Anda di halaman 1dari 5

Bayan Nasihat Maulana Saad

Bayan Nasihat Maulana Muhammad Saad(Mesyuarat Malaysia 2015 -12/10/2015)


Terjemahah maulana Azim
Sebelum Allah swt pilih seseorang utk jadi utusan Allah, dia akan datangkan ujian. Ujian demi
ujian akan dtg pada dia. Jika dia lulus barulah dia akan dipilih untuk buat usaha agama. Inilah
imtihan yg Allah berikan pada para nabi dan rasul. Setelah mereka lulus barulah mereka
diangkat jadi rasul. Sepertimana seorang pekerja apabila dia hendak mendapat kerja, dia
haruslah menjalani temuduga terlebih dahulu, diuji dgn soalan-soalan. Jika dia lulus barulah
dia diambil bekerja. Seperti mana Allah swt uji nabi Ibrahim a.s utk korbankan anak yg dia
sayang, bila Nabi Ibrahim a.s lulus ujian itu, barulah Allah terima Nabi Ibrahim a.s sebagai
rasul. Maksud ayat Quran 'inni jailu..' bukan setakat diangkat jadi imam, tetapi dipilih jadi
khalifah dan menjadi ikutan sekalian manusia. Di masa kini, kita anggap usaha agama ini
hanyalah dengan menghadiri mesyuarat, ghast, jaulah, amal masjid sahaja. Tetapi usaha
agama ini sebenarnya lebih besar dari itu. Usaha ini adalah menghidupkan 100% sunnah nabi
saw dalam kehidupan. Kita jadikan ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak,makan, minum kita
sebagai ikutan sekalian manusia seluruh alam. Allah swt tidak terima seseorang berdasarkan
kepandaian, kelebihan, kebolehan seseorang. Tetapi Allah terima seseorang atas sifat
qobuliyat yg ada dalam diri seseorang. Jadi setiap orang harus periksa apakah sifat qobuliyat
ini dalam dalam diri kita atau tidak. Sifat qobuliyat inilah yg perlu diusahakan agar wujud
dalam diri kita.
Maulana Ilyas rah.a kata maksud daripada usaha ini ialah dapat menghidupkan seluruh
sunnah Nabi Saw dalam kehidupan kita. Kita hendaklah melakukan usaha agama ini
berdasarkan seluruh sunnah Nabi saw. Bawa sunnah Nabi saw dalam seluruh kehidupan kita.
Mafhum hadis, 'jika kamu ikut nabi, kamu akan dapat hidayat'. Jika kita tidak bawa sunnah
nabi dalam usaha agama, kita sendiri tidak akan dapat hidayat. Org yang tidak dapat hidayat,
mana mungkin dia akan jadi asbab hidayat pada orang lain? Hari ini kita seolah olah faham
bahawa usaha ini dibuat ikut peraturan ini dan ini, tertib itu dan ini sahaja. Padahal usul dan
tertib usaha ini adalah seluruh kehidupan Nabi saw. Satu masalah di Malaysia ialah kita tidak
buat usaha ini secara umumiyat. Nabi Saw jadikan usaha ini begitu umumiyat sehingga
semua golongan Nabi saw jumpa dan dakwahkan. Samada petani, pekebun, peniaga, org
kaya, org miskin. Dalam satu safar, ada org nasihatkan pada Nabi saw jangan guna lorong ini
kerana di lorong ini ada perompak. Pakailah lorong sana. Nabi saw pakai juga lorong tadi
kerana Nabi saw hendak jumpa dan sampaikan agama pada perompak. Perompak dan
penjahat pun Nabi saw jumpa dan tidak tinggalkan. Masalah kamu di Malaysia ialah kamu
buat usaha ikut kelesaan kamu. Nak keluar tempat selesa, keluar tempat org ikram banyak,
1|4

tempat org suka dan terima jemaah sahaja. Ini bukan umumiyat. Kerana itu kami melarang
buat jord, himpunan, program dikalangan golongan tertentu sahaja. Ada jord org kaya, ada
jord utk alim sahaja, ada jord utk rakan seusaha sahaja. Umat ini telah lama berpecah belah
dgn kedudukan, jawatan, jenis pekerjaan. Kita buat usaha yang menyatukan umat. Umumkan
usaha ini. Usaha ini milik semua umat Islam.
2 sifat yang mesti ada pada setiap daie supaya diterima oleh Allah.
i) sifat rendah diri dan tawadhu.
ii) sifat sabar dan tahan menerima ujian (samada ujian dari rakan seusaha ataupun org lain)
Dengan 2 sifat ini, barulah Allah akan ambil usaha daripada dia. Siapa tak ada sifat ini, Allah
tak akan ambil kerja dari dia. Setiap kali kita rasa sedih dan tak tahan dgn ujian yg Allah
berikan, kita bandingkan ujian yg kita dpt dgn ujian yg telah diterima oleh nabi Saw. Dgn
meilhat ujian Nabi saw, kita akan rasa ujian kita ini kecil dan tak ada apa-apa jika
dibandingkan dgn ujian Nabi saw. Dari situ kita akan mula belajar menerima dan mula
gembira dgn ujian yg Allah beri pada kita. Menjadi kefardhuan utk seorang Islam menyintai
Nabi Saw. Apa yg dibuat oleh nabi kita kena ikut. Apa yg Allah uji pada Nabi saw kita kena
contohi. Semua yg ada pada diri Nabi saw harus kita sukai termasuklah ujian yg dtg pada
Nabi saw seperti bersabar atas segala kesusahan dan ujian. Seorang yahudi telah baca kitab
lama dan baca sifat sifat yg ada pada seorang nabi dan dia dapati semua ciri ciri Nabi ada
pada Nabi saw. Cuma dia tak tahu samada ada tak ciri sabar yg ada pada Nabi saw. Maka dia
jumpa Nabi saw dan memberi hutang kurma pada Nabi saw sekian byk dan akan dibayar pada
sekian tempoh. Sebelum tempoh tamat, yahudi tadi telah jumpa Nabi saw dan dgn kasar
telah tarik jubah Nabi saw dan minta Nabi saw bayar balik hutang kurma tadi. Umar r.a yg
berada di sebelah Nabi saw menjawab dgn marah dan minta izin dari Nabi saw utk pancung
leher org yahudi tadi. Nabi saw larang umar buat demikian dan telah minta Umar r.a bayar
balik semua hutang kurma tadi dan ditambahkan dgn 2 gantang lagi sebagai tambahan. Bila
yahudi tadi terima balik hutang kurma itu beserta dgn lebihan 2 gantang, maka dia telah
tanya pada Nabi saw kenapa bayar lebih 2 gantang? Maka Nabi kata semua ini bayaran
hutang kurma kamu dan lebihan 2 gantang itu sebagai bayaran kerana kamu telah rasa takut
atas ugutan Umar r.a. Yahudi tadi terkejut dgn sifat Nabi saw. Dia mula menyatakan tujuan dia
berbuat demikian hanyalah kerana ingin mengesahkan ciri ciri seorang Nabi. Ternyata Nabi
saw mempunyai sifat seorg Nabi. Kemudian dia minta tangan Nabi saw dan mula ucap
syahadah dan masuk Islam. Allah akan menerima kita jika kita mempunyai sifat sabar dan
tahamul. Sekarang ini kita baik dgn rakan seusaha tetapi jahat dgn orang lain. Sepatutnya
dgn rakan seusaha kita kawal dan tegur mereka dan kita bersifat ehsan dengan orang lain.
Kita sekarang dgn org kafir baik, dgn orang Islam kita jahat. Sepatutnya kita tegas dgn org
kafir, dgn orang Islam kita berlemah lembut. Nabi saw balas keburukan dgn kebaikan.
Sifat lemah lembut yang ada pada Nabi saw merupakan rahmat seluruh alam. Sifat ini perlu
wujud dalam diri setiap daie. Usaha dan tanggungjawab ini sesuatu yang besar, namun begitu
2|4

kita kena rasa kecil dan rasa tak ada apa-apa pada diri kita. Untuk perkara seperti ini, Allah
telah kata pada Nabi saw, "hendaklah kamu bersikap lemah lembut, jika tidak mereka akan
lari daripada kamu". 'mereka' dalam ayat ini merujuk kepada para sahabat r.hum. Sahabat
merupakan mereka yg sanggup korban nyawa untuk Nabi saw. Meskipun begitu, Allah suruh
Nabi saw berlemah lembut terhadap mereka. Apatah lagi kita di zaman sekarang keadaan
manusia yg jauh dari sahabat, seharusnya kita lebih lembut lagi pada org Islam, dan tegas
pada org kafir.
Sifat seterusnya yg perlu ada ialah sifat pemaaf. Kita hendaklah sentiasa memaafkan
kesalahan dan kesilapan orang terhadap kita. Maafkanlah rakan seusaha kita. Lupakanlah
segala kesalahan dia dan jangan dipedulikan lagi kesalahan dia. Abaikan sama sekali. Bahkan,
kita haruslah menutup kesalahan yg telah dia lakukan. Dengan buat perkara ini, barulah
kesalahan dia akan hilang. Umar r.a kata cara untuk hentikan kebathilan adalah dengan
menghentikan cerita bathil tersebut. Zaman sekarang, bila ada orang buat salah, kita telah
jadikan kesalahan dia sabagai bahan cerita. Kita muzakarahkan kesalahan dia. Ini adalah
kesalahan yg besar. Sepatutnya kita harus segera menutup kesalahan dia dan segera mencari
kebaikan dia. Sifat tutupkan aib orang ini perlu ada pada setiap daie.
Seorang sahabat mengaku zina depan Nabi saw. Nabi saw palingkan wajah baginda. Berkali
kali sahabat itu mengaku kesalahan dia depan Nabi saw dan berkali kali juga Nabi saw
palingkan wajah baginda. Nabi dengan segera hendak tutupkan aib dia. Semasa Umar r.a
bermesyuarat dgn para sahabat, ada seorang telah kentut. Umar r.a begitu marah dan kata,
'siapa yg kentut tadi? Bangun dan pergi ambil wudhu sekarang!' umar r.a berkali kali ulang
perintah tersebut. Jabir r.a berbisik di sebelah Umar r.a, "wahai Umar, kalau kamu suruh dia
ambil wudhu, dia akan malu. Pasti semua org mengenali dia, dan dia akan malu. Saya syorkan
kamu suruh semua org ambil wudhu termasuk kita dgn itu dia akan terselamat dari malu."
umar memuji syor Jabir r.a itu dan perintahkan semua org ambil wudhu. Suatu ketika ketika
Nabi saw hendak mandikan jenazah, maka Umar r.a telah larang Nabi saw utk jadi imam pada
solat jenazah itu kerana jenazah itu seorang yg jahat. Nabi saw telah tanya pada sahabat yg
lain, "pernah kamu semua lihat jenazah ini buat apa-apa kebaikan sepanjang hidupnya?"
maka seorg sahabat menjawab bahawa lelaki itu pernah mengawal keselamatan jemaah
sepanjang malam dalam satu safar. Maka Nabi saw kata pada Umar r.a, "mata yg berjaga
malam di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka ke atasnya. Wahai Umar, org yg api
neraka diharamkan ke atasnya, kenapa kamu memandai mandai tentukan hukum utk dia?".
Nabi saw palingkan wajah ke arah jenazah dan mula takbir. Semua para sahabat ada sifat utk
menutup aib seseorang dan memaafkan kesalahan seseorang.
Walaupun usaha ini besar, kita tetap kena rasa kita ni kecil. Sewaktu Abu Bakar r.a diangkat
jadi khalifah, seorang anak kecil telah kata, "dulu Abu Bakar selalu memerah susu untuk kami,
skrg dia sudah jadi khalifah adakah dia ada masa utk perah susu utk kami?" Abu Bakar r.a
dengar keluhan anak ini dan kata, "kekhalifahan ini tidak akan ubah sifat aku. Aku akan terus
3|4

memerah susu untuk kamu wahai anak kecil" Jadi tuan-tuan yg mulia, tutuplah aib mereka yg
buat kesalahan. Kita maafkanlah mereka. Ini adalah usul dalam usaha ini.
Sifat seterusnya yg perlu ada ialah melihat kebaikan dan kebolehan pada seseorang. Dan kita
gunakan sifat yg ada pada mereka untuk majukan mereka dalam agama. Sifat ini penting utk
usaha ini. Nabi saw nampak Umar r.a dan Abu Jahal ada kebolehan tapi mereka gunakan
untuk perkara bathil. Maka Nabi saw doakan samada Umar atau Abu Jahal diberi hidayah agar
kebolehan mereka digunakan utk agama. Sebab itu penting kita lihat sifat yg baik pada
sahabat kita dan bantu dia majukan diri dia dengan sifat yg ada pada diri dia. Pada masa kini,
kita nampak ada rakan seusaha baru yang ada sifat baik dan mula maju dengan sifat baik itu
dan kita jadi hasad dengki pada kemajuan dia. Orang-orang lama dalam usaha ini tidak mahu
menerima dia dan mula kata 'saya org lama, kamu masih baru lagi'. Bukan saja tidak
membantu dia malah menekan dan menghalang kemajuan dia. Sepatutnya kita harus
bersama dia utk majukan diri dia berdasarkan sifat unggul yg ada pada diri dia itu. Inilah sifat
yg ada pada diri sahabat. Kisah seperti ini ada diceritakan dalam hayatus sahabah. Sebab itu
usul besar dalam usaha ini ada dalam hayatus sahabah. Maulana suruh kita baca dan fahami
hayatus sahabah dgn pemahaman yg betul. Satu hari Nabi saw kata pada sahabat, "ini adalah
ahli syurga" sahabat itu ialah Saad r.a. Nabi saw kata begitu 3 hari berturut turut. Abdullah bin
Auf r.a minta kebenaran dari Saad r.a utk bersama dia di rumahnya. Selama 3 malam dia
dapati tiada apa-apa kelebihan pun pada Saad r.a yg boleh menjadikan dia ahli syurga. Dia
pun beritahu perkara sebenar kenapa dia hendak bermalam. Maka Saad r.a kata "apa yg
kamu lihat inilah kehidupan sebenar kau. Tiada amalan istimewa melainkan dalam hati aku
tidak ada hasad sedikitpun terhadap kelebihan yg ada pada org Islam lain." sifat ini
menyebabkan dia tergolong sbg ahli syurga. Sebab itu kita harus meraikan sifat baik yg ada
pada rakan seusaha kita dan ikut bersama mereka yg ada sifat dan kelebihan yg baik ini. Ini
bukan usaha pada kebolehan, ini adalah usaha pilihan Allah. Siapa yg Allah pilih dan beri
kelebihan, maka kita ikutlah mereka.
Satu kisah di mana Nabi saw telah tanya pada para sahabat, "Siapa sedia ambil pedang saya
ini dan tunaikan hak pedang ini seperti hak yg perlu ditunaikan?" maka Umar r.a telah
bangun. Siapakah Umar? Beliau adalah org yg Nabi saw kata jika ada Nabi lagi selepas aku,
pastilah Umar akan jadi Nabi. Org begini pun Nabi saw tidak beri pedang itu. Nabi saw tanya
lagi soalan yg sama maka kali ini Zubair bin Awwam r.a telah berdiri. Zubair r.a ialah sepupu
nabi saw. Di antara adab Nabi saw ialah tidak akan mendahulukan keluarganya di dalam
sesuatu kelebihan agama sebaliknya kita sekrg jika ada di kalangan rakan seusaha kita ialah
saudara kita, saudara kita dahulu yg dapat sesuatu. Nabi saw tidak beri pedang pada Zubair
r.a. Nabi saw telah tanya lagi soalan yg sama utk kali ketiga. Kali ini seorang sahabat biasa
bernama Abu Dujanah r.a telah berdiri. Nabi saw telah beri pedang baginda dan suruh Abu
Dujanah r.a gunakan dgn sebaiknya. Maka dengan segera Zubair r.a ikut di belakang Abu
Dujanah r.a utk melihat dan belajar bagaimana sahabat tersebut gunakan pedang itu dgn
4|4

cara sepatutnya kerana dia yg menjadi pilihan Nabi saw utk menerima pedang baginda.
Beginilah sifat para sahabat. Apa saja kebaikan yg ada pada org lain, mereka akan segera
mengikuti dan mencontohi sifat itu. Sebaliknya kita sekarang, apabila diberi tugas, kita
gembira. Sebaliknya apa tugas itu diberi pada orang, kita mempersoalkan dan kita akan
undur ke belakang dan rasa sedih. Maulana kata orang mcm ini tidak mukhlis dalam usaha.
Sepatutnya bila kita tidak dipilih, kita rasa gembira dan kita hendaklah mengikut dan belajar
daripada mereka yang telah dipilih.
Utk dapat bantuan dari Allah kita hendaklah bersifat ijtimai setiap masa dan keadaan. Inilah
umat. Walaupun jika ada di kalangan kita mereka yg doanya maqbul, mereka yg telah lama
berkorban utk agama, walaupun doa mereka sampai ke arasy Allah swt, tetapi tanpa kesatuan
dari semua rakan seusaha, bantuan Allah tidak akan turun. Utk itu, kesatuan hanya akan dtg
dgn mesyuarat. Pentingnya mesyuarat ini, dalam solat Allah kaitkan solat dgn mesyuarat.
Solat bersifat jemaah begitu juga dgn mesyuarat. Sangat penting mesyuarat dibuat seperti
solat, ada imam, ada makmum, makmum perlu ikut segala kelakuan imam. Jika imam salah,
maka makmum tidak tanggung kesalahan imam. Kita tak perlu risau dan bising jika amir
tersalah atau langgar usul kerana amir itu akan bertanggungjawab sepenuhnya kesalahan
dia, seperti imam tanggung salah makmumnya. Walaupun begitu, ada masanya imam boleh
ditegur jika kesalahan yg besar. Tetapi yg layak tegur imam hanyalah makmum sahaja. Dan
imam tidak boleh menerima teguran luar selain makmum. Jika imam terima teguran org luar
solat, seluruh solat imam dan makmum akan terbatal. Utk menegur amir yg salah, mestilah
jemaah yg bersama sama membuat usaha, sama sama buat ghast, sama sama buat amal
masjid, pengorbanan yg sama, barulah dia boleh tegur amirnya. Hasil daripada mesyuarat
lah, banyak masalah dpt diselesaikan dalam peperangan khandaq. Parit dapat digali, batu
besar dpt dipecahkan, makanan para jemaah dpt diselesaikan. Begitulah kalau ada masalah
atau perkara di tempat tuan tuan. Janganlah di kalangan kalian bermesyuarat bersama
jemaah kecil dan org-org tertentu sahaja kemudian bawa ke nizamudin. Jangan buat begini.
Bermesyuaratlah dahulu dengan ahli ahli yg sepatutnya dan selesaikanlah dengan hikmah.
Moga Allah terima semua pengorbanan tuan-tuan dan beri kefahaman yang betul atas usaha
ini.g
Bayan ditulis dan disediakan oleh:
Haji Othman Sipol, Sri Petalin

5|4

Anda mungkin juga menyukai