Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN I’TIKAF SEPULUH AKHIR RAMADHAN

al-Ustaz Abd. Raouf Nurin Al-Bahanji al-Aliyy


Pondok jalan padang Ragut, Tampin N.S.D.K

1. Pengertian I’tikaf .
.‫االعتكاف هو اللبث في المسجد من شخص مخصوص بنية‬
Menetap dan mendiamkan diri diMasjid oleh seseorang yang tertentu , serta berniat I’tikaf. (1)

Maksudnya: I’tikaf disini bermaksud , merupakan satu bentuk ibadat dengan cara menetap disesebuah Masjid dan
menumpukan perhatian untuk beribadat yang dilakukan oleh seseorang yang sedang berpuasa dengan cara yang telah
ditentukan oleh Syara’.

2. Asas di Syariat kan I’tikaf .


Asas atau dalil diSyara’kan I’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah
a)
. ‫ أن النبي صلى اهلل عليه وسلم يعتكف العشر األواخر من رمضان حتى توفاه اهلل ثم اعتكف أزواجه من بعده‬, ‫عن عائشة رضى اهلل عنها‬
Maksudnya : Daripada Aisyah r.anha , Bahawa Nabi saw selalu berI’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga
diwafatkan oleh Allah swt , kemudiannya diteruskan sunnah I’tikaf selepasnya oleh Para
Isteri Baginda saw. (2)

b)
‫ فلما كان العام الذى قبض فيه اعتكف‬. ‫ كان صلى اهلل عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام‬: ‫عن أبي هريرة رضى اهلل عنه قال‬
.‫يوما‬ ‫عشرين‬
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.anhu , Beliau berkata : Adalah Nabi saw selalu berI'tikaf pada tiap- tiap sepuluh
Ramadhan yang terakhir. Manakala pada tahun Baginda saw diwafatkan , Baginda telah berI’tikaf selama dua puluh
hari. (3)

Oleh yang demikian nyatalah bahawa I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah Sunnah yang diamalkan
secara berkekalan oleh Nabi saw dan Para Isteri Baginda saw dan juga Para Sahabat r.anhum.

3. Hukum I'tikaf.
Telah sependapat seluruh Imam Mazhab yang empat dan seluruh Umat Islam , bahawa Hukum I'tikaf pada sepuluh akhir
Ramadhan adalah “Sunat Mu akkad”. Bertujuan menuruti Sunnah Nabi saw dan menuntut kelebihan Lailatul Qadar. (4)

Tiada khilaf bahawa Tidak Wajib I’tikaf melainkan apabila bernazar dengannya (5)

(1) Al Majmuk Syarah Muhazzab- Imam Nawawi juz 6 Ms 474 , Cetakan Darul Fikar/ Al Fiqh ala Mazahibil Ar Ba’ah—Al Jazairi --
Kitab al I’tikaf./ At Ta’rifat – Al Jarjani m.s. 31.
(2) Muttafaqun Alaih.-- Sahih Bukhari -Bab Al I’tikaf fil asyri al awakhir / Sahih Muslim – Kitabul I’tikaf.
(3) Sahih Bukhari—Bab Al I’tikaf fil asyril aakhir. .
(4)Raudhah At Tholibin—Imam Nawawi, juzuk 2 m.s. 255, Cetakan Darul Al Kutub Al Alamiyah, Bairut tahun 2000. / Syarah Sahih
Muslim -- Imam Nawawi juzuk 8 m.s. 67, Darul Tsaqofah
(5)Fathul Baari- Ibni Hajar Al Asqolani juzuk 4 m.s. 319, Darul Rayyan.

1
4. Kelebihan I'tikaf.
‫ كل‬. ‫ ومن اعتكف يوما ابتغا وجه اهلل جعل اهلل بينه وبين النار ثالث خنادق‬:‫عن ابن عباس رضى اهلل عنهما عن النبى صلى اهلل عليه وسلم قال‬
. ‫خندق أبعد مما بين الخافقين‬

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.anhu, daripada Nabi saw , Baginda bersabda: Dan barangsiapa ber I'tikaf satu hari
kerana menuntut keredhoaan Allah , nescaya Allah jadikan diantaranya dan antara Api Neraka (berjauhan) tiga puluh parit,
dimana jarak diantara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (1)

5. Hikmah / Tujuan berI'tikaf.


Diantara Hikmah dan tujuan I'tikaf ialah:

a) Meluangkan diri daripada kesibukkan duniawi ,demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan Rohani sebagai
bekalan melancarkan kegiatan hidup dengan lebih baik. (2)

b) Kalaulah Ramadhan merupakan bulan ujian yang akan memenuhkan rahmat untuk sepanjang tahun , maka I’tikaf pada 10
hari yang terakhir adalah merupakan satu keistimewaan yang lebih khas dan lebih tinggi bagi mereka yang melakukannya.

c) Usaha-usaha mendapatkan lailatul Qadar adalah satu Sunnah Nabi saw.


I’tikaf diakhir Ramadhan , adalah merupakan salah satu dari usaha tersebut.

(1) At Thobarani dan Al Hakim.


Telah meriwayatkan oleh Athobarani dalam Al Awsath , “Isnadnya Jayyid”.—Majmak Zawaid- Bab Fadhli Qodho il Hawa ij. juzuk 8
m.s 351 Cetakan Darul Fikar Bairut ,tahun 1994.
Berkata Al Hakim “ Isnad yang Sahih”. – At Targhib wat Tarhib . Juzuk 2 ms 149-150.

(2) Syarah Sahih Muslim –Imam Nawawi . juzuk 8 m.s. 69, Darul Tsaqofah.

2
6. Rukun I'tikaf.
Rukun I'tikaf 4 perkara.

a) Tetap berada didalam Masjid, sekurang-kurang masanya sekadar Tama’ninah didalam ruku’ (sekadar beberapa saat).
Tidak keluar dari Masjid melainkan atas sebab-sebab yang diharuskan Syara’. (Yaitu sebab-sebab yang tidak memutus dan
membatalkan I’tikaf).

b) Niat pada permulaan I'tikaf atau pembaharuan niat semula (jika terbatal) ,misalnya:

“ Sahaja aku berI’tikaf sepuluh hari akhir Ramadhan kerana Allah” .

c) Orang yang berI’tikaf.

Seseorang yang berI’tikaf disyaratkan :


(1) Islam.
(2) Berakal.
(3) Bersih dari haidh dan nifas .
(4) Bersih dari hadas Junub. (1)

c) Tempat I’tikaf , yaitu Masjid. (2)

7. Cara berI’tikaf diakhir Ramadhan.


a) Mulai masuk keMasjid sebelum matahari terbenam (sebelum Maghrib) pada hari ke dua puluh Ramadhan , dengan
berniat I’tikaf sepuluh hari terakhir dan keluar setelah selesai masa I’tikaf pada pagi A’idil Fithri atau setelah masuk waktu
Maghrib pada malam Aidil Fithri. (3)

b) Diharuskan setiap orang yang berI'tikaf membawa hamparan khas miliknya kemasjid dan diharuskan juga mengambil
mana-mana ruangan diMasjid sebagai tempat khas baginya, tetapi dengan syarat tidak menyempitkan (mengganggu) orang
lain yang akan bersembahyang. (4)

c) Solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, seterusnya tetap berada diMasjid melainkan jika berlaku perkara-perkara yang
diharuskan keluar dari Masjid (yaitu tidak dianggap memutuskan I'tikaf ).

d) Harus menjalankan Ibadat I’tikaf yang sunat secara tidak penuh atau tidak berturut-turut . Misalnya :
BerI’tikaf hanya sehari atau dua hari sahaja nisbah kepada masa selama sepuluh hari diakhir Ramadhan, atau diselang-selikan
harinya atau hanya berI’tikaf diwaktu malam sahaja atau sebagainya. (5)

(1) Raudhah at Tholibin- juz 2 ,Ms 257, 262 / Fathul Wahhab – Syekhul Islam Zakaria Al Ansori, juz 1 Ms 126- 131 , Darul Fikar,
Bairut. .
(2) Al Majmuk. Juz 6 Ms 478 dan 483. (3)Raudhah at Tholibin--- juzuk 2 ms 255.
(4) Mafhum daripada Ibarat Raudhah, Ms 273 ‫ويشق معه المقام لحاجته الى الفراش‬
(5) Mafhum daripada Ibarat Fuqaha , misalnya didalam Kitab Al Minhaj At Tholibin ….
‫ ثبت قدر يسمى عكوفا‬/ Al Majmuk juzuk 6 m.s. 488.

3
8. Masjid-masjid untuk berI’tikaf.
a) Terafdhal adalah Masjid Haram di Mekah, diikuti Masjid Nabawi di Madinah , Masjid Aqsa di Baitul Maqdis , Masjid-
masjid Jami’ (yang didirikan solat jumaat) umumnya menurut tertib , menurut besar dan ramainya ahli jemaah. (1)

b) Sah berI’tikaf didalam semua jenis Masjid. (2)

c) Sah berI’tikaf didalam Masjid atau Suthuh nya ( atapnya yang lapang yang boleh diduduki ) , Menaranya yang berhubung
dengan masjid. , Rohbahnya ( serambinya) atau diKawasan yang masih dinamakan Masjid. (3)

9. Sebab-sebab yang mengharuskan keluar dari Masjid.


a) Qadha hajat.

Yaitu buang air besar dan buang air kecil.

b) Berwudhu.
Jika tiada kemudahan berwudhu didalam Masjid.

c) Menyuci najis.
Samada pada badan atau pakaian.

d) Sakit .
Sakit berat atau sakit yang boleh mencemarkan masjid.

e) Hadas Besar.
Semasa berI’tikaf, berhadas besar mewajibkan keluar dari Masjid, maka keluar tersebut tidak memutuskan I’tikaf. Keadaan
ini berbeza jika berhadas besar sebelum berI’tikaf yang sememangnya tidak sah pada permulaannya lagi. (4)

f) Dipaksa keluar dari Masjid.

g) Makan.
Walaupun diharuskan makan didalam Masjid dengan syarat menjaga kebersihan, adalah dibolehkan keluar untuk makan
diluar Masjid tanpa sebarang syarat.

h) Minum.
Jika ketiadaan air didalam Masjid.

i) Takut bahaya.
Kerana takut sebarang bahaya yang datang dari mana-mana pihak.

i) Kecemasan.

j) Keluar dengan terlupa. (5)


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(1) Al Umm—Imam Syafie. juzuk 2 m.s. 118. Darul Fikar, Bairut. / Al Majmuk juzuk 6 m.s. 482.
(2) Syarah Muslim juzuk 8 m.s. 68. / Al Majmuk juzuk 6 m.s. 283.
(3) Al Majmuk. Juzuk 6 m.s. 505-509 / Mughni Al Muhtaj juzuk 2 m.s. 202.
(4) Fathul Wahhab juzuk 1 m.s. 129/130.
(5) Al Umm juzuk 2 m.s. 115./ Raudhah juzuk 2 m.s. 270--273.

4
10. Huraian.
a) Keluar dari Masjid tanpa sebab yang dibolehkan , adalah membatalkan I'tikaf. Tidak dianggap keluar selagimana tidak
dengan seluruh tubuh . Termasuk dalam ertikata “Keluar” disisi Syara’ ,apabila seseorang itu berdiri dengan kakinya diluar
Masjid sekalipun badannya , masih berada didalam Masjid. (1)

b) Semua sebab-sebab yang dimaafkan /tidak membatalkan I’tikaf tersebut , setelah selesai , hendaklah segera kembali masuk
kedalam Masjid dan tidak perlu mengulangi semula niat I’tikaf. Sebaliknya , jika setelah selesai atau hilang sebab-sebab
tersebut , tidak pula segera masuk keMasjid, ianya akan membatalkan I’tikaf. Maka keadaan ini perlu diulangi semula niat
I’tikaf .

c) Mimpi hingga keluar mani ,tidak membatalkan I’tikaf tetapi wajib segera keluar Masjid untuk mandi wajib. (2)

d) Sembahyang Jumaat, bagi mereka yang berItikaf di Masjid yang tidak dibuat sembahyang Jumaat, hendaklah keluar dari
tempat I’tikafnya untuk pergi ke masjid yang di buat Jumaat, dan I’tikafnya di anggap batal menurut Jumhur Ulamak. Maka
diulangi semula niat I’tikaf bila mereka kembali semula. (3)
Maka difahamkan dari keadaan ini, bagi mereka yang sengaja pergi sembahyang jumaat di Masjid lain yang didirikan Jumaat
padahal Masjid I’tikaf mengadakan Jumaat , akan membatalkan I’tikaf dan perlulah diulangi semula niatnya.
e) Mereka yang mempunyai sesuatu Kewajiban yang lebih utama dari I’tikaf Sunat , hendaklah keluar dari Masjid dan
melaksanakannya, I’tikafnya adalah terbatal. Jika mereka kembali semula ke Masjid untuk berI’tikaf adalah disyaratkan
mengulangi semula niat .

11. Perkara yang harus/boleh dilakukan ketika I'tikaf.


a) Berpakaian biasa.
b) Makan/minum didalam Masjid, tetapi disunatkan menggunakan alat-alat seperti hamparan supaya terpelihara kebersihan
Masjid.
c) Memakai bau-bauan . ( Ketika berpuasa sebaik-baiknya ditinggalkan pada waktu siang).
d) Kerja-kerja yang ringan.
e) Menyambut tetamu, berbual dan menghantarnya pulang.
f) Sedikit jual-beli yang mustahak/ berhajat.
g) Berkahwin dan mengkahwinkan.
h) Bercukur, bersikat rambut dan mengerat kuku.
i) Belajar dan mengajar.
j) Tidur. (4)

(1) Raudhah juzuk 2 m.s. 270 / Al Majmuk juzuk 6 m.s. 499.


(2) Al Majmuk juzuk 6 m.s. 501 / Fathul Wahhab juzuk 1 m.s. 130.
(3) Al Majmuk – juzuk 6 m.s. 513/.Raudhah juzuk 2 m.s. 274.
(4) Al Umm juzuk 2 m.s. 115 dan 118. / Raudhah juzuk 2 m.s 259 / Al Mughni Al Muhtaj—Al Allamah Khatib Syarbini juzuk 2
m.s. 192.. Darul Kutub, Tauzi’ , Bin Bazz Mekah. .

5
11. Amalan-amalan semasa I’tikaf.
Pada dasarnya , tiada dalil yang khas untuk suatu bentuk amalan yang dibuat semasa I’tikaf selain dari anjuran agar
bersungguh-sungguh beramal . Semua bentuk amalan taat boleh dilakukan semasa I’tikaf.

( a) ‫غيرها‬ ‫ كان رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يجتهد فى العشر األواخر ما ال يجتهد فى‬: ‫عن عائشة قالت‬

Maksudnya: Daripada Siti Aisyah r.anha, “Adalah Rasulullah saw bersungguh-sungguh (beribadat) pada hari –hari yang
sepuluh di akhir Ramadhan , lebih banyak daripada (ibadatnya) pada masa-masa lain.” (1)

(b) ‫ كان النبي صلى اهلل عليه وسلم اذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله‬: ‫عن عائشة قالت‬

Maksudnya: Daripada Aisyah r.anha. " Adalah Rasulullah saw apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , bersungguh-sungguh
Baginda mengerjakan ibadat , menghidupkan malamnya dan menggerakkan Isterinya dari tidur”. (2)

(c) Adalah sangat baik bagi orang yang berI'tikaf memenuhi masanya dengan amalan-amalan taat seperti : Sembahyang ,
Membaca tasbih , zikir, Membaca Quran (khususnya tadarus) , Belajar dan Mengajar , Mentelaah Kitab dan Mengarang. (3)

(e) Sebahagian Ulamak berpendapat bahawa dikehendaki agar setiap yang berI’tikaf hanyalah menumpukan masanya dengan
amalan asas I’tikaf sahaja, yaitu Zikir , Sembahyang , Membaca Quran (sendirian) dan Doa. (4)

12. Realiti I'tikaf dalam masyarakat Islam.


Terlalu sedikit jumlah Umat Islam yang berI’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan jika dibandingkan dengan jumlah Umat
Islam se jagat semenjak dulu lagi. Lantaran itu Ibnu Syihab Az Zuhri yang hidup dikurun terawal pernah menyuarakan,

.‫ تركوا االعتكاف والنبي صلى اهلل عليه وسلم لم يتركه منذ دخل المدينة حتى قبضه اهلل‬. ‫عجبا للمسلمين‬

Maksudnya: Heran sekali keadaan Umat Islam. Mereka meninggalkan I’tikaf (akhir Ramadhan) sedangkan Nabi saw tidak
pernah meninggalkan I’tikaf sejak Baginda datang ke Madinah Al Munawwarah sehingga Allah wafatkan Baginda”. (5)

_____________________________________________________________________________________________
(1) Sahih Muslim –Bab Al Ijtihad fil Asyril Awakhiri.
(2) Sahih Bukhari -- Bab Al Amal fil Asyril Awakhiri min Ramadhan. / Muslim-- Bab Al Ijtihad fil Asyril Awakhiri.
(3) Al Majmuk juzuk 6 m.s 528.
(4) Al Majmuk juzuk 6 m.s 528 / Mawahib Al jalil .
(5) Fathul Baari juzuk 4 ms 334-- Bab I’tikaf fil Asyril Awasith..

6
13.Anjuran.
Oleh yang demikian, tidak sepatutnya ditinggalkan satu Warisan yang sangat bernilai yang diwarisi dari Rasulullah saw,
terutamanya bagi Para Pendakwah, Pendidik , Mereka yang terlibat dengan pendidikan , Penguasa dan Setiap yang terlibat
dengan Pentadbiran untuk mendapatkan limpahan kekuatan rohani dan kejernihan fikiran melalui Ibadat I’tikaf Sahih yang
penuh dengan Hikmah yang besar .

Wallahu a'lam.

4 Ramadhan 1422 H.

LAMPIRAN.

Mengapa semestinya I tikaf di Masjid?.

Jawab: Dalam kitab Al Majmuk muka surat 483 juzuk 6, Imam Nawawi menjelaskan sebab kenapa I’tikaf hanya sah
dilakukan di Masjid sahaja.

.‫ وأنه يصح فى كل مسجد‬. ‫قد ذكرنا أن مذهبنا اشتراط المسجد لصحة االعتكاف‬
Sesungguhnya telah kami nyatakan bahawasa Mazhab Kami (Syafie) mensyaratkan masjid untuk sah beri`tikaf, dan
bahawasanya sah beri`tikaf didalam semua jenis Masjid (tanpa pengecualian)

‫واحتج أصحابنا بقوله تعالى (والتباشرهن وأنتم عاكفون فى المساجد ) ووجه الداللة من اآلية الشتراط المسجد أنه لو صح‬
‫االعتكاف فى غير المسجد لم يخص تحريم المباشرة باالعتكاف فى المسجد الأنها منافية للالعتكاف فعلم أن المعنى بيان أن‬
.‫االعتكاف انما يكون فى المسجد واذا ثبت جوازه فى المسجد صح في كل مسجد‬
Telah berhujah Ashab Kami (I`tikaf hanya sah dimasjid sahaja) dengan firman Allah Taala, surah Al-Baqarah Ayat .. “Dan
jangan Kamu menyetubuhi wanita itu (Isteri2 Kamu) padahal Kamu sedang beri`tikaf dalam Masjid2”. Wajah dilalah
daripada ayat tersebut adalah mensyaratkan masjid sebagai tempat I`tikaf. Bahawasanya jikalau sahlah beri`tikaf di tempat
selain Masjid, nescaya Allah S.W.T tidak mengkhaskan ketentuan pengharaman jimak semasa I`tikaf semasa di dalam masjid,
kerana bahawasa berjimak itu sendiri adalah menafikan kesahihan I`tikaf. Maka difahamai daripada makna ini, Adalah suatu
keterangan bahawa I`tikaf hanyalah berlaku di dalam segala Masjid sahaja. Dan apabila sabitlah keharusan beri`tikaf dalam
semua Masjid, maka sah beri`tikaf di dalam tiap2 Masjid tanpa pengecualian jenis ( sekalipun Masjid yang tidak didirikan
sembahyang Jumaat).
Tammat, Al Majmuk.

Maka adalah difahami bahawa, surau tidak dianggap masjid dan tiada jenis I tikaf didalamnya. Sekalipun begitu, tidak pula
bermakna tiada keharusan beribadat didalam surau . Harus beribadat dimana-mana jua , Cuma kalau atas nama I’tikaf, tidak
diistilahkan ibadat I’tikaf di surau .
Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai