Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Yang Berusaha En Zainuddin bin Basiran Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Medan 2

Yang Dihormati Hajah Robayah binti Sidek Guru Penolong Kanan Satu

Tengku Munirah binti Ahmad Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Ngadimin bin Misran Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Serta semua guru SK Seri Medan 2 yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat
kita berkumpul pada hari ini di Majlis Perpisahan Saya yang akan mula bertugas di
Sekolah Kebangsaan Seri Sejati bermula pada minggu hadapan.

Para Hadirin Sekalian,

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 1988 saya telah menempuh
pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya,


setiap yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja
kita berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa
sahaja yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah
kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana


itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus
melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan
pada masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta
memori barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan
keazaman untuk lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Baca: Bersemut – Ucapan Hari Lahir Untuk Kekasih

Para Hadirin Sekalian,


Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 7 empat iaitu bermula dari tahun 2012
sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying
yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah.

Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab
dan tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan
pengalaman bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi
seorang guru.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan
pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus
dan mentadbir segala urusan di Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2 ini. Tidak juga
dilupakan kepada Pn Norie & En. Hassan Basit yang sering membantu dalam
melancarkan segala urusan di sekolah.

Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan guru-guru disini.

Baca: Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Dian tiga lilin pun tiga


Obor tergantung rumah laksamana
Dioam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Batang selasih permainan budak


Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai