Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat

kita berkumpul pada hari ini di Majlis Perpisahan Saya yang akan mula bertugas di
Sekolah Kebangsaan Seri Sejati bermula pada minggu hadapan.

Para Hadirin Sekalian,

Dalam dunia perguruan, sejak mula mengajar dari tahun 1988 saya telah menempuh
pelbagai cerita suka duka dalam sebuah perpisahan dan kehilangan.

Perpindahan keluar masuk adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Realitinya, setiap
yang patah sudah pasti akan tumbuh, yang masak akan gugur. Di mana sahaja kita
berada atau ditempatkan, suatu ketika kita pasti akan meninggalkan baik siapa sahaja
yang kita kasihi ataupun kita kurang disenangi.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti mati. Itulah
kehidupan. Mahu atau tidak, perkara tersebut tidak mungkin dapat dielakkan.

Kita tidak mungkin dapat mengelakkan peristiwa-peristiwa sebegitu terjadi. Kerana


itulah fitrah alam kehidupan. Sebagai seorang manusia yang waras, kita perlu terus
melanjutkan perjuangan agar mendapat lebih kebaikan dalam sebuah kehidupan pada
masa-masa hadapan. Orang-orang yang pergi; yang meninggalkan berjuta memori
barangkali hanya akan menjadi pemangkin yang dapat menyuburkan keazaman untuk
lebih berdaya saing dalam sebuah perjuangan sebagai insan.

Baca: Bersemut – Ucapan Hari Lahir Untuk Kekasih

Para Hadirin Sekalian,

Sepanjang saya berkhidmat ini iaitu selama 7 empat iaitu bermula dari tahun 2012
sehingga ke saat ini saya amat menghargai segala jasa baik, kerjasama & kasih saying
yang telah diberikan oleh semua guru di sekolah.

Segala kenangan dan pahit manis kita bersama dalam menjalankan tanggungjawab dan
tugas akan sentiasa sematkan di dalam lubuk hati saya. Kenangan dan pengalaman
bersama akan sentiasa subur dalam ingatan saya sepanjang menjadi seorang guru.

Sekalung penghargaan juga ingin saya berikan kepada guru-guru dan rakan-rakan
pentadbir yang sama-sama memberi tunjuk ajar dan semangat dalam saya mengurus
dan mentadbir segala urusan di Sekolah Kebangsaan Seri Medan 2 ini. Tidak juga
dilupakan kepada Pn Norie & En. Hassan Basit yang sering membantu dalam
melancarkan segala urusan di sekolah.
Mohon agar dihalalkan makan minum dan segala ilmu yang telah dikongsi bersama
sepanjang saya bersama dengan guru-guru disini.

Baca: Contoh Doa dan Ucapan Hari Jadi

Dian tiga lilin pun tiga


Obor tergantung rumah laksamana
Dioam juga sabar pun juga
Ada umur tidak ke mana

Batang selasih permainan budak


Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Semoga hubungan silatulrahim ini akan terus kekal selamanya.

Sekian, terima kasih

Sudah adat bertemu, Tentu ada perpisahannya Sudah adat berjumpa, Tentu ada nokhtah
perhentiannya Kalau diturutkan hati Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi Tapi apakan
daya….. Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini… Oleh itu janganlah ianya
diratapi…. Apa yang lebih penting… Hubungan  sillaturahim akan terus kekal abadi. Sekian, Terima
Kasih

Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Anda mungkin juga menyukai