Anda di halaman 1dari 5

SCE 3106 : EKSPERIMEN PENYEJATAN

Sobri ingin mencari jawapan kepada persoalan adakah luas permukaan mempengaruhi kadar sejatan air. Rancang satu eksperimen untuk menyelesaikan persoalan ini. TAJUK : Penyejatan

TUJUAN : Untuk mengkaji sama ada luas permukaan mempengaruhi kadar sejatan air . TEORI : Penyejatan ialah proses perubahan cecair kepada wap yang berlaku di permukaan cecair pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih cecair itu. Ia berlaku secara berterusan dan melibatkan molekul-molekul di permukaan cecair. Berdasarkan teori kinetik jirim, semasa berlakunya proses penyejatan, molekulmolekul cecair bergetar dan bergerak secara rawak di antara satu sama lain. Molekulmolekul yang mempunyai tenaga kinetik yang besar akan bergerak dengan halaju yang tinggi, manakala molekul-molekul yang mempunyai tenaga kinetik yang kecil akan bergerak dengan halaju yang lebih rendah. Molekul yang mempunyai tenaga kinetik yang tinggi dapat mengatasi daya tarikan antara molekul dan akan terlepas daripada permukaan cecair menjadi molekul wap. Sebahagian daripada molekul yang telah terlepas daripada cecair itu mungkin akan kembali ke dalam cecair tersebut. Biasanya, bilangan molekul yang bergerak dari cecair ke udara adalah lebih besar daripada bilangan molekul yang bergerak dari udara ke dalam cecair. Dengan itu, kuantiti cecair akan semakin berkurang dan penyejatan telah berlaku. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air ialah pergerakan udara, suhu persekitaran dan luas permukaan air yang terdedah.

PENYATAAN MASALAH : Adakah luas permukaan kain basah yang terdedah mempengaruhi masa yang diambil untuk kain tersebut menjadi kering?

SCE 3106 : EKSPERIMEN PENYEJATAN

HIPOTESIS : Semakin bertambah luas permukaan kain yang terdedah, semakin cepat masa yang diambil untuk kain tersebut menjadi kering. Jika luas permukaan kain yang terdedah adalah kecil, maka masa yang diambil untuk kain tersebut menjadi kering adalah lebih lama.

PEMBOLEH UBAH : 1. Pemboleh ubah Dimanipulasikan : Luas permukaan kain yang terdedah 2. Pemboleh ubah Bergerak balas 3. Pemboleh ubah Dimalarkan : Masa diambil untuk kain menjadi kering. : Jenis kain / Tempat kain disidai

RADAS / BAHAN : 3 helai sapu tangan yang sama jenis dan saiz

SCE 3106 : EKSPERIMEN PENYEJATAN

PROSEDUR : 1. Rendam 3 helai sapu tangan yang sama ke dalam air.

2. Keluarkan sapu tangan tersebut dari rendaman dan perah ketiga-tiganya dengan kadar yang sama untuk mengeluarkan lebihan air. 3. Sidai ketiga-tiga sapu tangan tersebut di bawah cahaya matahari dengan digantung dengan cara yang berlainan seperti berikut :

Sapu tangan A : Digantung tanpa melipatnya. Sapu tangan B : Digantung dengan sekali lipatan. Sapu tangan C : Digantung dengan dua kali lipatan.

SCE 3106 : EKSPERIMEN PENYEJATAN

4. Masa yang diambil untuk ketiga-tiga sapu tangan tersebut untuk kering dicatatkan di dalam jadual di bawah.

KEPUTUSAN :

SAPU TANGAN

LUAS PERMUKAAN YANG TERDEDAH

MASA YANG DIAMBIL UNTUK KERING 1 JAM 1 JAM 20 MINIT 1 JAM 45 MINIT

A B C

BESAR SEDERHANA KECIL

PERBINCANGAN :

1. Nyatakan perbezaan mengenai masa yang diambil untuk kering bagi sapu tangan yang disidai dengan luas permukaan terdedah yang berbeza-beza? Sapu tangan yang disidai dengan luas permukaan terdedah yang besar mengambil masa yang singkat untuk kering berbanding dengan sapu tangan yang disidai dengan luas permukaan terdedah yang kecil.

2. Apakah inferens yang dapat dibuat bagi eksperimen ini? Kadar penyejatan air adalah tinggi apabila luas permukaan sapu tangan yang terdedah adalah lebih besar.

3. Nyatakan hubungan antara luas permukaan yang terdedah dengan kadar penyejatan air? Semakin besar luas permukaan sapu tangan yang terdedah, semakin tinggi kadar penyejatan air.

SCE 3106 : EKSPERIMEN PENYEJATAN

KESIMPULAN : Jika luas permukaan yang terdedah adalah besar maka kadar penyejatan air adalah tinggi.

RUJUKAN : Chang See Leong, Chin Song Choy, Koay Kheng Chuan, Yew Kok Leh (2005). SPM FOKUS FIZIK. Bandar Baru Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyejatan http://www.slideshare.net/norhaslinahadirah/perubahan-keadaan-bahan

Anda mungkin juga menyukai