Anda di halaman 1dari 5

Amalan-Amalan Sunat Berkaitan Jumaat

1. Solat sunat tahiyatul masjid 2 rakaat

- Niat : Aku solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana
Allah
2. Niat iktikaf di masjid
- sahaja aku iktikaf di masjid ini kerana Allah
3. Perbanyakkan Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.
- Cara selawat : ALLAHUMMA SOLLI ALA SAYYIDINA
MUHAMMAD
4. Solat sunat Kabliyyah 2 rakaat selepas azan
- Niat : Aku solat sunat Kabliyyah 2 rakaat kerana Allah

5. Lepas habis solat jumaat

- Solat sunat Bakdiyyah 2 rakaat
> Niat : Aku solat sunat Bakdiyyah 2 Rakaat kerana Allah

Amalan-Amalan Sunat Berkaitan Jumaat

1) Mandi Pada Hari Jumaat

Dari Ibnu `Umar radhiAllahu `anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu
`alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
Apabila seseorang di antara kamu sekalian datang mengerjakan solat
Jumaat maka hendaklah ia mandi. []
(HR al-Bukhari & Muslim)
2) Memakai Pakaian Yang Terbaik
Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi
wa sallam yang maksud sabdanya:
Setiap orang Muslim hendaklah mandi pada hari Jumaat, mengenakan
pakaian yang terbaik dan kalau ada, hendaklah memakai harumharuman. []
(HR Ahmad, al-Bukhari & Muslim)
3) Memakai Haruman Untuk Ke Tempat Solat
Dari Salman radhiAllahu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam telah bersabda yang maksudnya:
Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci sesuci-sucinya
terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di
rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak
memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat
sebagaimana yang telah ditetapkan kemudian ketika sang imam
berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti),
nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan
Jumaat berikutnya. []

(HR al-Bukhari)
4) Datang Awal Ke Tempat Solat Untuk Bersolat Jumaat
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu
`alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah
kemudian dia segera pergi (ke masjid dan di sana belum ada orang)
maka seakan-akan dia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang datang
pada saat kedua maka seakan-akan dia berkorban seekor lembu.
Barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seakan-akan dia
berkorban seekor domba yang bertanduk. Barangsiapa yang datang
pada saat keempat maka seakan-akan dia berkorban seekor ayam jantan.
Dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seakan-akan dia
berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah)
maka datanglah para malaikat untuk mendengarkan khutbah itu. []
5) Mengambil Tempat Dengan Sopan Di Tempat Solat Kemudian
Mengerjakan Solat Sunat.
Dari Salman radhiAllahu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa
sallam telah bersabda yang maksudnya:
Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci sesuci-sucinya
terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di
rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak
memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat
sebagaimana yang telah ditetapkan kemudian ketika sang imam
berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti),
nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan
Jumaat berikutnya. []
(HR al-Bukhari)

6) Diam Dan Mendengar Khusyuk Akan Khutbah Jumaat

7) Perbanyakkanlah Solawat Ke Atas Nabi sallAllahu `alaihi wa
sallam
Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari
Juma`at. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari
itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku. []
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)
8) Memperbanyakkan Doa
Berdasarkan hadith mengenai terdapatnya saat yang sangat mustajab
do`a pada hari Juma`at yang telah disebutkan sebelum ini. (Rujuk
nombor 5, Keutamaan Hari Jumaat)

9) Membaca Surah Al-Kahfi

Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu
`alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan
mengurniakannya cahaya selama antara dua Jumaat. []
(HR An-Nasai)

Anda mungkin juga menyukai