingkari semua
rupa bentuk makhluk samada yang bergerak atau tidak bergerak, kita perlu
menafikan segala rupa bentuk makhluk yang zahir dan mensabitkan dengan
kudrat, kebesaran dan kehebatan Allah swt, dengan ini kita berjalan menuju
penghampiran kepada Allah swt.

Kemudian Ibrahim a.s. diuji hendak dicampakkan ke dalam api yang besar
sehingga burung-burung pun tidak dapat terbang atasnya. Dalam keadaan begitu
Ibrahim a.s. dengan segala kekuatannya bersama malaikat gunung dan malaikat
laut ingin membantu tetapi Ibrahim a.s. menolak seraya berkata "saya tidak
perlu pada bantuan tuan, cukup pada hanya Allah". Ibrahim a.s. terang-terang
mengingkari apa yang dia lihat pada zahirnya. Allah kemudian perintahkan api
yang panas menjadi sejuk. Apabila seseorang mengambil zat sepenuhnya
daripada Allah swt, maka Allah juga terus membuat keputusan/perintah, api
menjadi sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim a.s. maka Ibrahim a.s sejahtera
dalam api tersebut.

Untuk mengambil faedah dari Allah swt, kita kena menafikan semua makhluk
yang ada. Ini merupakan amalan harian. Setiap hari kita berzikir dengan kalimah
"Laillaha illallah" dan bergerak dikalangan umat untuk menerangkan mahfum
maksud kalimah ini. Kita zikir kalimah ini dan menyeru manusia kepada kalimah
ini. Dua-dua perkara ini dituntut. Setiap hari kita kena dakwah "Laillaha illallah",
yang berkausa hanya Allah yang lain tidak boleh buat apa-apa. Setiap hari kita
kena mengingkari semua rupa bentuk zahir yang ada. Ini adalah perkara asas,
tauhid adalah ibu kepada ketaatan. Ilmu tauhid ceritakan kudrat dan kebesaran
Allah swt, semua nizam atau peraturan alam ini Allah yang cipta, Allah arahkan
Nabi-Nabi mengingatkan pada manusia bahawa Allah menjadikan bumi, langit
dan seluruh alam ini. Kalau kita tidak kenal pencipta, kita akan yakin dengan apa
yang dicipta. Orang kafir tenggelam dalam apa yang dicipta Allah seperti bulan,
bintang, matahari, tetapi orang mukmin tenggelam dengan pencipta yakni Allah
swt.

Untuk memperkuatkan iman kita, Maulana kata ada 4 saluran:

1. Ceritakan kebesaran Allah, keagungan Allah, kehebatan Allah semasa ziarah


dan apabila sembang-semabang bersama kawan-kawan dalam masjid. Ini adalah
amalan para sahabat. Hadrat Maulana Yusuf rah. menulis dalam Hayatus
Sahabah, dimana sahabat-sahabat membuat majlis-majlis zikir, halaqah-halaqah
Iman. Hari ini halaqah-halaqah iman telah tiada di masjid-masjid. Dalam masjid
ada cerita-cerita dunia, business dan politik. Sahabat-sahabat mengajak satu
sama lain duduk seketika untuk muzakarah (bincang) iman.

2. Ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Nabi-nabi. Kita perlu baca kisah-kisah
Nabi bukan kisah sejarah bahkan untuk dibawa sebagai tazkirah untuk
memperkuatkan yakin bahawa pada hari ini juga Allah akan membantu orang
Islam sepertimana Allah bantu Nabi-nabi terdahulu. Allah berfirman bahawa
"Kami menceritakan kepada kamu kisah-kisah nabi dan rasul terdahulu untuk
memantapkan keyakinan hati kamu". Kisah-kisah nabi itu adalah sebagai iktibar
kepada kaum mukmin untuk memantapkan yakin kepada Allah. Kita kena
meyakini bantuan Allah kepada Nabi-nabi, Allah yang sama juga yang akan
membantu umat ini apabila kita membuat kerja Nabi-nabi.

3. Menceritakan bantuan Allah kepada para Sahabat. Kita perlu baca kisah-kisah
sahabat itu untuk memperkuatkan Iman kita. Kita perlu menyakini bantu-bantuan
ghaib Allah kepada para Sahabat r.a. Dalam keadaan sekarang apa yang berlaku
dalam pemikiran umat bahawa bantuan itu telah berlalu. Ini yang menyebabkan
syak dalam agama kita. Keadaan itu menyebabkan kita berasa maazur atau uzur
atau malas untuk mengamalkan syariat kerana keyakinan kepada janji Allah telah
keluar dari hati-hati kita. Perkara perkhabaran dari Nabi adalah Hak, dan nadar
iaitu perkhabaran dari apa yang nampak. Seorang sahabat memberitahu Abu
Darda r.a. bahawa rumahnya terbakar, Abu Darda diam, seterusnya orang kedua
memberitakan perkhabaran yang sama, begitu juga orang ketiga yang
menceritakan perkhabaran yang serupa tetapi orang yang keempat
mengkhabarkan rumah tuan tidak terbakar. Abu Darda berkata aku dah yakin
bahawa rumah aku tidak terbakar kerana aku telah membaca doa yang diajar
oelh Nabi s.a.w. bahawa barang siapa yang menbaca doa itu diwaktu pagi
nescaya rumahnya tidak terbakar dan Abu Darda r.a telah membaca doa
tersebut. Allah bertindak atas sangkaan hambanya. Keadaan-keadaan yang ada
sekarang, keyakinan dengan bantuan Allah telah terkeluar dikalangan orang
Islam. Ini akan membuat kita uzur atau malas untuk mengamalkan agama secara
sempurna. Sedangkan Nabi s.a.w. bersabda bahawa bantuan Allah kepada umat
akhir zaman sepuluh kali ganda sebagaimana Allah membantu para Sahabat. Kita
ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Sahabat supaya kita bersangka baik
dengan Allah swt. Allah akan berurusan dengan kita atas sangkaan kita. Bantuan
Allah tidak berhubung kait pada masa yang berlalu tetapi begantung kepada
amal kita.

4. Menceritakan iman dengan alamat-alamatnya. Usaha wujudkan iman bersama


dengan alamatnya sekali. Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah s.a.w. "Iman itu
apa?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "ketaatan mengembirakan kamu dan
kemaksiatan, menyedihkan kamu". Iman adalah taqwa, apabila ada iman, taqwa
akan datang sekali. Tidak mungkin seorang itu beriman tetapi tidak bertaqwa.
Dalam Al-Quran Allah sebut kalimah ini sebagai kalimah taqwa. Alamat iman
yang pertama ialah taqwa, apa itu taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah ketika
berseorangan, ketika bersunyi diri. Misalnya seseorang hendak buat dosa, tetapi
depan orang ramai dia tidak buat atau seseorang itu hendak buat dosa tetapi
takut orang nampak, itu pun sudah dosa. Semua asas amalan baik ialah taqwa.
Taqwa dan sabar adalah sama, kedua-duanya dituntut. Jika kita taqwa dan sabar
serta-merta akan datang bantuan Allah. Sekarang orang ada sabar tetapi tidak
ada taqwa. Kalau ada sabar tetapi tidak ada taqwa nusrah (bantuan) Allah tidak
akan datang. Walaupun umat ditimpa kesusahan dan kesempitan, mereka
bersabar tetapi nusrah Allah masih tidak turun kerana mereka tidak taqwa.
Dimana Allah cerita dalam Al-Quran, sabar dan taqwa, kedua-duanya perlu.
Hanya sabar tanpa taqwa ia tidak sempurna. Dengan sabar ada janji Allah iaitu
perlu taqwa. Taqwa pun ada janjiNya iaitu perlu sabar.

5 janji Allah dengan taqwa.

1. Orang yang takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian,
keluarkan dia dari kesusahan seperti Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf sabar apabila
dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha.
Tetapi sebab Nabi Yusuf sabar dan taqwa, maka saudara-saudaranya pula
berhajat kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.

2. Allah akan mudahkan rezekinya. Allah swt mudahkan Nabi Daud a.s. dalam
mencari rezeki dimana besi untuk membuat pedang lembut seperti tepung diuli,
kerana untuk usaha dakwah dia tidak perlu guna harta dan kerajaan.

3. Allah memberi ganjaran.

4. Allah ampunkan semua dosanya yang lalu.

5. Mendapat rezeki yang halal.

Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita kena bawa taqwa dalam
muamalat (pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita beribadah jadi
makanan kita mesti jauh dari yang haram. Kita perlu yakin dengan memakan
makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakar r.a termakan
satu suap dari hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau sedia mati
disebabkan makanan itu. Sebab itu dalam usaha kita cari rezeki, perlu bawa
taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang akan
datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan
suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh dari yang haram
yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir. Maka kita mesti
jauhkan dari riba', jauhkan dari penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa
supaya terhindar dari makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci
untuk kita jaga amalan agama kita.

Oleh itu usaha cari makan ini kita perlu berlandaskan agama dengan cara
letakkan amal dihadapan dari asbab. Asbab bukan maksud tetapi kita kena letak
hukum dalam asbab, Allah swt bagi asbab untuk kita letakkan hukum dan dari
hukum ini Allah wujudkan keberkatan. Dalam perniagaan tiada keuntungan,
pemeliharaan, dalam ubat tidak ada kesihatan, untuk dapat terus dari zat Allah
ialah dengan amal. Allah hendak lihat kita yakin pada asbab atau yakin pada
Allah. Ubat belum tentu boleh bagi kita sihat tanpa izin Allah, makanan tak boleh
mengenyangkan kalau Allah tak izinkan, kerja kuat siang malam belum tentu
boleh buat kita kaya tanpa izin Allah, harta belum tentu buat kita bahagia tanpa
izin Allah. Allah nak lihat kita pilih asbab atau pilih hukum. Misalnya seseorang
hendak keluar pergi berniaga, dia sembahyang 2 rakaat dahulu. Allah telah
beritahu bahawa Allah jadikan dunia ini dengan perhiasan-perhiasan untuk ujian.
Seperti Nabi Sulaiman a.s. Allah bagi asbab yang banyak, beri dia kuasa, ada
kerajaan yang luas, ada harta yang banyak, istana Ratu Balqis datang padanya
sekelip mata; Allah hendak lihat dia bersyukur atau kufur. Oleh itu semua asbab
yang kita nampak atau tidak nampak perlu kita kembalikan kepada Allah swt.
Apabila kita tumpukan ghairullah daripada Allah, Allah akan tarik keberkatan dan
manfaat darinya. Sebab itu kita perlu yakin dengan janji Allah, yakin dengan
kudrat Allah dan yakin dengan hukum-hakam Allah swt. Dengan hukum-hakam
Allah swt, ada janji Allah swt.

Untuk datangkan yakin ini kita perlu dakwah, dakwah dan dakwah. Dengan
dakwah wujud suasana, yakin akan berubah tetapi dengan syarat umat ini
datang dengan cara majmuknya atau seluruhnya pada dakwah. Jadi orang
beriman yang menyakini bahawa tanpa dakwah tidak akan keluar daripada
kerugian. "Demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman
dan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan hak dan yang berpesan-pesan
dengan sabar" (surah al-asr), kedua-duanya perlu. Setiap orang beriman ada 4
tanggungjawab ini. Allah akan mengeluarkan umat ini dari segala kerugian
apabila kita membuat kerja dakwah.

Orang mukmin perlu mengambil pelajaran dari keadaan yang menimpa dia, dia
tidak dapat keluar tanpa iman. Orang mukmin perlu sedar bahawa tidak ada jalan
lain untuk mengeluarkan mereka dari musibah yang datang, kecuali membuat
hanya satu usaha sahaja iaitu membuat usaha atas iman dan amal, dan
mengajak orang lain juga untuk membuat usaha iman dan amal, dan
laksanakannya dengan penuh kesabaran. Tanggungjawab ini perlu dilakukan
secara ijtimae (berjemaah), kita kena jadikan setiap umat ini da'ei. Bila mana ada
umat yang tidak datang kepada usaha dakwah, maka usaha akan pincang, umat
akan tidak selamat.

Untuk membawa agama dalam kehidupan, kita setiap orang mukmin perlu
membuat usaha atas agama. Ulama' beritahu bahawa ada orang tidak membuat
dakwah yang makruf sebab dia tidak beramal lagi dengan amal tersebut.
Sebetulnya kita perlu seru kepada makruf juga walaupun kita tidak amal. Kalau
dia buat dakwah dan juga amal, itulah yang sebaik-baiknya. Apabila kita buat
kerja dakwah, akan timbul keinginan melakukan makruf dan Allah akan wujudkan
kebencian dalam melakukan yang mungkar. Maka jadilah dia sebaik-baik mukmin
yang diredhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita perlu niat, kita perlu buat dan
bawa seluruh umat kepada kerja ini.

Maka marilah kita semua berdoa, "Ya, Allah, apa-apa kesalahan dan kekurangan
yang telah berlaku sehingga sekarang maafkanlah kami Ya Allah, untuk masa
akan datang pilihlah kami Ya Allah untuk kami ambil tanggungjawab Nabi sebagai
tanggungjawab kami Ya Allah". "Wahai Robb, jika umat tidak datang kepada kerja
Nabi, umat ini akan rosak, ya Allah kasihanilah kami. Orang Islam di seluruh
dunia terimalah mereka buat usaha Nabi dengan cara Nabi. Semua orang bukan
Islam juga keluarga kamu Ya Allah, kalau mereka tidak diselamatkan, mereka
selama-lamanya akan masuk neraka. Di dalam kubur 99 ekor yang akan patuk
mereka Ya Allah, semua orang bukan islam masukkanlah mereka dalam Islam.
Kami tidak mahu apa-apa Ya Allah. Apa kehendak kamu Ya Allah untuk orang
Islam dan yang bukan Islam, itulah hendak kami penuhi". "Ya Allah, terimalah
saya dan rakan-rakan saya yang buat usaha agama sepertimana yang kamu
kehendakki. Terimalah doa kami ya Allah" Amin Ya Rabbal Alamin.

Semua azam untuk buat dakwah insyaAllah?

Anda mungkin juga menyukai