Anda di halaman 1dari 2

Solat Jumaat

Solat Jumaat ialah solat dua rakaat yang dilakukan pada hari Jumaat
menggantikan solat Zuhur, dan dilakukan secara berjemaah selepas
mendengar khutbah.
Firman Allah:
"Wahai
orang-orang
yang
beriman!
Apabila
diserukan
azan
untuk
mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi [ke masjid]
untuk
mengingati
Allah
[dengan
mengerjakan
solat
Jumaat]
dan
tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi
kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al Jumu'ah: 9
Sabda Rasulullah SAW: "Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap
orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya
yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu
Dawud & Hakim
Solat Jumaat itu hukumnya Fa rdhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap
mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.
Sya rat wajib solat Jumaat:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafi r.
2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
4. Me rdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafi r.
Sya rat sa h solat Jumaat:
1. Didirikan didalam waktu Zuhur.
2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah
di tetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal
tetap di kawasan itu.
4. Didahului dengan dua khutbah.
Rukun- rukun khutbah Jumaat:
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan:
"Allahamdulillah".
2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad S AW: "Allahuma salli ala
Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar
bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi
paling elok pada khutbah yang pertama.
5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya:
"Rahima-kumullah."

Sya rat sa h Khutbah Jumaat:


1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang
perempuan.
2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum
solat Jumaat.
6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca
dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara
segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan
khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka
pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebenta r.
9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak
memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah
dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu bersolat
Zuhur seperti biasa:
1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan
memudaratan penyakitnya.
2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pe rgi ke masjid.
3. Musafi r - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafi r.
4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2. Memotong kuku.
3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4. Bersugi.
5. Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7. Bersegera pergi ke masjid.
8. Berniat iktikaf.
9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas
Nabi.

Anda mungkin juga menyukai