Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

HARI INTERAKSI IBU BAPA /PENJAGA


CALON TARGET PT3 DAN SPM
TAHUN 2017

1.0 Matlamat.
Program ini dapat mempastikan para pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan
awam khususnya PT3 dan SPM. Kejayaan dalam akademik akan membantu mereka
memilih laluan kerjaya yang sesuai dengan bakat dan pencapaian mereka dalam
peperiksaan. Program ini bermatlamat menjadi medium untuk ibu bapa dan pihak guru-
guru mata pelajaran mencari titik persamaan dalam membantu anak-anak mencapai
kejayaan dalam peperiksaan awam.

2.0 Objektif.
Perjumpaan dengan ibu bapa adalah satu wadah bagi pihak sekolah dari segi :

2.1 Melaporkan kepada ibu bapa mengenai prestasi semasa anak-anak mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2.2 Ibu bapa dapat memainkan peranan dan bertindak sewajarnya untuk membantu
anak-anak mereka mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.3 Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya ilmu pengetahuan
dalam menentukan masa hadapan mereka khususnya dalam bidang kerjaya.
2.4 Pelajar dapat mempersiap diri bagi menghadapi peperiksaan dan berusaha
melakukan perubahan agar sasaran diri dan pihak sekolah dapat dicapai.

3.0 Cadangan Masa Program


Program ini akan dijalankan pada :
Tarikh : 23 Januari 2018
Hari : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan

4.0 Sasaran
4.1 Pelajat Target PT3 dan SPM
4.2 Ibu bapa dan penjaga calon peperiksaan
4.3 Guru-guru mata pelajaran
4.4 Kaunselor
4.5 Pentadbir
5.0 Perbelanjaan
Makanan jemputan RM 5 x 50 orang = RM 250.00

6.0 Jawatankuasa Induk


Penasihat : Hj. Mohd Jalani B. Kasmuri
Pengetua

Pengerusi : En. Mohd Amnan B. Sukiman


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi : En. Abdul Aziz B. Misngat


PK HEM

: En. Azman B. Ab Razak


PK Ko-Kurikulum

Penyelaras : Pn. Azrini Bt. Adam


Kaunselor Pelajar

Bendahari : En. Azmi B. Mohamed Saleh

AJK : Semua guru matapelajaran PT3 dan SPM

8.0 Penutup
Perjumpaan ini diharap dapat menaikkan semangat pelajar untuk berjaya dalam
peperiksaan PT3 dan SPM. Selain itu, diharap ibu bapa dapat memainkan peranan selepas
tahu serba sedikit tentang corak pembelajaran anak-anak mereka untuk membantu pihak
sekolah dalam mendidik anak-anak mereka berjaya dalam akademik dan sahsiah.

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

……………………...... ………………………….............
( AZRINI BT. ADAM ) ( MOHD JALANI B. KASMURI )
Kaunselor Pelajar Pengetua
SMK Ulu Bernam SMK Ulu Bernam

Anda mungkin juga menyukai