Anda di halaman 1dari 3

FEQAH TAHUN 4 / 2023

PELAJARAN 1 – SOLAT JUMAAT


1. Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zohor hari Jumaat secara
berjemaah didahului dengan 2 khutbah.

2. Dalil Naqli – Maksudnya – wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk
mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah kemasjid
untuk menunaikan solat Jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian adalah lebih baik
bagi kamu, jika kamu mengetahui.

3. Sabda Rasulullah di Riwayatkan oleh Toriq bin Shihab – maksudnya – solat jumaat adalah hak
yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim lelaki dengan berjemaah.

4. Syarat-syarat wajib solat Jumaat


a) ISLAM
b) BALIGH
c) BERAKAL
d) MERDEKA
e) BERMASTAUTIN
f) SIHAT

5. SYARAT SAH SOLAT JUMAAT


1) Didirikan pada waktu zohor
2) Didahului dengan 2 khutbah
3) Didirikan ditempat yang ditentukan
4) Didirikan dengan BERJEMAAH sekurang-kurangnya 40 ORANG LELAKI yang cukup syarat-
syarat wajib solat Jumaat.

6. RUKUN SOLAT JUMAAT


1) NIAT
2) BERDIRI BETUL BAGI YANG MAMPU
3) TAKBIR ALHARAM
4) MEMBACA AL-FATIHAH
5) RUKUK AN TOMAKNINAH (TERTIB)
6) IKTIDAL DAN TOMAKNINAH
7) SUJUD DAN TOMAKNINAH
8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TOMAKNINAH
9) DUDUK TAHYAT AKHIR
10) MEMBACA TAHYAT AKHIR
11) MEMBACA SELAWAT
12) SALAM
13) TERTIB

1
7. SUNAT JUMAAT
a) Mandi sebelum pergi ke Masjid
b) Memberish dan memotong kuku tangan dan kaki
c) Memakai wangi-wangian
d) Dating awal ke masjid
e) Masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa
f) Solat tahayatul Masjid sebelum duduk
g) Niak iktikaf
h) Berzikir dan membaca al-quran

8. HIKMAH SOLAT JUMAAT


1) Mentaati perintah Allah
2) Menghimpunkan orang islam supaya mereka dapat berkenalan
3) Melatih taat kepada pemimpin dan berdisiplin
4) Mendapat pengajaran daripada Khutbah Jumaat
5) Menghayati syariat Islam yang menjadi panduan dalam kehidupan

9. TAHUKAH ANDA
- Orang yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, Allah akan
menutup pintu hatinya.

PELAJARAN 2 – KHUTBAH JUMAAT


1. Khutbah Jumaat ialah syarahan yang mengandungi nasihat dan pengajaran dibaca sebelum solat
Jumaat
2. HUKUM MEMBACANYA IALAH WAJIB

3. SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT


a) Khatib (orang yang baca khutbah) hendaklah seorang lelaki
b) Khatib membaca dengan berdiri
c) Khatib hendaklah duduk sebentar antara dua khutbah
d) Khatib hendaklah menutup aurat
e) Khatib suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat
f) Khatib suci daripada hadas kecil dan besar
g) Khatib hendaklah berkhutbah dengan suara nyaring (jelas)
h) Rukun khutbah di baca dalam bahasa arab
i) Khutbah disampaikan pada waktu zohor
j) Khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat
k) Berturut-turut diantara khutbah dan solat jumaat
l) Khutbah didengar sekurang-kurangnya oleh 40 orang lelaki yang wajib solat jumaat

4. RUKUN KHUTBAH JUMAAT


1. Memuji Allah dalah khutbah pertama dan kedua dengan lafaz Alhamdulillah
2. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad pada khutbah pertama dan kedua sekurang-
kurangnya Allah hummasolli ala Muhammad

2
3. Memberi peringatan supaya bertakwa kepada Allah pada khutbah pertama dan kedua
4. Membaca satu ayat al-quran dengan sempurna samada dalam khutbah pertama atau kedua.

5. PERKARA-PERKRA SUNAT KETIKA BERKHUTBAH


1) KHATIB BERKHUTBAH di atas menara atau tempat tinggi
2) Membaca khutbah dengan terang dan fasih
3) Memandang kepada para Jemaah
4) Memberi salam sebelum berkhutbah
5) Khatib duduk sebenatar selepas memberi salam
6) Khatib menyampaikan khutbah secara tertib
7) Khatib memegang tongkat ketika berkhutbah.

6. HIMAH KHUTBAH JUMAAT


1) Dapat meningkatkan keyakinan terhadap syariat islam
2) Dapat menambahkan ketaqwaan kepada Allah
3) Dapat nasihat dan pengajaran daripada isi kkhutbah
4) Dapat mengetahui hal ehwal semasa

7. Waktu mustajab doa ialah ketika khatib duduk antara dua khutbah.

Anda mungkin juga menyukai