Anda di halaman 1dari 11

KHUTBAH JUMAT

CONTOH RUKUN DALAIM MUKADDIMAH



1. Tahmid

2. Syahadat

3. Shalawat atas Nabi.


4. Wasiat

,
.


5. Membaca Ayat al-Quran



.



Khutbah Jumaat
Rukun khutbah Jumaat[sunting sumber]
1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada
Allah SWT seperti ucapan: "Alhamdulillah" atau


2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad
SAW seperti


3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan
kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah
SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah"
atau

.
4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang
pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah
yang pertama seperti





5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang
kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."


Khutbah Jumaat di sebuah masjid di Dar es Salam, Tanzania
Syarat sah Khutbah Jumaat[sunting sumber]
1. Pembaca khutbah atau khatib hendaklah seorang
lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
2. Khatib hendaklah menutup aurat.
3. Khatib hendaklah suci daripada hadas dan najis
pada pakaian, badan dan tempat.
4. Khatib hendaklah berdiri pada kedua-dua khutbah
itu sekiranya mampu.
5. Kedua-dua khutbah hendaklah diselangi dengan
duduk. Sekiranya khatib membaca khutbah dalam
keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua
khutbah itu dengan diam sebentar.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn
Umar
Maksudnya : daripada Ibn Umar telah berkata
bahawa (pada masa dahulu) Nabi berkhutbah
pada hari Jumaat sebanyak dua kali khutbah,
diselangi dengan Baginda duduk sebentar antara
dua khutbah tersebut.
(riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab
Musnad Para Sahabat; Musnad Abdullah bin
Umar bin al-Khattab)
6.
7. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur
dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
8. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa
Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda
seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa
Melayu.
9. Berturut-turut antara rukun-rukun khutbah, antara
khutbah pertama dan kedua, dan antara dua
khutbah dan solat Jumaat.
10. Khutbah didengar oleh 40 orang yang
bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang
digunakan untuk menyampaikan khutbah.
11. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula
khutbah hingga akhir solat.



Syarat-syarat khutbah Jumaat
Syarat 1 : khatib hendaklah berdiri sekiranya mampu berbuat
demikian. Kedua-dua khutbah hendaklah diselangi dengan
duduk.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar
Maksudnya : daripada Ibn Umar telah berkata bahawa (pada masa dahulu)
Nabi berkhutbah pada hari Jumaat sebanyak dua kali khutbah, diselangi
dengan Baginda duduk sebentar antara dua khutbah tersebut.
(riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Musnad Para Sahabat;
Musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab)
Syarat 2 : dilakukan dalam waktu zuhur.

Syarat 3 : khatib hendaklah dalam keadaan bersih daripada hadas kecil dan
besar.

Syarat 4 : menutup aurat.

Syarat 5 : khatib hendaklah seorang lelaki.

Syarat 6 : duduk antara dua khutbah.

Syarat 7 : khatib hendaklah membaca rukun-rukun khutbah dalam bahasa
arab.

Syarat 8 :berturut-turut antara rukun-rukun khutbah, antara khutbah
pertama dan kedua, dan antara dua khutbah dan solat Jumaat.

Syarat 9 : rukun kedua-dua khutbah hendaklah didengari oleh sekurang-
kurangnnya 40 orang yang memenuhi syarat wajib Jumaat.


Rukun khutbah
Rukun 1 : memuji Allah atau bertahmid dengan menggunakan sebarang
lafaz. Sekurang-kurangnya Maksud : segala pujian untuk Allah, Tuhan
sekalian alam.

Rukun 2 : berselawat ke atas Nabi SAW. Sekurang-kurangnya
Maksud : Ya Allah kurniakanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad.

Rukun 3 : berpesan kepada jemaah agar bertaqwa kepada Allah pada kedua-
dua khutbah. Yang dimaksudkan dengan berkhutbah itu ialah memberikan
peringatan kepada orang ramai agar bertaqwa kepada Allah. Sekurang-
kurangnya
Maksud : bertaqwalah kepada Allah.

Rukun 4 : membaca satu ayat al-Quran pada salah satu daripada dua
khutbah. Lebih afdal dibacakan pada khutbah yang pertama sebagaimana
yang dilakukan oleh Rasulullahn SAW.

Rukun 5 : berdoa untuk orang yang beriman dalam khutbah kedua.


Syarat sah khutbah
Syarat 1 : khutbah yang dilakukan hendaklah ditujukan kepada 40 orang
jemaah. Oleh itu, khatib perlu menguatkan suaranya atau menggunakan
pembesar suara dengan anggaran 40 orang boleh mendengarnya. Tetapi tidak
disyaratkan semuar 40 orang atau semua jemaah mendengarnya.

Syarat 2 : khatib hendaklah berdiri sekiranya berkemampuan berbuat
demikian.

Syarat 3 : khatib hendaklah duduk selepas khutbah yang pertama.

Syarat 4 : khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar.
Syarat 5 : khatib hendaklah menutup aurat.

Syarat 6 : khutbah hendaklah dibaca berturut-turut tanpa diselangi oleh masa
yang lama tanpa sebab, sama ada antara rukun-rukunnya, ata jarak kedua-
duanya mahupun antara khutbah dan solat. Selang yang pendek, seperti
khatib perlu berwuduk semula atau hendak ke tandas, adalah dimaafkan.




Adab-adab umum dan sunat-sunat pada hari Jumaat
1. Mandi sunat Jumaat sebelum ke masjid, sebagaimana yang diriwayatkan
oleh al-Bukhari dan Muslim ,ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah
SAW bersabda :maksudnya : sesiapa yang hendak pergi menunaikan solat
Jumaat, hendaklah dia mandi.

2. Memakai wangi-wangian yang menyenangkan, seperti saranan
Rasulullah SAW :Maksudnya : tidaklah seorang lelaki mandi sekadar yang
termampu pada hari Jumaat, dan memakai minyak (pada rambut) dan
menggunakan wangian, keluar dari rumahnya (menuju ke masjid), dan tidak
memisahkan (saf) di antara dua orang (jemaah yang berdiri rapat) kemudian
menunaikan solat yang diwajibkan kepadanya, kemudian dia diam ketika
imam mula berkhutbah, melainkan diampunkan dosa yang dilakukannya
pada Jumaat tersebut sehingga Jumaat yang akan datang.

3. Memotong kuku dan misai sebelum pergi ke masjid.

4. Datang awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Kelebihan datang
awal ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW :
Maksudnya : sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub,
kemudian dia berjalan (ke masjid pada waktu yang pertama) , seolah-olah dia
telah (mendapat pahala) mengorbankan seekor unta. Dan sesiapa yang pergi
pada waktu yang kedua, seolah-olah dia (mendapat pahala) mengorbankan
seekor lembu. Dan sesiapa yang pergi pada waktu ketiga, seolah-olah dia
(mendapat pahala) mengorbankan seekor kibas. Dan sesiapa yang berjalan
pada saat keempat seolah-olah dia (mendapat pahala) mengorbankan seekor
ayam. Dan sesiapa yang pergi pada waktu kelima, seolah-olah dia (mendapat
pahala) sedekah sebiji telur. Apabila imam keluar ke atas mimbar, hadirlah
segala malaikat ke mimbar itu untuk mendengar khutbah.

Anda mungkin juga menyukai