Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan Hari jumaat merupakan hari kebesaran dan keagungan bagi umat Islam, kerana pada hari ini

terdapat pelbagai kelebihan dan keutamaan yang akan diperolehi oleh mereka yang mengetahui tentangnya.Hari jumaat ialah raja segala hari kerana dalamnya terkandung keberkatan.Para ulama menyebutkan bahawa pada hari jumaat akan dimakbulkan oleh Allah subhanahu wa Taala segala doa yang dipohon. Hari jumaat adalah hari yang paling mulia, kerana sebaik-baik matahari terbit ialah terbitnya matahari di hari jumaat. Hari jumaat ialah hari diciptakan Adam Alaihis Salam, hari dimasukkan Adam ke dalam syurga, hari Adam diturunkan ke bumi, hari Allah menerima taubatnya dan hari berlakunya kiamat.

Pengertian Jumaat dan Solat Jumaat Jumaat atau dalam Bahasa Arabnya Jumuah berasal daripada perkataan jamaa yang bermakna berkumpul. Hari ini dinamakan hari Jumuah kerana pada hari tersebut, manusia berkumpul dan pada hari ini terkumpul segala kebaikan. Manakala, dari segi istilah syarak, solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan secara berjamaah dalam waktu Zuhur pada hari Jumaat di masjid atau di tempat- tertentu dan didahului dengan dua khutbah. Orang yang mengerjakan solat fardu jumaat, tidak wajib mengerjakan solat fardu zuhur.

Sejarah Pensyariatan Solat Jumaat Solat jumaat yang pertama dikerjakan oleh Rasulullah iaitu ketika Baginda tiba di Madinah dari hijrahnya (dari Mekah ke Madinah), di sebuah perkampungan Bani Salim bin Auf. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tiba di suatu tempat yang bernama Quba pada hari isnin dan menetap di situ sehingga hari khamis. Dalam tempoh itu, Baginda membina masjid untuk mengerjakan solat bersama-sama kaum muslim di Quba. Khutbah pertama yang disampaikan oleh Rasulullah ialah: Ertinya: Wahai manusia! Beramallah kamu untuk bekalan pada hari akhirat. Kamu mengetahui demi Allah, kamu akan dibinasakan lalu kamu meninggalkan segala binatang ternakan kamu tanpa pengembalanya lagi. Di hari akhirat Allah akan berbicara secara langsung kepada kamu tanpa penterjemah dan tanpa pengawal yang ada menghalangi seseorang dari menghadapi Allah. Adakah belum datang kepada kamu, utusan-Ku yang menyampaikan segala amanat-Ku? Aku akan berikan kamu harta, Aku telah limpahkan kurniaan-Ku ke atas kamu, maka apakah yang telah kamu kerjakan untuk diri kamu. Ketika itu orang yang ditanya melihat ke kiri, tiada seorang pun yang akan memberi pertolongan. Kemudian dia memandang ke hadapan, tiada apa yang dilihatnya kecuali Neraka Jahanam. Oleh itu, orang yang sanggup memelihara wajahnya dari api neraka, walaupun kesanggupannya sekadar sebelah anak kurma, hendaklah dia berusaha menjaga mukanya itu. Orang yang tidak dapat berusaha dengan harta, maka hendaklah dia berusaha dengan perkataan-perkataan yang baik, kerana sesuatu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali

ganda, sampailah ke tujuh ratus kali ganda, dan salam sejahtera, keberkatan dan rahmat Allah ke atas kamu semua. (Hadis riwayat Ibnu al-Athir dan ath-Thabrani)

Hukum Solat Jumaat Para ulama telah bersepakat bahawa melaksanakan solat Jumaat hukumnya ialah fardu ain ke atas setiap orang islam yang mukallaf, lelaki, merdeka, sihat tubuh badan dan bukan dalam keadaan bermusafir. Sesiapa yang mengingkari kewajipan ini atau menganggap remeh, mereka di kategorikan sebagai orang munafik. Allah Subhanahu wa Taala telah berfirman: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan kepada kamu supaya menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi mengingati Allah dan tinggalkan segala urusan jual beli. Demikian itu lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui. (Surah al-Jumuah 62:9) Dalam sbuah hadis, Rasulullah telah menjelaskan dengan bersabda: Ertinya: Dari Thariq bin Syihab Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: Solat Jumaat itu hak dan kewajipan setiap orang Islam dilaksanakan secara berjemaah, kecuali empat kategori manusia, iaitu hamba sahaya, kaum wanita, kanak-kanak dan orang sakit. (Hadis riwayat Abu Daud)

Hukum Orang Meninggalkan Solat Jumaat Solat Jumaat merupakan kewajipan bagi setiap orang Islam (Muslim) melakukannya secara berjemaah, kecuali empat kategori manusia, iaitu hamba sahaya, kaum wanita, kanak-kanak, dan orang sakit. Demikianlah menurut hadis Rasulullah. Maka bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tanpa keuzuran akan dikira sebagai munafik. Ini berpandukan pada sebuah hadis yang menjelaskan: Ertinya: Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat berturut-turut sebanyak tiga kali tanpa keuzuran, nescaya Allah akan tutupkan hatinya. (Hadis riwayat al-Dailami) Dalam hadis yang lain pula dinyatakan: Ertinya: Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, berturut-turut sebanyak tiga kali, kerana menganggapnya remeh, maka Allah akan menutup mata hatinya. (Hadis riwayat Khamsah, Ahmad dan Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu dan Ibnu Umar Radhiyallahu Anhu bahawa mereka mendengar Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda: Ertinya: Hendaklah kaum-kaum itu berhenti dari perbuatan mereka yang meninggalkan solat Jumaat, atau Allah pasti akan menutup hati-hati mereka, kemudian mereka digolongkan di kalangan orang-orang yang lalai. (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan an-Nasai) Syarat-syarat Wajib Solat Jumaat Antara syarat-syarat wajib solat Jumaat adalah seperti berikut: Pertama: Hendaklah seseorang itu orang Islam, maka orang kafir tidak wajib menunaikan solat Jumaat. Kedua: Hendaklah seseorang itu mencapai usia baligh, maka bagi kanak-kanak tidak wajib mengerjakan solat Jumaat. Ketiga: Hendaklah seseorang itu berakal atau waras, maka orang gila, bodoh, dan mengalami masalah mental tidak wajib mengerjakan solat Jumaat. Keempat: Hendaklah seseorang itu dari kaum lelaki. Orang perempuan tidak wajib mengerjakan solat Jumaat. Kelima: Hendaklah seseorang itu merdeka, maka seorang hamba tidak wajib mengerjakan solat Jumaat. Keenam: Hendaklah seseorang itu bermukim, maka bagi sesiapa yang dalam keadaan bermusafir tidak wajib mengerjakan solat Jumaat. Ketujuh: Hendaklah seseorang itu sihat tubuh badannya, maka bagi orang yang sakit tidak wajib mengerjakan solat Jumaat.

Syarat-syarat Sah Solat Jumaat Adapun syarat-syarat sah solat Jumaat itu, ialah: Pertama: Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, surau, madrasah dan sebagainya. Kedua: Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki yang baligh yang tinggal tetap di kawasan itu. Terdapat sebuah riwayat menjelaskan: Ertinya: Dari Abdul Rahman bin Kaab Radhiyallahu Anhu, dari bapanya, beliau berkata: Orang yang pertama mengerjakan solat Jumaat kepada kami di Madinah ialah Asab bin Zararah, sebelum Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam datang ke Madinah iaitu di suatu tempat

bernama Naqi al-Khidmat. Aku bertanya: Berapa ramaikah para jamaah ketika itu? Lalu bapaku menjawab: Seramai empat puluh orang lelaki. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi) Ketiga: Didirikan di dalam waktu Zuhur. Hal ini berpandukan pada sebuah hadis yang menerangkan: Ertinya: Dari Anas Radhiyallahu Anhu bahawa Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam mengerjakan solat Jumaat ketika matahari telah condong. (Hadis riwayat al-Bukhari) Dalam hadis yang lain, dinyatakan: Ertinya: Jabir bin Samurah Radhiyallahu Anhu berkata: Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam lazimnya berkhutbah secara berdiri dan duduk di antara dua khutbah. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim) Keempat: Hendaklah solat Jumaat itu dikerjakan selepas dua khutbah, sebagaimana pernah dilakukan oleh Rasulullah dan Rasulullah sendiri pernah bersabda: Ertinya: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat sku mengerjakan solat.

Sunat-sunat Jumaat Pertama: Mandi sunat hari Jumaat, memotong kuku, bulu ketiak, hidung dan misai. Kedua: Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik dan sebaiknya berwarna putih. Ketiga: Memakai wangi-wangian. Keempat: Bersegera pergi ke masjid dengan berjalan tenang. Kelima: Senyap ketika khatib sedang berkhutbah. Keenam: Bagi imam, sunat membacakan surah al-Ala pada rakaat pertama dan surah alGhasyiyah pada rakaat yang kedua. Ini berpandukan pada sebuah hadis yang menjelaskan: Ertinya: Dari Nukman bin Basyir, beliau berkata: Adalah Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam membaca surah al-Ala dan surah al-Ghasyiyah dalam solat Hari Raya dan solat Jumaat.

Cara Mengerjakan Solat Jumaat

Niat solat Jumaat. Ertinya: Sahaja aku solat fardhu Jumaat dua rakaat tunai makmum kerana Allah Taala. Datang awal ke masjid dan masuk dengan membaca doa masuk masjid sambil berniat iktikaf kemudian terus menunaikan solat tahiyatul masjid 2 rakaat. Sementara menunggu azan bacalah al Quran atau apa-apa zikir yang diharuskan secara perlahan.Elakkan daripada berbual-bual dan bermain-main. Setelah azan,bangkit menunaikan solat sunat sebelum Jumaat dua rakaat,kemudian hendaklah mendengar khutbah,tidak tertidur dan tidak berkatakata. Setelah selesai khutbah Jumaat dan iqamah,bangkit menunaikan solat fardhu secara berjemaah.Apabila selesai solat,elok sama-sama mengaminkan doa yang dibaca imam.kemudian diikuti dengan solat sunat selepas Jumaat dua rakaat. Setelah selesai keluar dari masjid dengan kaki kiri sambil membaca doa keluar masjid.

Rukun-rukun Khutbah Jumaat Pertama: Memuji Allah. Sekurang-kurangnya mengucapkan : Kedua: Berselawat ke atas Nabi. Sekurang-kurangnya mengucapkan : Ketiga: Mengingatkan Jamaah supaya bertaqwa kepada Allah. Sekurangnya menyebut : Keempat: Membaca sekurangnya satu ayat al-Quran, samada dalam khutbah pertama atau kedua. Kelima: Mendoakan orang-orang Islam. Sekurangnya menyebut :

Sunat-sunat Khutbah Pertama: Disampaikan di atas mimbar. Kedua: Rukun khutbah disampaikan mengikut tertib. Ketiga: Memegang tongkat ketika berkhutbah. Keempat: Memberi salam sebelum duduk di atas mimbar. Kelima: Berpakaian kemas. Keenam: Menyampaikan khutbah dengan fasih dan jelas. Ketujuh: Menyampaikan dengan suara nyaring dan lantang. Kelapan: Khutbah ringkas dan padat.

Anda mungkin juga menyukai