Anda di halaman 1dari 10

Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 1

Sains For Technology

Mengkaji Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor

1.0 Pengenalan

Rintangan diukur dengan mengira berapa banyak komponen elektrik yang menghalang
pengaliran arus elektrik.Semasa arus elektrik mengalir menerusi konduktor, sebahagian arus
elektrik akan berubah bentuk kepada tenaga haba.

Unit SI bagi rintangan adalah ohm. Semakin tinggi rintangan, semakin kurang arus elektrik
mengalir. Terdapat dua jenis perintang yang digunakan pada litar elektrik iaitu perintang
tetap dan perintang boleh laras (rheostat)

Rintangan merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya.


Terdapat empat (4) faktor yang mempengaruhi nilai rintangan iaitu panjang pengalir, luas
permukaan (A) , jenis bahan, dan suhu pengalir (T).
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 2
Sains For Technology

2.0 Penjelasan bagi setiap factor berserta contoh eksperimen


2.1 Panjang Pengalir (Panjang Perintang)
Semakin penjang konduktor, semakin tinggi rintangan
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah panjang.
Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut.
Rintangan berubah secara langsung dengan panjang ( R I )

2.2 Luas Permukaan / Ketebalan (A)


Semakin tebal konduktor, semakin rendah
rintangan
Rintangan berkadar songsang dengan luas muka
keratan rentas dawai.
Rintangan berubah secara songsang dengan luas
keratan rentas ( R 1 )
A

2.3 Jenis Bahan/Jenis Perintang


Rintangan juga bergantung kepada bahan konduktor.
Sebagai contoh, Kuprum dan perak mempunyai rintangan
yang rendah berbanding tungsten dan nikrom
Kerintangan adalah berkadar langsung dengan nilai
rintangan atau bahan perintang. Bagi konduktor
logam seperti kuprum rintangannya adalah rendah. Bagi penebat seperti getah
rintangannya adalah sangat tinggi.

2.4 Suhu Pengalir (T)


Semakin tinggi suhu, semakin tinggi rintangan. Ini
kerana apabila suhu tinggi, atom konduktor akan bergetar
dengan laju dan menghalang pergerakkan elektron. Suhu
pengalir juga mempengaruhi nilai rintangan. Semakin tinggi
suhu pengalir semakin tinggi nilai rintangan.Suhu juga
mempengaruhi rintangan.
Bagi konduktor logam (dawai kuprum atau filamen
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 3
Sains For Technology

mentol) apabila suhu bertambah rintangannya bertambah.Bagi aloi seperti dawai


eureka dan konstantan,rintangannya hampir tak berubah walaupun suhu berubah.
Bagi bahan semikonduktor seperti termistor, rintangan berkurangan bila suhu
bertambah
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 4
Sains For Technology

3.0 Eksperimen

3.1 Contoh / Eksperimen untuk menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan


dengan luas permukaan/ketebalan pengalir .

a) Sambungkan satu dawai konstantan dengan panjang tertentu


di antara X dan Y .
b) Hidupkan suis dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan
voltmeter.
c) Bacaan ammeter = I ,Bacaan Voltmeter = V
d) Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
Ulangi eksperimen dengan panjang dawai konstantan yang berlainan. Ulangi lagi
eksperimen dengan menggunakan panjang dawai konstantan yang tetap tetapi berlainan
luas keratan rentas (S.W.G) nya. Ulang sekali lagi eksperimen dengan panjang dan luas
keratan yang tetap tetapi dengan dawai nikrom dan manganain.Didapati :

(i) apabila panjang dawai bertambah rintanganya bertambah.


(ii) apabila luas keratan rentas bertambah rintangannya berkurangan
(iii) apabila bahan berlainan jenis digunakan rintangannya adalah berlainan.
Oleh itu di antara faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan ialah panjang,luas keratan
rentas dan jenis bahan.

3.2 Contoh / Eksperimen untuk menunjukkan perubahan rintangan dengan suhu

a) Laraskan reostat sehingga mentol tak menyala.


b) Hidupkan arus dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan
voltmeter.Bacaan ammeter = I dan bacaan Voltmeter = V
c) Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
d) Laraskan reostat hingga mentol itu malap dan kemudian
menyala dengan terang dan kirakan rintangan bagi setiap keadaan kecerahan mentol.
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 5
Sains For Technology

Didapati apabila kecerahan mentol bertambah rintangan juga bertambah. Ini menunjukkan
rintangan bagi filamen mentol bertambah apabila suhu bertambah.

3.3 Eksperimen untuk mencari hubungan antara rintangan


dengan Jenis/Bahan Perintang

Bahan dan Radas yang diperlukan:

three 1,5 V cells


insulated, conducting wires with crocodile clips
conductors of different materials to test
ammeter
light bulb

KAEDAH:

1. Sediakan litar Dengan tiga sel, mentol cahaya dan ammeter disambung secara siri.
2. Menguji setiap konduktor dengan menambah setiap satu kepada litar secara individu.
3. Menggunakan klip buaya untuk menyambung setiap konduktor ke litar, seperti yang
ditunjukkan di bawah

Satu persediaan seperti yang menunjukkan


mentol lampu, satu sel dan sekeping dawai
tembaga disambung secara siri.

4. Baca ammeter dan merekodkan bacaan untuk setiap bahan ujian.


5. Lukiskan graf bar untuk menunjukkan hasil carian anda.
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 6
Sains For Technology

3.4 Eksperimen untuk mencari hubungan antara rintangan dengan panjang dawai

Hipotesis:Jika panjang dawai bertambah ,maka rintangan bertambah

PU.manupulatif : panjang dawai L

PU. Respons : rintangan,R

PU.dimalarkan : jenis dawai,suhu,tebal dawai

a) Ukur panjang dawai = L


b) Hidupkan suis dan catatkan bacaan ammeter serta bacaan voltmeter
c) Bacaan ammeter = I ,Bacaan Voltmeter = V . Kirakan rintangan dengan rumus R = V
I
d) Ulangi eksperimen sebanyak 5 kali dengan panjang dawai berlainan pula.

Jadualkan data

Plotkan graf R lawan L

L
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 7
Sains For Technology

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap peralatan elektrik yang digunakan mempunyai nilai beban pada
peralatan tersebut, antaranya adalah, panjang perintang, jenis perintang/bahan, luas
permukaan dan suhu perintang. Setiap pendawaian yang hendak dibuat pada sesebuah
litar hendaklah mengambil kira faktor-faktor tersebut bagi memastikan litar tersebut tidak
mengalami lebihan beban dalam litar dan bagi memastikan keselamatan dan keberkesanan
litar yang dibuat.

5.0 Rujukan
Internet
1. https://www.scribd.com/doc/268539/7-2-Arus-beza-keupayaan-dan-rintanagn#download
2. https://jkmpmm.wordpress.com/category/pengenalan-kepada-litar-elektrik/
3. http://cikguraimi.blogspot.com.tr/2011/06/blog-post.html
4. http://www.mstworkbooks.co.za/natural-sciences/gr9/gr9-ec-03.html

6.0 Lampiran

Contoh Rheostat buatan


Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 8
Sains For Technology

Menguji hubungan antara kesan panjang perintang kepada konduktor


Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 9
Sains For Technology
Mengkaji Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Dalam Konduktor 10
Sains For Technology

Anda mungkin juga menyukai