Anda di halaman 1dari 8

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 1

Sains For Technology


Mengkaji Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor

1.0 Pengenalan
Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang
pengaliran arus elektrik.Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus
elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba.
Unit SI bagi rintangan adalah ohm. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik
mengalir. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang
tetap dan perintang boleh laras (rheostat)
Rintangan merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya.
Terdapat empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu panjang pengalir, luas
permukaan (A) , jenis bahan, dan suhu pengalir (T).

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 2


Sains For Technology
2.0 Penjelasan bagi setiap factor berserta contoh eksperimen
2.1 Panjang Pengalir (Panjang Perintang)
Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah panjang.
Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut.
Rintangan berubah secara langsung dengan panjang ( R I )
2.2 Luas Permukaan / Ketebalan (A)
Semakin tebal konduktor, semakin rendah rintangan
Rintangan berkadar songsang dengan luas muka keratan rentas dawai.
Rintangan berubah secara songsang dengan luas keratan rentas ( R 1 )
A
2.3 Jenis Bahan/Jenis Perintang
Rintangan juga bergantung kepada bahan
konduktor. Sebagai contoh, Kuprum dan perak
mempunyai rintangan yang rendah berbanding
tungsten dan nikrom
Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai rintangan atau bahan perintang.
Bagi konduktor logam seperti kuprum rintangannya adalah rendah. Bagi penebat
seperti getah rintangannya adalah sangat tinggi.
2.4 Suhu Pengalir (T)
Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini kerana apabila suhu tinggi,
atom konduktor akan bergetar dengan laju dan menghalang
pergerakkan elektron. Suhu pengalir juga mempengaruhi
nilai rintangan. Semakin tinggi suhu pengalir semakin tinggi
nilai rintangan.Suhu juga mempengaruhi rintangan.
Bagi konduktor logam (dawai kuprum atau filamen mentol) apabila suhu
bertambah rintangannya bertambah.Bagi aloi seperti dawai eureka dan
konstantan,rintangannya hampir tak berubah walaupun suhu berubah.
Bagi bahan semikonduktor seperti termistor, rintangan berkurangan bila suhu
bertambah

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 3


Sains For Technology

3.0 Eksperimen
3.1 Contoh / Eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan
dengan luas permukaan/ketebalan pengalir .
a)
b)
c)
d)

Sambungkan satu dawai konstantan dengan panjang tertentu di antara X dan Y .


Hidupkan suis dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan voltmeter.
Bacaan ammeter = I ,Bacaan Voltmeter = V
Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
Ulangi eksperimen dengan panjang dawai konstantan yang berlainan. Ulangi lagi
eksperimen dengan menggunakan panjang dawai konstantan yang tetap tetapi berlainan
luas keratan rentas (S.W.G) nya. Ulang sekali lagi eksperimen dengan panjang dan luas
keratan yang tetap tetapi dengan dawai nikrom dan manganain.Didapati :
(i) apabila panjang dawai bertambah rintanganya bertambah.
(ii) apabila luas keratan rentas bertambah rintangannya berkurangan
(iii) apabila bahan berlainan jenis digunakan rintangannya
adalah berlainan.
Oleh itu di antara faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan
ialah panjang,luas keratan rentas dan jenis bahan.

3.2 Contoh / Eksperimen untuk menunjukkan perubahan rintangan


dengan suhu
a) Laraskan reostat sehingga mentol tak menyala.

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 4


Sains For Technology
b) Hidupkan arus dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan voltmeter.Bacaan ammeter
= I dan bacaan Voltmeter = V
c) Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
d) Laraskan reostat hingga mentol itu malap dan kemudian menyala dengan terang dan
kirakan rintangan bagi setiap keadaan kecerahan mentol.
Didapati apabila kecerahan mentol bertambah rintangan
juga bertambah. Ini menunjukkan rintangan bagi filamen
mentol bertambah apabila suhu bertambah.

3.3 Eksperimen untuk mencari hubungan antara rintangan


dengan Jenis/Bahan Perintang
Bahan dan Radas yang diperlukan:

three 1,5 V cells


insulated, conducting wires with crocodile clips
conductors of different materials to test
ammeter
light bulb

KAEDAH:
1.

Sediakan litar Dengan tiga sel, mentol cahaya

2.

dan ammeter disambung secara siri.


Menguji setiap konduktor dengan menambah

3.

setiap satu kepada litar secara individu.


Menggunakan klip buaya untuk menyambung
setiap konduktor ke litar, seperti yang
ditunjukkan di bawah

Satu persediaan seperti yang menunjukkan mentol lampu, satu sel dan sekeping dawai
tembaga disambung secara siri.

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 5


Sains For Technology
4. Baca ammeter dan merekodkan bacaan untuk setiap bahan ujian.
5. Lukiskan graf bar untuk menunjukkan hasil carian anda.

3.4 Eksperimen untuk mencari hubungan antara rintangan dengan panjang dawai
Hipotesis:Jika panjang dawai bertambah ,maka rintangan bertambah
PU.manupulatif : panjang dawai L
PU. Respons : rintangan,R
PU.dimalarkan : jenis dawai,suhu,tebal dawai
a) Ukur panjang dawai = L
b) Hidupkan suis dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan voltmeter
c) Bacaan ammeter = I ,Bacaan Voltmeter = V . Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
d) Ulangi eksperimen sebanyak 5 kali dengan panjang dawai berlainan pula.
Jadualkan data
R
L

Plotkan graf R lawan L


R

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 6


Sains For Technology
4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap peralatan elektrik yang digunakan mempunyai nilai beban pada
peralatan tersebut, antaranya adalah, panjang perintang, jenis perintang/bahan, luas
permukaan dan suhu perintang. Setiap pendawaian yang hendak dibuat pada sesebuah
litar hendaklah mengambil kira faktor-faktor tersebut bagi memastikan litar tersebut tidak
mengalami lebihan beban dalam litar dan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan
litar yang dibuat.
5.0 Rujukan
Internet
1. https://www.scribd.com/doc/268539/7-2-Arus-beza-keupayaan-dan-rintanagn#download
2. https://jkmpmm.wordpress.com/category/pengenalan-kepada-litar-elektrik/
3. http://cikguraimi.blogspot.com.tr/2011/06/blog-post.html
4. http://www.mstworkbooks.co.za/natural-sciences/gr9/gr9-ec-03.html
6.0 Lampiran

Contoh Rheostat buatan

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 7


Sains For Technology

Menguji hubungan antara kesan panjang perintang kepada konduktor

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 8


Sains For Technology

Anda mungkin juga menyukai