Anda di halaman 1dari 13

Topik X Solat

Jemaah

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menerangkan maksud solat jemaah dan cara pelaksanaannya;

2.

Menghuraikan hikmah dan hukum solat jemaah; dan

3.

Membezakan syarat imam dengan makmum dalam solat jemaah.

X PENGENALAN
Solat jemaah merupakan satu medium pertemuan yang dapat mengeratkan
hubungan ahli qariah. Oleh kerana itu, fiqh ibadat sangat menekankan amalan
solat jemaah. Apakah maksud Solat jemaah? Solat jemaah ialah solat yang
dilakukan oleh imam dan makmum. Ia dikira telah berhasil apabila solat
diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang makmum.
Dalil pensyariatannya ialah sebuah hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah yang
maksudnya:

Bahawa Nabi s.a.w. bersabda, solat berjemaah lebih afdal daripada solat
bersendirian sebanyak dua puluh lima darjah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Umar menyebut maksudnya:

Sebanyak dua puluh tujuh darjah.

48 X

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

AKTIVITI 3.1
Anda dan sekumpulan lima hingga sepuluh orang diminta membuat
kajian melalui pemerhatian dan kaji selidik untuk menjawab soalan
berikut:

Solat jemaah: Sejauh mana kefahaman dan amalan masyarakat


di kawasan tempat tinggal anda?

3.1

HIKMAH SOLAT JEMAAH

Allah s.w.t. tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja. Segala perkara yang
diperintahkan ada kebaikannya pada diri hamba itu sendiri. Di samping itu,
segala larangan pasti jua ada hikmahnya. Begitulah juga dengan solat secara
berjemaah, ia mengandungi hikmahnya yang tersendiri. Antara hikmah solat
jemaah ialah:
(a)

Untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada. Dengan
berkumandangnya azan yang mengajak manusia membesarkan Allah,
menunaikan kewajipan yang difardukan syiar Islam bergema sebanyak
lima kali sehari.

(b)

Berfungsi menyatupadukan umat Islam supaya mereka dapat


berkenal-kenalan, beramah mesra dan bekerjasama untuk kebaikan ummah
berdasarkan persaudaraan Islam.

(c)

Membentuk umat Islam yang berdisiplin dan mematuhi apa yang telah
ditetapkan sebagaimana yang terdapat dalam peraturan dan hukum
makmum mengikut imam dalam solat.

(d)

Menanam dasar persamaan yang sejati kerana dalam solat berjemaah di


masjid, surau atau di mana sahaja, tidak ada taraf tinggi rendah. Semua
orang sama sahaja. Sesiapa yang datang awal, disunatkan mengambil
tempat di saf hadapan, manakala sesiapa yang datang lewat pula duduk di
saf yang akhir.

(e)

Menyatukan arah dan tujuan segala amal dalam kehidupan bagi mencapai
keredaan Allah s.w.t. di akhirat, sebagaimana yang terdapat dalam
perintah berkiblat ke arah Baitullah.

(f)

Melatih orang ramai supaya sentiasa mematuhi ketua sebab makmum


wajib mematuhi imam selagi dia tidak melakukan kesilapan.

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

3.2

49

HUKUM SOLAT BERJEMAAH

Para fuqaha sependapat berjemaah adalah syarat sah solat jemaah. Namun
demikian, mereka tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima
waktu. Pendapat-pendapat tersebut seperti berikut:
x

Mengikut mazhab Hanabilah, berjemaah bagi solat lima waktu adalah fardu
ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat. Hujahnya ialah berdasarkan hadis
riwayat Amru bin Ummu Maktum yang bermaksud: Wahai Rasulullah

engkau tidak mengetahui keadaan aku yang tidak ada pembawa sedangkan
di antara rumah aku dan masjid banyak pokok tamar, aku tidak mampu
untuk mendapat pemandu setiap masa. Baginda berkata: Adakah engkau
mendengar laungan azan? Jawab Amru, ya. Baginda berkata lagi: Hendaklah
engkau datang solat, walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak.
x

Kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat solat


berjemaah adalah fardu kifayah. Apabila sesetengah ahli qariah
melaksanakan jemaah, gugurlah dosa yang tidak melaksanakannya. Hujah
mereka ialah hadis riwayat Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya: Solat berjemaah dua puluh tujuh darjah.

Mengikut jumhur fuqaha pula, solat jemaah adalah sunat muakkadah bagi
lelaki. Mereka juga berhujah dengan hadis-hadis sebagaimana di atas.

3.3

SYARAT IMAM

Fiqh ibadat Islam telah menentukan terdapat beberapa syarat yang


membolehkan seseorang mengimamkan solat. Tidak semua orang layak
mengimamkan solat. Syarat tersebut ialah:
(a)

Muslim
Seorang yang bukan beragama Islam tidak layak mengimamkan solat.
Tidak sah solat berimamkan seorang kafir, malah solat yang dilakukan
orang kafir tidak sah.

(b)

Berakal dan baligh


Berakal ialah bukan gila atau mabuk. Seseorang dikira berakal apabila dia
sedar apa yang dilakukan atau dikatakannya. Baligh ialah sampai umur
seorang kanak-kanak menjadi mukallaf. Tanda sampai umur baligh ialah
genap umur lima belas tahun atau keluar mani. Kedua-dua tanda ini
dikongsi sama antara lelaki dan perempuan. Tanda ketiga pula khusus bagi

50 X

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

perempuan iaitu mengalami pendarahan haid pada usia sembilan tahun ke


atas.
Berdasarkan syarat ini, solat tidak sah jika berimamkan seorang yang gila
atau mabuk. Berimamkan kanak-kanak yang belum mumaiyiz juga tidak
sah. Namun, fuqaha khilaf dalam kes orang yang telah baligh berimamkan
kanak-kanak yang telah mumaiyiz. Jumhur fuqaha berpendapat tidak sah.
Mereka berhujah dengan hadis yang diriwayat oleh Ali yang bermaksud:

Kalam diangkat daripada tiga golongan: Orang gila sehingga dia sembuh,
orang tidur sehingga dia jaga dan kanak-kanak sehingga dia baligh.
Namun demikian, mengikut mazhab Syafii, orang baligh sah berimamkan
kanak-kanak mumaiyiz. Alasan yang mereka kemukakan bagi pendapat ini
ialah hadis riwayat Amru bin Salamah yang berkata:

Aku mengimamkan (orang ramai) pada zaman Rasulullah s.a.w. ketika itu
aku kanak-kanak berumur tujuh tahun.
(c)

Lelaki
Wanita tidak sah mengimamkan kaum lelaki dan khunsa. Ini berdasarkan
hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Wanita tidak boleh mengimamkan lelaki.


Namun demikian wanita dibolehkan mengimamkan wanita.
(d)

Boleh membaca ayat al-Quran (al-Fatihah) dengan baik

(e)

Sempurna syarat-syarat sah solat


Maksudnya,
semasa
mengimamkan
solat,
imam
mestilah
menyempurnakan semua perkara yang menjadi syarat sah solat. Sekiranya
berlaku sebarang kekurangan pada syarat-syarat sah solatnya, dua keadaan
akan berlaku:
(i)

Sekiranya imam solat dalam keadaan berhadas, sedangkan makmum


mengetahui keadaan imam tersebut berhadas, kedua-dua solat
makmum dan solat imam adalah batal kerana imam bersolat dalam
keadaan tidak suci daripada hadas yang menjadi salah satu syarat sah
solat.

(ii)

Sekiranya makmum tidak mengetahui imam tersebut dalam keadaan


hadas, solat makmum tidak terbatal. Namun demikian, solat imam
tidak sah atas alasan seperti di atas.

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

(f)

51

Sejahtera daripada sebarang keuzuran


Ini bermakna bebas daripada penyakit seperti salas al-baul (kencing tak
lawas), perempuan dalam keadaan istihadah.
Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat orang yang sempurna sihat tidak
sah berimamkan orang yang uzur. Namun makmum yang uzur sah
berimamkan imam yang mengalami keuzuran yang sama jenis dengan
keuzurannya. Mazhab Syafie dan Maliki pula berpendapat sebaliknya iaitu
bagi mereka orang yang sihat sah berimamkan orang yang uzur.
Contohnya, orang sihat berimamkan imam yang mengalami penyakit
kencing tak lawas.

(g)

Adil bukan fasik


Adil ialah meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Fasik pula
bermaksud melakukan dosa besar dan sikap suka menonjolkan dosa dan
maksiat yang dilakukannya. Syarat ini hanya diwajibkan mazhab Hanbali
sahaja, sedangkan jumhur fuqaha tidak mensyaratkannya. Jumhur fuqaha
berpendapat, solat berimamkan seorang yang fasik adalah sah tetapi
dianggap makruh.

3.3.1

Keutamaan untuk Menjadi Imam

Islam menganjurkan supaya umatnya mendirikan solat secara berjemaah. Untuk


merealisasikan ibadat ini, kita memerlukan imam dan makmum. Terdapat
beberapa buah hadis Nabi yang memberi panduan dalam memilih seseorang
untuk menjadi imam, lebih-lebih lagi bagi jemaah yang ramai seperti di surau,
masjid dan sebagainya. Bagi masjid besar, seperti masjid daerah atau masjid negeri
tentulah memerlukan seseorang yang lebih ilmunya untuk menjadi imam.
Dalam sebuah hadis, Nabi ada menyebut beberapa kriteria seseorang yang layak
untuk menjadi imam.

52 X

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

,   !" !#$ :       : 


' 2)* +  %& 3* ./ 01* ,%& '( )* +  -+ " * ./ 01*
.  2(6 7  ...& ' 2 )* +  -4' * ./ 01* ,-4
Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Ibnu Masud r.a. katanya: Rasulullah s.a.w.


bersabda: Yang lebih layak menjadi imam bagi sesuatu kaum (jemaah) ialah
yang lebih baik bacaan Qurannya (lebih banyak hafaz Quran). Jika pada
jemaah itu ada orang lain yang sama baik bacaan Qurannya, maka pilihlah
yang lebih faham sunnah. Jika ada orang yang sama-sama baik fahaman
sunnahnya, maka pilihlah yang lebih dahulu hijrah. Jika ada pada jemaah itu
sama-sama hijrah, maka pilihlah yang lebih tua umurnya...
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini, kita faham bahawa orang yang lebih layak menjadi imam
ialah yang lebih baik bacaan al-Qurannya. Dalam bahasa Arab, kalimah ()
berasal daripada kalimah () iaitu isim tafdhil yang bererti lebih bacaan. Ia
boleh bermaksud lebih baik bacaannya, lebih banyak hafaz al-Quran, lebih
banyak membaca al-Quran, lebih faham al-Quran dan lebih banyak
mengamalkan ajaran al-Quran.
Orang yang menghafaz al-Quran memang banyak membaca al-Quran kerana ia
mengulang-ulangkan bacaan supaya ingat dan tidak lupa. Oleh kerana banyak
membacanya maka akan lebih baik sebutan huruf-huruf dan ayat al-Quran.
Demikian juga orang yang memahami maksud al-Quran, tentulah ia banyak
mengamalkan ajaran al-Quran.
Kalau ada di tempat itu orang yang sama hebat al-Qurannya, maka pada masa
itu kita disuruh pilih orang mempunyai ilmu hadis atau sunnah iaitu orang yang
menghafaz sunnah dan faham maksudnya serta beramal dengannya. Jika ada
dua orang yang serupa dan sama-sama alim dalam al-Quran dan sunnah, maka
kita disuruh pula pilih yang lebih dahulu berhijrah. Kalau semuanya sama-sama
berilmu al-Quran dan hadis serta sama-sama berhijrah, maka barulah pilih yang
lebih tua umurnya.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. hijrah itu bermaksud orang yang lebih
dahulu hijrah dari Makkah ke Madinah. Pada zaman ini, tidaklah bermaksud
hijrah dari Makkah ke Madinah, sebaliknya ia bermaksud hijrah sikap. Misalnya
hijrah dari perangai yang buruk kepada yang baik; hijrah dari suka melakukan
dosa kepada gemar berbuat kebajikan; atau hijrah dari suka berada di tempat-

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

53

tempat yang lagha ke masjid. Kefahaman ini adalah berdasarkan kepada sabda
Nabi:

Maksudnya:

%&  '.  8


-4'

Hijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Adapun syarat orang yang lebih umur bukanlah syarat yang utama dalam hal
ini; sebaliknya, ia adalah yang keempat di dalam senarai hadis tersebut. Justeru,
anda sebagai seorang yang terpelajar haruslah memahami konsep ini dengan
jelas supaya anda dapat menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam
masyarakat anda berkaitan dengan pemilihan imam.
AKTIVITI 3.2
Buat pemerhatian dalam masyarakat tempat tinggal anda dan cuba
selidik sama ada perlantikan imam di situ mengikut maksud hadis
yang dibincangkan tadi atau tidak. Jika tidak, mengapa?

SEMAK KENDIRI 3.1


1.

Fuqaha khilaf dalam isu wajib atau tidak solat jemaah lima waktu
ke atas mukallaf. Huraikan pendapat-pendapat tersebut dengan
mengemukakan hujah masing-masing.

2.

Pernah berlaku polemik mengenai isu wanita menjadi iman solat.


Huraikan pendapat fuqaha dalam isu ini dengan mengemukakan
hujah masing-masing.

54 X

3.4

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

SYARAT MAKMUM

Berikut adalah syarat makmum atau syarat-syarat bagi mengikut imam iaitu:
(a)

Makmum berniat solat jemaah atau berniat mengikut imam


Niat tersebut disyaratkan berserta dengan takbiratulihram. Bagi imam, niat
menjadi imam tidak diwajibkan. Malah digalakkan sahaja untuk mendapat
fadilah jemaah. Sekiranya imam tidak berniat menjadi imam, solat tersebut
sah tetapi imam tidak mendapat fadilah jemaah.

(b)

Solat makmum hendaklah sejajar dengan solat imam


Kesejajaran solat makmum dengan solat imam berlaku dalam dua perkara;
imam mestilah lebih sempurna syarat. Para fuqaha khilaf dalam
menentukan maksud pensejajaran solat makmum dengan solat imam.
Menurut mazhab Hanafi, sejajar ialah keadaan yang membolehkan
makmum mengikut solat yang diniatkan imam. Maksudnya, niat imam
sama dengan niat makmum, kalau imam berniat melakukan solat zohor,
makmum juga mesti berniat melakukan solat Zohor. Mazhab Maliki pula
mentafsirkan sejajar dengan kesejajaran pada zat atau kelakuan solat dan
kesejajaran sama ada tunai atau qada. Manakala mazhab Hanbali pula
berpendapat sejajar bermaksud kesejajaran pada waktu dan nama solat.
Maksudnya, kalau imam melakukan solat dalam waktu Zohor maka
solatnya adalah solat Zohor. Oleh itu, makmum juga mesti melakukan
perkara yang sama iaitu menunaikan solat Zohor.
Mazhab Syafie pula menentukan kesejajaran antara solat imam dengan
solat makmum ialah kesejajaran pada peraturan solat imam dan solat
makmum. Berdasarkan tafsiran ini, sekiranya tidak berlaku persamaan
peraturan antara solat imam dengan solat makmum, maka solat jemaah
tidak sah. Sebagai contoh: Imam melakukan solat sunat gerhana dengan
khutbahnya sekali, makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat
jemaah dikira tidak sah. Contoh ini tidak sama dengan kes sekiranya imam
melakukan solat sunat biasa yang tidak berbeza dengan solat fardu,
makmum pula berniat melakukan solat fardu, solat jemaah dikira sah. Ini
kerana dalam kes pertama peraturan melakukan solat gerhana yang ada
khutbah tidak sama dengan melakukan solat fardu yang tiada khutbah.
Oleh itu, solat jemaah dikira tidak sah. Sedangkan dalam kes kedua,
peraturan solat sunat yang dilakukan imam adalah sama dan tidak berbeza
dengan solat fardu yang dilakukan makmum. Oleh itu solat jemaah dikira
sah.

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

55

Selain daripada itu, jumhur fuqaha kecuali Imam Maliki berpendapat


kesejajaran juga merangkumi pengetahuan makmum terhadap pergerakan
perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun lain, sama ada dia
mengetahuinya dengan melihat secara langsung pergerakan imam, dengan
dia melihat pergerakan saf di hadapannya, dengan dia mendengar suara
imam, mendengar suara mubaligh atau dengan apa-apa cara lain yang
membolehkannya mengikuti pergerakan imam.
(c)

Mengikut perbuatan imam


Maksudnya, makmum melakukan perbuatan solat setelah imam
melakukannya terlebih dahulu. Makmum tidak boleh melakukan sesuatu
rukun serentak dengan imam atau melakukannya terlebih dahulu daripada
imam. Dalam sebuah hadis, Baginda melarang perbuatan seperti ini. Sabda
Baginda yang maksudnya:

Jangan kamu mendahului imam dan jangan kamu menyamainya


(melakukan serentak dengannya).
Ada beberapa keadaan menyebabkan makmum menyalahi perbuatan
imam:
(i)

Melakukan sesuatu rukun serentak dengan imam


Sekiranya makmum melakukan takbiratulihram serentak dengan
imam, maka solatnya tidak sah. Walaupun begitu, sekiranya
makmum melakukan mana-mana rukun lain serentak dengan imam,
seperti rukuk, sujud atau memberi salam, solatnya tetap dikira sah,
tetapi makruh dan tidak mendapat fadilat atau keistimewaan solat
jemaah.

(ii)

Mendahului perbuatan imam


Jika makmum mendahului imam pada satu rukun fili, seperti dia
rukuk sebelum imam rukuk dan dia tidak bangkit sehingga imam
rukuk, solat makmum tidak batal, sama ada dia melakukannya
dengan sengaja atau terlupa.
Jika dia mendahului imam pada dua rukun fili atau lebih dengan
sengaja  solatnya dikira batal. Namun jika dia melakukannya dengan
tidak sengaja, solatnya tidak batal tetapi rakaat tersebut tidak diambil
kira. Oleh itu, dia mestilah menambah satu rakaat lagi selepas imam
memberi salam.

(iii) Tertinggal perbuatan imam


Jika makmum tertinggal satu rukun fili yang panjang daripada imam
tanpa keuzuran, maka solatnya tidak batal.

56 X

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

Sebaliknya, jika dia tertinggal dua rukun yang panjang, solatnya


batal, kecuali kerana keuzuran, makmum dibolehkan tertinggal
daripada imam tiga rukun yang panjang, seperti makmum lambat
membaca Fatihah sedangkan imam cepat membacanya.
(d)

Mengetahui keadaan imam musafir atau bermukim bagi musafir yang


hendak mengqasarkan solat
Oleh itu, tidak sah solat orang musafir yang mengqasarkan solatnya
berimamkan orang bermukim.

(e)

Imam dan makmum mestilah berhimpun dan berada pada satu tempat
Dalam hal ini ada tiga keadaan:
(i)

Imam dan makmum berada di dalam masjid


Jika kedua-duanya berada di dalam masjid, makmum dikira sah
mengikut imam, sama ada dekat atau jauh, diselangi oleh binaan lain
atau tidak seperti diselangi telaga, menara atau sebagainya. Sekiranya
di antara imam dan makmum ada pintu tetapi ia dikunci atau dipaku
atau di antara imam dan makmum ada dinding tembok yang tidak
mempunyai pintu yang membolehkan makmum terus kepada imam,
maka dalam semua keadaan ini makmum tidak sah mengikuti imam.

(ii)

Imam berada di dalam masjid dan makmum berada di luar masjid


atau sebaliknya
Sekiranya makmum berada di dalam masjid dan di luar masjid, maka
tidak sah mengikut imam. Disyaratkan jarak di antara imam dan
makmum tidak melebihi 300 hasta dari tepi dinding masjid atau dari
orang yang bersembahyang di luar masjid dan tidak ada dinding di
antara keduanya.

(iii) Kedua-duanya bukan di dalam masjid


Dalam keadaan ini, imam dan makmum tidak berada di dalam masjid
seperti di padang atau di dalam bangunan lain yang besar. Maka
untuk sah mengikut imam, disyaratkan jarak di antara kedua-duanya
tidak melebihi 300 hasta.
(f)

Makmum dilarang sama sekali menyalahi perbuatan imam


Dalam perkara-perkara sunat, ia dikira cacat sekiranya makmum
menyalahi imam, seperti sujud tilawah. Makmum wajib mengikut imam
dalam mengerjakan dan meninggalkannya. Jika tidak diikuti, solat
makmum dianggap batal.

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

57

(g)

Makmum dilarang mendahului imam pada kedudukan tempat


sembahyangnya
Jika solat dalam keadaan berdiri, asas pengukur makmum mendahului
imam atau tidak ialah kedudukan tumit. Ertinya, tumit makmum tidak
boleh lebih ke hadapan dari tumit imam. Jika solat dalam keadaan duduk,
asas pengukuran ialah pada dua papan punggung. Ertinya, papan
punggung atau pinggul makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari
pinggul imam. Jika solat dilakukan dalam keadaan berbaring pula, asas
pengiraan ialah kedudukan rusuk. Maksudnya rusuk makmum tidak boleh
lebih ke depan dari rusuk imam. Jika solat dilakukan dalam keadaan
terlentang pula, asas pengiraan ialah kedudukan kepala. Maksudnya
kepala makmum tidak boleh lebih ke hadapan dari kepala imam. Semua
kaifiat ini adalah mengikut pendapat jumhur kecuali mazhab Maliki.

(h)

Musafir berimamkan orang bermukim


Dalam kes orang musafir yang ingin melakukan solat penuh (tamam), dia
bolehlah berimamkan orang bermukim, sama ada dia tahu atau tidak solat
apa yang dilakukan imam.

AKTIVITI 3.3
1.

Kasim menjadi imam semasa solat Zohor dengan Lokman.


Selepas satu rakaat, Ali pula masuk berjemaah. Lakonkan cara
Ali masuk berjemaah (masbuk) dengan Kasim dan Lokman.

2.

Minta tutor anda membuat ulasan terhadap pelakuan Ali.

SEMAK KENDIRI 3.2


1.

Kalau anda masbuk dalam solat Maghrib dan imam baru bangun
daripada tahyat awal, bagaimana anda hendak teruskan solat
selepas imam memberi salam?

2.

Anda salah seorang daripada ahli jawatankuasa masjid di tempat


anda. Pada suatu hari Jumaat, anda mendengar imam membaca
surah al-Fatihah dengan tidak tepat sebutan huruf Dhod ( 9 ), ia
berbunyi seperti huruf To ( < ). Apa yang patut anda lakukan?

SEMAK KENDIRI 1.5

58 X

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

Solat jemaah ialah solat yang dilakukan oleh imam dan makmum. Ia terhasil
apabila solat diimamkan oleh seorang imam dan diikuti oleh seorang
makmum.

Terdapat pelbagai hikmah solat jemaah. Antara hikmah solat jemaah ialah
untuk menzahirkan syiar Islam di mana sahaja umat Islam berada,
menyatupadukan umat Islam dengan cara berkenal-kenalan, beramah mesra
dan bekerjasama, menanam dasar persamaan yang sejati dan melatih orang
ramai supaya sentiasa mematuhi ketua.

Para fuqaha tidak sependapat mengenai hukum berjemaah bagi solat lima
waktu. Sebagai contoh, mengikut mazhab Hanabilah, berjemaah bagi solat
lima waktu adalah fardu ain tetapi tidak menjadi syarat sah solat manakala
kebanyakan fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendapat solat
berjemaah adalah fardu kifayah.

Fiqh ibadat Islam telah menentukan syarat tertentu bagi memilih seseorang
menjadi imam solat iaitu muslim, berakal dan baligh, lelaki, boleh membaca
ayat al-Quran (al-Fatihah) dengan baik, sempurna syarat-syarat sah solat,
sejahtera daripada sebarang keuzuran dan adil bukan fasik.

Bagi makmum pula, antara syarat bagi mereka ialah solat mereka perlu
berniat solat jemaah atau berniat mengikut imam, solat mereka adalah sejajar
dengan solat iman, mengikut perbuatan imam, tidak mendahului imam dan
lain-lain lagi.

Batal
Hikmah
Hukum solat berjemaah
Imam
Jarak 300 hasta

Kelebihan solat berjemaah


Masbuk
Makmum
Muwafiq
Syarat

TOPIK 3 SOLAT JEMAAH

Al-Nawawi. (t.t).
al-Ilmiyah.

Raudah

al-talibin

(Jld.

1).

Beirut:

Dar

59

al-Kutub

Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.
Al-Zuhaili.
(1997).
Dar al-Fikr.

al-fiqh

al-islami

al-Khin. (1987). al-fiqh


al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.

Mustafa,

wa

al-manhaji

adillatuhu.
ala

mazhab

Damsyik:

al-Imam

Anda mungkin juga menyukai