Anda di halaman 1dari 18

9.

2
Pengaliran Haba dan Keseimbangan Terma
Pengaliran Haba
• Haba mengalir dari suatu objek yang panas ke
suatu objek yang sejuk.
• Pengaliran haba boleh berlaku dalam tiga cara
yang berbeza iaitu Konduksi, Perolakan dan
Sinaran.
Konduksi
• Proses pengaliran haba dari kawasan panas ke
kawasan sejuk melalui medium pepejal.
• Zarah-zarah yang menerima tenaga haba
bergetar dan berlanggar antara satu sama lain
dengan lebih kerap dan seterusnya
memindahkan haba ke seluruh medium.
Perolakan
• Haba dialirkan melalui pergerakan bendalir
(cecair atau gas)dari kawasan panas ke sejuk.
• Bahagian bendalir yang menerima haba akan
mengembang, menjadi kurang tumpat dan naik
ke atas.
• Bahagian bendalir yang sejuk dan lebih tumpat
akan turun ke bawah.
• Peredaran bendalir yang naik dan turun secara
berterusa ini di kenali sebagai arus perolakan
Sinaran/Radiasi
• Proses pemindahan haba tanpa sebarang
medium.
• Haba yang merambat menerusi ruang kosong
atau vakum.
• Jenis permukaan,suhu dan luas objek
mempengaruhi kadar pengaliran haba.
Persamaan
- Pemindahan haba dari kawasan panas ke kawasan sejuk.
Perbezaan
Keadaan Konduksi Perolakan Sinaran

Medium - Melalui pepejal. - Melalui bendalir - Berlaku dalam


vakum.

Pergerakan zarah - Zarah bergetar - Zarah-zarah yang - Haba bergerak dari


apabila menerima menerima haba satu sumber haba.
haba dan bergerak ke atas
memindahkan getaran kerana kurang tumpat
pada zarah dan menolak zarah
bersebelahan yang di atas turun ke
bawah dalam bentuk
aliran.

Kelajuan - Tinggi - Perlahan - Sangat tinggi dalam


kelajuan cahaya.
Pengaliran haba dalam fenomena
alam

Sinar matahari memasuki atmosfera bumi dan menyinari seluruh permukaan bumi.
Haba dari matahari dipindahka secara sinaran melalui vakum.
Darat menjadi sejuk dengan lebih cepat berbanding dengan laut.
Udara panas di permukaan laut yang kurang tumpat akan naik ke atas dan
udara sejuk yang lebih tumpat akan bergerak ke .laut
Udara panas di darat akan lebih panas dan akan kurang tumpat kemudian
akan naik ke udara. Udara sejuk yang lebih tumpat dari permukaan laut akan
bergerak ke darat.
Konduktor Haba dan penebat
• Konduktor haba ialah bahan yang boleh
mengalirkan haba dengan baik.
• Penebat haba ialah bahan yang boleh
menghalang pengaliran haba.
Contoh konduktor Contoh penebat

- Merkuri di dalam termometer boleh - Sarung tangan ketuhar


mengesan suhu dengan lebih cepat. - Peralatan dapur yang kayu.

- Dasar kuali diperbuat daripada logam . - Pemegang kuali yang plastik.


- Tapak sterika diperbuat daripada logam - Pemegang sterika yang plastik.
.

- Cerek elektrik yang diperbuat dari besi - Badan dan pemegang cerek diperbuat
dari besi.

- Wayar diperbuat dari kuprum. - Pembalut wayar .


Keseimbangan Terma
• Dua objek yang berada dalam sentuhan terma
dapat memindahkan tenaga haba antara dua
objek itu.
• Tenaga haba dipindahkan dari objek yang
bersuhu tinggi ke objek yang bersuhu rendah.
• Apabila pemindahan haba antara dua objek
adalah sifar, objek-objek itu dikatakan berada
dalam keseimbangan terma.

Anda mungkin juga menyukai